09
PAGI itu Zhafran dan Zahira datang awal ke sekolah. Mereka datang awal untuk memilih kawasan sekolah yang sesuai untuk mereka menjalankan party . Akhirnya lokasi tempat Ashraf dan Najwa tertangkap berdua-duaan haritu menjadi pilihan mereka.
Jam 7 pagi, Fatiha sampai di sekolah. Sebaik sahaja dia ingin melangkah masuk ke perkarangan sekolah, sebuah superbike berwarna hitam melintasinya. Imtiyaz yang sedang menunggang motosikal besar itu. Fatiha memerhatikan superbike itu diletakkan di dalam kawasan sekolah. Tanpa disedarinya, Zahira datang menerpa ke arahnya membuatkan Fatiha melatah.
"Wow handsomenya dia!" jerit Fatiha. Siapa yang tak terkejut kalau di kejutkan dengan cara begitu. Orang tengah syiok-syiok layan perasaan,dia mengganggu pula! Menyedari kesilapannya, laju tangannya naik menekup mulutnya sendiri.
Zahira memandang Fatiha pelik. Dia tergelak melihat muka Fatiha saat itu.
"Hahaha kau fikir apa hah tadi? Baik kau cakap dengan aku!" soal Zahira cuba mengorek rahsia sambil mengejar Fatiha yang cuba melarikan diri. Dapat dia sambar lengan Fatiha.
"Mana ada fikir apa-apa!" balas Fatiha tergagap-gagap. Dia membetulkan lipatan tudungnya.
"Eleh eleh!" perli Zahira sengaja ingin bergurau. Suka dia dapat mengenakan birthday girl.
Kelibat Imtiyaz Daniel yang melewati mereka dengan membawa helmet siap berjacket kulit hitam membuatkan Zahira tersenyum penuh makna.
"Oh, yang handsome tadi tu Iyaz? Kau mengintai anak teruna orang eh?" tuduh Zahira tidak semena-mena. Meskipun apa yang diujarkannya adalah benar, namun Fatiha segan untuk mengaku.
"Apa yang kau merepek ni? Malas aku nak layan!" balas Fatiha masih berdalih lantas dia mengatur langkah menuju ke kelasnya. Laju kakinya berjalan meninggalkan Zahira yang masih tersengih-sengih.
"Iyaz lah tu!" bebel Zahira sendiri.
SEMASA rehat, Imtiyaz mengajak Fatiha untuk menemaninya ke perpustakaan dengan alasan ingin meminta tolong Fatiha mencarikan sebuah buku rujukan buatnya padahal dia ingin mengalihkan perhatian Fatiha sementara Najwa, Ashraf, Zahira, Zhafran, Anisa dan Airil membincangkan perjalanan kejutan yang akan dilakukan nanti.
"Sepatutnya harini memang hari FANZ lepak library. Kenapa diaorang tiba-tiba nak pergi kantin eh?" soal Fatiha pelik. Dia rasa sahabat-sahabatnya sedang meminggirkannya.
"Hm, mungkin diaorang nak bagi kita masa untuk dating kot? " balas Imtiyaz cuba mengaburi rahsia yang hampir terbongkar.
Fatiha hanya tersenyum sipu lantas meneruskan carian buku yang diminta oleh Imtiyaz tadi.
"Tya" panggil Imtiyaz dengan suara yang dilunakkan.
" Ya" balas Fatiha tanpa memandang ke arah Imtiyaz. Dia masih fokus mencari buku rujukan buat lelaki itu.
"Saya suka berkawan dengan awak." luah Imtiyaz ikhlas. Dia memandang Fatiha tidak lepas. Dia benar-benar ingin gadis itu tahu bahawa dia memaksudkan semua yang dia katakan.
Serentak Fatiha menoleh dan menghadiahkan senyuman nipis buat Imtiyaz Daniel.
