06
"SEJUK ke ?" soal Airil yang melabuhkan punggung disebelah Anisa. Jaraknya yang terlalu rapat membuatkan Anisa terpaksa beralih sedikit untuk memberi ruang antara mereka.
"Sikitlah. Thanks " ujar Anisa perlahan. Dibetulkan jacket tebal milik Airil yang menyelimuti dirinya.
"Wei dah jom balik! Anis dah kesejukkan. Karang beku pulak dia dekat sini!" jerit Airil lantas bangun. Anisa turut mengikuti langkah Airil.
"Jom!" sambut Najwa. Sememangnya dia agak penat kerana dari lepas balik sekolah mereka lepak di situ dan sekarang jam sudah berganjak ke angka 10.30 malam.
Masing masing sudah kepenatan. Mujur esok hari minggu. Dapatlah mereka berehat.
Jaket Airil diletakkan di atas katil. Esok dia akan basuh dan memulangkannya semula kepada si empunya jaket.
Ibu mengetuk pintu bilik. Anisa menyahut tanda membenarkan ibu masuk.
"Anak ibu baru balik?" soal ibu sejurus melabuhkan pinggang dibirai katil Anisa.
Anisa segera menutupi jaket Airil dengan selimutnya. Tak mahu ibu berfikir bukan-bukan.
"Ibu dah nampak dah. Siapa punya tu?" soal Ibu seraya tersenyum. Ibu lantas menghenyakkan punggung di birai katil milik Anisa.
"Kawan Anis punye, tadi masa cari Najwa, Anis kesejukkan tu yang dia bagi Anis pinjam" terang Anisa penuh berhati-hati tidak mahu Ibu tersalah faham.
Ibu tersenyum penuh makna serentak tangan Ibu naik bersilang dengan kening yang dinaikkan sebelah, "siapa kawan Anis tu ?"
" Hm, Airil nama dia. Airil Iskandar. Hish ibu ni kenapa senyum macam tu?" ujar Anisa disusuli dengan pertanyaan kerana dia hairan melihat ibunya seolah-olah mengharapkan sesuatu.
"Ya ke kawan?" soal Ibu lagi sengaja mendiga respon anak kesayangannya. Ternyata benar dugaannya, Anisa menolak untuk menjawab pertanyaannya
"Ibu Anis penatlah. Anis nak tukar baju and tidur. Goodnight ibu!" ujar Anisa cuba melarikan diri. Dicium pipi ibu sekilas lantas dia mencapai tuala.
"Bertuah punya anak"
NAJWA yang sedari tadi tersenyum mengundang tanda tanya dalam diri ibu ayah nya. Namun mereka membiarkan saja.
"Ibu ayah, Najwa masuk tidur dulu. Goodnight!" ujar Najwa riang. Lantas dia mulai mengorak langkah menuju ke bilik tidurnya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.
Najwa menarik anak patung arnabnya ke dalam pelukkan. Tiba tiba dia malu sendiri. Sebenarnya dia segan dengan sikap Ashraf Reza tadi. Ashaf Reza itu semakin hampir dengan hatinya. Namun dia tak mahu terburu buru. Biarlah berkawan dahulu.
Dalam tersenyum, matanya perlahan lahan terkatup dengan sendirinya.Mimpi indah menanti Najwa.
"HAI" tegur satu suara yang mematikan lamunan Zahira. Dia menoleh sebelah. Kelibat Zhafran Naufal menyapa pemandangannya.
"Hai Zhaf " balas Zahira senang.
"Awak buat apa dekat sini ?" soal Zahira lagi.
"Tengah main masak masak!" balas Zhafran selamba. Melihat situasi sekarang di taman takkanlah orang nak main masak-masak pula kan! Mestilah nak bersenam.
Pemakaian Zhafran yang simple membuatkan Zahira senang memandangnya.vDengan hanya mengenakan T-shirt dengan tulisan SUPREME, tracksuit, dan kasut sukan. Gaya rambut sememangnya kesukaan Zahira. Walaupun nampak simple, nampak bergaya seperti selalu.
