22

Ashraf tersenyum lebar apabila mengenangkan cerita semalam . Najwa telah menjadi isterinya dalam erti kata sebenar.

Raut wajah Najwa yang sedang lena ditatapi . Lena sangat . Penat kot semalam . Hahahaha .

Ashraf menggeselkan tangannya di hidung Najwa . Najwa bergerak . Tidurnya sedang diganggu . Ashraf masih lagi bermain dengan hidung Najwa.

Dielus lembut pipi isteri kesayangannya . Perlahan Najwa membuka mata . Dia melarikan pandangan apabila melihat Ashraf sedang asyik merenungnya .

Serta merta Najwa ingat akan kejadian semalam . Pipinya mulai berona merah. Ashraf hanya tersengih memandang Najwa yang terkebil kebil.

Najwa melihat keadaan dirinya . Dirinya sedang tanpa seurat benang . Hanyalah selimut yang membaluti dirinya . Najwa memberikan renungan tajam buat si suami.

"Abang pandang sana !! Cepat !!!" . Jerit Najwa tiba tiba.

" Hahaha tak apa lah . Abang dah tengok dah pun semuanya . Bukannya salah pun " . Balas Ashraf selamba. Dia sedang ralit memakai tie bersiap sedia untuk ke office.

" Tak boleh !! Cepat pandang sana !! " . Laung Najwa sekali lagi . Mukanya hendak menangis.

" Haha iye lah iye lah " . Ashraf memalingkan mukanya. Najwa terus menyelubung di dalam selimut dan terus berlari ke kamar mandi .

Ashraf hanya tertawa melihat isterinya yang masih malu malu. Sebelum keluar bilik , Ashraf perasan sesuatu di atas katil mereka berdua . Sekali lagi senyuman paling lebar dia ukir apabila melihat sesuatu di atas katil itu .

...

Sebelum ke office , Najwa akan bersalaman dengan Ashraf dan Ashraf seperti biasa akan menghadiahkan ciuman di dahi isterinya.

Dia sempat berbisik kepada Najwa.

" Jangan lupa basuh cadar dalam bilik " . Ujarnya selamba.

Najwa memberikan reaksi blur. Disoal suaminya semula .

" Cadar kotor ke ? Najwa tak perasan pulak " . Najwa menggaru kepalanya yang tak gatal.

" Nanti sayang tengoklah sendiri yee " . Sengaja Ashraf berkata meleret . Najwa memandang blur kereta suaminya itu hilang dari pandangan.

Najwa menapak ke ruangan atas . Ingin melihat cadar katil mereka.

Sebaik sahaja melihat apa yang ada di cadar itu , dia menekup mukanya !! Malunya ! Mesti suaminya sedang membantai gelakkan dia . Huarghh !! Dia menarik laju cadar itu untuk dibasuh . Tidak lupa selimut tadi juga .

_____

" Amboi pengantin baru awalnya bangun !" . Tegur adik perempuan bongsu Iyaz , Irhana Damia.

" Mana ada awal Mia . Ni pun akak rasa akan dah bangun lambat " . Jawab Tya . Segaris senyuman diukir buat adik iparnya.

" Mana Daniel , Tya ? Tak bangun lagi ke ? Cuba Tya tengok . Ajak dia sarapan sekali . Dari tadi tak turun makan." . Tanya mama yang sedang duduk bersantai di sofa.

Tya mengerutkan dahi . Tadi Iyaz tak ada pun dalam bilik pengantin.

Tya hanya mengangguk dan bergegas ke tingkat atas. Baru dia perasan , bilik itu mempunyai satu lagi pintu didalamnya . Tya menolak pintu itu perlahan.

Tya terpesona sekejap dengan bilik itu . Ada meja besar di tengah tengah . Di atasnya ada laptop dan beberapa fail dan kertas . Bilik itu juga tidak serabut . Tya terpandang sekujur tubuh yang sedang tidur di atas sofa . Iyaz sedang tidur beralaskan tangannya sendiri . Timbul perasaan simpati nya terhadap lelaki yang bergelar suaminya ini . Semalaman Iyaz tidur di sini sementara dirinya enak tidur di atas katil empuk.

