12
" FANZ tolong aku !!" . Ujar Najwa dengan muka risau.
" Tolong apa malam malam buta ni ?" . Balas Zhrh terkejut.
" Hantarkan aku balik rumah parents aku please ! Emergency ! Iqin call aku ckp ibu aku ... ibu .. " . Najwa menangis dengan tiba tiba .
Fanz lain yang terkejut terus memeluk Najwa erat . Seketika tangisan Najwa reda.
" Sekejap aku ambil beg duit dengan kunci kereta " . Ujar Zhrh risau . Dia bingkas bangun dan menuju ke tingkat atas.
Anis dan Tya menenangkan Najwa yang masih dengan sisa sisa tangisannya.Oleh sebab Najwa ni paling manja , hanya dia seorang yang tidak tahu memandu kereta . Takut katanya plus fanz yang lain kan boleh jadi drivernya . Anis , tyaa dan zhrh hanya gelak mendengar alasan Najwa.
Tya dan Anis hanya memerhati kelibat HONDA CITY PUTIH itu hilang dari pemandangan mereka.
Semasa dalam kereta , Zhrh dapat menangkap Najwa sangat risaukan keluarganya . Honda city itu terus memecut dilebuh raya. Oleh sebab kereta tidak banyak di waktu malam ,jadi tidak sesak. Walaupun rumah Najwa dan rumah Fanz mengambil masa 30 minit untuk sampai , Najwa tidak berhenti berdoa agar diselamatkan keluarganya.
Sesampainya di perkarangan rumahnya , Najwa terus keluar dari perut keretanya dan menerobos masuk ke dalam rumahnya .
Najwa berteriak memanggil nama ibunya .
" Ibuu ibuuu !!! " . Laung Najwa dengan tangisan yang masih berbaki.
Seketika ibu keluar dari dapur dengan muka pelik.Ibu tersenyum memandang Najwa.
Najwa lantas memeluk seerat yang boleh ibunya itu . Zahirah yang baru masuk hanya yersenyum melihat adegan itu.
Beberapa saat mereka berpelukan . Rindu sangat nih.
Najwa meleraikan pelukannya dan menghadiahkan pandangan yang pelik untuk ibu. Najwa melihat ibu dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.
Ibu kelihatam baik baik sahaja. Kedengaran suara gadis tergelak kuat .
Najwa menoleh dan melihat Iqin , adiknya sedang menggelakkannya sambil memegang perutnya .
" Tu lah lain kali dengar dulu orang cakap sampai habis ? Ni tak sesuka hati jee menyambung sendiri . Siapa yang salah sekarang ni ?" . Ujar Asyiqin sambil menuruni tangga.
Najwa masih tegak ditempat tadi.
" Tadi ibu suruh adik call akak sebab nak beritahu KAWAN IBU SAKIT ! IBU NAK AJAK AKAK MELAWAT DIA SEBAB ESOK KAN ADIK DAH KENA MASUK ASRAMA SEMULA !" . terang Iqin panjang lebar . Zhrh hanya menahan senyum . Kalau cerita dengan FANZ confirm kena bantai gelak Najwa sorang ni .
Ibu mengangguk angguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan oleh Iqin . Najwa mengerling ibu sekejap sebelum menarik rambut adiknya kuat .
" Lain kali cakaplah awal awal ! Eei geram aku dengan budak kecik ni lah !" . Ujar Najwa . Adegan itu disaksikan oleh ibu , Zhrh dan ayah yang baru turun dari tingkat atas sambil membawa surat khabar.
Ibu menyapa Zhrh.
" Zhrh , malam ni tidur je la rumah ibu . Lagipun dah lewat sangat ni . Memanglah rumah kamu dengan rumah ibu tak jauh tapi ibu risau . " . Tutur ibu lembut.
" Erm baik lah ibu kalau itu yang ibu minta " . Zhrh membalas senyuman ibu Najwa.
Aksi adik beradik itu berlangsung lebih kurang 2 minit apabila kedua duanya menyerah kalah. Mereka tergelak apabila melihat muka antara satu sama lain.
Mereka makan lewat malam bersama sama sebelum menyuruh Zhrh tidur di bilik Najwa sekali .
____
" bilik Zhrh kosong . Dia tak balik ke lepas hantar Najwa semalam ? " . Anis membebel sendiri.Iphone8 plus silber miliknya dicapai dan nombor Zhrh didail.
Tut tutt ..
" Hello ?"
" Hello Zhrh , kau dekat mana ni ?"
" ada ni dekat rumah Najwa lagi . Oh ya yang pasal semalam tu korang tak payahlah risau sangat sebab ... hahahahahha "
" Eii janganlah gelak dulu ! Beritahu la dulu sebab apa ? " . Anis mula geram dengan Zhrh.
" Sebab tersalah informasi . Nanti balik rumah aku cerita full . Lepas ni aku nak kena teman Najwa dengan parents dia pergi melawat family kawan parents Najwa " .
" Hahaha Najwa najwa . Ha ye lah , hati hati tau . Okaylah . Lega hati aku . Got to got . Byee " . Ujar Anis sebelum menekan button end call.
Perjalanan ke rumah Kawan ibu Najwa mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Dua buah kereta bergerak sekaligus . Zhrh dengan Najwa satu kereta , ibu dengan ayah satu kereta.
Ibu memberitahu Najwa bahawa kawan ibu ni Najwa kenal masa najwa masih kecil lagi tapi semasa najwa berumur 5 tahun , kawan ibu berpindah kerana mengikut suaminya . Wajarlah Najwa sudah terlupa muka kawan ibu .
Sesampainya di perkarangan rumah kawan ibu .
