08

"Encik dengan Puan ni pengantin baru ya?" soal pekerja itu. Serentak Airil menoleh memandang Anisa sebelum dia menghamburkan gelaknya. Kuat.

Anisa yang berasa segan hanya tersengih sambil menggelengkan kepala ke arah pekerja itu.

"Taklah, kami kawan je. Kami nak cari barang-barang hiasan untuk majlis hari lahir."  jelas Anisa satu persatu. Airil tekun memandang Anisa yang cuba merungkai salah faham itu dengan teliti.

"Oh maafkan saya Cik.Mari saya tunjukkan hiasan bahagian hari jadi!" balas pekerja itu sambil tersenyum segan. Dia membawa mereka ke bahagian hiasan hari jadi.

Geram melihat Airil yang tidak berhenti-henti gelak, Anisa mencubit kuat pinggang Airil. Airil mengaduh sakit lantas gelaknya terhenti. Di sapu airmata yang mengalir akibat ketawa.

Setelah 30 minit berada di kedai tersebut, siaplah semua barang keperluan hiasan tersebut.

" Jom !" ajak Airil serentak dia menyambar lengan Anis. Mujur gadis itu mengenakan baju lengan panjang.

"Hish, nak balik je pun! Tak payahlah pegang-pegang!" balas Anisa geram melihat Airil yang suka memaksa dia. Dia menepis tangan Airil yang memegang lengannya.

"Siapa yang kata nak balik? Kau tak dengar perut aku dah berbunyi dari tadi? Cepatlah aku dah lapar ni!" ujar Airil seraya tangannya diletakjan diperut tanda lapar. Dia kembali menarik lengan Anis untuk berjalan seiring dengannya.

"Awak lapar tak ada kena mengena dengan saya! Saya tak lapar, dan saya nak balik sekararang!"  bentak Anis mengundang jelingan maut dari Airil. Anisa telan airliur melihat wajah Airil yang berubah menyinga.

Dikunci mulutnya rapat lantas dia mengikuti langkah Airil tanpa banyak bunyi.

Sampai di restoren Nasi Ayam Recipe, kedua-dua mata Anisa terus terbuntang.  Mamat ni biar betul ajak dia makan dekat tempat mewah macam ni! Anis menelan airliur saat melihat buku menu yang diberikan oleh pelayan itu. Mahalnya makanan dekat sini!

"I want fresh orange and chicken rice." ujar Airil kepada pelayan itu. Seketika pelayan itu memandang Anisa yang sedari tadi hanya membelek-belek buku menu itu.

"Cepatlah order, kau nak suruh dia ni tercongok dekat sini berapa lama?"  tegur Airil mengundang senyum pelayan lelaki itu. Lantas Anisa mendongak dan senyum sumbing.

"Hm, saya nak jus tembikai je."  balas Anisa sambil tersenyum malu. Malu dengan pelayan itu. Tak pasal-pasal kena tengking depan orang! Sebenarnya dia tak tahu nak order apa. Semuanya terlalu mahal baginya.

"Kau tak lapar ke? Atau kau tak selesa lunch berdua dengan aku?"  soal Airil sebaik sahaja pelayan itu beredar. Pelik dia melihat Anis seolah-olah seperti cacing kepanasan.

"Bukan macam tu tapi, awak memang selalu makan dekat sini eh?"  balas Anisa.

"Sini favourite restoren family aku. Lagipun nasi ayam dia tiptop. Kenapa kau tanya?"

"Hehehe tak ada apa-apa." balas Anisa sambil menayangkan senyuman yang dibuat-buat. Makan pun dekat tempat mahal. Sah, anak orang kaya!

Makan tengah hari serta barang perhiasan tadi, semuanya dibayar menggunakan duit Airil. Baru sahaja Anisa ingin membayarnya, Airil terlebih dahulu membuat bayaran.




"Awak cepatlah! Jangan main main! Hish dah letaklah topeng tu menakutkan tahu tak!"  bebel Najwa. Daei tadi mulutnya tidak berhenti membebel apabila melihat sikap Ashraf yang tidak serius ketika mencari hadiah. Geram dia apabila melihat Ashraf sungguh teruja membuat Najwa gelak. Memang Najwa akan tergelak melihat gaya yang dipaparkan oleh Ashraf Maklumlah mudah terhibur!

