24

" Saya cuma nak cakap yang saya terima pinangan awak . Saya cuma nak jaga perasaan ibu ayah saya dan parents awak je . Mungkin apa yang awak cakap tu betul . Saya masih belum sayangkan awak dan saya harap awak dapat beri saya masa " . Terang Anis satu persatu.

" Awak dah terima saya pun saya dah rasa happy . Terima kasih sebab beri peluang pada saya untuk menjaga awak . Saya tak akan sia siakan peluang yang awak beri pada saya " . Balas Airil . Hatinya sungguh riang saat ini .

" Hurmm . Okaylah, Saya kena pergi ni . Ada hal . Assalammualaikum " . Ujar Anis biasa. Dia tidak tahu perasaan nya sekarang ini . Semuanya bagai bercampur baur.

Memandangkan Anis seorang diri di rumah , Anis membuat keputusan untuk berkaraoke di rumahnya . Wifi di buka. Carian youtube lagu Kumpulan KPOP kegemarannya dicari.

Lagu I WILL BE YOUR MAN nyanyian kumpulan BTOB di cari. Dia berkarok sepuas puasnya menggunakan microphone.

Setelah 30 minit berkarok . Perutnya berbunyi minta di isi . Anis beralih ke dapur ingin membuat simple snack sambil melayan drama korea kegemarannya.

____

Ketukan dipintu mengganggu tugas Najwa di dapur . Dia laju menapak ke ruang tamu setelah beberapa kali ketukkan kuat dan bunyi orang memberi salam.

Pintu dibuka . Najwa terkejut melihat suaminya yang terkulai layu . Ashraf di angkat oleh dua orang lelaki . Mungkin staffnya.

Najwa yang panik berjalan laju untuk menunjukkan tempat yang sesuai untuk meletakkan suaminya . Usai meletak Ashraf di atas katil bilik mereka , Najwa membawa dua orang lelaki itu turun .

" Encik , kenapa suami saya pengsan ? Dia sakit ke ?!" . Tanya Najwa bertubi tubi . Siapa tak sayang suami oii.

" Kami pun tak tahulah Puan . Tiba tiba je kami nampak Boss pengsan lepas keluar dari toilet. Kami dah tak tahu nak buat apa . Tu yang kami hantar dia ke rumah sebab kami pernah ingat dia pernah cakap yang rumah dia dekat dengan office " . Jelas staff Ashraf .

" Kalau tak de apa apa , kami balik ke office dulu ye puan " . Sambung staff lagi satu.

" Ha ye lah . Terima kasih ye " . Najwa menghantar mereka berdua sehingga di depan pintu . Setelah pekerja itu pergi , Najwa menutup pintu . Sebelum menapak ke bilik , nombor Zhafran di dial.

" Zhafran , kau busy tak ? Boleh datang rumah aku ? Ashraf pengsan ni ! Aku risau ada apa apa jadi pada dia !". Jelas Najwa laju. Sungguh dia risau melihat suaminya yang tidak sedarkan diri.

" What ?!!! Okay kau tunggu , kejap lagi aku sampai ! " . Zhafran juga terkejut mendengar berita yang di sampaikan oleh Najwa.

Setelah talian dimatikan , Najwa menapak ke bilik tidur mereka. Najwa memerhati sekujur tubuh yang terkulai layu di atas katil itu. Wajah Ashraf sangat pucat terutama bibirnya. Ya Allah lindungilah suami hambamu ini.

Beberapa minit menunggu , Zhafran sampai di rumahnya. Zhafran memeriksa badan , mata dan degupan jantung Ashraf.

" Badan dia terlalu lemah . Aku rasa dia banyak kali muntah ni . Tu yang boleh sampai pengsan ! " . Terang Zhafran . Dahinya dikerutkan. Dia juga pelik Ashraf muntah sebab apa . Seketika dia tersenyum.

" Kau pregnant ke Najwa ? " . Tanya Zhafran dengan sengihan.

" Huh ? Mana ada !! "  . Laju Najwa menafikan.

" Kau tahu ke tak sebenarnya ni ? Better kau check . By the way , aku kena balik semula ke hospital ni . Kau tak perlu hantar aku sampai bawah , kau stay here and temankan suami kau je okay !" . Ujar Zhafran .

Najwa tergelak sebelum mengangguk angguk . Najwa memikirkan ayat Zhafran tadi . Tak ada salahnya check , kan . Najwa mengira waktu sepatutnya dia didatangi haid. Ternyata sudah lewat 2 minggu.

Najwa menyelongkar semua laci bilik tidurnya . Harap harap ada benda alah tu . Yess ! Najwa menjumpainya di laci meja sebelah katil mereka. Diambil satu pregnancy test itu . Najwa tekad .

...

Najwa mengambil nafas sebelum membuka matanya . Dia merenung pregnancy itu . Terdapat dua line . SAH ! dia pregnant ! Dia mengawal dirinya daripada menjerit. Dia memegang perutnya yang masih belum menampakkan bentuk. Najwa mengukirkan senyuman paling lebar .

