21
Papp !!
Buat kali keberapa pipi Iyaz di tampar . Kali ini ditampar padu oleh Najwa . Airmata masih mengalir deras menuruni pipi gebu Najwa.
" Kenapa kau kejam sangat pada Tyaa ?! Kenapa kau sanggup buat Tya macam tu ? Kau kata kau sayangkan Tya ! Tapi ... tapi kenapa kau buat macam ni !! " . Najwa menggoncangkan badan Iyaz kuat . Iyaz hanya mampu menerimanya .
Ashraf menarik Najwa ke dalam pelukannya. Najwa menangis semahu mahunya didada Ashraf . Habis basah baju Ashraf di bahagian dada .
Anis sudah terduduk . Tidak mampu berkata apa apa .
" Berilah aku kesempatan untuk menebus salah aku . Aku tahu aku tak dapat mengembalikan apa yang telah aku rampas tapi sekurang kurangnya berilah aku kesempatan untuk memberikan kebahagiaan kepada orang yang aku sayang !" . Akhirnya Iyaz bersuara .
" Apa maksud kau?" . Zhrh bertanya keras .
" Aku akan memperisterikan Tya . Kami akan bernikah hujung minggu ni " . Jelas Iyaz.
" Tya setuju ?" . Tanya Anis pula.
Iyaz mengangguk perlahan.
" Aku rasa itulah cara yang paling baik buat masa sekarang ni ". Tambah Ashraf . Belakang isterinya diusap lembut . Najwa masih dengan tangisannya.
Iyaz minta diri untuk pulang dahulu setelah semuanya setuju dengan cadangan Iyaz.
Najwa mendongak mencari wajah suaminya apabila tangisannya telah reda.
Ashraf sedang memandangnya sambil tersenyum.
" Abang , Najwa nak tidur sini boleh ? Until Tya sedar " . Pinta Najwa . Najwa mempamerkan muka comelnya.
" Boleh sayang " . Hidung Najwa dicuit.
" Kalau macam tu , abang balik dulu lah . Jaga diri okay " .
Najwa mengangguk laju sebelum bersalaman dengan Ashraf . Dahi Najwa dicium lama seperti biasa.
Najwa memerhati sehingga kelibat kereta Ashraf hilang dari pandangannya.
Najwa masuk dan mengunci pintu . Najwa menapak ke ruangan bilik Tya . Dia berbaring menghadap Tya . Memeluknya erat . Akhirnya dia terlena . Semoga hari esok lebih baik dari hari ini .
_____
" Anis ! Kenapa sejak akhir akhir ni saya rasa awak cuba untuk jauhkan diri awak dari saya? Awak ada lelaki lain ke ? " . Tanya Izran bertalu talu . Lengan Anis dicengkam kuat. Mereka terserempak sewaktu Anis menuju ke parking lot.
" Apa yang awak merepek ni Izran ?tolonglah! Saya tak ada masa la nak fikirkan semua tu . Lagipun kalau saya ada lelaki lain pun , apa masalah awak ? Setahu saya , kita tak ada hubungan yang serius pun . Dahlah ! Saya nak balik " . Anis menarik lengannya dari cengkaman Izran.
Anis terus menerobos masuk ke dalam Audi R8 miliknya . Pintu kereta di lock . Risau kalau kalau Izran bertindak agresif . Atas apa yang berlaku pada Tya , dia mulai untuk sentiasa berhati hati.
Izran memandang sepi kereta Anis yang semakin hilang dari pandangannya.
' Kau milik aku Nur Anissa !' .
_____
Anis melepaskan keluhan berat . Dia tersandar lemah di sofa rumahnya. Izran hanya menambah serabut difikirannya.
Najwa yang datang dari dapur mengambil tempat di sebelah Anis.
Tangan Anis dicapai . " Be strong for us please !" . Pinta Najwa.
Anis melemparkan senyuman manis buat Najwa sebelum mengangguk.
" Oh ya tadi masa kau pergi supermarket , Tya dah bangun . Dia mandi , solat zohor . Aku dah bagi dia makan tapi lepas dua tiga mulut , dia tolak " . Terang Najwa panjang lebar.
" Tak apa lah . As long as dia taklah mengurung dalam bilik tu " . Balas Anis.
" aku nak naik atas mandi kejap . Nanti kita masak and makan tengah hari sama sama okay ". Sambung Anis.
Anis terus mengorak langkah ke tingkat atas .
____
Anis singgah sebentar ke bilik Tya . Kelihatan Tya sedang ralit menghadap laptopnya.
" buat apa tu ?" . Tegur Anis .
" Tulis diary . Aniss . Sini kejap " . Tya menepuk katilnya megarahkan Anis supaya duduk disitu.
" Apa ? " . Tanya Anis selepas melabuhkan punggungnya di sebelah Tya.
" aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku , jaga makan minum, pakai aku . Thanks sebab anggap aku ni macam keluarga kau . Aku minta maaf sebab aku tahu aku banyak menyusahkan kau . Sampai sekarang aku masih menyusahkan kau " . Tutur Tya panjang lebar.
Anis memegang kedua belah pipi Tya .
" Hei kenapa cakap macam tu ? Aku tak pernah rasa pun yang kau menyusahkan aku . Dah dah . Kau tak ada salah pun yang aku nak maafkan " . Anis menarik Tya ke dalam pelukannya.
" Ye lah . Nanti aku dah kahwin , aku dah tak berpeluang nak berkepit macam ni dengan kau " . Sambung Tya.
Anis merungkaikan pelukan . Anis memandang ke dalam mata Tya.
" Kau sure dengan keputusan kau ? " . Tanya Anis ingin kepastian.
Tya mengangguk perlahan.
