07
"Long time no see huh!" tegur lelaki itu dengan senyuman jahatnya.
Anisa yang rasa terkejut terus memeluk lelaki di hadapannya itu. Erat. Tak baiklah main tipu-tipu macam ni!
"Ayah! Kenapa nak balik tak beritahu? Baru tadi kita buat video call kan!" bebel Anisa sambil meleraikan pelukan. Tangan ayah dicium lama. Dia terus berlari mendapatkan ibu.
"Ibu berkomplot dengan ayah eh?" soal Anisa sambil merangkul pinggang ibu.
" Haah. Ayah yang ajak." balas ibu selamba. Ayah yang datang ke dapur hanya tergelak.
Sungguh Anisa memang terlalu rindukan ayahnya dek kesibukkan kerja menguruskan syarikat. Namun Anisa sebagai anak mestilah mengerti dan menurut sahaja.
Ayah melangkah ke bilik barangkali ingin berehat dan membersihkan diri setelah 5 jam perjalanan.
"NAJWA, esok birthday Tya kan?" tegur Imtiyaz. Najwa, Ashraf dan Imtiyaz kebetulan bertembung sewaktu Ashraf menemankan Najwa ke kedai buku. Oleh sebab Anisa tidak mahu menemaninya dengan alasan ingin meluangkan masa bersama ayah tersayang, dia sebagai rakan harus mengerti. Akhirnya Ashraf yang menjadi mangsa.
"Mana kau tahu?" soal Najwa curiga sambil memandang tajam ke arahnya Imtiyaz Daniel.
"Hei apa ni! Najwa dengar sini, awak tak boleh tenung lelaki macam tu! Nanti dia tergoda macam mana awak goda saya kan dah susah!" sampuk Ashraf yang tiba-tiba mencelah mengundang tawa Imtiyaz dan kekeliruan kepada Najwa.
"Kau ni dah kenapa? Pernah makan penumbuk?" balas Najwa menggenggam penumbuknya dan ditayangkan di hadapan Ashraf. Karang semakin dilayan semakin menjadi-jadi!
Ashraf Reza hanya mencebik lantas menayangkan muka comelnya minta simpati.
"Haah, esok birthday dia. Kenapa? nak buat surprise ke?" soal Najwa teruja. Dia sememangnya sudah berancang dengan Zahira. Fokusnya kembali kearah perbualannya dengan Imtiyaz tadi.
"Aku okay je!" balas Imtiyaz laju.
"Lagipun aku ada nak cakap sesuatu pada dia" tambah Imtiyaz. Najwa terangguk-angguk mendengarnya.
"Okay deal, nanti aku roger Anisa dengan Zahira" balas Najwa tanda setuju.
"Kau nak confes eh?" soal Ashraf lebih kepada memerli.
"Diam la kau!" balas Imtiyaz geram dengan Ashraf yang sibuk mengcungkil rahsia.
NAJWA mencapai buku nota hello kittynya dan mula merangka sesuatu. Seketika tangannya diletakkan di dagu tanda berfikir.
'Hiasan serahkan pada Anis. Dia pro bab hias-hias ni!' gumam Najwa seraya tangannya ralit mencatat sesuatu seperti agihan tugas.
'Makanan dan kek pula serahkan pada Zahira dengan Zhafran. Pandai-pandailah diaorang fikir' bebelya lagi sendirian.
'Hadiah pula biar aku dengan Ash yang cari' tambahnya lagi seraya tangannya laju membahagikan tugas masing-masing. Seketika, dia termenung seperti sedang memikirkan sesuatu.
'Airil? Hm kalau tak ajak nanti merajuk pulak mamat tu! Okay done!' gumamnya lagi lantas nama Airil ditambahkan dinama Anis untuk bahagian hiasan.
" done !" ujar Najwa agak kuat. Dia berpuas hati serentak tangannya mencapai telefon bimbitnya lantas nombor Zahira dicari. Butang panggil ditekan. Seketika terdengar suara Zahira dihujung talian.
"Hello Zahira. Esok kan hari jadi Tya. Kau dengan Zhaf tolong uruskan bab makanan dengan kek boleh?" tegur Najwa yerus ke arah tujuannya.
