27

" Aku menyesal ! Aku menyesal sangat sangat !! " . Anis menangis beria di bahu Zhrh.

Zhrh mulai cuak . Dia memandang tajam ke dalam mata Anis setelah merungkaikan pelukan.

" Kau dah sedar ke ? Dan kau menyesal ? Kau nak batalkan perkahwinan ni ? No ! Tak boleh ! Kau dah gila ke ? " . Zhrh memberi Anis amaran keras.

" Eish kau ni ! Siapa yang nak batalkan perkahwinan tu ! Ni pasal Audi R8 white kesayangan aku lahh !! Dah kemik depannya langgar pokok ! " . Dengan tangisan , Anis menepuk kuat paha Zhrh.

" Laa ! Dah tu apa yang kau nak menyesal ? Menyesal sebab tak mati ? " Zhrh ajak bergurau .

" mulut dengan kaki kau lebih kurang sama kan ! Cakap baik sikitah ! Aku menyesal lah sepatutnya aku take a rest sekejap. Aku dah rasa mengantuk tapi taknak rest . Ha ni lah padahnya ! " . Anis membebel sendirian .

Zhrh menghempaskan badannya di atas katil milik Anis.

" Hahaha padan muka kau ! Dasar keras kepala !" . Zhrh menyilangkan tangannya dan bersedia untuk tidur.

" Kau mengutuk tak tengok kiri kanan ek ! Kau berambus dari bilik aku sekarang !! ". Anis menolak tubuh Zhrh .

" Okay sorry sorry . Dah jomlah tidur ! Aku mengantuk dah ni ! " . Zhrh terus mengambil tempat di sebelah Anis.

" Alolo sian dia mengantuk ye ! Ha tidur tidur jom tidur !! " . Anis turut menghempaskan badannya di atas katil.

Mujurlah balutan dikepala Anis telah dibuka . Tinggal cuma tampalan kecil di dahinya.Harap dapat baik sebelum hari perkahwinanya. Dia tidak mahu Tya , Najwa dan yang lain tahu . Pasti mereka akan risau.

______

" Sayang , oh sayang ! Bukalah pintu ni ! Abang nak masuk " . Ashraf mengetuk pintu .

" Taknak ! Abang tak sayang Najwa kan ! Buat apa masuk !  " . Najwa bercekak pinggang dibelakang pintu . Dia beralih ke katil dan duduk di birai katil .

" Mana ada ! Sayang bukalah pintu ni ! Jangan buat abang risau please !" . Ashraf masih lagi di depan pintu . Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal . Dia memetik jari . Baru dia teringat dia memiliki kunci pendua.

Ashraf mencari kunci itu dan terus membuka pintu .

Melihat wajah Ashraf yang tersembul di depan pintu menyebabkan muka Najwa masam mencuka.

Najwa yang terkejut terus beralih ke kamar mandi . Entah kenapa hatinya sungguh memberontak .

Belum sempat Najwa hendak menutup pintu dan menguncinya ,  tangan sasa Ashraf terlebih dahulu menahan daripada pintu ditutup . Hai lelaki lawan perempuan mestilah lelaki menang . Najwa menyerah kalah dan hanya membiarkan Ashraf masuk . Dia bersandar di tepi cermin kaca dalam kamar mandi itu.

" Kenapa ni sayang ? Okay about tadi , sorry okay . Abang gurau je . Taknak lah merajuk merajuk lagi erm ?! " . Ashraf mendekati sedikit demi sedikit..

" Najwa taknak kawan abang . Baby pun taknak kawan papa kan !" . Najwa masih menyilangkan tangannya tanda masih merajuk.

Ashraf terus melajukan langkah dan memcempung tubuh kecil Najwa. Najwa yang terkejut dengan tindakan drastik itu tidak mampu membuat apa apa.

Ashraf meletakkan Najwa di birai katil .

" Kenapa ni ? Tell me " . Ashraf memegang dagu Najwa untuk memaksa Najwa memandang mata Ashraf.

