11
Tok tok tok!
Pintu dikuak. Wajah Najwa, Zahirah, dan Tya terpacul dengan senyuman paling manis.
Mereka datang menghampiri Anisa yang ralit menaip sesuatu di laptop. Kening dinaikkan. Dah kenapa diaorang bertiga ni?
"Anis?" Panggil mereka bertiga serentak.
"Ya? Ada apa?" Anisa menjawab dengan nada biasa. Matanya masih menatap laptopnya. Jam jam sebegini memang sesuai untuk mengarang ceritanya.
"Sorry sebab biarkan kau buat kerja sorang-sorang dekat dapur harini. Kau marahkan kita orang ke?" Najwa meneka. Bibirnya dicebikkan seperti orang hendak menangis. Anisa yang kebingungan hanya menggeleng.
"Hah? Ingatkan apalah tadi. Tak ada apa-apalah. Aku okay je." Balas Anisa seraya gelak kecil.
"Anis, kita orang tahu kita orang banyak susahkan kau. Tapi janganlah marah kita orang eh?" Zahira menambah. Tangannya digabungan dan diletakkan di bawah dagunya dengan mata sengaja dikerdipkan. Ingat comel!
Fatiha menghulurkan sekotak coklat pada Anisa.
"Nah, hadiah sebab selalu bangun awal dari kita orang dan siapkan makanan untuk kita orang" . Ujar Fatiha.
Anisa terus menarik Fatiha, Zahira dan Najwa rapat ke dalam pelukannya. Lama mereka berpelukan.
"Aku tak pernah mengeluh pun buat semua tu untuk kauorang. Kauorang kan sebahagian daripada nyawa aku. Sebab separuh lagi ibu dengan ayah aku. Hehehe. Aku tak kisah pun sebab aku buat untuk orang yang aku sayang jadi tak ada rasa terbeban atau tak adil pun. Kauorang je yang suka overthinking!" Jelas Anisa panjang lebar setelah pelukan dileraikan.
"Tapi still," Belum sempat Fatiha menghabiskan ayatnya,
Dah dah. Aku okay seriously! Aku mana boleh marah kauorang sebab aku sayang sangat pada kauorang . Kauorang sayang aku ke tak?" potong Anisa.
"OF COURSE LAH LOVE! Manhi manhi saranghae! (Sayang banyak-banyak) Muah! " jawab mereka bertiga serentak. Gaya tak ubah persis tiga anak kecil dan sang ibu yang sedang meluangkan masa bersama.
Anisa tergelak mendengarnya. Nasib sayang!
"Dah dah. Pergi mandi, makan, then solat Asar. Jangan kacau aku. Hahahah nak ajak main nanti malam kita main masak-masak kat dapur ya!" Ujar Anisa. Dia menggelengkan kepala seraya tergelak kecil.
Matanya kembali menyambung kerjanya yang terbantut tadi. Tanpa disedari, jam sudah menginjak ke angka 6.30 petang.
Seperti biasa mereka akan menunaikan solat maghrib bersama, mengaji dan solat Isyak bersama. Apabila jam menginjak angka 9.30 malam, barulah semua bergerak ke bilik masing masing.
Malam itu mereka bertiga tidak memberi kebenaran untuk Anisa melangkah ke dapur walau apa pun yang terjadi. Bermacam macam bunyi yang merisaukan Anisa apabila membenarkan mereka bertiga menguasai dapur. Katanya nak bermain pertandingan masak-masak dan Anisa adalah jurinya.
Anis menjeling ke dapur. Dia dapat menangkap bayangan Najwa, Zahira dan Tya yang memakai apron.
Mereka bertiga memberikan jelingan maut supaya Anisa duduk diam di atas sofa sahaja dan jangan mengintai.
Anisa pasrah dan hanya duduk di sofa sambil melayan drama korea kesukaan mereka berempat.
1 jam kemudian...
"Tadaa!" Jerit mereka bertiga sambil mengangkat penutup makanan itu. Tiga jenis makanan dengan hiasan yang nampak cantik dan menyelerakan.
Kini didepan matanya terdapat spaghetti special by Chef Tyaa, Udang celup tepung cheesy by Chef Najwa dan Nasi goreng Nom nom dari Chef Zahira.
Bermacam macam nama ada. Anis mula menjamah Udang celup tepung cheesy Najwa. DIa mengangguk angguk tanda sedap. Nikmat cheese itu dirasai dalam mulut.
Anis beralih pada spaggheti special by chef Tya pula. Satu suapan, dua suapan, tiga suapan. Anis tak mampu untuk berhenti kerana terlalu sedap.
Anisa memandang nasi goreng nom nom by chef Zahira pula . Nampak menyelerakan. Ada variasi udang, sotong, ayam dan sayur. Meriah betul!
Suapan pertama, mata Anis tertutup rapat . Suapan kedua muka Anis terus tersenyum.
Anisa meneguk air mineral sebelum memandang kesemua chef yang tidak sabar untuk menunggu keputusan siapakah yang bakal menang dalam pertandingan masak-masak ini.
"So how?" Tanya Tya.
"Hm, macam mana nak describe eh?" Jawab Anis. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kitaorang masak tak sedap eh? Cakap je kitaorang terima segala komen kau" Sambung Najwa.
