05

"ASHRAF REZA!" jerit Airil Iskandar keras. Kebetulan dia melalui kawasan itu untuk masuk ke kelas. Pandangannya terkalih ke arah Ashraf yang secara terang-terangan menolak Anisa sehingga jatuh menyembam lantai.

"Kau dah gila ke? Jangan jadi budak-budaklah!" marah Airil sambil menolak Ashraf menjauhi Anisa dan Najwa.

"Aku tak boleh tahan dengan perempuan ni! Tak habis-habis nak menyakitkan hati aku!"   balas Ashraf seraya tangannya dihalakan ke arah Najwa.

"Dan dia ni selalu masuk campur urusan aku! Dasar perempuan penyibuk!" tengking Ashraf ke arah Anisa.

"Sudah! Aku cakap sudah!"  balas  Airil sekali lagi. Tegas sehingga semua mata menghala kearahnya.

"Najwa, bawa Anis pergi" arah Airil kepada Najwa. Najwa segera membantu Anisa untuk berdiri. Mereka berdua pun berlalu pergi. Airil dan Ashraf hanya memerhati kelibat mereka berdua pergi.

"Bawa Anis pergi bilik rawatan!" arah Airil Iskandar lagi. Anisa mendongak memandang Airil,

"Saya okay"  ujar Anisa perlahan.

"Sekarang!"  jerit Airil tepat ke muka Najwa. Hampir menggegarkan segenap ruangan itu apabila mendengar suara Airil yang tegas dan keras itu. Najwa telan air liur lantas membawa Anisa pergi. Anisa memandang Airil dengan pandangan bingung. Sekejap baik, sekejap jahat!

Keadaan menjadi sepi kembali sebelum kedengaran Airil meraup kasar mukanya seraya dia mengeluh berat.

Bahu Ashraf ditepuk perlahan cuba menenangkannya. Dia tahu lelaki ini sedang menahan marahnya.

"Aku tahu kau marah dengan Najwa. Tapi Anisa tak ada kena mengena dalam hal kau dan Najwa! So sekarang ni boleh tak kau jadi matang sikit? Setakat baju kotor sebab TAK SENGAJA tercomotkan, kau nak ambil serius? Come on! Macam budak budaklah!" tutur Airil dengan nada biasa tapi ketegasannya jelas terasa. Walaupun kasar bunyinya namun itulah hakikatnya. Airil Iskandar memang jenis cakap lepas.

"Aku pun tak rasa kau suka ambil serius benda remeh macam ni. Atau kau sengaja buat semua ni sebab nak kan perhatian Najwa? Kau suka dia eh?" celah Zhafran sambil menyedut minumannya. Sengaja dia memprovoke Ashraf Reza.

"Kau pernah rasa kena tampar dengan aku?" marah Ashraf tanda membangkang.

"Dahlah, kita dah lewat ni. Jom masuk kelas"  ajak Imtiyaz. Sememangnya mereka memang sudah lewat untuk meneruskan pembelajaran.

Sampainya mereka dikelas, mujur tiada guru lagi. Rupa-rupanya Guru matapelajaran mereka tidak hadir. Dapatlah mereka bersuka ria kerana memang itu yang pelajar suka.

Mata Airil tertancap ke arah Anisa yang sedang duduk di atas kerusi tempat duduknya sambil mencatat sesuatu di buku notanya.

"Airil memanggil Najwa ke luar kelas tanpa pengetahuan Anisa.

"Kan aku dah suruh kau bawa Anis pergi bilik rawatan tadi!"  ujar Airil perlahan takut didengari. Matanya tajam memandang ke arah Najwa.

"Aku dah ajak tapi dia taknak. Dia kata dia okay!"  balas Najwa geram apabila melihat Airil seolah-olah menyalahkan dirinya .

"Degil!"  bebel Airil sendirian. Seketika, dia mengerling ke arah Anisa yang ralit mencatat sesuatu barangkali sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

"Kau cakap apa tadi?" soal Najwa penasaran.

"Tak ada apa-apa. Dah pergi masuk!"  arah Airil. Najwa menayangkan muncungnya tanda menyampah. Main arah-arah orang pula!

Airil melihat Anisa sedang berbual dengan Fatiha dan Zahira . Dari cara mereka berbual rasanya Anisa tidak menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya dan Najwa kerana mereka nampak biasa saja.

Waktu pebelajaran terasa singkat apabila loceng menandakan waktu pulang telah berbunyi.

"Yeay balikk!"  jerit Najwa riang. Suka sangat dapat balik!

"Ikut aku sekejap"  Ashraf terus menarik tangan kanan Najwa sebelum dia sempat menjawab apa apa. Namun pergelangan tangan kiri Najwa dipegang kemas oleh Anisa tanda menghalang perbuatan Ashraf.