" Abang dah tak sayangkan Najwa kan ! Sebab tu abang dah taknak layan Najwa kalau Najwa nak apa apa kan ! Abang jahat! " . Najwa masih menahan airmata dari jatuh . Tiba tiba dia terasa sayu.

Ashraf meraup muka dan melepaskan keluhan berat.

" Nur Najwa ! Nak abang marah ke ? Look at me ! Kan abang dah cakap abang bergurau je . Takkanlah abang tak bagi sayang nak pergi majlis perkahwinan sahabat Sayang . Abang tak sekejam tu ! Sayang , sayang tahukan abang sayang sangat sangat dengan sayang ??!! Abang hanya sayang dan cintakan sayang je ! " . Ashraf memegang kemas lengan Najwa.

Najwa hanya tertunduk . Seketika terdengar esakan kecil . Ashraf terus menarik Najwa ke dalam dakapannya .

Lama dia menangis sampai basah bahagian dada baju yang dipakai oleh Ashraf.

" Dah tak mahu nangis lagi erm .. Ni baby pun nanti ikut sedih " . Ashraf meletakkan tangannya di atas perut kempis Najwa.

Najwa mendongak mencari wajah suami tercinta.

" Betul ni ? Abang sayang Najwa ? " . Ashraf tersengih sebelum mengangguk laju.

" Yeayy pergi Johor !! " .  Ujar Najwa riang . Dia selesa dalam dakapan Ashraf . Mungkin pembawakan baby.

_______

" Jadinya nanti masa wedding Anis , abang tak ada lah temankan Tya ? " . Tya membantu Iyaz mengemaskan barang barangnya . Barang Tya telah siap lama . Excited katanya nak gather dengan FANZ semula.

" Kita pergi esok kan , Anis punya wedding kan hujung minggu ni , abang kerja  dua hari je  sayang " . Dicuit manja hidung mancung milik Tya .

" Yeay abang ada ! " . Tiak Tya riang.

" Kenapa suka sangat ni ? Nampaknya sayang dah tak boleh renggang dengan abang sikit pun kan ?" . Iyaz menyakat isterinya.

Tya yang terperangkap cuba untuk cover , " bukan macam tu cuma Tya rasa selamat dekat dengan abang " .

" Iyelah tuu !! " . Dileretkan ayat itu sambil tangannya memasukkan baju t shirt ke dalam beg .

" Oh ya , Tya baru ingat tujuan Tya masuk bilik . Tya nak panggil abang makan . Hehe " . Tya menggaru kepalanya.

" Laa kesiannya isteri abang . Lapar ye . Jom makan . Ermm sayang abang masak apa harini ek ?!" . Iyaz berjalan beriringan sambil merangkul kemas pinggang Tya.

" Hehe nanti abang tahu lah " . Tya acah acah surprise.

Sesampainya di meja makan,

" Tadaaa !! " . Semua kelengkapan makan telah disediakan . Cantik terhias . Dengan hiasan beberapa bunga rose merah di dalam sebuah bekas di tengah tengah meja.

" Wah look like delicious ! Mestilah sedap isteri abang masak kan ! " . Iyaz terus mengambil tempat di meja makan . Bersedia untuk makan .

" Aip basuh tangan dulu " . Marah Tya .

Iyaz menayangkan sengih dan segera bergerak ke sinki diikuti dengan Tya .

Iyaz membacakan doa sebelum makan dan diaminkan oleh Tya . Semoga rezeki mereka diberkati.

_____

" Anis !! Anis ! Wei kau pekak ke apa ? Aku dok menjerit panggil kau dari tadi sampai kering tekak aku !! " . Zhrh membebel apabila Anis tidak mendengar jeritannya.

Anis menayangkan segaris sengihan , " hehe kau ada panggil ek . Sorry tak dengar . See aku tengah pakai headphone kan , confirmlah tak dengar apa apa " .

" cepatlah pakai tudung ! Tu Airil datang nak jumpa BAKAL ISTERI DIA YANG PEKAK NI ! " . sejurus itu Zhrh terus berlari setelah mengutuk Anis dan menjelirkan lidahnya buat Anis.