"Awak ni tengok saya macam nak telan je. Saya guraulah tadi. Jom, teman saya pergi jogging!" ujar Zhafran terus menarik lengan Zahira yang berbalut tshirt lengan panjang.
Terpaksa Zahira menurut langkah Zhafran. Mereka berjogging bersama-sama. Zhafran pandai sekali membuat Zahira tergelak.
DERINGAN notifikasi dari telefon bimbitnya membantutkan niat Najwa untuk mandi. Dia yang baru mencapai tuala kembali ke katil dan mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja belajarnya. Terdapat satu mesej dari orang yang tiada nama. Aplikasi whatsapp dibuka,
Unknown number: Hoi budak kecikk!😂
Najwa: Siapakah?😅
Unknown number: Kekasih hati awak lah!😘
Najwa: Ashraf?🤔
Unknown number: Hahaha tak sangka awak anggap saya kekasih awak!😆
Najwa: Saya teka je😙. Hish awak ni memang suka perasan eh?😒
Unknown number: Hahaha sorrylah Najwa. Marah ke?😣
Najwa: Taklah. Geram je!🙄 Oh ya, mana awak dapat nombor saya ni?😅
Unknown number: Hehehe awak janji jangan marah eh kalau saya cakap!
Najwa: Ya, saya tak marah. Cakaplah☺.
Unknown number: Fatiha 😁.
Najwa: Oh. Habistu awak mesej saya ni kenapa?🤔
Unknown number: Saja, rindu!😍
Najwa: Hahahaha dasar sweettalker! Dahlah saya nak mandi ni. 😅
Unknown number : Hahaha okay bye bye. Jangan lupa save nombor saya!😋
Najwa tersenyum sendiri. Di tekan butang (add number to contact list ) dan menekan nekan dialpad ( Ashraf Reza ♡ ). Bentuk love yang di tambah menyebabkan Najwa tersengih sendirian.
Iphone 7 silver itu ditutup dan diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katilnya.
"TYA! Mari tolong mama sekejap!" laung mama dari dapur. Fatiha yang sedang menghabiskan hujung minggunya dengan menonton drama korea kesukaannya lantas berlari anak ke dapur mendapatkan sang ibu.
"Ya ada apa mama?" sahut Fatiha lantas pandangannya terkalih ke arah kuih yang sedia terhidang di atas meja. Wow ada makanan!
"Tolong mama hantarkan kuih ni dekat rumah jiran sebelah sekejap. Mama saja buat lebih sebab memang nak bagi jiran kita. Haritu diorang bagi kita, tak salah kalau kita nak balas balik kan. Lagipun Tya belum kenal kan dengan jiran kita. Jiran kita tu baik. Jangan risau. Nanti Tya boleh kenal-kenal dengan diorang" terang ibu panjang lebar. Tya hanya mengangguk dan tersengih.
Tupperware di tangan ibu dihulurkan kepada Fatiha. Dia menyambut huluran tupperware itu lalu segera menyarungkan shawl. Ringkas. Dengan skirt labuh, baju lengan panjang dengan tulisan SWEETGIRL bewarna pink.
Fatiha berjalan ke rumah sebelah.
"Assalammualaikum" laung Fatiha.
Pintu dikuak dari dalam. Kelihatan wajah seorang lelaki yang amat dia kenal di balik pintu yang dibuka itu.
"Waalaikkummussalam eh Tyaa!" tegur lelaki itu teruja melihatnya. Dia menayangkan senyuman manis buat Fatiha.
"Iyaz? Ini rumah awak?" soal Fatiha yang juga teruja melihat sang gerangan Imtiyaz Daniel.
"Haah. Tya, jangan cakap awak tinggal sebelah rumah saya!"
"Unfortunately, yes itu rumah saya" balas Fatiha seraya tangannya dihalakan ke arah rumahnya disebelah.
"Hahahaha I'm speechless. Jadi ada apa awak datang rumah saya? Nak ajak saya keluar dating ke?" ujar Imtiyaz disusuli dengan pertanyaan. Dijongketkan keningnya sebelah.
