04

WAKTU pembelajaran hari ini terasa singkat apabila jam loceng berbunyi menandakan waktu balik sekolah.

Seperti biasa sekumpulan 4 orang gadis itu akan berjalan pulang bersama-sama memandangkan jarak dari rumah ke sekolah mereka tidak begitu jauh. Sedang mereka rancak berbual, datang dua orang gadis. Pastinya dari kelas sebelah.

"Hoi Anisa! Kau jangan cuba nak rapat dengan Airil aku! Kalau aku dapat tahu lagi kau menggedik dengan dia, siap kau! Silap haribulan kau duduk atas kerusi roda pulak! Kau ingat eh! "  tengking Nia tidak semena-mena.

Anisa hanya melontarkan pandangan pelik. Bukan nak merapatkan hubungan, nak menjauhkan diri daripada lelaki itu adalah.

"Hello! Kami berempat ni dah cukup menyampah dengan diaorang, inikan pulak nak suka? Tolonglah not our taste!! Dan lagi satu, kalau kau rasa kau boleh buat kawan aku duduk atas kerusi roda, aku boleh buat sampai kau tak boleh bangun atau bergerak sikit pun!"  bidas Fatiha bengang dengan dua orang gadis kurang ajar itu.

"Dahlah Tyaa , jangan layan dua orang sewel ni! Takut berjangkit"  tambah Najwa pula. Zahirah membuat gaya geli sambil membantu Anisa untuk berjalan. Malas nak gaduh lama-lama!

Fatiha, Najwa dan Zahira perasan akan sikap Anisa yang semakin hari semakin berbeza dengan Anisa yang dulu. Anisa yang kini lebih banyak senyap sahaja.

"Anis, kau okay tak?"  soal Zahira prihatin. Sahabat yang lain turut memandang Anisa. Ibarat baru kembali ke dunia nyata, Anisa mengangguk perlahan.

"Aku okay. Cuma penat sikit" balas Anisa biasa.  Senyuman cuba diukir dibibirnya terpaksa.







Seminggu kemudian...

"ALHAMDULILLAH, kaki awak dah pulih sepenuhnya. Lepas ni ikut nurse untuk tanggalkan balutan ni ya. Make sure lepas ni hati hati"   terang doktor peribadi Anisa sekeluarga. Ibu berterima kasih sebelum membawa Anisa keluar dari ruanganya.

"Lega ibu akhirnya bila tengok anak ibu dah boleh berjalan macam dulu lagi"  ujar ibu teruja sambil tersenyum senang.

Perjalanan pulang sungguh sepi apabila Anisa memilih untuk mendiamkan diri. Sebenarnya banyak perkara yang mengganggu fikirannya saat ini. Jadi dia perlukan waktu untuk berfikir.

Sesampainya di rumah, Anisa terus naik ke bilik tidur ditemani oleh Ibu.

"Goodnight sayang ibu!"   ucap ibu. Seperti biasa ibu akan mencium dahi Anisa sebelum keluar dari bilik tidurnya.

Namun apakan daya bila mata tidak mahu melabuhkan tirainya. Anisa bangun dan menyandarkan dirinya di kepala katil.

Pelbagai persoalan timbul di benaknya. Mengapa boleh timbul isu bahawa dia berhubungan dengan Airil sedangkan berbicara juga jarang sekali.

Lama kelamaan Anisa terlena dengan sendirinya. Selamat malam, dunia.





"TYAA!" laung Imtiyaz Daniel dari jauh. Bahagianya waktu pagi apabila terserempak dengan gadis yang dia suka dalam diam. Personaliti Fatihah yang lemah lembut sememangnya menarik perhatian seorang lelaki bernama Imtiyaz Daniel.

"Oh Iyaz"  balas Tya sambil tersenyum nipis.

"Saya tak tahu pula rumah awak dekat kawasan sini juga!"  ujar Imtiyaz teruja.

"Sebenarnya saya dan family baru je pindah sini minggu lepas" balas Tya ramah.

Iyaz termenung seketika, 'jiran baru yang mummy cakap haritu keluarga Tya ke? Kalau iya apa salahnya!'  omel Imtiyaz sendirian seraya dia tergelak kecil.