"Oh, okay boleh je. Lagipun sekarang ni memang aku dengan Zhaf. So bolehlah kitaorang cari kek sekali!" balas Zahira senang dengan tugasan yang diberikan.
"Kau buat apa dengan dia? Kauorang dating eh? Laju buat kerja!" ujar Najwa sempat lagi mengusik.
"Apa kau merepek ni? Hm, just kek dengan makanan je kan?" balas Zahira cuba menukar topik. Digaru lehernya yang tidak gatal. Dia segan.
"Iya, itu sahaja Cik Akak Manis! Okaylah, nanti apa-apa aku call kau lagi. Aku percaya kau boleh cari the best kek and the best food for us! Air jangan lupa pula karang tercekik semua makan tak ada air. Nanti resit simpan eh as bukti claim." ujar Najwa memberi sepenuh harapanya kepada Zahira dan Zhafran.
"Baik Boss! Insha Allah kitaorang akan buat yang terbaik. Okay bye!" balas Zahira sebelum mematikan panggilan.
"Okay, next!" bebel Najwa mengomel sendiria. Semoga dipermudahkan urusannya. Nombor Anisa di dial. Seketika, panggilannya berjawab.
"Hello Najwa. So how? Dah tentukan aku part mana?" soal Anisa melulu. Semua teruja untuk menyambut hari jadi Fatiha, sahabat mereka.
"Dah! Kau bahagian hiasan. Kau kan suka hias-menghias ni!" balas Najwa berhati hati. Dia risau Anisa akan menolaknya namun tidak.
"Oh boleh je. Senang je tu!" ujarAnisa sambil berbaring di atas katil. Dia masih bermalas-malasan di atas katil.
"Tapi...kau uruskan perhiasan tempat tu dengan Airil tau!" tambah Najwa satu-persatu agar mudah difahami oleh Anisa.
Anisa terus terbangun dari pembaringannya. Dia duduk bersila dan membetulkan posisi telefon ditelinganya.
"Kenapa aku dengan dia?" soal Anisa tidak puas hati. Seujurnya dia masih belum boleh beradaptasi dengan lelaki itu sepenuhnya.
"Sebab aku tak tahu nak sumbat dia dekat mana. Kau gunakan je badan dia yang sado tu untuk angkatkan barang untuk kau!" balas Najwa cuba memujuk. Dia berharap sangat Anisa akan menerima cadangannya.
"Hm, ya lah. Nanti aku beritahu dia" balas Anisa. Nadanya kedengaran hampa.
"Tak apa, dia dah tahu. Dia okay je. So nanti kauorang kena datang awal untuk siapkan hiasan tu lepas balik sekolah." potong Najwa sekali memberitahu perjalanan majlis tersebut.
"Oh, okaylah kalau macam tu. See u tommorow at school" ujar Anisa sebelum butang matikan ditekan.
Iphone7 silver itu diletakkan di atas katil bersebelahan dengannya. Matanya menghadap ke arah siling bilik tidurnya namun fikirannya menerawang memikir ayat Najwa.
'Dia dah tahu, dia okay je'
"Kenapa dia tak membantah? Bukan lelaki tak suka kerja ni ke?" bebel Anisa sendirian. Dia mengeluh kecil apabila memikirkan soal itu.
Lamunannya terhenti apabila iphone7 nya bergetar tanda mesej masuk. Lantas, Anisa menoleh serentak tangannya mencapai telefonnya. Aplikasi whatsapp dibuka.
INBOX:
Unknown number: Ni aku, Airil. Siap cepat. Lagi lima belas minit aku ambil kau dekat rumah!
Anis memandang sepi chat itu. Dia cuba memahami ayat yang baru sahaja dia terima dari seseorang yang mengaku dirinya sebagai Airil. Seketika dia mengerling jam. Baru tersedar, Anisa terus turun dari katil lantas mencapai tualanya dan bergegas ke bilik air sambil menjerit,
"Mana sempat lima belas minit! Dasar lelaki gila!"
Ibu dan ayah yang sedang menonton televisyen hanya memandang antara satu sama lain dan tersenyum sambil menggeleng kepala mengingatkam perangai anak dara mereka seorang ni.
"KEK ni cantik . Tapi taste Tya bukan strawberry" ujar Zahira memberi pendapatnya. Zhafran terangguk-angguk mendengarnya.
