BAB 1: PERLAWANAN TERAKHIR MUSIM 2019
Hari itu merupakan latihan terakhir pasukan CR Flamengo sebelum menghadapi pasukan Santos pada perlawanan terakhir bagi musim liga 2019. Mereka sudah mengesahkan kejuaraan Serie A 2019. Jeff sudah menjaringkan 21 gol di liga musim itu dan sekarang berada 4 jaringan di belakang rakan sepasukannya, Gabriel Barbosa.
"Então, Jeff. Você vai ficar com a gente na próxima temporada?" tanya Diego Alves, kapten bagi pasukan Flamengo selepas mereka tamat latihan. (Jadi, Jeff. Adakah kamu akan kekal dengan kami pada musim hadapan?)
"Ainda não sei, capitão. Se houver alguma oferta melhor, posso deixar o Flamengo" balas Jeff. (Saya tak tahu lagi, kapten. Kalau ada tawaran yang lebih baik, saya mungkin akan tinggalkan Flamengo)
"Entendo" balas Alves. Kemudian, mereka berdua pun meninggalkan padang latihan.
Pada malam itu;
Jeff mendapat panggilan video daripada saudara kembar perempuannya, Amanda. Amanda juga merupakan pemain bola sepak yang bermain untuk kelab Manchester City di Liga Bola Sepak Wanita Inggeris dan telah membuat penampilan bersama skuad utama wanita Amerika Syarikat yang menjuarai FIFA Women World Cup 2019.
"Hai, sayang" ucap Amanda.
"Ha. Hang nak apa tiba-tiba video call aku ni?" tanya Jeff.
"Awat, nak lepas rindu kat kembaq sendiri pon tak boleh ka?" tanya Amanda.
"Ha, taw pon rindu. Tapi baru ni hang contact aku pon" balas Jeff.
"Yang hang tu tak reti contact aku pasaipa?" tanya Amanda.
"Haish, kena balik aku. Hang sihat ka?" tanya Jeff.
"Pandai hang tukaq topik. Aku sihat ja. Hang macamana?" tanya Amanda.
"Aku macam besa la" kata Jeff.
"Hang tak teringin ka nak main kat Eropah?" tanya Amanda.
"Teringin la jugak tapi nak buat macamana, takdak rezeki lagi" kata Jeff.
"Ya lah. By the way, dengaq cerita hang reject untuk main dengan USA. Betoi ka?" tanya Amanda.
"Ha, betoi la tu. Memang dak la main dengan USA" balas Jeff.
"Hang bagitaw aku sat hang nak main dengan negara mana" kata Amanda.
"Harimau Malaya, kami selalu ada. Walau dimana berada. Kami disini terus menjadi ekor harimau sejati", nyanyi Jeff.
"Tak suruh hang nyanyi kan" kata Amanda.
"Hang tanya aku jawab la" kata Jeff.
"Ish, tapi tak suruh hang nyanyi kan. Hang betoi ka nak main dengan Malaysia? Malaysia tak pernah main World Cup pon. Hang tu lepas ni main FIFA World Club lagi" kata Amanda.
"My dear twin sister; Amanda Rossall. I don't care. I want to play with the nation that we were born" balas Jeff.
"Ha, ya lah. Okay lah. Aku dah ngantuk. Nak lena dulu. Bye" kata Amanda.
"Bye. I love you" balas Jeff.
"I love you too" balas Amanda sebelum memutuskan talian.
Beberapa hari kemudian.
Para pemain CR Flamengo tiba di Estádio Urbano Caldeira bagi menghadapi Santos. Setelah menukar ke pakaian latihan, mereka semua terus bergerak ke padang untuk sesi pemanas badan.
"Tantas multidões hoje" kata Jeff. (Ramai penonton hari ni)
"Bem, afinal é a última partida da temporada" kata Barbosa. (Biasalah, ni kan perlawanan terakhir musim ni). Jeff hanya mengangguk. Selepas selesai sesi pemanas badan, kesemua pemain kembali ke bilik persalinan dan menyalin kepada jersi away pasukan Flamengo. Kemudian, Jergo Jesus masuk ke bilik persalinan.
"Ok pessoal. Esta é a formação inicial de hoje. (Okay, everybody. This is our starting line-up for today). Alves (GK), Luis, Mari, Caio, Rodeinei (DF), Arão, Ribeiro, Gerson (meio-campistas), Henrique, Gabriel, Jeff (Grevistas). Agora, vá e ganhe 3 pontos para nós" kata Jesus. Kemudian, kesemua pemain bergerak meninggalkan bilik persalinan.
Kemudian;
Perlawanan dimulakan dengan Santos melakukan sepak mula.
Minit ke-7 perlawanan;
Bola berada di kaki Pituca. Beliau kemudian melakukan through ball kepada Eduardo Sasha. Eduardo Sasha kemudian melakukan percubaan ke arah pintu gol Flamengo tetapi Alves berjaya menepis keluar bola itu.
