28

" Sayang , dah kunci rumah ? " . Tanya Iyaz sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Tya mengangguk dari jauh .

" semua barang dah ambil ye ?baju nak pakai masa wedding Anis dah bawa ? " . Tanya Iyaz lagi setelah masuk ke dalam perut kereta.

" Semuanya done , bos ! Lets go !! " . Jawab Tya excited . Iyaz hanya tersenyum dan menghidupkan enjin kereta.

Perjalanan ke Johor mengambil masa lebih kurang 5 jam . Lenguh dah punggung Tya ni . Tya mengerling suaminya . Dia ni tak sakit bontot ke duduk lama lama .

" Abang , jom singgah R&R kejap . Tya laparlah . Hehe " . Ujar Tya . Sebenarnya dia sudah tidak dapat menahan kelaparan ini . Kalau dibiarkan boleh membawa padah ni . Hehehe.

" Hahaha alolo sian nya sayang abang sorang ni . Okay kita take a rest kejap ye " . Balas Iyaz . Dia masih fokus menghadap jalan raya. Iyaz memberi signal membelok ke kiri.

" Yehet ! Makan !! " . Tya menggeliat keriangan apabila keluar dari perut kereta setelah Iyaz memarkirkan keretanya.

" Abang bawa isteri ke anak ni ? " . Iyaz sengaja menyakat Tya .

Terus terbantut langkah Tya apabila Iyaz mengeluarkan statement tersebut.

" Tya over sangat ke ? Sorry " . Tya kembali masuk ke dalam perut kereta . Mood makannya telah hilang . Tidak dihiraukan perutnya yang minta di isi.

" Laa merajuk ke ? Alahai main merajuk merajuk pulak dekat sini " . Iyaz menghampiri tempat duduk isterinya .

Pintu dikuak dari luar . Iyaz melutut memandang wajah Tya yang masam mencuka dengan tangan disilangkan tanda protes .

" Sorry keyh . Taknak makan ke ? Abang lapar ni .. " . Iyaz meleretkan ayat itu sambil mengenyitkan matanya .

Tya buat muka sedih , " Tya cuma nak tunjuk kat orang yang Tya bahagia dengan abang . Tapi tak tahu pulak abang tak suka " . Keadaan berubah menjadi sayu.

" Ye ye abang tahu sayang memang macam tu bila bahagia . Abang pun happy tengok sayang bahagia macam ni . Abang bergurau je tadi . Please forgive me and lets go eat ? Abang lapar ni. Tak kesiankan abang ke ? " . Giliran Iyaz pula membuat muka seposen.

" Allahu , comelnya suami Tya ni !! Tak sangka muka garang , badan sado tapi comel bila buat muka sedih !!! Okay maaf diterima ! Jom pergi makan ! " . Tya laju mencubit pipi Iyaz menyebabkan dia menjerit barangkali terkejut tambah sakit dengan cubitan Tya.

Orang yang lalu lalang agak tertarik dengan jeritan Iyaz sebelum Tya bertindak menekup mulut suaminya.

" Shh diamlah abang . Haish buat malu je jerit jerit !" . Tya kembali menggelakkan Iyaz yang memegang pipinya . Merah kaw!!

" Oh suka ye dapat kenakan abang . Okay tak apa . Satu sama . Siaplah Tya nanti !" . Iyaz senyum nakal.

Tya hanya mencebik dan meninggalkan Iyaz di belakang .

" Sayang tunggulah abang !" . Laung Iyaz di belakang.

" Siapa tu siapa tu ?!! Saya tak kenal !! " . Tya terus melajukan langkah. Mereka ketawa bersama .

Terasa bahagia di mana mana .

_____

" Anis , Anis ! Bangun nak ! " . Ibu mengoncangkan badan Anis beberapa kali.

Anis membuka mata dengan terpaksa.

Dengan mamai dia memandang wajah ibu tercinta.

" Ada apa ibu kejut Anis pagi pagi buta ni ? " . Anis menggaru garu kepalanya.

" Hei anak bertuah oi ! Pagi pagi buta apa nya ? Ha tengok ni jam ! Dah pukul 10 pagi ! " . Ibu menampar perlahan paha anaknya.

" Baru pukul 10 pagi lah ibu~ . Awal lagi ni !" . Anis ingin kembali baring di atas teddy bear nya . Belum sempat dia baring , ibu menahan kepalanya.

" Tu Airil datang . Kamu ada nak pergi mana mana ke dengan dia harini ? " . Ujar ibu membuntangkan mata Anis sebesar yang boleh.

" Ibu !! Harini Airil nak bawa Anis pergi ambil baju kahwin ! Ibu tolong coverkan Anis ! " . Anis memegang tangan ibu kuat .

Anis mencari kelibat Zhrh di sebelah . Zhrh masih lena dibuai mimpi . Mentang mentang kedua duanya ABC , enaknya dibuai mimpi . Ini semua salah Zhrh . Dia menghasut Anis untuk melayan drama korea di laptop sehingga jam 2 pagi . Inilah padahnya .

" Iye lah iye lah cepat pergi mandi . Haish dah nak kahwin tapi perangai tak serupa kacam nak jadi isteri orang !" . Sekali lagi ibu menampar paha Anis . Kali ini lebih kuat.

Anis mengaduh dan menayangkan sengih . Dengan rambut kusutnya . Macam pontianak!