Najwa keluar dari kamar mandi . Dia meletakkan kembali hasil keputusan pregnancy test itu di dalam laci meja. Disimpan sebagai bukti nanti. Dia tak sabar hendak menunggu Ashraf sedar. Sekarang dia mengerti . Ashraf mengalami sickness yang sepatutnya dia alami . Dia ketawa kecil sambil mengusap perlahan rambut suaminya yang serabai. Kasihan suami ku. Desis hatinya.

Najwa membuat keputusan untuk menghubungi Mama Papa Ashraf dan Ibu Ayah Najwa untuk memberitahu berita kehamilannya . Semuanya bukan main excited lagi . FANZ pun boleh tahan excited . Mahu pekak telinga Najwa saat mendengar jeritan dari Zhrh yang terlalu excited. Tinggal Ashraf yang masih belum tahu.

7.00 pm . Ashraf memegang kepalanya yang terasa pening . Tekaknya terasa perit kerana banyak sangat muntah.

Pintu dikuak dari luar . Dengan muka pucat , dia memberikan segaris senyuman buat sang isteri yang menghampirnya  dengan membawa dulang . Dengan rambut di ikat tocang , baju tidur pink . Comel sungguh!

Badannya masih terasa lemah . Nak bangun pun tak larat . Najwa membantu Ashraf membersihkan muka dan kembali ke katil.

" Abang , makan sikit . Dari siang tadi abang tak makan . Makan ye ? ". Ujar najwa . Dia menyuakan bubur ayam itu ke mulut Ashraf. Ashraf menolak perlahan suapan itu.

" Abang tak ada selera la sayang " . Jawab Ashraf lemah . Suaranya seakan tidak kedengaran. Dia tersandar lemah .

Najwa mengetap bibir tanda marah dengan sikap Ashraf yang degil .

" Abang kena makan jugak . Sikit pun jadi lah !! Takkan nak biarkan perut tu kosong ! " . Najwa membebel persis seorang ibu memarahi anaknya.

Ashraf memaksa dirinya untuk menelan bubur itu . Nak jaga hati isteri punya pasal. Akibatnya dia terburu buru ke tandas selepas memakan sesuap bubur .

" Uuwerkk !! Uwerkk !! " . Ashraf memuntahkan isi perutnya. Najwa melangkah ke tandas dan mengurut  belakang badan  suaminya .

Selepas memuntahkan semuanya , Najwa membasuh mulut Ashraf dan dipimpin suaminya ke katil .

Najwa mengelap mulut suaminya . Ashraf tak mampu membuka mata . Dia terasa sungguh lemah. Akhirnya dia terlena .

Najwa memandang Ashraf . Timbul rasa kasihan kepada suaminya itu . Sepatutnya dia yang rasa semua ini . Najwa hanya mampu berdoa agar semua ini tidak lama .

_____

" Happy Aniversary for us , sayang !!Yang ke sebulan !!  Terima kasih sebab sudi jadi permaisuri saya !" . Luahan hati Imtiyaz Daniel benar benar membuatkan Nur Fatyha jadi terharu . Dia tak sangka Iyaz sanggup menyediakan makan malam yang sangat romantik ini .

" Thanks abang sebab buatkan surprise ni untuk Tya . Tya tak tahu nak balas macam mana !" . Balas Tya . Airmata kebahagiaan diseka.

" Abang tak nak balasan pun. Cukuplah Tya dapat lahirkan ramai anak untuk abang ! " . Iyaz menghadiahkan senyuman nakal. Tya menampar lengan Iyaz perlahan sebelum ketawa . Pipinya mulai merona merah bila di sakat sebegitu.

Iyaz menghulurkan tangan kanannya  ,

" Wanna dance with me ? " . Iyaz bertanya romantik . Dengan musik yang damai , diterangi cahaya lilin , hiasan rose flower yang bertaburan . Such a perfect night.

Tya tersenyum sebelum mengangguk dan mencapai huluran tangan Iyaz.

Iyaz merangkul kemas pinggang Tya manakala Tya memegang erat bahu Iyaz dan tangan Iyaz.

Mereka menari mengikut alunan muzik itu .

____

" What !! Anis kau biar betul ? Janganlah main main !! " . Zhrh memandang tajam ke arah Anis.

" Aku tak main mainlah . Ye hujung bulan ni aku kahwin . Dengan Airill " . Jawab Anis perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Zhrh.

" Huarghh !! Lepas ni aku sorang lah mereput dekat rumah ni !! " . Sambung Zhrh . Dia menumbuk numbuk bantal nya.

" Janganlah macam ni Zhrh . Kau buat aku rasa serba salah lah !" . Tambah Anis memeluk erat rakannya itu.

" Kau lah !! Tak ada angin , tak ada ribut , tiba tiba nak kahwin dengan Airil !! " . Zhrh membentak . Siapa yang tak pelik . Dulu Anis bukan main bantah bila orang cakap Airil dengan dia , tapi sekarang semua ni akan jadi kenyataan .

" Hurmm . Aku pun tak tahu kenapa aku setuju nak kahwin dengan dia " . Segaris ayat Anis membuntangkan mata Zhrh .

" Kau jangan Anis !! Perkara ni bukan EKSPERIMEN tau !! " . Zhrh risau melihat dari gaya Anis .









🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top