03

FATIHA, Najwa dan Zahira tidak dapat menemani Anisa pulang kerana terpaksa menghadiri mesyuarat. Hal ini kerana Anisa adalah seorang gadis yang kurang aktif dalam bidang kokurikulum namun dia aktif dalam bidang akademik.

Anisa yang menghalang mereka risau akan memberi kesan yang negatif sekiranya mereka tidak hadir mesyuarat tersebut memandangkan mereka adalah majlis tertinggi bagi program yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Dengan susah payah Anisa melangkah satu persatu. Payah sebenarnya berjalan dengan sebelah kaki yang berbalut. Tak boleh beri tekanan yang kuat silap haribulan makin teruk.

Oleh sebab jarak antara sekolah dan rumah yang tidak berapa jauh, Anisa membuat keputusan untuk berjalan perlahan-lahan dengan alasan tidak mahu memanjakan rasa sakitnya itu.

Tiba-tiba Airil datang dari arah yang bertentangan terus menyambar lengan Anisa dan menarik gadis itu kasar. Mereka menuju ke kawasan yang agak sepi sebelum dia melepaskan cengkaman pada lengan Anisa dan menolaknya sehingga jatuh.

"Aduh sakitlah!" rintih Anis perlahan. Suaranya terketar-ketar menahan sakit. Airmatanya hampir mengalir dek kesakitan di kakinya yang amat ketara kerana dipaksa berjalan laju.

"Apa motif kau sebenarnya ? Buat-buat sakit depan orang sampai kawan aku sendiri pun pandang aku macam aku ni penjenayah!"   tuduh Airil melulu pada Anisa.

Anisa hanya membiarkan sepi tuduhan dan cemuhan yang diajukan oleh lelaki itu. Sebaliknya dia ralit mengurut kakinya yang berdenyut denyut.

Tiba-tiba Airil Iskandar terdengar esakan kecil. Badan Anisa terhincut-hincut menahan supaya tidak membuat bunyi tangisanya namun dia tidak dapat menahan airmata dari mengalir akibat kesakitan yang amat sangat di kakinya.

Airil jadi kalut lalu membongkok. Lantas dia melihat wajah Anisa yang sudah penuh dengan airmata yang mengalir lebat menuruni pipinya.

"Kau apasal menangis ni? Alamak lecehlah perempuan ni!" ujar Airil. Kalut jadinya apabila dia melihat airmata yang mengalir semakin lebat membanjiri pipi gadis itu.

"Sa...sakit"  hanya perkataan itu yang meniti dari bibir Anisa saat ini. Lelaki ini benar-benar keterlaluan!

Anisa tidak mengendahkan Airil lantas dia cuba untuk berdiri menggunakan sisa  kudratnya namun gagal. Dia terjatuh semula. Kesakitan terasa mencengkam kakinya. Airmata yang mengalir pantas diseka.

"Sini aku tolong"  ujar Airil serentak dia menghulurkan tangannya untuk membantu Anisa.

Anisa tidak menyambut huluran tangan itu kerana tahu batas agama lantas dia cuba berdiri dengan sendirinya namun masih gagal.

Airil memegang kedua dua bahu Anisa dari belakang untuk membantunya berdiri. Untung bahu Anisa berlapis dengan baju kurung berlengan panjang.

Sejurus selepas Anisa berdiri , dia terus menepis tangan Airil laju lantas mulai mengorak langkah sedikit demi sedikit meninggalkan Airil sendirian. Meskipun kakinya terasa sakit yang amat sangat, Anisa harus meninggalkan tempat itu.

Tya yang kebetulan lalu di kawasan itu terlihat lelibat Anisa. Pantas dia menuju ke arah Anisa.

"Eh Anis kau tak balik lagi ? " tanya Tya pelik. Laju diseka airmata yang mengalir tidak mahu Fatiha tahu. Ditahan rasa sakit yang kian terasa. Airil hanya mengintai mereka berdua dari balik bangunan sekolah itu.

