26
" Abang ! Anak kita accident ! Anis accident bang ! " . Ibu mencengkam hebat lengan ayah.
" Bawa bertenang , ida . Awak dengar ni dari siapa ? Betul ke ? " . Ayah memandang ibu yang sudah menangis.
" Anak Fatimah nampak kereta Anis dekat tepi jalan . Kereta tu .. kereta tu remuk langgar pokok . Jomlah abang kita pergi hospital ! " . Ibu menarik tangan ayah.
Ayah mengangguk angguk dan terus mencapai kunci kereta . Ibu yang sudah sedia bertudung terus mengunci pintu .
Kereta waja itu memecut laju ke jalan raya.
____
" Lama juga awak tak balik Johor kan . Adalah dalam 4 bulan tak silap saya " .
" Awak kira ? " . Anis membuntangkan matanya.
" Kira gitu gitu je . Hahahaha " . Dia cuba menutup rahsia itu.
....
Sesampainya di hospital , ibu terus laju menapak ke dalam hospital.
Ibu terlihat sekujur tubuh yang amat dia kenali. Anaknya !!
Ibu terus melajukan langkah ke arah Anis yang sedang duduk.
" Ya Allah , Anis ! Kenapa sampai jadi macam ni nak !! " . Airmata tidak dapat dia tahan.
Anis terus memeluk ibu kesayangannya itu.
" Makcik , doktor cakap Anis tak ada alami kecederaan berat . Cuma kepalanya luka sebab terhentak stereng kereta. Dia boleh balik lepas ambil ubat . Makcik tak perlulah risau sangat ". Terang seseorang yang berada di sisi Anis.
" Terima kasih Hakimi. Kalau tak ada kamu tak tahulah apa jadi pada anak makcik ni " . Ibu mengusap usap kepala Anis.
" Tak ada apa apa lah makcik . Kebetulan je saya lalu dekat kawasan tu , tu yang ternampak Anis " . Sambung Hakimi lagi . Dia menghadiahkan senyuman manis buat ibu Anis.
Anis hanya tertunduk diam . Mungkin masih dalam keadaan trauma.
Jam 11.00 malam , Anis sudah terlena di katil kesayangannya. Barangkali penat .
_____
" Abang ! Abang ! " . Najwa terpekik pekik memanggil suaminya.
Dia berlari kearah Ashraf yang berada di dapur.
Setelah dua hari hanya mampu baring , akhirnya Ashraf sudah boleh bangun dan membuat aktiviti harian cuma kadang kadang dia masih mengalami muntah muntah cuma tidak serius.
" Yee sayang ? Ya Allah !! Jangan lari lari boleh tak ?Ada anak abang dalam tu !! " . Dengan memegang senduk dan memakai apron , Ashraf cekak pinggang sambil mengetap bibir tanda geram.
Najwa tersenyum bagai kerang busuk. Dia menggaru kepalanya.
" Hehehe okay okay . Sorry ye sayang . Mama janji takkan ganas ganas lagi " . Najwa mengusap usap perutnya .
" Hah ada apa tadi nak cakap beria sangat panggil abang ? " . Ashraf masih cekak pinggang.
" Anis , dia nak kahwin hujung minggu ni !!Dia baru call Najwa tadi! Bestnya !! " . Najwa melompat lompat keriangan. Excited betul.
" Sayang !! " . Ashraf menekankan perkataan itu . Dia memandang tajam ke arah Najwa.
Najwa angkat kedua tangannya tanda menyerah diri dan takkan buat lagi.
" Ermm , Anis tu ada boyfriend ke ? Muka dia nampak macam single je " . Ashraf menaikkan mata nya ke atas tanda berfikir.
" Memanglah selama ni dia single . Haah eh ! Dia kahwin dengan siapa ? " . Najwa turut keliru.
" Sayang tak tanya Anis dia kahwin dengan siapa ? " . Ashraf menduga.
" Hehe lupa pula . Najwa excited sangat . Tak apa lah . Hujung minggu ni kita pergi , kita tahu juga kan !" . Najwa sudah sedia menapak ke arah sofa ingin menyambung menonton drama kegemarannya .
Memandangkan hari ini hari minggu , Ashraf menawarkan diri untuk masak untuk isteri tersayang.
" Siapa cakap kita akan pergi wedding dia ? " . Ashraf senyum senget.
Langkah Najwa terhenti.
" Abang taknak pergi ke ? Abang jahat !! Abang memang tak sayang Najwa !! " . Najwa terus berlari ke tingkat atas . Pintu dihempas kuat.
Ashraf meraup mukanya.
' Abang bergurau je sayang . Alahai betul betul merajuk ke ?' . Ashraf ketawa sendiri sebelum menapak ke tingkat atas untuk memujuk si isteri.
______
" Abang , nanti abang cakap abang ade kerja dekat Johor kan . Tya nak ikut . Sebab Anis kahwin kat sana " . Tya menyerang Iyaz yang sedang ralit menghadap televisyen.
