Bab 2
Jam lonceng berbunyi tepat pada pukul 5:30 minit pagi. Zahirah tersedar dari tidurnya sambil mengesat matanya yang sedikit kabur.
"Eh, dah pukul 5:30" kata Zahirah di dalam hati.
"Pia ni dah bangun ke belum?" Tanya Zahirah di dalam hati. Lalu dia keluar dari bilik dan menuju ke arah bilik Sofia.
Knock! knock! knock!
"Pia! Oh Pia! Bangun cepat, siap-siap, kita solat subuh sama-sama nanti.." panggil Zahirah dari luar bilik Sofia.
Tetapi, tiada apa-apa jawapan yang di berikan oleh Sofia.
Bammmm!!
Satu hempasan kuat di lepaskan oleh Zahirah menandakan Zahirah sudah geram.
"Pia! Bangunlah! Kau tak dengar ea!" Jerit Zahirah dengan kuat.
"Ye ye" pintu bilik Sofia di kuak perlahan dari dalam.
"Kau ni kenapa, hempas-hempas pintu bilik aku ni, kalau hari-hari kau buat macam ni, aku rasa bulan depan aku kene cari rumah baru agaknya. Boleh roboh rumah tahu tak?" Sofia bersuara lemah.
"Ohh roboh rumah? Cari rumah baru? Aku kejut kau dari tadi ni kau tak dengar pulak, terjerit-jerit aku tahu tak!" Tengking Zahirah dengan kuat
"Ish kau ni, aku tahu kau polis, tapi simpan lah sikit garang tu, garang sangatlah kau ni, dah, kau siap dulu, nanti aku datang" kata Sofia lalu menutup pintu biliknya.
"Ok, aku bagi masa 15 minit, takde, roboh rumah ni aku kerjakan" balas Zahirah lalu beredar dari situ. Setelah Zahirah pergi dari situ, Sofia menghempaskan badannya ke atas tilam dengan niat untuk menyambung tidurnya.
"Pia bangunn!!! Jangan tidur lagi!!!" Jerit Zahirah dari dalam biliknya. Ternyata suara Zahirah begitu kuat dan lantang.
"Isy dia ni guna power ape ea? Semua dia tahu" rungut Sofia lalu mencapai tuala mandi dan bergegas ke bilik air.
****************************
Azan subuh berkumandang, Zahirah dan Sofia pun menunaikam solat fardhu subuh bersama.
10 minit berlalu,
"Pia, lepasni tolong aku buat sarapan ea?" Pinta Zahirah sambil melipat sejadahnya.
"Boleh jer". Setelah itu, mereka berdua pun pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
"Zahirah, hari ni kau lapor diri di IPD Sentosa kan? Kau gerak pukul berapa?" Tanya Sofia.
"Dalam pukul 7:30 aku gerak lah, kau? Pergi hospital pukul berapa?" Zahirah menanyakan soalan yang sama kepada Sofia.
"Kalau kau dah gerak pukul 7:30, aku pun gerak 7:30 lah" balas Sofia
"Tapi syif kau pukul 8:00 pagi kan?" Tanya Zahirah sambil memasukkan nasi ke dalam kuali dan di gaul bersama perencah nasi goreng.
"Haah, tapi nanti aku nak jumpa bakal tunang aku dulu, hehehe" balas Sofia mengada.
"Hmm yelah, orang dah ada bakal tunang, aku ni, umur dah 23, solo lagi, hmm" Zahirah membuat muka.
"Eleh, sabar jelah, inshaallah jumpa jodoh kau tu nanti, nah ni, minum air milo ni, milo tabur tau, khas untuk kau" kata Sofia sambil menghulurkan secawan milo panas untuk Zahirah.
"Kau ni tahu je taste aku kan?"
"Mestilah, kita dah kawan 5 tahun come on lah" jawab Sofia sambil tersengeh.
"Dah, makan nasi ni, nanti sejuk tak sedap pula" kata Zahirah sambil menghulurkan sepinggan nasi goreng kampung yang di buatnya kepada Sofia.
****************************
Setelah mereka siap bersarapan, mereka berbual seketika,
"Zahirah, aku nak tanya ni, apa cerita Inspektor misteri tu? Kau dah dapat cari ke belum?" Tanya Sofia kepada Zahirah.
"Tulah, aku belum jumpa lagi Inspektor tu, dia banyak tolong aku, tapi silaplah, aku patut tanya nama dia, ni aku tak tahu nama dia, yang aku tahu dia Inspektor, bertugas di Sentosa, Bukit Pinang, IPD atau IPK pun aku tak tahu" ujar Zahirah sambil merenung skrin telefonnya.
"Haa tulah kau, patut kau tanya nama dia, umur dia, dah kahwin ke belum.. ehh" kata Sofia sambil memerli Zahirah kerana Zahirah belum berpunya.
"Hello Doktor Laila Arnida Sofia, melebih nampak" balas Zahirah sambil membulat kan matanya.
"Eh eh hello Inspektor Nur Zahirah Syafiqah binti Abdul Rahman, betul lah apa yang aku cakap, kau tu sampai bila nak solo, umur dah 23 tahun, esok sampai ke tua tak kahwin"
"Ha ni lah orang kita, kahwin lambat salah, tak kahwin salah, haih sakit kepala aku, dah lah aku nak pergi kerja, layankan kau ni, sampai esok pagi tak sudah-sudah tahu tak?" Kata Zahirah lalu mengambil kunci keretanya dan menghidupkan enjin keretanya.
"Zahirah, alihkan kereta kau!" Teriak Sofia.
"Isy kau ni tak payah lah nak jerit, malu jiran sebelah dengar" Nasihat Zahirah.
"Hahaha sorry sorry" setelah itu, mereka pun berubah haluan, Sofia menuju ke arah Hospital dan Zahirah menuju ke arah IPD sentosa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top