BAB 4
BAB 4
"Kenapa kita mesti kahwin. Tak boleh ke mintak maaf kat wartawan dan beritahu hal sebenar." Rania tetap tak puas hati. Dia menjarakkan sedikit kedudukannya. Kurang selesa duduk begitu dekat dengan lelaki asing.
"Boleh aje. Tapi nanti peminat aku tuduh kau psiko. Viralkan yang kau tu gila glamor." Ujar Kai selamba. Sedikit mengugut pun ada. Selamba dia kunyah kuih mochinya.
Rania pandang Kai lama. Tuduhan psiko dan gila glamor memang melampau. Apa lagi kalau sampai kena tular. Bukan setakat hidupnya boleh musnah. Hidup Amri dan emak juga akan terlibat sama. Mengenangkan semua itu dia jadi gerun. Apa yang lebih gerin sekarang Kai selamba sahaja makan tanpa perasaan.
"Bukan tu saja. Diaorang akan cari jalan nak sakitkan kau atau keluarga kau. Silap hari bulan butik kau kena baling dengan batu. Website dengan FB kau kena hack." Tambah Kai. Dia perasan Rania memandangnya tajam, tapi dia buat tidak tahu. Kenyataan itu hanyalah ugutan dan ditokok tambah. Peminat di Malaysia masih tahu menjaga diri dan adab sopan. Setakat membawang di media sosial sahaja.
"Kau ugut aku ke?" tanya Rania.
"Itu hakikatnya Cik Indah Rania. Aku ni ramai peminat dan ada yang fanatik. Aku cuma nak ingatkan. Bukan nak ugut. Wartawan akan kejar kau sampai ke lubang cacing." Ujar Kai. Masih dengan muka selambanya sambil makan mochi.
"Kau ni sempat lagi makan saat genting macam ni. Cubalah tolong fikir jalan kita nak lepas dari masalah ni." Rania geram lalu merampas bekas di tangan Kai.
"Tak ada jalan lain Rania. Kita kena kahwin. Kalau kau minta maaf pun tetap kita kena kahwin."
Sebenarnya Kai berbohong. Tiada salahnya meminta maaf dari wartawan. Tapi namanya naik melonjak dalam masa beberapa jam ini. Carian Google Kai bakal menikah juga naik terus ke tangga nombor satu. Dia perlukan publisiti sempena konsertnya yang akan datang. Dan Rania memberikan apa yang dia mahu.
"No...tak akan ada perkahwinan kita berdua. Tak mungkin. Aku nak keluar." Rania bangun. Lama-lama di situ, dia boleh jadi gila. Dia tidak akan memusnahkan masa depannya sendiri hanya kerana tersalah kaut lelaki.
"Aku akan ambil risiko untuk berterus terang. Apa pun jadi aku tak nak kahwin." Rania sudah bulatkan tekad.
Kai turut bangun. Tiada sebarang kata-kata keluar dari bibirnya. Bekas plastik dia letakkan di meja. Dia memberi isyarat kepada pengurusnya. June menghulurkan sekeping kad.
"Ini name card June. Kalau kau ubah fikiran call dia. Amat dengan Johan akan teman kau sampai bawah." Kai menyerahkan sekeping kad kepada Rania.
"Kenapa aku kena call June pulak. Kau takde nombor telefon. Aku nak nombor telefon kau. Kata nak jadi bakal suami tapi nombor telefon pun kedekut." Kad nama June dia serahkan kepada Amri. Dia silangkan lengan sambil mata memandang Kai.
Kai terdiam. Hanya mata bergerak memerhatikan Rania dari atas ke bawah. Perempuan ini lain dari yang lain. Tidak goyang kerana seorang 'Kai' di situ. Dapat dia membayangkan betapa huru-haranya perkahwinan mereka nanti.
"Kau boleh dapat nombor telefon aku lepas kita kahwin. Selagi belum sah jadi isteri kau tak akan tau nombor telefon aku."
"Teruknya perangai. Bukan aku mintak tiket konsert atau CD free."
"Tiket konsert atau CD free aku boleh bagi. Nombor telefon aku ni kalau jual boleh dapat ribu-ribu tau. Mana tau kau buat gile kejap lagi lelong kat FB ke? Tak ke huru-hara hidup aku. Jadi kau akan dapat nombor ni lepas kita sah jadi suami isteri."
"Aku tak nak kahwin dengan kau. Aku akan beritahu hal sebenar kat wartawan. Kau... Pergi terjun kolam renang." Rania buat muka serius. Dia tak akan tunduk dengan Kai. Macam bagus sangat.