"Hehehe. Aku ada tertinggal buku tadi ", balas Anisa seraya ditayangkan segaris senyuman terpaksa buat Fatiha. Dia malas mahu memanjangkan isu ini.

"Dah jom aku hantarkan kau balik!"  ujar Fatiha lantas dia memegang lengan Anisa perlahan. Anisa bersyukur ada Fatiha ketika itu.





"DIA betul-betul sakit atau tadi tu drama dia je? Tapi dia menangis nampak macam sakit sangat. Kuat sangat ke aku tolak tadi?"  omel Airil sendirian di hadapan cermin.

"Airil cakap dengan siapa tu?"  tegur Puan Zarina, ibunya yang datang menjengah membuatkan Airil  terkejut.

"Huh? Mana ada Airil bercakap dengan sesiapa, mama."  balas Airil cuba berlagak biasa.

"Ya lah. Jom turun makan. Papa dah tunggu dekat meja makan tu"  panggil Puan Zarina lantas pintu terus ditutup kembali.

Tanpa banyak bicara, Airil mengikuti langkah ibunya sehingga ke meja makan.






"SAYANG, termenung apa tu?Kenapa dari tak asyik kuis-kuis je nasi tu? Ibu masak tak sedap ke hari ni?" soal ibu menyentakkan lamunan Anisa. Emosinya terganggu. Lelaki itu benar-benar membuatkan dia rasa takut untuk ke sekolah.

"Tak ada apa-apa la ibu. Anis cuma dah kenyang."  balas Anisa cuba beramah. Senyuman tipis dihadiahkan buat sang ibu agar si ibu tidak risau.

"Betul ni? Kalau macam tu ni kenapa monyok je? Cuba senyum sikit. Baru cepat baik kaki tu"  gurau ibu berjaya membuat Anisa tersenyum.

Kegusarannya hilang buat seketika. Meskipun ayah tinggal berjauhan kerana tugasan dan tanggungjawab, mereka selalu berhubungan melalui video call dan whatsapp.

"Anis naik bilik dulu ya. Goodnight Ibu"  sebuah ciuman di pipi khas dihadiahkan buat sang ibu.

"Goodnight juga sayang Ibu sorang ni. Sweetdream!"  balas ibu. Anisa tersenyum nipis sebelum mengorak langkah ke bilik tidurnya.







HARI ini Anisa sedikit lambat datang ke sekolah kerana dia masih perlu berjalan menggunakan tongkat. Penat dihalang oleh ibu supaya tidak usahlah ke sekolah dulu. Namun dia tidak rela ketinggalan lebih banyak matapelajaran penting.

"Airil, tunggu sekejap! "  laung seorang gadis yang berada di hadapan Anisa. Kelihatan gadis itu seperti mengejar Airil namun lelaki itu hanya berjalan sengaja tidak mengendahkan laungan itu.

Gadis yang bernama Nia itu lantas menarik lengan Airil supaya berhenti berjalan dan menghadapnya.

"Wow apa ni main pegang-pegang? Haramlah!" bentak Airil sinis. Rimas dia diperlakukan sebegitu. Dasar perempuan gedik.

"Okay, sorry. Let me straight to the point. Okay macam ni, saya nak ajak awak dinner malam esok.  Awak free? " soal pelajar perempuan yang bernama Nia itu sambil membuat muka manisnya. Dia benar-benar berharap Airil akan bersetuju.

"Excuse me, girl. Dinner? Hell no!" balasnya dingin. Direntap lengannya yang dipegang kemas oleh Nia, pelajar kelas sebelah.

Anisa  yang datang dari arah belakang terkejut dengan tindakan lelaki itu pantas dia mempercepatkan langkahnya menghampiri Nia.

"Nia, awak okay tak? "  soal Anisa prihatin. Hendak ditolong dia juga tidak berdaya.

"Tak payah menyibuk hal orang lah!" balas Nia bengang. Lantas dia terus pergi barangkali malu menjadi tontonan beberapa orang pelajar. Sempat lagi dia menoleh dan memberikan jelingan tajam kearah Anisa.