"Aku takkan buat benda bodoh!"  ujar Ashraf biasa. Perlahan, Anisa melepaskan pegangan tangan Najwa dan mereka hanya mampu menjadi pemerhati melihat Najwa dibawa pergi oleh Ashraf.

Anisa yang kurang percaya dengan Ashraf bangun cuba ingin mengekori mereka.

"Ash takkan apa apakan Najwa. Aku kenal Ashraf" potong Airil seraya tangannya naik menghalang Anisa.



🌻🌻🌻

"Kenapa kau bawa aku dekat sini?"  soal Najwa kebingungan. Bangunan tingkat paling tinggi sekolahnya diperhatikan.

"Sini tempat aku selalu lepak bila aku stress. Tu tempat aku selalu duduk." balas Ashraf seraya tangannya diarahkan ke kawasan tepi bangunan.

Najwa menghampiri tepi bangunan itu dengan lebih dekat Tiba-tiba dia berundur ke belakang semula.

"Hish, kau tak takut ke? Macam bahaya je duduk dekat situ!"  balas Najwa. Dibawa begnya ke dalam pelukan.

"Hahaha kenapa? Kau takut ?"  Ashraf senyum senget. Dia mula mengorak langkah mendekati Najwa.

"Stop! Tadi baru kau kata kau takkan buat benda bodoh!" ujar Najwa keras. Hatinya jadi resah kalau si Ashraf ni betul betul hendak menolaknya.

Ashraf ketawa kuat setelah mendengar ayat yang lahir dari mulut Najwa. Penakut!

"Hahaha tahu takut! Aku acah je." ujar Ashraf seraya dia berundur beberapa langkah dan memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya.

Najwa menayangkan muncungnya yang panjang sedepa. Orang gayat ni jangan di buat main!

"Sebenarnya kenapa kau bawa aku ke sini?" sambung Najwa lagi apabila melihat Ashraf hanya diam merenung ke suatu kawasan yang luas. Tangannya naik bersilang sementara menunggu jawapan dari Ashraf.

"Aku pun tak tahu nak mula dari mana. Aku tahu yang kelakuan aku macam budak-budak tapi entahlah aku pun tak tahu sejak bila aku suka memperbesar-besarkan masalah yang kecil. Kau faham kan apa yang aku cuba cakap?"  terang Ashraf panjang lebar.

"Kau jangan cakap berbelit-belit boleh tak? Just straight to the point je lah!" balas Najwa geram dan bosan dengan drama Ashraf.

"Okay i want to say sorry!" tambah Ashraf jelas didengari oleh Najwa. Najwa menahan senyum

"Kan senang cakap dari tadi" balas Najwa tersipu malu. Dia gelak kecil.

"So, kau terima tak maaf aku ni?"  soal Ashraf geram dengan Najwa yang tidak menunjukkan sebarang respon dari tadi.

"Hm, will see!" balas Najwa sengaja menduga. Dia tidak dapat menahan ketawanya.

"Will see ya? Sini aku tolak kau baru tahu!"  ujar Ashraf serentak dia menuju ke arah Najwa.

"Okay, okay aku terima maaf kau!"  balas Najwa akhirnya. Dia terduduk dan menghabiskan sisa gelaknya.



🌻🌻🌻

Nombor telefon Najwa didail. Sudah beberapa operator yang tolong angkatkan.

Anis mengerling jam di dinding rumahnya. Jam menunjukkan jam 8 malam. Mengapa Najwa tidak mengangkat panggilannya. Sesuatu burukkah terjadi padanya?

Pelbagai persoalan terbit di benak Anisa ketika ini.  Anisa segera mendail nombor Fatiha. Risau di hati usah nak kata.

Seketika kedengaran suara Fatiha di hujung talian.

"Hello Tya, kau ada try call Najwa? Aku dah call tapi dia tak angkat. Aku risau ni. Kita keluar cari dia nak? " tegur Anisa terlebih dahulu.

"Apa kata kita tunggu sampai pukul 9, kalau Najwa still tak angkat call lagi, aku call Iyaz then kita cari diorang sama-sama, okay?" Fatiha memberi cadangan disamping cuba meredakan kerisauan di hati Anisa.

"Okaylah kalau kau cakap macam tu"  balas Anisa lantas panggilan dimatikan. Dia mengerling ke arah jam di dinding. 8.30 malam.

Zahira sejak dari tadi sudah berkunjung ke rumah Anisa memadangkan mereka tinggal berdekatan.

"Cuba kau call Najwa lagi.  Mana tahu dia angkat ke."  ujar Anisa sambil memeluk teddy bear kesayanganya. Zahira mengangguk tanda setuju lantas nombor Najwa didiak sekali lagi. Namun hampa. Najwa masih tidak mengangkat telefonnya.