"Kau pasti ke?" Kai kerut dahi. Nampaknya Rania memperkecilkan populariti dia sebagai penyanyi. Rania fikir wartawan akan melepaskan mereka berdua dengan begitu sahaja.
"Aku tak akan ubah fikiran ok. Dan aku tak perlukan bodyguard kau. Pandailah aku uruskan wartawan tu semua." Rania terus berlalu sambil menarik tangan Amri. Bukan susah untuk berterus terang.
Amri sempat lagi melambai ke arah June. Tidak lupa juga kepada Syakira dan Yusman. Namun sebaik sahaja terlihat Kai dia hampir melatah kerana terkejut. Wajah bengis Kai buatkan dia gerun. Cepat-cepat dia beredar.
June mendekati Kai selepas Rania dan Amri keluar. Kai duduk bersilang kaki di sofa dengan senyum meleret. Tenang sahaja. Dia tidak puas hati kerana membiarkan Rania turun. Dari apa yang dia tanyakan kepada pekerja kaunter, wartawan makin ramai berkumpul. Bahaya untuk Rania.
"Tak bahaya ke biarkan diaorang turun macam tu." June suarakan kebimbangan. Rania bukannya tahu selok-belok dunia glamor artis.
"Biarkan aje. Dia tak kenal lagi wartawan dunia hiburan macam mana." Kai sengih. Dia memberi isyarat kepada Yusman untuk menyediakan pakaiannya.
"Kai." June tidak puas hati. Kalau ada apa-apa terjadi kepada Rania, mereka juga akan terlibat sama.
"Kejap lagi kita susul diaorang. Hero kena sampai tepat pada masa krisis untuk selamatkan heroin. Hero akan dapat nama dan heroin akan jatuh hati." Ujar Kai. Masih dengan senyum lebarnya lagi. Bekas mochi tadi di capai dan seketul kuih dimasukkan ke dalam mulut.
"Kai." Yusman muncul dengan pakaian yang siap bergosok.
Kai bangun dan mengesat tangannya dengan tisu. Dia mengambil pakaian yang disediakan oleh Yusman lalu masuk ke bilik mandi. Sebenarnya dia merancang untuk keluar makan bersama krunya selepas check-out hotel. Tapi ada hal lain yang lebih penting saat ini.
"Macam serius aje nak kahwin. Kai tu betul ke tidak?" tanya Yusman. Pelik bila Kai bersungguh mahu perkahwinan khayalan perempuan itu jadi realiti.
"Jodoh dah sampai kot." Sampuk Syakira.
"Kita anggaplah macam tu." June menyokong kata-kata Syakira.
"Aku harap perempuan tu tak macam Tengku Amanda." Yusman menyebut nama seseorang. Dari pengamatannya, Rania itu kelihatan baik. Walaupun mulut Rania sedikit pedas.
"Syakira..." Kai baru keluar dari bilik mandi. Dia terus duduk di kerusi meja solek.
Syakira yang faham tugasnya mendekati Kai. Menata rias wajah Kai agar nampak lebih tampan. Dia hanya perlu menepekkan sedikit bedak agar muka Kai tidak kelihatan terlalu berminyak. Pelembap bibir dioleskan ke bibir Kai.
"Korang rehat dulu. Yus sediakan baju untuk aku malam ni. June kita tidur sini lagi satu malam. Besok pagi baru check-out." Dia menginap di hotel kerana ada penggambaran iklan dan undangan membuat persembahan makan malam. Malas hendak balik ke rumah kerana kedua-duanya dibuat berhampiran dengan hotel.
"Malam ni ada apa?" tanya Yusman. Seketika kemudian baru dia teringat. Itu pun setelah dapat isyarat dari Syakira. Mujur juga dia ada bawa baju lebih. Terpaksalah dia turun ke tempat letak kereta untuk ambil baju baru di van mereka.
"June. Jadual kita kosong kan untuk sebulan ni."
June meneliti jadualnya. "Kosong. Kau kan pelan nak cuti sebelum start berlatih untuk konsert."
"Good. Sebab aku nak kahwin lagi hujung bulan ni. June kau dah aturkan PC malam nanti."
"Rania dengan Amri ada pelancaran koleksi fesyen malam ni. Aku rasa elok kita buat besok aje." June memberi cadangan sambil menghulurkan tablet. Dia telah mencari maklumat tentang Rania dari berita yang wartawan sebarkan.