"Betul eh?"
"Iya" Jawab mereka serentak.
"Okay, setelah merasa ketiga tiga makanan, semuanya terlalu sedap sampai aku tak boleh nak pilih! Jadi semua menang!" balas Anisa. Dia terus menyambung menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Kurang hasam punya Anis! Nak rasa jugak!" Celah Najwa yang selamba mencapai spaghetti dengan tangan lalu di masukkan ke dalam mulut.
"Hm, sedapnya!" Komen Najwa dengan mulut yang penuh.
"Ei tak senonohlah dia ni!" Zahira memberikan Najwa garfu dan mereka menyambung makan bersama-sama sambil menonton drama korea.
Habislah naik berat badan makan banyak-banyak macam ni malam-malam!
🌻🌻🌻
"Umi pengsan sebab tekanan darah rendah. Banyak sangat berfikir. Janganlah risau sangat. Biar Umi rest dulu. Kau pun bagilah perhatian sikit dekat Umi. Ni siang malam dekat office je." Jelas Doktor Zhafran.
Sewaktu mendengar khabar dari mak Wan mengatakan Umi pengsan, Ash terus bergegas pulang. Hampir luruh jantungnya mendengarnya. Mujurlah Umi tiada apa-apa.
"Apa aku boleh buat Zhaf. Aku pun serabut sekarang ni. Kau tahulah, siapa lagi yang nak tengokkan company tu kalau bukan aku. Walid minta aku jaga DeReza Holdings. Aku pun tak ada masa untuk diri aku!" Ashraf meraup mukanya. Dia mengeluh perlahan.
"Aku faham Ash. Aku hanya mampu support kau je bro. Apa pun keputusan kau, aku always ada belakang kau. Okaylah aku kena gerak balik hospital semula" Zhaf minta pergi dulu setelah memberikan kata kata semangat buat seorang rakannya.
Ashraf duduk dibirai katil . Tangan mamanya disentuh perlahan.Tiba tiba dia terasa bahunya dipegang. Ash mendongak dan melihat Papa sedang tersenyum manis buat Ash.
" Papa ada hal nak bincang dengan kamu . Mari kita turun sekejap . Biar mama berehat " . Pujuk papa lembut . Sesungguhnya Dato Radzli seorang yang peramah dan sopan orangnya . Cewahh.
" Apa yang papa nak bincang dengan Ashraf ni ?" . Tanya Ash selepas melabuhkan punggungnya dihadapan papanya.
" Kamu pun tahu papa dengan mama ni bukannya muda lagi . Bila bila masa saja Allah boleh ambil. Anak yang kami tinggal hanya kamu sahaja Reza . Siapa lagi yang kami nak harapkan kalau bukan kamu ?" . Ayat papa sungguh tersentuh di hati . Ash sedia mendengar.
" Mama kamu tu , dari dulu nak tengok kamu berumah tangga . Ada isteri , ada anak . Tak boleh ke kamu tunaikan permintaan mama kamu kali ni sahaja ?" . Pertanyaan papa mengundang rasa bersalah dalam diri dirinya .
5 tahun dia menunggu gadis yang dicintainya untuk kembali ke pangkuannya namun sehingga sekarang masih tiada khabar berita.Adakah dia patut berhenti menunggu dan membuka pintu hatinya untuk perempuan lain . Sungguh susah untuk membuka pintu hatinya kepada perempuan lain selain Najwa.
Najwa sentiasa menjadi yang pertama dan yang terakhir dalam dirinya. Lamunan Ashraf terhenti apabila papa memegang bahunya.
Dengan senyuman tipis papa berkata , " termenung pula ?" .
Ash senyum , " Reza perlukan masa . Bagi Reza masa Paa ?" . Balas Ashraf . Sungguh jiwanya serabut .
" baiklah , tapi papa harap kamu tidak mengambil masa yang terlalu lama" .
Ash mengangguk dan segera mengangkat punggung dan menuju ke kamar tidurnya . Dia ingin menenangkan fikirannya . Ashraf membersihkan diri dan bersedia untuk solat Asar memandangkan jam telah masuk waktu maghrib .
Selepas salam terkhir diberikan , Ashraf menadah tangan memulakan doanya.
" Ya Allah , bantulah hambamu ini dalam membuat keputusan . Aku juga berhak untuk bahagia dengan orang yang aku sayang . Namun aku juga tidak mahu melukakan hati ibu dan ayahku . Ya Allah , sekiranya benar dia adalah jodohku , maka kau dekatkanlah kami , sekiranya dia bukan jodohku , maka kau jauhkanlah dia sejauh jauhnya dari hidup aku . Hanya padaMu aku meminta Ya Allah . Rabbana Atinna fir dunia hasannah , wafil'ahiratil hasannah wakinna azabbanar " . Tangannya diraup dimukanya , lama.Ashraf menggapai Alquran di atas meja dan membacanya . Sudah lama rasanya dia tidak mengaji setelah mendapat gelaran CEO DeReza Holdings.
____
" FANZ !! Tolong aku please ! " . Jerit Najwa yang mengejutkan kami bertiga yang ralit menonton drama korea kesukaan kami . Dia datang dengan mendadak terus menerpa ke arah FANZ .
🌻B E R S A M B U N G🌻
Vote
&
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top