Anisa  semakin dihimpit rasa risau. Tiba-tiba telefonnya nya berdering tanda ada panggilan masuk.

"Anis, aku ada dekat depan Seven Eleven area rumah kau ni. Aku rasa tak sedap hati ni! Jom cari diorang"  ujar Fatiha laju.

"Okay, bagi aku 10 minit nanti aku dengan Zahira sampai. Tunggu tau!"  balas Anisa serentak dia mencapai shawl dan disarung ala kadar.

Mereka berjalan menuju ke Seven Eleven yang diberitahu oleh Fatiha tadi.

Dari jauh Anisa dan Zahira menangkap kelibat Fatiha dan tiga orang lelaki. Imtiyaz, Zhafran dan Airil? Apa mereka buat di situ?

Fatiha yang terlihat Anisa dan Zahira melambaikan tangan dan menayangkan senyuman manis kepada mereka.

"Okay sekarang ni kita nak start cari diorang dekat mana? "  soal Zahira terus.

"Hm, apa kata kita tengok sekitar kawasan sekolah dulu?" cadang Zhafran.

Mereka semua mengangguk tanda setuju lantas terus bergegas menuju ke kawasan sekolah.

Sewaktu mereka melalui kawasan belakang sekolah yang pernah menyebabkan Anisa trauma, Anisa terkedu seketika. Sempat dia berfikir bahawa tempat ini lebih sunyi dan sepi serta gelap.

"Sentuhan lembut dibahu Anisa oleh Fatiha mematikan lamunan Anisa. Matanya bertemu dengan mata milik Airil yang sedang memerhatikannya. Anisa segera melarikan pandangannya.

Seketika mereka terdengar suara orang sedang bergelak ketawa. Anisa segera memeluk lengan manusia yang berada di sebelahnya. Tiba tiba kedengaran suara lelaki berdehem hampir disebelahnya. Anisa kenal ini bukan bau Zahira atau Fatiha. Tapi bau perfume lelaki.

Perlahan-lahan Anisa mendongak dan melihat Airil sedang tersenyum senget.

Anisa yang malu terus melepaskan pegangannya di lengan Airil dan bersembunyi di belakang Zahira.

"Suara gelak siapa tadi? Rasanya datang dari atas bangunan ni" ujar Zhafran perlahan hanya didengari oleh mereka.

Mereka berenam mendongak dan ternampak dua pasang kaki yang sedang berhayun hayun.

"Itu macam kasut Najwa! Jerit Fatiha.

"Ashraf dan Najwa yang berada di atas mendengar jeritan Fatiha terus menundukkan pandangan ke bawah.

Najwa tersenyum riang sambil memanggil mereka,  "Kauorang marilah ke atas sini!


"Sekejap! Betul ke tu Najwa? Bukan hantu yang menyamar sebagai Najwa? " ujar Anisa seraya dia tahan lengan Fatiha.

"Kalau kau nak peluk aku, cakap je. Anytime aku bagi"  balas Airil sambil mengenyitkan mata kepada Anisa. 

Anisa hanya memandang dengan pandangan menggelikan. Gatal!

Sesampainya di atas,

"Wow, dating tak ajak!"  tegur Iyaz melulu.

"Siap makan sama-sama!"  tambah Zhafran apabila dia melihat beberapa plastik makanan ringan dan bekas maggie cawan.

"Of course. Ni Ashraf Reza lah!"  balas Ashraf riak sambil membetulkan rambutnya.

"Banyak lah kau punya dating!"  potong Najwa. Dia bertindak meluku kepala Imtiyaz. Padan muka!

"Ganasnya awek kau!"  marah Imtiyaz seraya tangannya naik memegang kepalanya. Imtiyaz terus meluru ke arah Fatiha.

"Tya, sakit! Kawan awak ganas sangat! Marah dia" ngadu Imtiyaz. Fatiha hanya tersengih melihat kemanjaan Imtiyaz.

Zahira yang sedang gelak tiba-tiba didatangi Zhafran. Sepatutnya kita pun kena start dating macam Najwa dengan Ash. Kan?"  tegur Zhafran yang datang memberi cadangan.

Zahira menjeling Zhafran sebelum tersenyum. Macam-macam!

"Auch, janganlah jeling macam tu! Tak kuat saya tengok!"  balas Zhafran nakal.

Zahira mencubit lengan Zhafran. Menggatal lagi kan dah dapat!

Anisa hanya tergelak melihat rakan rakannya itu.

Keadaan malam semakin sepi. Sejuk yang teramat sangat ditambah dengan angin yang meniup kuat. Meremang bulu roma Anisa dibuatnya. Tiba tiba terasa ada sesuatu yang menyelimutinya.

🌻B E R S A M B U N G🌻

Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top