Kai membaca satu persatu artikel. Sebagaimana yang dia tahu Rania adalah pemilik jenama Cinta Indah. Dan Rania adalah janda. Wartawan bekerja sungguh cekap. Biodata Rania sudah tersebar. Gambar bekas suami Rania pun sudah muncul. Kai senyum meleret. Jadi malam ini dia kena berlakon sebagai seorang bakal suami yang baik.
"Betullah orang tadi tu bekas suami dia." Dia pernah berjumpa dengan orang bernama Ikram itu tadi. Saat Rania tersalah kaut tangannya. Serta merta dia terfikir sesuatu.
"Kenapa Kai?"
"Tak ada apa-apa... Jom. Malam ni korang kena join aku attend fashion show bakal wife aku." Kai menyerahkan tablet kepada June. Sempat lagi dia memberikan pesanan kepada Yusman dan Syakira.
"Rania ada ajak ke?" tanya June.
"Dia tak ajak pun aku tetap nak pergi. Dah jom." Mereka keluar bersama-sama. Diikuti oleh Amat dengan Johan.
"Kai." June seperti mahu mengatakan sesuatu.
Kai terhenti dan memandang June. "Aku tak akan lepaskan dia."
*****
"Kai... Hot sangat. Giler hot. Kau kahwin ajelah dengan dia." Amri melangkah keluar dari lif dengan diikuti oleh Rania.
"Kau ajelah kahwin dengan dia." Rania bersuara geram. Kenapa Amri tiba-tiba berkempen untuk Kai. Amri sudah terpesona dengan aura Kai juga ke.
"Giler kau. Aku tak nak masuk neraka tau...aku lelaki sejati bukan songsang." Amri memukul manja bahu Rania. Walaupun dia sedikit lembut, nalurinya tetap kepada perempuan. Namun segan untuk memikat mana-mana perempuan memandangkan 'kelembutan' semula jadi dia.
Rania ketawa. Amri tidak pernah gagal menghiburkan dia. Kecuali di dalam lif tadi. Rasa mahu hantuk kepala Amri ke dinding lif. Topik perbincangan mereka di dalam lif tadi hanyalah berkisar tentang majlis perkahwinan dia dengan Kai Amri seakan mendesak dia menerima Kai.
"Kalau kau tak nak Kai... terpulang. Hot stuff bukan selalu boleh dapat."
Rania buat tidak tahu. Mereka berjalan menuju ke dewan namun terlebih dahulu harus melalui lobi. Sampai di lobi hotel, tempat itu penuh sesak dengan manusia sehingga sukar untuk Rania dan Amri lalu.
"Itu dia bakal isteri Kai." Salah seorang dari manusia di situ menjerit.
"Cik Indah bagaimana cik boleh kenal Kai?"
"Bila perkahwinan Cik Indah dengan Kai?"
"Bagaimana Cik Indah dengan Kai boleh sembunyikan percintaan ini?"
Kaki Rania kaku bila tiba-tiba dikerumuni wartawan. Cahaya kerlipan flash membuatkan dia tergamam. Soalan demi soalan bertali arus. Dia tidak mampu menjawabnya. Bagaimana dia hendak berterus terang jika di asak begitu.
Dia mencari Amri namun tiada. Wartawan mengasak dan terus mengasak dia dengan soalan. Pening kepalanya kerana dikerumuni ramai orang. Air matanya hampir gugur kerana terlalu takut. Tiba-tiba bahunya dipeluk. Wartawan yang riuh tadi senyap serta merta.
"Perhatian... Tolong jangan ganggu bakal isteri saya."
Rania panggung kepala. Kai. Dia bersyukur kerana lelaki itu muncul tepat pada masanya. Hilang semua rasa takut dia bila Kai ada. Johan dan Amat bertindak mengapit mereka berdua.
"Jangan takut. Aku ada." Bisik Kai. Dia dapat rasakan tubuh Rania yang menggigil. Sebuah senyuman dia lemparkan buat perempuan itu.
"Kai betul ke berita perkahwinan ni?"
"Bila masanya Kai bercinta?"
"Siapa bakal isteri Kai?"
Kai hanya tersenyum mendengar soalan-soalan itu.
"Malam ni lepas pertunjukan fesyen Cinta Indah, kami akan adakan sidang akhbar. Saya jemput anda semua datang. Semua soalan kami akan jawab nanti." Kai melambai ke arah wartawan.
Dia memeluk bahu Rania dan beredar dari situ. Membawa Rania masuk ke dalam dewan yang juga dikerumuni wartawan. Amat dan Johan menghalang wartawan dari masuk ke dalam dewan.
"Ini yang kau cakap boleh handle wartawan. Belum apa-apa dah nangis...lembik." Kai mengalihkan tangannya dari bahu Rania sebaik sahaja masuk ke dalam dewan. Rania nampak sedikit tenang.