Minit ke-15 perlawanan;
Flamengo memperolehi lontaran ke dalam. Gerson melakukan lontaran yang berjaya disambut oleh Ribeiro. Ribeiro kemudian menghantar bola itu kepada Jeff. Jeff kemudiannya berlari dengan bola itu melepasi beberapa pertahanan Santos sebelum merembat bola ke arah gol yang gagal diselamatkan oleh Everson bagi membuka jaringan bagi Flamengo.
Minit ke-27 perlawanan;
Bola berada di kaki Alison. Alison kemudiannya menggelecek melepasi kawasan tengah sebelum menghantarnya kepada Marinho. Marinho kemudiannya menggelecek melepasi pertahanan Flamengo sebelum melepas satu rembatan kearah pintu gol tetapi bola tersebut terkena palang sebelum melantun keluar dari permainan.
Minit ke-36 perlawanan;
Flamengo mendapat sepakan penjuru. Setelah wisel ditiupkan, Jeff menghantar bola ke dalam kotak penalti Santos. Barbosa melompat tinggi sebelum menanduk bola ke arah gol namun, Everson berjaya menangkap bola itu bagi menghalang gawang Santos dari dibolosi.
Minit ke-45 perlawanan;
Bola berada di kaki Ferraz. Ferraz kemudiannya menghantar bola kepada Sánchez. Sánchez kemudiannya membawa bola sehingga dia menghampiri garisan gol sebelum menghantar bola itu ke dalam kotak penalti Flamengo tetapi Mari berjaya melakukan clear bagi menyelamatkan keadaan.
Tamat separuh masa pertama;
Di Manchester, England;
Amanda menonton perlawanan antara Santos dan Flamengo melalui live streaming.
"That's your twin brother, Amanda?" tanya kapten skuad wanita Manchester City; Steph Houghton.
"Yes, captain. That's my twin brother" kata Amanda.
"I heard that he rejected to play with USA National team" kata Jill Scott.
"That's true" balas Amanda.
"But why?" tanya Houghton.
"He wants to play with Malaysia" kata Amanda.
"Really? But Malaysia never qualified to World Cup. Not to mention, their FIFA ranking is at 156th place" kata Scott.
"Well, he wants to play with the nation we were born" kata Amanda.
"I see. His heart belongs there after all" kata Houghton.
"That's true" kata Amanda.
Kembali ke stadium;
Perlawan bersambung untuk separuh masa kedua dengan Flamengo melakukan sepak mula
Minit ke 47 perlawanan;
Bola berada di kaki Gerson. Dia kemudian menghantar bola kepada Jeff. Jeff kemudiannya berlari dengan bola itu sebelum melakukan through ball kepada Barbosa. Barbosa kemudiannya merembat bola kearah pintu gol tetapi bola terkena tiang sebelum ditangkap Everson.
Minit ke 55 perlawanan;
Bola berada dikaki Henrique. Henrique kemudiannya menghantar bola kepada Alison. Alison kemudian berlari dengan bola dikakinya sebelum menghantarnya kepada Eduardo Sasha. Eduardo Sasha kemudiannya menggelecek melepasi pertahanan Flamengo sebelum melakukan rembatan tetapi Alves berjaya menyelamatkan gawang Flamengo.
Minit ke 69 perlawanan;
Bola berada dengan Ferraz. Ferraz kemudian menghantar bola kepada Alison. Alison kemudian meghantar bola kepada Soteldo. Soteldo kemudian cuba merembat bola itu tetapi Caio berjaya merampas bola itu sebelum menghantarnya kepada Gerson. Gerson kemudian melakukan hantaran pantas kepada Ribeiro. Ribeiro kemudiannya melakukan through ball kepada Barbosa. Barbosa kemudian merembat bola kearah gol tetapi Everson berjaya menolak keluar bola daripada permainan.
Minit ke 77 perlawanan;
Flamengo mendapat sepakan percuma 21 meter dari gawang. Selepas pengadil meniupkan wisel, Jeff menyepak bola itu dengan satu curve shot kearah gol. Everson melompat untuk menyelamatkan gawang Santos tetapi gagal apabila bola itu menerjah jaring bagi membolehkan Flamengo menjarakkan kedudukan dengan 2 gol berbalas 0.
Minit ke 85 perlawanan;
Bola berada di kaki Pituca. Pituca kemudiannya berlari dengan bola dikaki sebelum menghantar bola kepada Eduardo Sasha. Eduardo Sasha kemudiannya merembat bola ke arah gol dari luar kotak penalti tetapi Alves berjaya menyelamatkan keadaan.
Minit ke 90+2 perlawanan;
Bola berada dikaki Mari. Beliau kemudian menghantar bola kepada Arão. Arão kemudian menghantar bola kepada Henrique. Henrique kemudiannya berlari dengan bola sebelum menghantarnya kepada Barbosa. Barbosa kemudiannya merembat bola kearah gol tetapi bola terkena palang sebelum Jeff yang muncul entah dari mana melakukan diving header untuk meledak satu lagi gol buat Flamengo menjarakkan lagi kedudukan dengan 3 gol berbalas 0 sekaligus melengkapnya hatriknya dalam perlawanan itu. Kemudian pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat dengan keputusan penuh perlawanan Santos 0-3 Flamengo.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top