Gate terbuka macam tahu tahu akan kedatangan kami . Mereka memakirkan kereta di dalam kawasan perumahan yang besar itu.
Najwa dan Zhrh hanya mengikut langkah ibu dan ayah Najwa.
Salam diberi . Terlihat seorang wanita keluar dari rumah dengan melemparkan senyuman buat mereka semua.
" Encik Rizal dan Puan Emiliah ya ?" . Tanya wanita itu ramah.
" Yaa kami la tu " . Balas ibu .
" Datin Raziqah berada di biliknya , tingkat dua bilik yang ada pintu warna biru " . Kata wanita itu sambil mempelawa mereka masuk . Zhrh dan Najwa hanya mengikut.
Pintu bilik bewarna biru dikuak . Mereka terlihat sekujur tubuh seorang gadis sedang berehat . Seorang lelaki sedang santai di sofa itu pasti suaminya.
Ayah menyapa Dato Radzli yang sedang ralit membaca surat khabar. Mereka duduk di atas sofa dan mulai berborak rancak .
Bahu Datin Raziqah ditepuk perlahan . Matanya perlahan lahan terbuka . Rupanya dia hanya terlelap.
" Ziqah , kau apa khabar ? " tanya ibu . Airmata ibu mulai bertakung melihat sahabatnya dalam keadaan lemah.
" Aku macam ni je la Emiliah . Kau apa khabar ?" . Tanya Datin Raziqah pula apabila pelukam dileraikan.
" aku sihat alhamdulliah . Oh ya , kau ingat lagi tak Najwa ? Anak aku yang sulung ?" . Tanya Ibu ingin memperkenalkan Najwa. Zhrh hanya menjadi pemerhati.
" Aku ingat Emiliah . Nabilla kan ! " . Ujar Datin Raziqah riang . Serta merta pintu dikuak dari luar.
" Mama , mama dah makan ubat ke ... " . Mata Ashraf jatuh kepada gadis yang berada di dalam pelukan mamanya.
Zhrh menekup mulut sendiri kerana tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini . Dia berada di rumah Ashraf Reza ?
" Najwa ?" . Ucap Ashraf .
Najwa hanya tersenyum manis.
Zhrh berdehem menyedarkan Ashraf dan Najwa . Ashraf menyalami ayah dan ibu serta memohon maaf kerana mengganggu.
" Kamu berdua kenal ke ?" . Tanya mama . Ashraf dapat melihat ada sinar harapan dalam mata mamanya.
" Mestilah kenal . Najwa kan bakal isteri Reza " . Sejurus itu semua orang memandangnya dengan seribu satu persoalan termasuk Zhrh . Mata Najwa membuntang dengan serta merta .
" Erm mak cik , mama dam semuanya , Reza nak pinjam Najwa sebentar ya ?" . Ash meminta Izin.
Mama dan ibu hanya mengangguk. Mahu tak mahu Najwa mesti mengikut kerana dia juga inginkan penjelasan.
" Saya tahu keadaan sekarang ni tak sesuai untuk bahas tentang ni . But please be my wife ! " . Terang Ash . Mukanya diraup kasar.
" Saya masih tak faham . Apa yang awak cakap ni Ash ? Saya .. saya tak ada masa nak main mainlah !" . Balas Najwa geram.
" Just please married with me ! Saya mohon sangat . 5 years saya tunggu awak . Now saya nak awak jadi isteri saya yang sah . Boleh Najwa ?" .
" memanglah boleh tapi saya perlukan ... " . Belum sempat dia menyambung ayatnya , Ashraf terus melonjak keriangan .
" Yess ! Awak dah setuju ! Dah tak boleh tarik semula yaa !!" . Ujar Ashraf dan terus masuk ke dalam rumah semula.
Najwa cuba mengimbas ayat nya sebelum itu . Dia menekup mulutnya sendiri . Dia telah terlajak setuju . Habislah kau Najwa.Dia menekup mukanya .
" Reza bincang apa dengan Nabilla tadi ?" . Tanya maka sejurus melihat kelibat Najwa dan Ash masuk semula ke bilik itu.
Ashraf memandang Najwa yang menunduk dari tadi.
" kami akan kahwin hujung bulan ni !" . Ujar Ashraf ringkas membuntangkan mata semua orang termasuklah Najwa . Kepalanya terus mendongak memandang Ash meminta penjelasan.
Zhrh menekup mulutnya sekali lagi .
Sekali lagi apa yang Najwa dengar dari mulut ibu dan ayah cukup membuatkan dia pengsan.
" Kami setuju sajaa !" . Ibu dan ayah menjawab serentak . Mama dan papa Ash memberikan senyuman yang manis dengan penuh harapan . Najwa tidak sampai hati hendak mematahkan harapan parents Ashraf.
Papp !!!
Sebuah tamparan hinggap dipipi kanan Ashraf . Dibiarkan sahaja Najwa meluahkan perasaannya . Najwa menumbuk numbuk dada Ash dengan kuat.
"Saya bukan anak patung lah ! Apa tujuan awak sebenarnya ! Saya perlukan penjelasan Ashraf ! Ashraf jawab sayaa !! Jangan diamm !" . Airmata perlahan lahan turun membasahi pipi Najwa.
Zhrh yang datang meraih bahu Najwa yang hampir terduduk .
" Zhrh , bawa aku pergi dari sini . Aku nak balik rumah FANZ !" . Arah Najwa . Dia memandang dengan renungan maut kepada Ash apabila Ash memilih untuk diam membatu.
"MAAFKAN SAYA NAJWA".
🌻B E R S A M B U N G🌻
Vote
&
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top