Perlahan Tya melabuhkan punggung di sisi Iyaz. Tangannya ditongkatkan di hujung sofa . Dia melihat raut wajah Iyaz dengan lebih dekat .

' Iyaz tak sedar waktu tu . Mungkin dia stress sangat kat tempat kerja kot . Aku tak patut nak hukum dia sampai macam ni . Sedangkan aku pun buat kesalahan ' . Hati kecil Tya berkata . Tangannya bergerak mengelus perlahan pipi suaminya.

Tiba tiba kedengaran pintu bilik mereka diketuk . Suara Mia memecah susana romantik .

" Kak Tyaa , Abang Daniell !! Mummy panggil turun breakfast !! " . Laungnya . Seketika suara Mia hilang . Barangkali telah turun . Tya ingin kembali merenung suaminya .

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Iyaz sedang tersandar di sofa sambil mengukirkan senyuman nakal.

" Dah puas tenung saya ? " . Tanya Iyaz selamba.

Baru Tya perasan yang suaminya itu tidak berbaju . Hanya mengenakan seluar jeans pendek . Maklumlah tadi ada selimut yang menutupi , ni selimutnya sudah lesap. Hahaha.

Tya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba mereka alasan.

" Ehem er .. err mana ada saya tenung awak ! Mummy mintak saya kejutkan awak . Tu je ! Sa.. saya keluar dulu lah memandangkan awak dah bangun " . Tya bersedia mengangkat punggung . Dia malu untuk bertentang mata dengan Iyaz.

Iyaz menarik pergelangan tangan Tya menyebabkan Tya terduduk di ribaan Iyaz. Iyaz mengaduh kecil . Bukannya sakit sangat pun . Setakat tubuh langsing Tya manalah berat sangat.

Tya cuba berdiri namun dihalang oleh pelukan Iyaz .

" Awak marah saya lagi ke ? Saya mintak maaf kalau haritu saya ada berlaku kasar dengan awak . Saya tahu lebam lebam tu saya yang buat kan " . Ujarnya lembut . Pelukannya di pinggang Tya diketatkan lagi sehingga dia dapat mencium haruman rambut Tya.

" Saya tak mempunyai hak untuk menghukum awak . Lagipun awak dalam keadaan tak sedarkan diri . Lebam lebam tu dah hilanglah . Means dah tak sakit " . Balas Tya sambil menunjukkan muka dan tangannya yang sudah hilang kesan lebam.

" Awak , awak belum mandi eh ?? ! " . Sambung Tya dengan persoalan.

Iyaz mengangguk laju.  Seraya itu Tya laju menutup hidungnya.

" Eeiii patutlah busyuk !! Lepaskan saya lah ! Saya taknak kawan dengan orang busyuk !! Saya dah mandi !! " . Jerit Tya mengejek. Bukannya bau busuk pun . Saja dia menyakat Iyaz.

" Jom ! Mandi sama sama !" . Iyaz mulai mencempung Tya . Tya mulai risau kalau betul betul Iyaz hendak mandi bersamanya.

Tiba tiba pintu diketuk kuat . Lebih kuat dari yang tadi.

" akak , abang !! Mummy panggil makan !! " . Jerit Mia . Kali ini double kuatnya.

Tya mengambil peluang untuk meneroboskan dirinya . Sebaik sahaja dapat melepaskan diri , dia berlari ke pintu sambil menjelirkan lidah .

Iyaz hanya tergelak melihat telatah isterinya.

Alhamdulillah isterinya tidak mengalami sebarang trauma.

____

" Anis , kau lunch sorang sorang okay ? Aku nak keluar , dating !" . Laung Zhrh yang sedang memakai heels nya di depan rumah . Anis dapat menangkap kelibat kereta Zhafran .

