16

SETELAH tiga hari berada di hospital , Najwa telah dibenarkan pulang . Namun dia tidaklah seceria dahulu . Najwa lebih memilih untuk memerap di dalam biliknya dan sering termenung .

___

Pernah satu hari Anis mengajak Najwa berbual mengenai KPOP , namun ianya hambar apabila Najwa melemparkan pandangan kosong kepada Anis .

Rumah FANZ menjadi senyap seperti tiada orang apabila Zhrh tiada geng untuk membuat bising . Anis mebuat keputusan untuk meminta dipanjangkan waktu update novelnye ikutan dengan keadaan Najwa .

Keadaan rumah Fanz sekarang sungguh bosan .

_____

" Zhafran , sudah sebulan anak Aunty terlantar . Sampai bila Aunty kena tunggu ?!" . Luah Datin Raziqah . Dato Radzli menarik isterinya ke dalam dakapannya . Diusap usap belakang badan isterinya .

" Sabarlah Ziqah . Ada hikmahnya semua ni berlaku " . Pujuk Dato Radzli . Meskipun dia kelihatan kuat di luar , namun hatinya tersangat berharap untuk Ash sedar .

Zhafran tidak mampu berkata apa apa . Ashraf harus kuat untuk melawan semua ini.

Dato Radzli membawa Datin Raziqah pulang ke rumah . Datin Raziqah hanya mengikuti langkah suaminya . Airmatanya dikesat dahulu .

Zhafran melangkah masuk ke dalam ward Ashraf . Kawannya sedang terlantar di atas katil . Entah sampai bila dia akan tidur dalam keadaan begini . Zhafran sebagai doktor juga tidak mampu memberitahu bilakah Ashraf akan sedar kerana ia semua bergantung kepada diri Ash sendiri dan kehendak Tuhan .

Zhafran meraup mukanya sekali lagi . Jam dikerlingnya.9.30 pm . Zhafran mendekatkan mulutnya ke telinga Ashraf .

" Aku tahu kau dengar . Tolong kuat untuk orang yang kau sayang . Aku mohon " . Ringkas ayat Zhafran . Dia melangkah keluar dari ward Ashraf memandangkan dia perlu melihat pesakit lain.

10.00 malam .

Tya dan Zhrh telah enak dibuai mimpi . Hanya Anis yang ralit duduk di hadapan televisyen sambil menonton rancangan kegemarannya.

Tiba tiba Najwa turun dan memegang lembut lengan Anis mengejutkan Anis.

" Hantar aku ke hospital . Please ! " . Ujarnya panik . Airmata mengalir pantas menuruni pipi gebu milik Najwa.

Anis memegang erat tangan rakannya itu.

" Aku .. aku mimpi Ash ! Dia ... dia tinggalkan aku ! Tolong bawa aku pergi hospital . Aku nak tengok dia " . Sambung Najwa dengan tangisannya .

Anis melemparkan senyuman buat Najwa . Akhirnya setelah sebulan , Allah membuka pintu hati Najwa . Syukur kepadaMu .

Anis mengangguk dan terus menyarung shawl pink nya dan mencapai kunci kereta Audi R8 nya.

...

Sesampainya di hospital, Najwa terburu buru keluar dari perut kereta dan menuju ke ward Ashraf.

Pintu dikuak . Najwa dapat melihat sekujur tubuh yang sedang terlantar lemah dikatil hospital itu . Muka pucat Ashraf di amati . Tangisan turun lagi sekali . Anis memerhati dari luar . Tidak mahu mengganggu.

" Awak ! Jangan sesekali berani tinggalkan saya !! Awak kata nak kahwin dengan saya kan , so bangunlah ! Saya tak suka tengok awak macam ni ! Saya janji , BILA AWAK DAH SEMBUH , KITA KAHWIN ! SAYA PUN SAYANG AWAK . SAMPAI BILA BILA SAYA TETAP SAYANG AWAK ! JADI TOLONGLAH SEDAR !!  " . Luah Najwa di sisi Ashraf .

