18
" Sayang nak kemana tu ?" . Tanya Ashraf yang pelik melihat isterinya berjalan tak tentu arah.
" Err nak .. nak ke tandas . Ha tandas ! " . Jawab Najwa kalut . Dia terus melulu masuk ke tandas dan mengunci pintu.
Ashraf tergelak melihat kekalutan Najwa. Tahu takut.
Selepas 10 minit berkurung dalam kamar mandi , Najwa keluar dengan harapan Ashraf telah lena . Dia mencuri curi melihat Ashraf . Namun dia yang terlompat apabila melihat Ashraf memandangnya sambil senyum senget.
Ashraf menepuk nepuk bantal disebelahnya.
" Come~ " . Arah Ashraf . Lembut suaranya . Najwa telan airliur.
Najwa teragak agak hendak pergi namun kakinya tetap melangkah. Perlahan lahan Najwa baring di sebelah Ashraf. Dia pusing menghadap Ashraf. Sudahnya mereka baring dengan saling memandang antara satu sama lain.
" Sayang takut ye ?" . Tanya Ashraf . Dia masih tersenyum memandang Najwa yang mulai berona merah . Suka benar dia menyakat gadis kecil itu.
Najwa mengangguk perlahan . Alahai Ashraf semakin geram meilhat isterinya itu.
" Hari ni kita sama sama penat kan . Sayang jangan risau . Abang pun penat . Malam ni kita sleep je okay ?" . Ucap Ashraf perlahan.
Najwa menarik nafas lega sebelum menghadiahkan senyuman kecil .
Ashraf mendepakan tangannya . Najwa menyelinap di antara tangan kanan dan tangan kiri Ash . Kini dia baring beralaskan lengan Ashraf . Entah kenapa dia rasa tersangat selesa dengan posisi itu.
Sebuah ciuman hinggap di dahi Najwa lama . Akhirnya Najwa lena dalam dakapan Ashraf.
_____
12.30 pagi . Anis masih bergolek golek di atas katil . Airil tak mahu keluar dari fikirannya . Dia menekup mukanya dengan teddy bear kesayangannya . Tetap tidak boleh lelap juga.
Anis buat keputusan untuk bangun dan menonton televisyen.
Wifi rumahnya dibuka . Aplikasi youtube disalurkan di televisyen . Carian drama korea kegemaran dia di cari.
Sedang dia ralit menonton tv , fikirannya menerawang ke tempat lain . Kata kata Airil bermain di fikirannya . Lamunan Anis terhenti apabila mendengar deringan dari iphone 8 plus nya .
Anis mengerling skrin hp sekilas . Nama Izran Emir tertera di skrin .
Anis mengangkat panggilan itu.
" Assalammualaikum Anis "
" Waalaikumussalam "
" Tak tidur lagi ke ?"
" tengah tidur la ni !" Anis ajak bergurau.
" Hahaha dah pandai eah bergurau " . Ujar Izran dengan sisa gelaknya.
" Hahaha belum tidur lagi . Mata ni taknak lelap la " . Jelas Anis.
" Ha tengah fikir apa tu ? Fikirkan saya ye ? " . Giliran Izran ajak bergurau.
" Err hahahah tak ada lah " . Anis menafikan . Airil yang sedang dia fikirkan .
" Oh ya ada apa awak call saya malam malam buta ni ?" . Sambung Anis.
" Ermm esok saya nak jumpa awak boleh ? Saya ada hal nak dibincangkan dengan awak " . Jelas Izran . Sebenarnya dia sengaja menjadikan alasan kerja untuk menatap wajah Anis.
" Ooh okay . Jam berapa awak nak jumpa saya ?" . Jawab Anis biasa.
" Ermm 3.00 petang lah . Nanti saya send location dekat awak " . Balas Izran.
" Okay then " . Balas Anis biasa.
" So , okay lah , goodnight , sweetdream. Assalammualaikum " . Ucap Izran riang . Dia suka apabila Anis tidak menolak pelawaannya.
" Hahaha okey you too . Waalaikummussalam " . Jawab Anis biasa.