Anis sudah mulai risau . Dia beralih ke cermin . Dilihat luka di kepalanya.

'Airil tak boleh tahu . Habis nanti semua akan tahu . Macam mana aku nak nyorokkan luka ni!' . Desis hati kecilnya.

Dia mendapat idea . Dia menyarungkan tudung hitam yang sedia tersadai dan menyarungkan hoodies black nya . Setelah yakin luka itu telah tertutup , dia menapak ke luar bilik .

Dia dapat menangkap kelibat Airil sedang berdiri melihat keadaan persekitaran rumah Anis .

Anis menapak perlahan ke arah Airil . Dia terpersona sebentar dengan pemakaian Airil . Masih dengan uniform pilot , pasti baru lepas flight. Anis tersengih sendiri . Tampan juga bakal suami aku ni . Lamunannya terhenti apabila Airil berdehem . Dia terkantoi dengan Airil akibat meng'usya' Airil dari belakang.

" Kenapa awak macam ni ? Jadi black metal ke ? " . Airil bertanya separuh gelak sambil memerhatikan Anis dari atas sampai bawah.

" Hehe . Ermm saya sejuk lah !" . Anis main bantai aje.

" Sejuk ? Awak demam ke ? Nak saya bawa pergi klinik ? " . Airil mulai mendekati.

Anis mengundur sedikit ke belakang apabila merasakan jarak antara mereka sungguh rapat.

" Taklah . Saya memang macam ni . Terbalik dengan orang . Kalau orang cakap panas , saya sejuk , kalau orang sejuk , saya panas !" . Sungguh tak masuk dek akal ye alasan itu.

Airil hanya mengangguk angguk .

" Oh ya . Ada apa awak datang sini ? Siap dengan uniform pilot lagi ! Nak bawa saya terbang ke ? " . Anis ajak bergurau.

" Soon kita terbang sama sama okay . Honeymoon " . Airil mengenyitkan matanya . Senyuman nakal diberikan khas untuk Anis.

Anis mencebik .

" Saya nak beritahu awak , esok erm pukul 10 pagi saya akan ambil awak . Kita pergi cari baju kahwin kita keyh " . Airil membuka dua button uniformnya menampakkan tshirt putih di dalamnya . Anis melarikan pandangannya . Haish suka sangat goda aku macam ni . Aku sepak jugak kau ni karang.

" Oh okay then . See you tomorrow !" . Anis sudah mulai mengorak langkah .

" Dah nak masuk dah ke ? " . Airil menghalang Anis. Anis tersenyum sebelum mendekatkan diri ke arah Airil dengan senyuman nakal.

" Cik abang ! Dalam rumah ni ada saya dengan Zahirah je tau sekarang . Ibu dengan ayah ke bandar kejap . Ada hal katanya . Kalau cik abang rasa taknak kena makan dengan saya , baik cik abang balik sekarang ! Kang cik abang yang tak selamat nanti ! " . Anis mengetap gigi . Geram dirinya .

Airil senyum senget dan melangkah mendekati Anis . Anis yang jadi tak tentu arah.

" Oh ya ? Makanlah saya sekarang . Saya tak risau apa apa . Awak yang patut risaukan diri awak sendiri . Siapa yang takkan selamat nanti !" . Airil memandang tajam ke dalam mata Anis. Gadis di depannya ini tersangat comel .

" Eii dahlah jangan nak takutkan saya ! Balik sana !! Balik balikk !! " . Anis terus berlari memasukki rumah . Airil ketawa melihat kelajuan Anis melangkah ke dalam rumah . Tahu takut! Ditutup pintu sedikit . Dia perhatikan kereta Airil hilang dari pandangan . Seketika dia tersenyum .

Dia terus membuka hoodies dan mencabut tudung .

" Fuuuiii ni berpeluh ke tadi hujan ? Masham dah bau . Kena mandi lagi ni ! " . Anis mebebel sendiri . Dia terus mengorak langkah ke kamar mandi .

" Dah puas dating ? " . Zhrh dengan buah epal di tangan mula menyakat Anis.

" Siapa yang dating ?!! " .








🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top