" Allah temukan aku dengan jodoh aku dengan cara macam ni Anis . Aku kena terima " . Balas Tya . Anis hanya mengangguk angguk.
Sekali lagi mereka berpelukan erat. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.
_____
Majlis akad nikah dan sedikit majlis doa selamat di langsungkan di rumah Iyaz . Ketika Tya menghubungi ibu bapanya mengenai hal ini , ibu bapanya juga terkejut dengan keputusan Tya yang tiba tiba ingin berkahwin hujung minggu ni . Tak ada ribut tak ada taufan , entah bila bercinta tup tup nak berkahwin . Mujur ibu bapa Tya memahami kehendak anaknya.
Sewaktu akad nikah berlangsung , dengan sekali lafaz , Tya telah sah bergelar isteri kepada Imtiyaz Daniel . Airmata mengalir perlahan membasahi pipi gebu milik Tya . Entah airmata kebahagiaan atau kesedihan.
Anis , Najwa dan Zhrh memeluk erat rakan mereka tanda ingin berkongsi kebahagiaan . Ya Allah , Kau peliharalah rumah tangga kami.
____
" Arghh ! Penatnyaa !" . Luah Najwa . Sesampainya di rumah . Dia menggeliat .
" Sayang main kejar kejar ke tadi ?" . Balas Ashraf selamba . Ashraf terlebih dahulu menapak ke dalam rumah.
" Abang perli Najwa ke !! Eeii abang ni memang nak kena !" . Najwa mula mengorak langkah mengejar Ashraf yang melarikan diri.
...
Malam ini Najwa nak mogok . Najwa nak duduk layan drama je . Taknak berganjak dari sofa.
" Sayang , abang lapar . Sayang tak masak ke malam ni ?" . Tanya Ashraf yang hanya memakai seluar jeans paras lutut danT-Shirt nipis bewarna putih. Ternampak keserlahan dada bidang Ashraf . Maklumlah selalu pergi GYM . Sebenarnya dia taklah lapar sangat . Sahaja nak menyakat.
Najwa diam tidak berkutik . Tangan disilangkan tanda protes dan merajuk . Ashraf tersenyum melihat Najwa . Idea nakal timbul.
Ashraf menapak perlahan dan mengambil tempat di sebelah Najwa . Remote control dicapai tetapi Najwa lebih pantas mengambilnya dahulu.
" Jangan kacau Najwa tengok cerita korea ni lah!! " . Najwa memberi amaran keras.
Ashraf mengangkat bahu dan memberikan pandangan tak tahu apa apa.
Sedang Najwa ralit menonton televisyen , Ashraf menarik laju remote control sehingga terlepas dari pegangan Najwa. Najwa yang terkejut memberikan renungan maut kepada Ashraf sebelum menarik semula remote control itu.
Ashraf sudah sedia ingin berlari . Najwa asyik mengejar Ashraf yang suka mempermainkannya.
" Kalau Najwa dapat tangkap abang , siap abang !! " . Laung Najwa . Mereka berkejaran di sekitar sofa di ruang tamu.
" Wah takutnyaa " . Ashraf mengejek dengan nada takut yang dibuat buat . Dia tergelak melihat Najwa yang bersungguh sungguh mengejarnya.
Najwa dapat menangkap tangan Ashraf . Najwa terus menolak badan Ashraf jatuh di atas sofa . Ashraf mengenggam tangan Najwa menyebabkan dia sekali terjatuh menghempap badan Ashraf di atas sofa.
Mereka berdua tergelak kuat sebelum Najwa perasan yang Ashraf ralit bermain dengan rambutnya.
Najwa mulai faham kehendak suaminya.
Najwa memberanikan diri merenung suaminya semula . Malam ini , seterusnya dan sampai bila bila dia ingin menjadi isteri dalam erti kata sebenar buat Ashraf si suami.
Asyraf menolak tubuh Najwa perlahan untuk bangun . Mujur jatuh atas sofa , tak sakit sangat .
Tanpa diduga tubuh kecil Najwa dicempung oleh Ashraf . Najwa meletakkan kedua belah tangannya di belakang leher Ashraf . Ashraf tersengih nakal. Najwa hanya menurut . Ashraf membawa Najwa ke bilik tidur mereka.
Perlahan lahan Najwa diletakkan di tengah tengah katil .
*Hehehe korang tahu kan what next . Jgn mintak author citer penuh part ni . Hahaha *
_____
" Bilik Najwa , kosong ! . Bilik Tya , kosong !! Huarghh kalau macam ni aku pun nak kahwinlah !! Takk sanggup nak hidup macam ni !! " . Jerit Zhrh di tingkat atas .
Fokus Anis yang ralit melayan drama korea kegemaran mereka terganggu dek kenyaringan suara Zhrh . Aduh pepagi dah menjerit.
Anis membalas jeritan Zhrh dari bawah , " Ha kahwinlah ! Pakwe pun tak ada , ada hati nak kahwin !" .
" Ada okay !! DOKTOR ZHAFRAN NAWFAL BIN ZARIQ !! " . Balas Zhrh taknak kalah.
Anis hanya menggelakkan rakannya yang tak berapa betul tu . Hahaha .
" Nak aku tolong pinangkan dia untuk kau ?!!" . Anis bertanya selamba.
" Agak ah kau Nis .. mana ada perempuan pinang lelaki ! " . Zhrh berdekah dekah menggelakkan Anis.
Tiba tiba iphone silver Anis berdering . Anis mengerling . Nama yang timbul di skrin membuatkan Anis melepaskan keluhan berat . Nak taknak kena angkat juga .
" Hello ?" . Anis menyapa biasa.
🌻B E R S A M B U N G🌻
Vote
&
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top