Anis kembali melayan drama korea nya . Jam menunjukkan 2 pagi barulah Anis menutup televisyen dan terus bergerak ke bilik tidurnya. Sekejap dia terus terlena sambil memeluk teddy bearnya.
_____
" Sayang , sayangg bangun . Dah masuk waktu subuh ni " . Ashraf mengejut Najwa perlahan .
Najwa menggeliat seperti biasa sebelum membuka mata. Najwa yang masih mamai terus bangun dan berjalan entah kemana.
Ashraf menyambut Najwa yang hampir jatuh .
" Sleeping walking ke ? Penyakit apa ni ?" . Ujar Ashraf . Dia memandang isterinya yang kembali lena di atas ribanya.
" Hei sayang bangun . Dah subuh nii " . Ashraf mengelus pipi tembam isterinya. Kali ini Najwa betul betul sedar dan dia sendiri terkejut kenapa dia baring beralaskan riba Ash di lantai.
Najwa membetulkan rambutnya yang serabai sebelum bangun dan mencapai tualanya . Dia berlari ke dalam kamar mandi dek menahan malu . Kantoi ada penyakit mamai yang teruk sampai macam tu.
Pernah sekali di rumah FANZ , sewaktu Anis mengejutkan Najwa untuk bangun subuh , Najwa tiba tiba bangun dan bergerak ke dapur . Yang kelakarnya , Najwa laju menuju ke refrigerator dan mengambil tomato dan diberikan kepada Anis.
Anis menggeggarkan badan Najwa barulah dia sedar dan melihat tomato di tangannya. Dia pun tergelak melihat kelakuan dirinya sendiri.
Najwa solat subuh dengan diimamkan oleh suami tercinta. Usai membaca doa , Najwa bersalam dengan suaminya . Ashraf menghadiahkan ciuman di dahi Najwa . Najwa hanya tertunduk malu.
______
Dulu kalau bangun lambat , ada Najwa dekat rumah . Maklumlah Najwa hanya menjalankan kegiatan business online menjual barang barang Kpop , set make up dan pakaian perempuan seperti dress , shawl dan lain lain.
Tapi sekarang , bila bangun Zhrh kerja , Tya kerja . Tinggal Anis sendiri di rumah . Sesekali bilik kosong Najwa ditatapi . Rindunyaa !
_____
" Mama , Papa . Reza ada hal nak cakap dengan mama dan papa ni . Sebenarnya Reza dah beli rumah dekat dengan De Reza Holdings. Senang sikit nak ulang alik " . Terang Ash.
" Tak rasa awal sangat ke kamu nak pindah Reza ? Najwa dah tahu ?" . Jawab Mama . Papa hanya menjadi pendengar yang setia.
" ermm Reza belum beritahu Najwa . Nanti Reza beritahu " . Jawab Ash.
" Tak apa la Ziqah . Bukannya nanti diorang dah pindah , dah tak boleh balik sini kan . Dah sampai masanya mereka berdikari " . Papa membuat keputusan.
Mama hanya mengangguk angguk .
" Oh ya ma. Mana Najwa ? " . Tanya Ashraf . Dari tadi dia tidak melihat kelibat isteri kesayangannya.
" Ada tu kat dapur . Katanya nak buat kuih? Kuih apa tu mama lupa pula " . Jawab mama sambil ketawa.
Ashraf terus menapak ke ruangan dapur . Dengan rambut berikat tinggi , apron bewarna pink. Alahai comelnya bini aku ni . Idea nakal timbul difikirannya. Dia menapak ke arah Najwa yang ralit memegang senduk.
Pinggang Najwa dirangkul kemas dari belakang . Mujur Najwa tak melompat .
" Astaughfirullahhal'azim ! Abang ni suka buat Najwa macam ni tau !! " . Marah Najwa .
" Hehehe . Sayang yang fokus sangat sampai abang datang pun tak sedar . Buat apa tu ?" . Tanya Ashraf . Pelukan semakin dieratkan . Dagu Ashraf disangkut di bahu Najwa.Haruman rambut Najwa menggetarkan naluri kelakiannya. Bahaya ni . Kena cepat cepat pindah . Hahaha.
" Nak buat kuih tapi macam tak jadi jee " . Muncung didepakan . Ashraf tergelak melihat muncung Najwa panjang sedepa itu.