"Iyaz, awak ni dah kenapa?"  soal Fatihah risau tengok lelaki ni gelak tiba-tiba. Puas dia laung nama lelaki itu.

"Tak ada apa-apa lah. Jom pergi sekolah. Dah nak lewat ni!"  sambut Imtiyaz serentak dilajukan kakinya sambil menahan senyum.

Fatiha hanya tergelak kecil. Dalam perjalanan mereka kesekolah, Fatiha banyak tergelak mendengar lawak-lawak Iyaz . Sungguh Fatiha senang dengan tingkah laku Imtiyaz yang suka menghibur hati. Dalam tak sedar, mereka berdua telah sampai ke sekolah.

Mereka dikejutkan apabila Najwa datang dan merangkul lengan Tya erat.

"Kau nak buat apa dengan Tya huh? Kau jangan macam-macam!"  Najwa memberi amaran kepada Imtiyaz dengan gaya comelnya. Orang pendek bila marah memang comel eh?

"Najwa stop it! Iyaz tak buat apa-apapun. Kitaorang just terserempak dan jalan pergi sekolah sama-sama"  jelas Fatiha panjang lebar.

"Tya, saya masuk kelas dulu ya. Karang tak pasal-pasal saya kena tumbuk pulak nanti!" celah Imtiyaz sengaja membuat aksi takutnya. Fatiha hanya mengangguk dan memerhati langkah Imtiyaz.

"Tahu takut!"  ujar Najwa puas. Ada hati nak kacau kawan aku!

"Dah dah. Jom masuk kelas. Ada homework yang aku taktahu. Ajarkan please. Kau kan teror!" ujar Fatiha manja. Dipeluk erat lengan Najwa.

"Jom. Dengan syarat nanti rehat belanja aku donat coklat satu!" balas Najwa sambil tersenyum jahat.

"Iyalahh chubby ku sayang!" ujar Fatiha  sambil mencubit pipi pau Najwa sekuat yang mungkin .

"Anis tolong aku!" jerit Najwa apabila melihat kelibat Anisa datang dari arah belakang.

"Kauorang ni macam-macamlah. By the way, aku pun nak cubit jugak!"  balas Anisa menyebelahi Tya serentak tangannya naik mencubit pipi kiri Najwa. Saya dibuli!

Airil yang kebetulan baru memarkirkan superbikenya terpandang akan adegan kanak kanak riang itu. Tanpa disedarinya, dia tersenyum melihat mereka. Pandangan Airil jatuh pada kaki Anisa yang sudah tidak lagi berbalut. Ibarat kembali ke dunia nyata, Airil terus laju berjalan meninggalkan mereka bertiga.

Sambil berjalan dia mengomel sendirian, 'Perangai macam budak-budak!'.

Sedang dia mengomel sendirian, terdengar suara orang berdehem. Anisa yang berdehem. Najwa dan Fatiha singgah ke tandas seperti biasa rutin harian mereka.

"Kaki kau dah okay? " soal Airil biasa. Pamdangannya terkalih ke arah kaki Anisa yang tidak lagi berbalut.

"Alhamdulillah, seperti yang dapat dilihat sekarang" balas Anisa perlahan hampir tidak didengari. Sebenarnya dia masih trauma dengan kejadian haritu. Sedikit pun dia tidak mendongak memandang lelaki itu.

"Okay then"  ujar Airil. Keadaan menjadi senyap seketika. Anisa membuat keputusan untuk pergi apabila tiada apa yang hendak dia bualkan bersama lelaki itu.

Anisa berjalan dihadapan manakala Airil berjalan di belakangnya membuatkan Anisa rasa sangat tidak selesa. Dia rasa seolah-olah lelaki itu memperhatikan segala gerak-gerinya. Serentak, Anisa berhenti berjalan secara tiba-tiba. Mujur badannya tidak berlaga dengan tubuh Airil Iskandar.

"Kau ni apasal?"  soal Airil geram.

"Boleh tak awak jalan depan. Saya takut saya buat awak jalan lambat sebab saya masih tak boleh berjalan laju"  tutur Anisa perlahan.