"Saya pun." balas Fatiha. Dia cuba mengetepikan perasaan malunya dan cuba untuk berterus-terang. Dia kembali memandang ke arah rak buku itu tadi dan kembali mencari buku rujukan buat Imtiyaz.
"Dah jumpa!" sambung Fatiha teruja lantas dihulurkan buku itu kepada Imtiyaz.
Serentak Imtiyaz menyambut buku itu, loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis.
"Terima kasih sa...yang." ujar Imtiyaz selamba sambil melipat lengan kemejanya sehingga paras siku.
"Er, Sama - sa...ma" balas Fatiha seraya mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak mahu Imtiyaz melihat wajahnya yang mulai berona merah.
"Ehem dah jom masuk kelas. Nanti lewat pula!" ajak Imtiyaz biasa.
Imtiyaz yang perasan Fatiha dihimpit rasa malu hanya menayangkan senyuman nakalnya dan berjalan dahulu meninggalkan Fatiha.
Sahabat yang lain sedia menanti di dala kelas. Mujur guru matapelajaran Pengajian Am belum menunjukkan kelibatnya.
"Lama dating!" sindir Ashraf seraya menumbuk lembut lengan Imtiyaz. Kening diangkat sebelah sengaja menjadi pengacau.
Imtiyaz menggaru kepalanya yang tidak gtal manakala Fatiha hanya menayangkan senyum sipunya.
🌻PDP BERJALAN SEPERTI BIASA🌻
KRING! kringg! Loceng berbunyi tanda waktu pulang sudah tiba. Misi sambutan hari jadi Nur Fatiha pun bermula!
"Tya, lepas ni awak ada plan apa-apa tak?" soal Imtiyaz seraya helmet dibuka. Fatiha menelan airliur terpaksa apabila melihat rambut serabai milik Imtiyaz yang menambahkan ketampanannya.
"Hm, tak ada. Saya nak terus balik rumah je. Kenapa awak tanya?" balas Fatiha cuba berlagak biasa. Jawapan Fatiha mengundang senyuman lebar Imtoyaz Daniel.
"Temankan saya pergi suatu tempat boleh, birthday girl?" ajak Imtiyaz dengan nada suara yang tiba-tiba berubah romantik. Serentak, pandangannya dan Fatiha bersatu.
"Awak tahu harini jari jadi saya?" soal Fatiha teruja. Rupanya ada juga hamba Allah yang mengingati hari pentingnya.
"Ini Imtiyaz Daniel lah. Setakat tarikh hari jadi awak, senang je saya boleh dapat tahu!" balas Imtiyaz riak seraya diselak rambutnya kebelakang.
"Tapi, Anis, Najwa dengan Zahira macam lupa je hari jadi saya. Diaorang nampak biasa je tadi. Hm sampai hati diaorang." luah Fatiha. Nadanya kedengara sedih mencuit hati Imtiyaz. Gadis ini mudah tersentuh hati rupanya.
"Hm, mungkin diaorang terlupa kot. Saya kan ada. Kita boleh sambut hari jadi awak sama-sama." ujar Imtiyaz cuba memujuknya. Sebenarnya dia cuba untuk menahan senyum. Dia memberi isyarat agar Fatiha juga naik menunggang motosikal besarnya.
"Eh takkan nak pergi dengan baju ni? Bagilah saya balik, mandi dan bersiap dulu. " ujar Fatiha memberi cadangan. Sebnarnya dia berasa rimas mengenakan baju kurung itu seharian. Jadi dia ingin mengenakan pakaian yang lebih selesa baginya.
Serentak Imtiyaz menepuk dahinya seraya gelak kecik,"Hahaha okay boleh je. Nanti jam 2.30 petang saya ambil awak depan rumah awak."
"Allright, kalau macam tu saya balik dulu lah. Awak hati-hati tau!" balas Fatiha.
"Awak taknak naik dengan saya? Awak dah lupa ke kita berjiran?"