"Ni semua sebab kau Amri! Kenapa kau tinggalkan aku." Rania terus meluru ke arah Amri dan menumbuk bahu lelaki itu. Bertubi-tubi hingga dia rasa puas.
"Aku tak boleh buat apa. Wartawan ramai sangat." Amri membela diri namun membiarkan Rania menumbuk bahunya.
"Salah kau sebab pakai jaket yang sama macam Kai." Rania menarik jaket yang Amri pakai. Kalau boleh hendak pijak atau koyak sampai jadi cebisan kecil.
"Jaket mahal ni."
"Kenapa dia yang salah. Kau yang tarik aku. Kau yang mengaku aku bakal suami kau... Kau yang salah. Sekarang tanggunglah." Kai tarik badan Rania. Kasihan pula melihat Amri menjadi punching bag. Lagi pula jaket Amri juga jadi mangsa.
"Duduk." Kai tarik bahu Rania dan paksa gadis itu duduk di kerusi.
Rania hanya menurut.
Kai tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Rania. Dia faham situasi Rania. Tapi terlajak kata tidak boleh di undur. Mata meliar ke sekeliling dewan. Beberapa orang pekerja sibuk dengan persiapan. Pekerja-pekerja di atas pentas berbisik-bisik sambil memandangnya. Kai mengangkat tangan dan tersenyum.
"Ya aku salah. Tapi takkan sampai kena kahwin. Aku tak nak kahwin. Tolonglah jangan paksa aku kahwin." Rania bersuara perlahan. Cuba memujuk lelaki itu agar menarik diri. Dia bukan sengaja tarik Kai.
"Senangnya jadi perempuan. Tarik lelaki sesuka hati lepas tu mengaku bakal suami. Bila ramai dah tahu, tak jadi nak kahwin pulak. Kau ingat aku ni penjual kuih tepi jalan. Setakat tak jadi kahwin cuma satu kampung tahu." Tempelak Kai. Rania terlupa agaknya satu Malaysia heboh dengan berita perkahwinan mereka.
"Kau memang jenis nak glamor cepat agaknya. Senang nama kau naik." Sambung Kai lagi.
"Aku tak sengajalah. Kalau tak kerana Ikram..." Rania melenting dengan tuduhan Kai. Memang dia perlu menaikkan jenama pakaiannya tapi bukan bermakna harus menumpang nama orang lain. Apa lagi nama Kai.
"Jadi sebenarnya kau memang nak mempergunakan aku."
"Tak sengaja mempergunakan kau. Aku nak tarik Amri tapi... siapa suruh pakai baju sama. Semua salah kau Am." Sekali lagi Rania menyalahkan Amri. Kalaulah Amri beritahu dia hendak ke tandas. Dia tak akan salah tarik orang.
"Aku dah nak terkucil takkan nak tahan."
"Ni semua sebab kau... tetap salah kau."
Pandangan Kai silih berganti antara Amri dan Rania. Sesekali dia pandang June yang berdiri di sebelah Amri. June hanya menggeleng.
"Sudah!"
Amri dan Rania sama-sama senyap. Terkejut mendengar suara Kai yang ibarat petir.
"Apa pun kita kena kahwin." Kai tetap dengan keputusan dia.
"Tak nak!" Bentak Rania. Masih lagi membantah.
"Habis tu kau blah macam tu aje. Kalau perkahwinan ni tak jadi. Aku yang malu. Nama aku busuk. Kalau Ikram tu datang tumbuk aku, cederakan aku siapa nak bertanggungjawab! " Kai meninggikan suara. Membeliakkan mata tanda marah.
Rania diam. Ada benarnya kata-kata Kai. Reputasi dan nama Kai akan terpalit dengan cerita kurang enak. Dan mungkin juga betul yang Ikram mencari Kai untuk membalas sakit hati.
"Kena kahwin ke?" Rania sekali lagi bertanya dengan suara sayu.
"Yes kena... Wajib."
"Kenapa wajib?" Rania kerut dahi. Eh dia ni sesuka jatuh hukum wajib.
"Wajib sebab kau dah gatal sangat." Kai buat muka serius.
Rania kerut dahi. Tidak faham maksud kata-kata Kai. Kenapa Kai tuduh dia gatal. Dia tidak pernah menggatal dengan mana-mana lelaki pun.
"Memanglah kau gatal... perempuan gatal dan desperate aje kaut lelaki sesuka hati lepas tu kenalkan sebagai suami."
"Kau..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top