"Awak tu yang dari tadi membebel dekat saya. Awak carilah cepat hadiah untuk Tya. Saya temankan awak je lagipun saya bukannya tahu apa yang dia suka!" balas Ashraf selamba. Tangannya mengambil bunga plastik itu dan bermain-main. Najwa merengus geram melihat Ashraf.

"Sekurang-kurangnya awak tolonglah saya. Hish malaslah saya nak cakap dengan awak ni! Buang masa je."  ujar Najwa berasa geram lantas berjalan sekitar kawasan kedai hadiah itu untuk mencari hadiah yang sesuai untuk Tya. Dia meninggalkan Ashraf yang ralit bermain dengan mainan di situ.

Ashraf terus meletakkan kembali permainan yang dipegang tadi lantas mengejar langkah Najwa. Ditarik beg yang dipikul oleh Najwa sehingga gadis itu terundur ke belakang.

"Alala merajuk ke? Okay saya minta maaf. Saya tolong awak cari hadiah eh?  Janganlah merajuk macam ni.Geram saya! Rasa nak gigit!"  ujar Ashraf cuba memujuk sambil memandang Najwa.

Najwa menjeling sekilas, "Belum sempat awak gigit saya, saya dah terkam awak dulu!" jawab Najwa masih merajuk. Disilangkan tangannya dengan muncung yang panjang sedepa.

"Hish gelojohnya!"  balas Ashraf dengan gaya takutnya mengundang gelak Najwa.  Sebuah cubitan hinggap ke lengan Ashraf Reza. Padan muka!

"Auch sakitlah!" ngadu Ashraf sengaja dileretkan suaranya. Menggatal lagi kan dah dapat!

Najwa menjelir lidahnya sebelum berlari menyelamatkan diri. Ashraf ketawa melihat karenah Najwa. Dia menggelengkan kepalanya lantas mengikuti langkah Najwa.

Tiba-tiba Najwa berhenti di depan sebuah kedai yang menjual teddy bear. Najwa memandang Ashraf meminta pandangannya. Ashraf menayangkan sengihan lebarnya  seumpama mereka berdua memiliki idea yang sama.

Setelah 15 minit memilih teddy bear, akhirnya teddy bear bersaiz manusia bewarna merah jambu lembut menjadi pilihan mereka berdua. Di tambah dengan sejambak chocolates yang memang menjadi makanan kesukaan Nur Fatiha.

"Oleh sebab awak dah temankan saya cari hadiah untuk Tya, nah hadiah!"  ujar Najwa seraya disuakan aiskrim kon berperisa coklat itu kepada Ashraf. Ashraf menyambut huluran aiskrim tersebut seraya tergelak kecil.

"Aiskrim je?" soal Ashraf mengundang wajah bingung Najwa.  Dia sengaja ingin mempermainkan Najwa padahal dia tidak mengharapkan apa-apa balasan pun.

"Aiskrim pun kira okaylah tu! Kalau taknak tak apa pulangkan balik!"  balas Najwa seraya tangannya cuba mengambil aiskrim itu semula.

Oleh sebab faktor ketinggian Najwa yang tidak mencukupi itu, dia tidak berjaya mendapatkan aiskrim itu semula lantas mengundang gelak ketawa Ashraf. Hahahaha pendek!

Najwa yang geram terus mencebik lantas meninggalkan Ashraf yang sedang menggelakkannya.

"Hahaha Najwa, tunggu lah saya! Saya gurau je!"  laung Ashraf serentak dia menyambar teddy bear itu dan terus mengejar Najwa.

Ashraf menghantar Najwa pulang ke rumah. Dia dapat menangkap Najwa masih merajuk kerana sepanjang perjalanan mereka tadi, Najwa hanya diam membatukan diri sahaja.

Ashraf menarik lengan Najwa yang berbalut baju lengan panjang itu sehingga dia terpusing menghadapnya.

"Marahkan saya lagi ke?"  soal Ashraf sambil memandang tepat ke dalam sepasang mata milik Najwa. Najwa hanya sekadar memberikan jelingan maut.

Tiba-tiba Ashraf menjerit,

"Arghh! Berapa kali dah saya cakap jangan jeling-jeling macam tu! Iman saya tak kuatlah tngk awak! Jom cari tok kadi sekarang saya nak kahwin dengan awak!"

Najwa cuba menutup mulut Ashrag namun dielak oleh Ashraf malah dia semakin galak mengenakan gadis itu.

"Hish awak ni kenapa? Janganlah jerit-jerit! Nanti parents dengan jiran saya dengar macam mana? Ya, saya tak marah dah. Cepatlah pergi balik! Nanti lagi merepek awak kalau lama lama kat sini!  balas Najwa risau seraya menolak belakang tubuh Ashraf supaya dia cepat-cepat balik.