" Anis kahwin ? Out of the blue ! " . Iyaz mengangkat angkat kening .
Semua yang mendengar berita perkahwinan Anis menunjukkan riak terkejut dan tidak percaya. Anis yang susah hendak bergaul dengan lelaki sebarangan , tiba tiba mendapat khabar akan berkahwin.
Tya menampar lengan Iyaz . Bibir di ketap rapat.
" Abang jangan ingat kawan saya sorang tu tak ada orang nak tau ! Dia lagi ramai orang nak cuma dia je jual mahal !" . Tya back up Anis.
" Oh okay okay . Sorry " . Iyaz tersengih sambil mengusap lengannya . Woo bisa dia.
" Dia kahwin dengan siapa ? "
" Anis tak beritahu pun tadi . Maybe surprise kot " . Tya menayangkan senyuman jahat .
" Erm siapa ek ??! " . Iyaz menongkat dagu sambil berfikir.
_____
" Anis , kenapa kau tak call aku beritahu yang kau accident ?!! " . Ujar Zhrh yang geram . Dia geram melihat keadaan Anis . Mujur dia datang ke rumah Anis awal , kalau tidak Anis pasti akan merahsiakan perkara ini sampai bila bila.
" Aku ... aku taknak susahkan kau . Kalau aku beritahu kau malam tu aku accident , mesti kau terus drive datang johor kan . Aku taknak . Bahaya untuk kau drive sorang sorang !" . Anis memandang lemah wajah Zhrh.
" Airil tahu ? " . Zhrh memandang tepat balutan di kepala Anis.
Anis menggeleng perlahan . Zhrh mengeluh kasar sebelum meraup mukanya.
" Tak apa lah , kau rest dulu " . Zhrh membaringkan Anis dan keluar dari bilik setelah pasti Anis telah lena.
Apa boleh buat kalau dapat rakan keras kepala macam Anis . Tak pernah nak fikirkan diri sendiri.
...
" Anis buat apa , Zhrh ? " . Ibu yang sedang memotong sayur mengalihkan pandangan ke arah Zhrh .
" Dia tidur dalam bilik , ibu . Ibu nak masak ye . Zhrh tolong ya " . Zhrh melabuhkan punggung di sebelah ibu Anis.
" Ibu harap Zhrh tak ada simpan apa apa perasaan dendam atau benci pada Anis sebab ibu tahu perangai anak ibu tu macam mana . Keras kepala " . Ibu menyuarakan hasratnya lembut.
" Eish ibu ni kenapa cakap macam tu . Perangai keras kepala dia tu lah banyak buat kami rasa bahagia . Kami , kawan dia tak pernah lah rasa macam tu " . Zhrh memegang lembut bahu ibu.
Mereka tersenyum dan terus memasak.
" Ada apa apa yang Zhrh boleh tolong ? "
" Hahah ni tolong kupaskan bawang ni " . Arah ibu . Mereka memasak sambil bercerita . Layan Zhrh . Habislah . Hahaha.
Seketika terdengar ketukan dari pintu depan . Suara orang memberi salam juga kedengaran.
Ibu bertindak bangun dan menapak ke arah pintu utama rumah.
Zhrh dapat menangkap kelibat seorang makcik dan seorang lelaki muda masuk ke dalam rumah.
" Zhrh boleh tolong ibu buatkan air ? " . Zhrh hanya mengangguk.
...
" Macam mana keadaan Anis ? Ni hah Kimi ni susah hati sangat " . Ujar makcik Fatimah.
" Hahaha . Dia okay . Dia tengah rehat dalam bilik tu hah . Kimi , kamu masih suka Anis ya ? ". Ibu sengaja menduga.
" Makcik jangan risau . Saya akan cuba buang perasaan tu sebab saya tahu Anis akan berkahwin hujung minggu ni " . Jawab Hakimi . Walaupun jawapannya kedengaran hampa , ibu hanya mengangguk.
' Sini pun ada orang suka Anis. Hai Anis berapa banyak lelaki kau bagi fake hope ni ! ' . Desis hatinya . Dia menggelakkan rakannya itu.
Dia meletakkan air air itu di atas meja yang disediakan.
" Kenalkan Imah, Kimi . Ni kawan Anis . Zahirah namanya" . Zhrh menyalami makcik Imah.
Zhrh mengambil tempat di sebelah ibu dan tersenyum . Dia memandang Hakimi sekilas. Boleh tahan . Tapi Doktor Zhafran Nawfal tetap dihati.
____
" Anis ! Anis kenapa kau menangis ni ? Wei janganlah nangis ! " . Zhrh terus memeluk erat Anis . Pipinya sudah basah dek airmata yang berjujuran.
" Aku menyesal Zhrh !! Aku... aku !! "
🌻B E R S A M B U N G🌻
Vote
&
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top