Ibu mengejutkan Zhrh setelah Anis bergerak ke kamar mandi .

Ibu melangkah keluar dari bilik tidur Anis dan menapak ke arah Airil.

" Airil , tunggu sekejap ye . Anis tu baru bangun . Ibu nak ke dapur sekejap " . Ibu menguntumkan senyuman buat bakal menantu. Airil mengangguk .

Sebaik sahaja bayang ibu hilang di balik dapur , dia menggelakkan Anis . Pasti dia dalam keadaan kalut sekarang ni . Hai macam mana aku tak makin sayang ni ! . Airil kembali menghirup air teh yang disediakan oleh ibu .

_____

" Awak buat apa semalam sampai lewat bangun pagi ni ? Sekali solat subuh pun awak terlajak ?!" . Airil memulakan bicara . Janggal rasanya bila masing masing berdiam diri.

' Haishh ibu macam tak cover aku je ! Ini lagi pergi beritahu yang aku bangun lambat !' . Desis hati Anis malu.

" Err..err semalam Zhrh ajak saya tengok drama korea . Saya pun layan lah . Tak sedar dah pukul 2 pagi masa tu " . Anis senyum kelat.

" Ooh . Habistu solat subuh ? " . Anis mengetap bibir . ' Aku period la ngek !! ' . Itu hanyalah jeritan dalam hati saja .. Dia malu untuk menyuarakan ayat itu.

Anis hanya memandang sepi soalan itu . Mujur Airil tidak mendesak .. keadaan kembali senyap .

...

" Sebenarnya saya dah pilih baju kahwin kita . Harini kita cuma cuba sama ada okay atau tak . Kalau okay , dah boleh bawa balik " . Airil melipatkan lengan kemejanya hingga paras siku.

" Oh . Okay then . Awak tempah baju warna apa ? " . Anis tiba tiba excited.

" erm nikah warna putih , bersanding warna blue soft . Tapi awak jangan risau , hiasan pentas warna pink soft sesuai yang macam awak nak " . Airil menjelaskan satu persatu.

" Okay " .

Tiba tiba datang seorang gadis yang mungkin bekerja di situ.

" Encik Airil dan Cik Anis ye ? " . Tanya gadis itu.

" Yee kami la tu " . Balas Airil biasa . Anis hanya tersenyum .

" Okay , Cik Anis boleh ikut saya , manakala Encik Airil boleh ikut kawan saya untuk fitting baju okay?" Ujarnya lagi sambil menunjuk ke arah kawannya yang lelaki itu.

Anis dan Airil mengangguk angguk dan mulai mengorak langkah.

Oleh sebab gadis itu kelihatan lebih tua berbanding Anis , Anis membuat keputusan untuk memanggilnya akak.

" Kak , kalau lepas fitting baju ni , saya taknak tunjuk dekat bakal suami saya boleh tak ? Saya malu lah " . Anis menayangkan muka minta simpati.

" Boleh dik . Jangan risau . Lepas akak dah tengok and bajunya okay , adik dah boleh buka bajunya semula " . Ujarnya . Dia juga memanggil anis adik . Ini baru selesa.

" Thanks akak " .

______

" Sayang , take care okay ! " . Iyaz mengelus lembut pipi isterinya.

" Ya jangan risau ! Kitaorang jaga dia . Nyamuk pun kitaorang tak bagi dekat ! " Zhrh kacau daun betullah!

" Hati hati abang . Meet you another two days !" . Tya masih memegang erat pergelangan tangan Iyaz.

" Betul ni taknak makan , minum rehat dulu kat sini ? " tanya ibu Anis sekali lagi . Sewaktu mereka sampai , ibu ada mempelawa tapi ditolak sopan oleh Iyaz.

" Betul makcik . Takut nanti sampai lewat pulak !" . Balas Iyaz sopan . Tidak mahu mengecilkan hati orang tua itu.

Iyaz bersalaman dengan ayah Anis dan mencium dahi Tya lama .

Tya memerhati kelibat kereta Iyaz sehingga hilang dari pandangan . Take care mr hubby!

Mereka sampai di rumah Anis pada jam 6 petang .

Mereka masuk ke dalam rumah dah bersedia untuk solat maghrib berjemaah.

Pejam celik pejam celik , lagi 3 hari Anis akan memegang title ' cik ' . Lepas ni ' puan ' . Huehue.

Malam ini riuh rumah Encik Roslan dan Puan Rofeah ( Ida ) dengan kedatangan Zhrh dan Tya . Sewaktu dikhabarkan Najwa mengandung , bukan main gembira Cik Lan dan Cik Ida . Macam Anis yang mengandung . Inilah akibatnya bila keluarga masing masing rapat antara satu sama lain.

Sedang menikmati keindahan malam di depan rumah , iphone milik Anis di atas meja berdering . Nama Izran Emir tertera di skrin iphonenya.

Anis meminta diri untuk menjawab panggilan itu . Dia terus menapak ke bilik tidurnya. Dilepaskan keluhan berat sebelum menjawab panggilan itu.

" Hello ? "

" Hello , Anis ! " .

" Ada apa awak call saya malam malam ni ? "

" Kenapa susah sangat nak angkat call saya ? Saya perlukan penjelasan daripada awak ! Tolong jujur dengan saya ! " .

" sorry saya tak perasan . Ke..kenapa awak serius sangat ni ??" .

" Anis .. "







🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top