" Ha buat la lagi macam tu abang kiss nak ?" . Ashraf memberi amaran .
Najwa menekup mulutnya dengan tangan . Dia menggeleng laju.
Ashraf tersengih seperti kerang busuk memandang isterinya . Najwa mencebik.
Mama dan Papa yang menjadi pemerhati hanya tersenyum melihat Ashraf dan Najwa . Semoga kebahagiaan mereka berkekalan.
____
Jam dikerling sekali lagi . 2.45 petang . Anis telah sampai di hadapan Dexandra Cafe . Tempat Anis dan Izran akan bertemu.
Anis keluar dari perut Audi R8 . Dengan tidak semena mena , beg tangan pink kesayangannya diragut .
Pergelutan berlangsung lebih kurang beberapa saat sebelum ada hamba Allah yang datang menghulurkan bantuan . Airil Afiffan datang tepat pada masanya.
Airil berjaya mendapatkan beg Anis semula selepas beberapa minit pergelutan . Pencuri itu sempat melarikan diri dengan motosikal.
Dengan nafas tercungap cungap , " Nah beg awak . Awak tak apa apa ?" . Tanya Airil.
Anis menggeleng perlahan . Pandangannya jatuh pada lengan Airil yang berdarah . Airil cedera !!
Anis memegang lengan Airil yang berbalut kemeja lengan panjang itu.
" Darah ! Awak cedera . Jom .. jom pergi balai polis ? Eh tak ! Hospitall !! " . Balas Anis gagap . Siapa tak panik melihat darah menitik di lantai . Airil masih boleh tertawa.
Anis membawa Airil masuk ke Audi R8 nya . Dia terus memecut ke hospital.
Semasa doktor sedang menangani Airil . Anis mengeluarkan iphonenya . Nombor Izran di dial.
Apabila Izran telah mengangkat call.
" Hello Izran . I am sorry because I can't meet you today . I have my personal reason . I am sorry " . Anis rasa bersalah hendak meninggalkan Airil.
" Oh really ? Its okay then . " . Balas Izran hampa.
Anis ucapkan selamat tinggal dan mematikan panggilan .
Airil keluar dari ruangan itu dengan tangan kiri yang berbalut.
Sekali lagi Airil menanyakan soalan yang sama .
" Awak okay ? " .
" Yee saya okay . Awak yang tak okay sekarang ni ! Macam mana awak nak bawa flight kalau tangan berbalut macam ni ? " . Anis geram melihat Airil yang tersengih.
" tak apa lah . At least saya ada reason untuk minta cuti . Bolehlah saya rest juga " . Ujar Airil selamba. Dibelek belek balutan di tangannya.
" Saya minta maaf sebab susahkan awak " . Anis tertunduk sayu.
" Awak kan tanggungjawab saya " . Airil membalas selamba . Sekali lagi keadaan menjadi sunyi sepi . Anis memandang Airil dengan 1001 persoalan.
Anis berdehem bagi menghilangkan suasana janggal antara mereka.
" Dah jom . Saya hantar awak balik " . Ujar Anis bersedia untuk bangun.
" Tapi saya lapar ! " . Balas Airil .
" Hahaha macam macamlah awak ni . Okay jom makan , then saya hantar awak balik " . Ajak Anis. Airil tersenyum bangga . Meskipun tangannya terasa berdenyut denyut , dia tetap bahagia kerana dapat menghabiskan masa bersama Anis.
....
" Suapkan please ! Tangan saya sakit " . Pinta Airil . Gayanya saling tak tumpah seperti budak kecil yang menginginkan belaian kasih sayang dari seorang ibu .
" Ei macam budak kecil . Iye lahh nganga cepat !! " . Balas Anis geram . Entah kenapa dia rasa bahagia .
" Personal reason yee !!! " . Bentak Izran . Stereng keretanya dihentak kuat tanda melepaskan geramnya . Dia yang baru ingin beredar terlihat adegan suap menyuap itu.
" Kau belum kenal aku siapa Aniss !" . Ujarnya geram .
🌻B E R S A M B U N G🌻
Vote
&
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top