"Hm, saya rasa tak manis kalau orang nampak kita berdua-duaan naik motosikal macam ni. Lagipun saya pakai baju kurung tak selesalah nak naik superbike. Saya boleh balik sendiri." jelas Fatiha lembut. Dia tidak mahu lelaki itu terasa hati kerana menolak pelawaanya.
Imtiyaz mengangguk lantas dia turun dari motosikalnya dan menahan salah satu pelajar lelaki yang juga dari kelas mereka.
"Eh Fikri, tolong aku kejap. Hantarkan motor aku dekat rumah aku!" arah Imtiyaz selamba. Tanpa banyam soal, lelaki yang digelar Fikri itu menyambut huluran kunci motosikalnya.
"Jom Tya. Kita balik sama-sama!" ajak Imtiyaz seraya dijongket keningnya sebelah. Fatiha tergelak kecil melihat kesungguhan Imtiyaz. Sampai macam tu sekali!
"SEMUA barang dah ambil? " soal Airil sejurus selepas Anisa meletakkan barang-barang di tempat duduk belakang. Bukan nak tolong tahu nak mengarahkan orang je!
"Dah. Jom gerak!" balas Anisa mengundang senyum Airil. Anisa kelihatan mulai selesa dengannya dan mulai melupai kejadian yang membuatkan dia menjadi trauma.
Airil membawa barang-barang perhiasan ke tingkat atas bangunan sekolah. Jam menunjukkan jam 2.15 petang.
"Okay lets start decorate!" laung Anisa seraya dijongketkan keningnya memandang ke arah Airil Iskandar.
Anisa mula mengambil beberapa hiasan dan mula menghias. Beberapa minit kemudian tiba-tiba kedengaran Airil gelak. Tak lain tak bukan pasti sedang menggelakkan Anisa. Kurang asam punya orang!
"Tepilah, biar aku buat! Lain kali kalau dah tahu diri tu pendek, tak payah nak berlagak tinggi. Aku kan ada macam tak boleh nak panggil!" ujar Airil disusuli dengan perlian dan bebelan yang mengundang muncung Anisa. Dia cakap aku pendek!
Anisa kemudian mencebik melihat Airil yang riak. Mentang-mentang dia tinggi, dan Anisa pula kekurangan ketinggian.
Tiba-tiba Anisa termenung. Dia ralit memerhatikan teruna yang berada di depan matanya ini. Dari rambutnya, turun ke mata, hidung, dan bibir Airil. Anisa perasan bibir Airil agak seksi. Tanpa disedari, Anisa mengukirkan sebuah senyuman. Apabila Airil menoleh, dia terlihat senyuman manis Anisa yang menggetarkan naluri kelakiannya. Airil telan air liur yang terasa sukar untuk ditelan.
Airil yang risau terus berdehem perlahan. Bahaya juga si Anisa ni kadang-kadang. Dia memandang ke arah lain seraya tangannya membuka satu butang paling atas kemejanya. Panas pula tiba-tiba!
Anisa cuba berlagak biasa dengan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengemas barang hiasan yang telah tidak digunakan lagi. Dia membelakangi Airil untuk menyembunyikan wajahnya ya g mulai berona merah. Keadaan jadi sunyi buat seketika.
Seketika Zhafran dan Zahira datang membawa makanan dari Domino Pizza, Mc Donald, KFC dan yang paling penting Baskin Robbin coklat as Fatiha's cake birthday.
Zahira terpersona melihat hiasan sekeliling. Begitu juga dengan Zhafran yang ternganga melihat hasil dekorasi Anisa dan Airil.
"Tak sangka kau pakar juga dalam bab dekorasi macam ni." tegur Zhafran sengaja menyakat Airil. Dia menampar lengan Airil perlahan.
"Aku tolong sikit-sikit je, yang banyak buat ni Anis" balas Airil sambil memuncungkan bibirnya menghala ke arah Anisa yang sedang menyusun makanan bersama-sama Zahira. Zhafran mengangguk-angguk tanda mengerti lantas dia juga menoleh ke arah Anisa.