"Ya, saya balik! Tapi jangan merajuk-merajuk lagi tau!" ujar Ashraf Reza seraya dia menusingkan badannya.

"Ya! Saya tak merajuk! " balas Najwa geram. Dia tergelak kecil.

"Okay Assalammualaikum Sayang!" laung Ashraf  sengaja dileretkan suaranya.

" Waalaikkummussalam." balas Najwa biasa. Tangannya melambai ke arah Ashraf. Selepas kereta Ashraf beredar dari perkarangan rumahnya baru dia tersedar akan sesuatu.

'Sayang?' gumamnya sendirian. Dia tersenyum sendiri sambil membawa barang-barang. Dasar sweet talker!

🌻🌻🌻

ANISA menghempaskan badan di atas katil kesayanganya. Teddybear merah jambu miliknyanya ditarik ke dalam dakapan melepaskan segala kepenatan.

'Hm, dia anak orang kaya,aku biasa-biasa je.Jauh sangat perbezaannya.'  gumam hati kecil Anis sendirian. Bibir dicebikkan tanda kecewa.

Seketika dia duduk bersila seraya menggeleng-gelengkan kepala sebelum menampar perlahan pipinya cuba menyedarkan diri yang semakin hanyut dengan permainan dunia.

"Hish apa yang kau fikir ni Nur Anissa! Belajar dulu lepastu cari kerja. Takkan sampai bila-bila kau nak menyusahkan ibu dengan ayah! Ini bukan waktunya untuk fikir pasal cinta!"  bebel Anisa sendiri lantas dia meraup mukanya sekilas. Dia kembali berbaring merenung siling biliknya Akhirnya dia terlelap.






"AMBOI lewat akak balik! Baru lepas dating ke?" tegur Ikin yang tercongok depan tv. Dia sengaja mengajukan soalan untuk menguji reaksi kakaknya.

"Huh? Mana ada! Kitaorang kawan je lah!" balas Najwa gagap. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ya la tu kawan, macam Ikin tak dengar je tadi. Siap bersayang-sayang bagai!" ujar Ikin masih tidak berpuas hati dengan jawapan Najwa.

Tiba-tiba ibu yang datang dari arah dapur mencelah perbualan antara Najwa dan adiknya, "Kalau kakak ada boyfriend pun apa salahnya. Dia dah 19 tahun. Kalau nak kahwin boleh sangat!"  ujar Ibu membuatkan mata Najwa terbuntang luas sementara adiknya mengangguk tanda setuju.

"Apa ni ibu! Orang muda lagilah. Tak ada masa nak fikir pasal kahwin. Dahlah, orang nak naik atas mandi, solat Asar lagi bagus!" ujar Najwa ingin melarikan diri. Dia terus berlari anak menuju ke bilik tidurnya.

Najwa meletakkanteddybear di atas katilnya. Jambangan coklat itu dibawa pulang oleh Ashraf. Adil katanya.

Najwa terus mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Usai mandi dan solat Asar, dia tersenyum sendiri apabila teringat sikap Ashraf tadi. Dia berbaring di atas katil dengan senyuman yang masih tidak lekang dibibirnya. Matanya mulai tertutup dengan sendirinya.





ANISA membuka matanya. Matanya terkebil kebil masih mamai.Jam di dinding menunjukkan jam 6 petang. Dia masih belum solat Asar  lantas terus dicapai tuala dan berlari ke bilik mandi. Menyesal tidur!

Seketika, telefon bimbit Anisa yang berada di atas meja berbunyi menandakan ada notifikasi mesej dari aplikasi whatsapp.

Najwa Nabilla
Guys, pastikan esok jangan ada sesiapa yang kantoikan plan kita. Buat yang terbaik and goodluck semua!

Asyraf Reza
Don't worry, sayang! Saya kan ada.

Nur Zahira
Korang dah official couple ke?

Ashraf Reza
Haah. Baru je tadi. Kan sayang?

Najwa Nabilla
Bila masa? Aku tak cakap apa-apa pun! Aku debik kau karang tak jadi apa nanti!

Zhafran Nawfal

HAHAHA padan muka kena marah. Buat malu je syiok sendiri!

Nur Zahira
Tak sabarnya nak tunggu esok! Jumpa korang esok.










🌻B E R S A M B U N G🌻

Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top