Najwa menyembamkan mukanya dilengan Ashraf . Dia menangis semahu mahunya. Habis basah lengan Ash yang beralaskan baju hospital itu.

Akhirnya dia terlelap di sisi Ashraf .

Jam 3.30 pagi .

Ashraf merasakan lengannya sangat berat seolah olah ada kepala diatasnya.

Dia menoleh ke kanan , dia terkejut melihat Najwa sedang lena beralaskan lengannya.Ashraf mengukirkan senyuman nipis .

Ashraf yang baru sedar masih merasakan kepalanya berpinar pinar . Ashraf mengusap perlahan kepala Najwa sebelum kembali terlena.

Zhafan ternampak Anis terlena di atas bangku lantas mengejutkannya.

" Kau jaga Ash ke ?" . Tanya Zhaf.

Anis menggeleng perlahan. " Aku teman Najwa " .

" Najwa ada kat dalam ? Alhamdulillah " . Balas Zhaf.

Anis senyum nipis dan mengerling jamnya . Sudah masuk waktu subuh . Anis masuk ke ruangan Ash dan mengejut Najwa perlahan dan mengajaknya menunaikan solat subuh .

___

" Ash . Andainya kau sedar sekarang , kau mesti happy tengok siapa yang ada di samping kau" . Ucap Zhafran sambil melihat situasi Ashraf.

" Aku tahu . Najwa kan !" . Ujar suara yang mengejutkan Zhafran.

Zhafran memandang Ashraf lama sebelum memeluk rakannya erat .

" Wei ! Aku ingat kau tak sedar lagi ! Patutlah box ni nampak normal je !" . Ujar Zhafran sambil mengerling machine yang digunakan untuk melihat keadaan Ashraf.

Ashraf hanya tertawa kecil selepas merungkaikan pelukannya.

" So how your body ?" . Tanya Zhafran.

" Nice . Cuma aku rasa pening sikit " . Jawab Ashraf.

Zhafran mengangguk angguk.

" Zhaf , tolong aku sikit boleh ?" . Pinta Ash .

" Tolong apa ?" Tanya Zhaf.

_____

" Anis , kalau kau nak balik dulu , baliklah . Aku nak tunggu sampai Ashraf sedar " . Ujar Najwa sambil mereka berjalan ke ruangan Ashraf.

" Tak apa lah . Aku teman kau . Lagipun kat rumah bukannya ada Zhrh dengan Tya . Diorang kerja kan " . Balas Anis.

Najwa mengangguk angguk . Tiba tiba ada nurse terlanggar Najwa namun nurse itu sempat meminta maaf sebelum kembali berlari ke arah sesuatu.

" Mesti ada emergency case " . Ujar Anis .

" Tapi .. tengok tu . Semua nurse tu masuk ward Ashraf . What happen ?!! Ashraff !! " . Jerit Najwa . Dia juga berlari ke ruangan Ashraf .

Keadaan sungguh gawat dengan keluar masuk ward itu dengan doktor dam nurse.

Najwa sempat menahan seorang nurse .

" Kenapa ni ?" . Tanya Najwa panik.

" Patient dalam keadaan kritikal . Tiba tiba je " . Balas Nurse itu sebelum beredar .

Najwa terus menyerbu ward itu dan melihat Zhafran sedang mencuba bermacam macam cara.

Airmata Najwa laju menuruni pipinya apabila melihat keadaan Ash begitu .

Najwa berdiri di sisi kiri Ash manakala Zhafran di sisi kanan Ash .

" Ash jangan tinggalkan saya !! Please saya mohon ! Saya .. saya terlalu sayangkan awak sampai saya tak sanggup nak kehilangan awak ! Tolong jangan takutkan saya macam ni !! YA SAYA SUDI JADI ISTERI AWAK SAMPAI JANNAH ! TOLONGLAH SEDAR !! " . Laung Najwa .