"Tanya pun salah!" bebel Anisa sendiri sambil mengangkat bahu tanda tak mahu ambil peduli. Anisa kembali menyambung perjalanannya ke kelas yang terbantut tadi.

Sesampainya di pintu kelas, Anisa terus diserbu oleh Fatiha, Zahira dan Najwa. Bahagia terasa apabila ada sahabat yang prihatin seperti mereka.

"Sini beg kau aku bawa!"  ujar Fatiha serentak dicapai beg yang dipikul Anisa.

"Jalan elok-elok!"   arah Zahira sambil mereka membantu Anisa berjalan hingga ke tempat duduknya.

"Hai Anis. Kaki awak dah okay?"  soal Zhafran ramah. Jujur dia kasihan melihat gadis yang menjadi mangsa baran sahabatnya itu.

Anisa mengerling ke arah Airil sekilas. "Hm, sepatutnya dah okay sikit tapi..."  Anis sengaja menggantungkan ayatnya. Dia melepaskan keluhan berat.

"Tapi?"  soal Zhafran masih ingin tahu.

"Tapi semalam saya tergelincir dekat dapur rumah saya. Hm jawabnya memang lama lah saya kena pakai tongkat ni"  sambung Anisa  sebelum menghembus nafas tanda mengeluh. Dia sudah menipu rakannya.

'Kenapa dia tak cakap je dengan kawan-kawan dia yang aku la penyebab dia jadi lagi teruk'  bebel Airil sendirian. Niatnya untuk menyiapkan kerja sekolah terbantut apabila telinganya menangkap perbualan mereka tadi.

"Hoi termenung pun agaklah! Sampai berkerut dahi tu kenapa?"  sergah Imtiyaz yang baru sampai mematikan lamunan Airil Islandar.

"Kacaulah kau ni, Iyaz !" balas Airil geram sambil menumbuk lengan Iyaz perlahan. Najwa dan Asyraf sedari tadi ralit menjeling antara satu sama lain. Tinggal tunggu masa saja untuk melancarkan perang.




"KAU dengan perempuan tu macam mana? Dah okay? "  soal Airil sekadar mencari topik perbualan.

"Memang tak lah aku nak berdamai dengan perempuan tu!"  bidas Ashraf Reza. Bahang kemarahan kian terasa apabila memikirkan gadis yang bernama Najwa Nabilla itu.

"Aku actually tak sukalah korang gaduh-gaduh macam ni. Nampak tak matang tahu tak?"  celah Zhafran yang dari tadi menjadi pendengar yang tekun.

"Masalahnya perempuan tu yang start dulu. Bukan aku!"  balas Ashraf membela dirinya. Pabila ego menguasai diri.

"Nama dia Najwa bukan perempuan. Aku sure dia tak sengaja lah haritu!"  potong Imtiyaz pula.

"Kauorang ni kawan siapa sebenarnya? Tak support member langsung!"  bentak Ashraf geram.

"Dah tak payah nak buat drama sedih kau dekat sini. Benda kecil sampai aku terbabit sekali!"  Airil menyilangkan tangannya memandang Ashraf yang kebuntuan.

"Cuba tengok aku dengan Zahira. Elok je!"  potong Zhafran cuba menceriakan kembali suasana tegang itu.

"Kan Zhaf. Tengok Aku dengan Tya. Oh My God! Tya tu bila dia senyum aduh hati ini dupdapdupdap!"  sambung Imtiyaz sambil memegang dadanya.

"Bila kauorang nak tamatkan semua peperangan ni? Kau settlekan masalah ni dengan Najwa. Kau pula, Airil aku nak kau minta maaf dengan Anis! "  arah Zhafran. Ketegasannya jelas terasa.

"Aku? Minta maaf? Jangan mimpi!"  jawab Airil dingin lantas dia mengangkat punggung dan beredar dari situ.

Susah betul bercakap dengan orang panas baran dan keras kepala macam mereka!

🌻B E R S A M B U N G🌻

Vote
&
Comment


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top