"What about chocolate? Saya tengok dia selalu makan cadbury oreo tu!" ujar Zhafran memberi pendapatnya pula.
"Yeah, she likes chocolate! How about this cake?" ujar Zhafran lantas jari telunjuknya dihalakan ke arah kek coklat yang dihiasi corak bunga ros bertopingkan aiskrim Vanilla dan kitkat.
"Nice! Okay kita ambil kek ni! Kek ni berapa, kak?" ujar Zahira setelah berpuas hati. Dia mendongak mencari pekerja di situ.
"RM 80 " jawab pekerja itu sambil tersenyum manis kepada mereka berdua.
"Okay kami ambil kek ni." ujar Zahira sopan. Zhafran yang berada disampingnya hanya diam melihat tingkah laku Zahira.
Setelah siap membuat pembelian kek, jam menunjukkan angka 12 tengah hari. Perut masing-masing sudah berbunyi minta diisi.
"Oleh sebab kek ni awak dah belanja, biar lunch saya yang belanja awak okay?" ujar Zahira sambil berjalan mencari kedai makan. Matanya meliar ke sana kesini mencari destinasi mereka untuk mengisi perut yabg sudah berlagu minta diisi.
"Hahaha suka hati awaklah sayang! " balas Zhafran sengaja dileretkan perkataan sayang itu. Zahira semakin melajukan langkahnya. Dia menahan senyum.
"Tunggulah saya!" laung Zhafran serentak dia juga melajukan langkah mengejar Zahira yang meninggalkannya. Malu la tu!
"MINAH ni buat apa je daripada tadi tak siap-siap?" omel Airil sendirian. Dia mulai kepanasan di dalam kereta menunggu Anisa. Lengan kemejanya dilipat hingga ke siku.
Beberapa minit kemudian, pintu kereta di kuak dari luar. Kelibat Anisa tersembul masuk ke dalam kereta ditempat penumpang bersebelahan dengan Airil.
Tiba tiba dia terasa dirinya diperhatikan dan suasana menjadi terlalu janggal baginya. Anisa menoleh ke kanan, matanya tertancap pada pakaian Airil. Terlalu padan dengannya. Anisa termenung seketika.
"Hoi hoi! Janganlah tengok aku macam nak telan!" tegur Airil mematikan lamunan Anisa. Dia berdehem seraya pandangannya dihalakan ke hadapan.
"Kenapa kau lambat sangat?" soal Airil geram. Dia berpusing menghadap Anisa.
"Awak bagi saya masa 15 minit je untuk bersiap. Mana sempat! Wajarlah kalau saya lambat." balas Anisa cuba membela diri.
"Banyak alasanlah kau ni. Cepatlah!" ujar Airil lantas dia berpusing kembali menghadap hadapan.
"Cepat apa? Kan saya dah masuk dalam kereta ni. Awaklah drive cepat!" balas Anisa bingung. Belum apa-apa dirinya sudah dimarahi.
"Cik adik manis, ni!" ujar Airil seraya didekatkan wajahnya ke arah Anisa.
Anisa yang terkejut hanya mampu memejamkan matanya. Dia menelan air liur. Fikirannya mulai berfikir ke arah lain sedangkan Airil bertindak menarik tali pinggang Anisa.
"Yang kau tutup mata ni dah kenapa?" soal Airil sengaja. Dia bahagia dapat mengenakan gadis itu. Pantas Anisa menoleh memandang ke luar tingkap dengan kedua tangan diletakkan dipipinya cuba menutupi pipinya yang mulai berona merah.
Setelah sampai di IOI shopping complex, mereka memilih untuk ke kedai decorating houses.
Seorang pekerja menyapa mereka berdua dengan ramah sekali. Anisa dan Airil rasa senang dengan layanan yang diberikan.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tegur pekerja itu ramah.
"Hm, kami nak cari..." belum sempat Anisa menghabiskan ayatnya, pekerja itu memotong ayatnya terlebih dahulu.
"Oh Encik dan Puan nak decorate rumah? Pasangan pengantin baru ya? Sekarang ni ramai pasangan yang berkahwin pada usia muda." teka pekerja itu membuatkan mata Airil dan Anisa terbuntang. Seketika, Airil tergelak kuat.
🌻B E R S A M B U N G🌻
Vote
&
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top