Airmata Anis mula mengalir perlahan melihat adegan itu.

" Betul eah !!?" . Kedengaran suara menjawab . Najwa membesarkan mata melihat empunya suara . Ashraf Reza menipu dirinya sekali lagi !!

Najwa menampar kuat lengan Ashraf . Ashraf mengaduh sambil ketawa.

" Sakit sakit pun nak tipu orang lagii !! Benci la macam ni !" . Marah Najwa. Tangannya disilangkan tanda protes.

" Hahaha habis susah sangat nak dengar pengakuan dari awak . Ini je cara yang saya boleh fikir memandangkan saya ada di hospital " . Terang Ashraf sambil menaikkan keningnya.

Anis dan Zhafran hanya tergelak kerana Anis juga tertipu . Kurang asam punya kawan . Hahaha .

Najwa hanya mencebik sebelum ketawa .

" Minggu depan saya keluar hospital , kita kahwin ye sayang " . Ujar Ash perlahan namun mampu didengari oleh Anis dan Zhafran .

Najwa mengangguk laju . YA ALLAH BERILAH KEBAHAGIAAN KEPADA KAMI.

____

" Thanks to Ashraf kita semua dapat gather macam dulu " . Ujar Zhafan . Bahagia dia melihat Iyaz , Tya , Zhrh , Anis , Najwa berada di depan matanya .Hanya Airil yang tiada memandangkan dia ada flight ke London hari ini dan esok baru dia balik .  Dia juga bersyukur kerana ditemukan dengan Zhrh . Cinta hatinya.

" Eley kau happy jumpa Zhrh je kan ?" . Balas Iyaz selamba.

" Kau apa kurangnya ? Bahagia jugak dapat jumpa Tya semula kan ?" . Balas Zhafran pula .

Tyaa dan Zhrh hanya mencebik sebelum masing masing tertunduk malu.

Anis hanya melihat Najwa yang ralit menyuapkan sarapan untuk Ashraf.

" Kasihan dekat Anis . Dapat pakwe pilot . Kena tinggal selalu " . Sambung Iyaz.

Anis yang perasan namanya disebut menoleh ke arah Zhaf dan Iyaz..

" pakwe ? Siapa pula ? Hahaha " . Tanya Anis .

" Airil lah !" . Jawab mereka semua serentak.

" Mana ada !" . Jawab Anis . Sememangnya dia dan Airil hanya berkawan. Tidak terlintas difikirannya untuk menjadikan Airil buah hatinya meskipun Airil stok stok suami encik perfect 10. Hehehehe.

NAJWA YANG CERIA TELAH KEMBALI.

♡______♡

" Anis , tolong tengokkan Najwa dekat bilik . Dah boleh bawa turun dah ni . Sekejap lagi pengantin lelaki sampai " . Ujar ibu smabil menepuk perlahan paha Anis yang ralit memandang iphonenya.

Anis hanya mengangguk dan segera mengangkat punggung.

Pintu bilik Najwa diketuk . Tiada respon . Anis menolak pintu perlahan. Terlihat Najwa yang telah siap mengenakan pakaian pengantin bewarna putih . Cantik sahabatnya .

Anis menyapa Najwa perlahan.

" Dah ready ? Jom turun " . Ajak Anis.

" Aku nervous la Anis " . Jawab Najwa sambil memegang tangan Anis.

" Don't worry . Dah senyum . Jom turun " . Balas Anis .

Anis mengiringi Najwa turun ke tingkat bawah.

Anis dapat menangkap Ashraf telah bersedia duduk di hadapan tok kadi  hendak memulai akad nikah.

Ashraf menahan nervous dari semalam . Penat dia menghafal dialognya. Hahahaha.

" Baiklah . Mari kita mulakan " . Arah tok kadi. Ashraf telan airliur sebelum mengangguk.

" Ashraf Reza bin Dato Radzli , ... "








🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top