" Iyeelahh ! Hati hati taw ! Zhaf , jaga Zhrh untuk aku !! " . Jerit Anis . Zhaf mengangguk dari dalam kereta.

Anis menutup dan mengunci pintu selepas kereta Zhaf hilang dari pandangan.

Dia melabuhkan punggung di sofa ruang tamu . Selera makannya telah hilang . Dia sendiri di rumah. Huehue sedihnya.

Seketika iphone 8 plus milik Anis berdering tanda ada panggilan masuk . Anis terus mengangkat panggilan itu.

" Hello ?" .

" Anis , betul ke supporter kau tarik diri ? Dia kata kau buat masalah . Kalau kau nak jumpa dia , dia ada merting dekat Dexandra Cafe tengah hari ni . Hope kau dapatlah pujuk dia semula."

" Huh ? Aku tak tahu apa apa pun ! Its okay rileks . Biar aku yang settle . Okay thanks , bye !" . Ujar Anis laju .

Anis terus bersiap untuk ke Dexandra Cafe. Macam macamlah Izran ni . Dahlah disaat saat akhir buat macam ni !!

....

Anis segera menghalang daripada Izran menutup pintu BMW Merah miliknya.

Izran kembali keluar dari perut kereta . Sinis senyumannya .

" Baru ingat nak cari saya ? " . Ujarnya sinis.

" Apa maksud awak sebenarnya ? Batalkan perjanjian kita last last minutes ? Salah apa yang saya buat sampai awak batalkan perjanjian kita ??" . Tanya Anis melulu .

" Sebab awak abaikan saya . Saya .. saya cuma nak kan perhatian awak ! Sebab saya dah terlanjur suka kan awak !! " Luah Izran separuh menjerit.

Anis terdiam mendengar luahan hati Izran sebentar tadi . Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal . Izran juga mengelak dari bertentangan mata dengan Anis . Malu sebab kantoi.

" Saya tak lah sampai batalkan perjanjian kita . Saya cuma nak tarik diri sebab maybe lepas ni saya tak berapa aktif sebab saya akan start busy dekat office " . Sambung Izran .

" Oh oh . Ermm kalau macam tu tak apa lah . Err sa.. saya balik dulu la kalau macam tu . Assalammualaikum". Anis terus mengorak langkah . Izran hanya mengangguk angguk . Dia juga tidak mahu lama kerana menahan malu yang teramat bila terlepas cakap . Baru nak confess elok elok , sekali terlepas cakap . Haih!

Anis terus mengorak langkah . Izran memandang Anis yang semakin jauh . Senyuman diukir di bibirnya.

____

Anis menumbuk numbuk teddy bear purple kesayangannya. Fikirannya berserabut. Dahlah Zhrh belum balik . Jam dikerling . 9.30 pm . Anis melangkah ke ruang tamu . Siaran drama korea kegemarannya dibuka.

Fikirannya menerawang ... sekejap Airil , sekejap Izran . Masing masing telah meluahkan perasaan . Anis trrhimpit di tengah tengah . Seketika iphone nya berbunyi . Lamunan Anis mati disebabkan oleh deringan dari iphonenya.

Melihat nama Zhrh di skrin , Anis terus mengangkat panggilan itu

" Hello ?"

" Hello Anis ! Anis !!!

" apa kau ni terjerit jerit !! "

" Zhafran ajak aku bertunang hujung bulan ni ! " . Ujar Zhrh separuh menjerit..

" Huh ? Seriusly ? Eh jap kau ni dah terlalu excited ke sampai tak boleh tunggu kau balik rumah ? " tanya Anis separuh gelak.

" Hehehe haah kan . Okeylah nanti aku balik , kita sambung story keyh !" . Ujarnya riang .

"  Iyelaa , jangan balik lewat sangat !! " . Sambung Anis sebelum mematikan panggilan .








🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top