"Eh aku baru perasan, baju kau sedondon dengan Anis! Warna biru lembut. Kau tiru aku dengan Zahira eh? Tengok kitaorang pun pakai baju sedondon tau!" ujar Zhafran masih belum puas dia menyakat kawannya yang satu ini.
"Banyaklah kau. Ini kebetulan je lah!" balas Airil menegaskan pendiriannya. Memang langsung dia tidak ada merancang untuk mengenakan pakaian yang sedondon dengan Anisa.
"Ye la tu!"
"TEMPAT ni baru buka tau. Awak suka tak?" soal Imtiyaz setelah mereka sampai di ssebuah taman bunga yang baru dilancarkan seminggu lepas.
"Cantik sangat. Mata saya jadi rambang tengok bunga-bunga ni. Terima kasih sebab bawa saya dekat sini." balas Fatiha teruja.
"Everything for u my dear." ujar Imtiyaz dengan nada romantik membuatkan wajah Fatiha berubah berona merah. Dia mekandang tepat ke dalam mata Fatiha.
Fatiha mempercepatkan langkahnya dek menahan malu. Dia segan apabila Imtiyaz melihatnya dengan tatapan mata seperti itu.
Imtiyaz memepercepatkan langkah mengejar Fatiha. Mereka berjalan beriringan melihat kawasan taman bunga yang sememangnya indah dipandangan semua orang.
Setelah puas berjalan, Imtiyaz mengajak Fatiha untuk pergi ke suatu tempat lagi. Misi kejutan akan dimulai.
Fatiha hanya mengikut Imtiyaz. Puas dia tanya kemana mereka akan pergi tapi lelaki itu tidak mahu memberitahu. Fatiha hanya akur mendengarnya. Imtiyaz memandu keretanya ke kawasan sekolah mereka.
Fatiha memandang Imtiyaz pelik. Dia meminta Fatiha keluar dari kereta dan mereka menuju ke bangunan atas sekolah. Fatiha yang bingung hanya mengikuti langkah lelaki itu.
Sesampainya mereka di tangga terakhir, kedengaran suara-suara menjerit mengejutkan Fatiha.
"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Fatiha sayang, Happy birthday to you!". Suara nyanyian mereka mengundang rasa terasa terharu pada Fatiha. Rupa-rupanya mereka tidak lupa. Fatiha menahan airmata dari jatuh. Hatinya sebak namun dalam masa yang sama dia bahagia.
"Ini dari kami semua! Selamat hari jadi, Nur Fatiha!" ujar Najwa dan Ashraf seraya mereka datang dan membawa anak patung beruang dan sejambak coklat lantas diberikan kepada Fatiha. Fatiha menyambutnya dengan senyuman tak lekang di bibir. Dia kematian kata-kata.
"Terima kasih tau semua. Aku ingatkan kauorang lupa! Awak pun bersubahat eh dengan diaorang? " luah Fatiha akhirnya. Dia menampar lengan Imtiyaz perlahan sebelum tersenyum bahagia. Airmata yang dia tahan akhirnya jatuh jua. Airmata kebahagiaan.
"Okay dah jangan nangis-nangis. Jom kita potong kek and makan!" celah Zahira yang sedia memegang kek aiskrim dan disuakan di hadapan Fatiha.
"Tak bestlah kalau birthday girl tak comot kan?" ujar Najwa serentak tangannya naik mencuit kek itu dan disapu ke pipi Fatiha. Laju sehingga gadis itu tidak dapat menolak.
Mereka yang lain turut mencomotkan Fatiha dengan kek haro jadinya. Adegan kejar-mengejar mengundang bahagia di hati mereka semua.
SEMOGA KEBAHAGIAAN MEREKA KEKAL SAMPAI BILA BILA.
🌻5 TAHUN KEMUDIAN...🌻
🌻B E R S A M B U N G🌻
Vote
&
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top