Tangan Airil naik bersilang lantas dinaikkan kening sebelah, "Jalan je. Aku okay. Lagipun senang nanti aku nak sambut kau. Manalah tahu tiba-tiba kau terjatuh ke apa ke, kan!"  balas Airil seraya dia menayang senyuman nakalnya. Gatal!

Terbuntang kedua mata Anisa apabila mendengar tutur kata yang terbit dari bibir Airil. Dia yang berasa seram sejuk cuba untuk berjalan laju. Sungguh janggal rasanya situasi itu tadi.

Kring kring!



LOCENG berbunyi menandakan waktu rehat. "Abang Zhaf! Abang Zhaf! Ni hadiah dari saya"  ucap seorang gadis lower form 6 yang datang memberikan hadiah kepada Zhafran.

"Abang, ni dari saya pulak!" ujar gadis yang lagi satu. Masing-masing membawa hadiah tersendiri. Penuh tangan Zhafran dengan hadiah dari peminatnya.

Kebetulan Zahira yang baru hendak keluar dari kelas terpandang adegan tersebut hanya tersenyum apabila melihat Zhafran dikerumuni oleh gadis-gadis lower form 6.

Zahira menunggu sehingga gadis gadis itu beredar. Timbul idea nakal di fikirannya.

"Ramai betul awek? Jaranglah Boyfriend dapat hadiah. Selalu Boyfriend la yang kena beri hadiah kan?"  tegur Zahira dari arah belakang.

Zhafran menoleh lantas tersenyum melihat gerangan yang menegurnya, "Tak sangka birthday sendiri pun kita yang kena beri hadiah pada orang?". Sebiji coklat  di ambil dan dicuit di pipi Zahira.

Zahira yang terkejut lantas memukul lengan Zhafran. "Hish, tengok dah comot!" marah Zahira geram.

"Hahaha padan muka!" balas Zhafran sambil menjelirkan lidahnya tanda mengejek.




ANISA  dari jauh hanya menjadi pemerhati gelagat Zhafran dan Zahira. Seketika terpandang pula Fatiha dan Imtiyaz. Sweetnya diorang! Dia mengeluh perlahan apabila teringat kembali peristiwa yang membuatkan dia hampir trauma dengan lelaki yang bernama Airil Iskandar.

Tiba-tiba mata Anisa tertancap pada Najwa dan Ashraf yang menuju ke arah tepi bangunan sekolah.

Anisa mulai mengorak langkah untuk memastikan keselamatan Najwa. Apakah mereka sudah berbaik? Dia bersembunyi di balik dinding dan cuba mendengar perbualan Ashraf dan Najwa.

"Kau nak apa lagi hah? Kau memang suka besarkan isu yang kecil eh? Aku bosan lah hari-hari kena hadap kau!" Ujar Najwa terlebih dahulu.

"Setiap kali aku tengok kau, aku sakit hati tau! Aku pun tak tahulah kenapa orang macam kau ni boleh hidup dalam dunia ni!"  ujar Ashraf menghamburkan geramnya Mukanya merah menahan marah.

"Ada aku kisah kau sakit hati ke tak? Ini tempat umum. Itu masalah kau bukan masalah aku. Kau ingat, aku nak ke hidup satu dunia dengan kau? Tak ada maknanya!" bidas Najwa berang. Hatinya bertambah panas.

"Kau ni memang sengaja cari nahas kan perempuan!" Sejurus sahaja tangan Ashraf ingin mendarat ke pipi Najwa, Anisa segera memegang pergelangan tangan Ashraf kuat.

"Jangan sesekali berani naikkan tangan dekat kawan aku!"  Bentak Anisa tegas. Dia memandang tepat ke arah mata Ashraf yang sedang membara. Najwa terkejut dengan kehadiran Anisa.

Serta-merta Ashraf menolak tubuh Anisa sehingga dia menyembam lantai. "Kau jangan masuk campur!"  jerit Ashraf bengang.

Kaki Anisa terasa sakit semula. Dia cuba mengumpulkan kudratnya semula untuk bangkit.

Dalam kepayahan dia bangkit, telinganya menangkap suara orang menjerit dengan lantang sehingga mengejutkan Anisa.

"ASYRAF REZA!"

Semua mata tertumpu ke arah suara itu.



🌻B E R S A M B U N G🌻

Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top