"Taklah. Saya nak beri ni. Mama saya bagi." balas Fatiha sambil menghulurkan tupperware hijau itu.
"Buat susah-susah je. Terima kasih!" balas Imtiyaz sambil mengambil tupperware itu.
Tiba tiba kedengaran suara seorang perempuan yang menegur mereka dari arah belakang Imtiyaz.
"Siapa tu Daniel?" soal wanita itu lantas wajahnya tersembul di balik pintu.
"Jiran baru kita ni datang bagi kuih" sahut Imtiyaz ramah. Seketika pintu terbuka luas. Kelibat wanita merangkap ibu Imtiyaz menjadi tatapan mata Fatiha.
Dia terkedu seketika. Inikah ibunya? Nampak muda seperti mama! Cantik wanita dihadapannya ini.
"Eh Tya!" tegur Ibu Imtiyaz tanda senang dengan kehadiran Fatiha.
"Makcik tahu nama saya?" soal Fatiha hairan. Bingung dia dari mana wanita tua ini boleh tahu nama panggilannya.
"Haritu mama kamu ada cerita dengan makcik. Makcik tak sangka yang kamu secantik ni. Marilah masuk. Kenapa Daniel tak ajak Tya masuk ?" pelawa Mummy serentak dia menampar lembut lengan anak lelakinya. Imtiyaz menayangkan sengihannya.
"Tya biasa-biasa je makcik. Eh, tak apalah makcik. Tya minta diri dulu" tolak Fatiha dengan berhati-hati takut wanita itu terasa hati.
"Betul ni? Kalau macam tu, nanti Tya kirim salam pada mama ya!"
Tya mengangguk lantas menyalami mummy Imtiyaz.
"ASSALAMMUALAIKUM ayah! Ayah apa khabar dekat negeri orang ?" soal Anisa melulu. Rindunya terubat apabila melihat wajah ayahnya di skrin laptop.
" Waalaikkummussalam Anis. Ayah sihat alhamdulillah. Cuma ayah rindu sangat dekat Anis anak ayah yang satu ni! Maaf haritu masa kamu sakit kaki ayah tak dapat balik. Macam mana kaki kamu?" soal ayah risau sambil tersenyum. Jelas terpamer riak wajahnya yang rasa bersalah.
" Tak apa Anis faham lagipun kaki Anis dah okay. Dah boleh jalan macam biasa. Ayah tak perlulah risau.Ayah cepat-cepat siapkan kerja tu nanti ayah boleh balik!" balas Anis dengan cadangan yang mengundang tawa ayah.
"Macam-macam anak ayah sorang ni! Ayah kena pergi dulu ni. Sekejap lagi ada meeting" ujar Ayah seraya menggelengkan kepalanya melihat sikap anaknya.
"Ala, okaylah. Bye-bye. Take care tau. Assalammualaikum."
"Kirim salam pada ibu ya. Waalaikummussalam" balas ayah sebelum mematikan video call. Anisa mengeluh perlahan sebelum skrin laptop ditutup. Rindunya pada Ayah!
Seketika, kedengaran ibu memanggil Anisa
Anisa segera meletakkan laptop diatas meja lantas bergegas ke dapur mencari ibu tersayang.
" Ya ada apa ibu ?" soal Anis.
"Dekat luar tu ada kawan kamu, cepat pergi pakai tudung." arah ibu. Anisa yang terpinga pinga hanya menurut. Dikerutkan dahinya terkejut.
"Kawan Anis? Lelaki ke? Siapa?" soal Anisa sambil menarik shawlnya. Siapa pula yang datang rumahnya.
"Ibu tak kenal kawan kamu yang ni. Pergilah tengok sana!" balas ibu sambil menjuihkan bibir ke arah pintu depan.
'Siapa eh?' gumam hati Anisa. Setelah siap menyarungkn shawl, dia mulai mengorak langkah ke pintu utama rumahnya.
Anis terkaku, terkejut melihat gerangan lelaki yang berada di hadapanya ini.
"Long time no see huh?" tegur lelaki itu sambil menayangkn senyuman jahatnya.
🌻B E R S A M B U N G🌻
Vote
&
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top