1

Kim taehyung pov

aku memandang tanah yang ditanam bersama pokok bunga kesayangan hyung aku ini. Terdetik di dalam hati untuk memijak mijak pokok bunga yang tak bersalah itu.

" YAHHHHHHH KIM TAEHYUNG !  BILA KAU NAK KEMAS BILIK KAU YANG DAH SERUPA TEMPAT HANTU MEMBIAK NI"

ya siapa lagi kalau bukan hyung aku yang bermulut celupar itu , kim seokjin. Dah tua pon tak reti nak bawak sedar diri lagi.

" nak apa?" aku berdiri di hadapannya sambil merengus geram . satu julingan mata aku lemparkan padanya.

" kau tanya nak apa?" Dapat aku perasan riak wajah Seokjin hyung memerah . Biasalah tu , tanda tanda awal setan nak mengamuk.


" sejak bila hyung jadi bodoh ni?" Soal aku sengaja mencabar kemarahannya. Kedua dua tangan disilangkan ke dada biar ada feeling sikit.

" kau... memang—"

" handsome! Okay tu aku memang dah tau lama hyung . Aku pergi dulu lah ! Banyak lagi benda aku nak kena settlekan" aku berlari melepasinya dengan laju. Tak dihindarkan jeritan nyaringnya memanggil aku itu.



Rasanya satu blok boleh dengar highnote padu hyung tu.
Lantak lah , paling teruk pon kena bebel 2 jam je balik rumah ni.

Haih betul lah life memang goes on. macam pernah dengar tapi takpelah hm.



Kim Seokjin pov

"sabar kau kim taehyung , malamni aku akan pastikan kau tidur sangkar yeontan !" Geram aku dilepaskan di dalam hati sahaja . Hidung aku sekejap kembang sekejap kuncup menahan marah.


Chill seokjin, kau kan diva mana boleh marah lebih lebih . Aku menarik nafas dalam dalam sebelum memulakan langkah untuk pulang ke rumah sewa kami yang terletak tidak jauh dari kebun precious kepunyaan aku ini.

siapa yang berani sentuh flower flower lawa seperti kim seokjin ni percayalah memang aku gilis gilis dia atas jalan raya .






PINNN PINNNN AYAH PINNNNNNN

" Lain macam betul bunyi hon dia tu" tangan kanan aku diletakkan di dada kerana terkejut  melihat sebuah lori ingin melintas di kawasan kejiranan kami.




" WOI BUTA KE , KETEPI LAH ORANG NAK LALU PON SUSAH SIAL" maki seorang namja yang putih bak tepung sambil mengeluarkan kepala nya ke luar tingkap.

Aku tersedar dari lamunan dan dan perasan sesuatu yang tidak kena . Kenapa aku berdiri di tengah jalan? Lebih tepat lagi di depan lori itu.

" YANG KAU BEDIRI DEKAT SITU LAGI KENAPA HADOIH KETEPI LAH ORANG TUA" jerit namja itu lagi.


Aku menundingkan jari telunjuk ke arah diri aku sendiri dan memberi pandangan " aku ke?" ke arah namja itu dan melemparkan soalan bodoh tahap budak tadika pon can't relate.

"YE LAH KAU SETAN , TAKKAN LAH ORANG LAIN PULA yaishh KETEPI!!" Marah namja itu sambil menekan hon lori nya berkali kali.


" uih maghoh nampak! Rileks lah , kitkat kan ada!" Balas aku sambil melonjak sedikit ke belakang bagi memudahkan urusan lori ayah pin itu lalu.


"Fck!" Namja itu menarik stereng keretanya lalu mengeluarkan jari tengahnya melalui tingkap semasa melintasi aku yang kebingungan.


WAHHH WAHHH kalau aku jumpa mamat tepung tu lagi memang aku hantar dia masuk pusat pemulihan ahlak.

Budak budak zaman sekarang dah tiada hormat betul dengan orang tua tch.


Kim Namjoon pov

"Fck!"

"Hyung? Apa pagi pagi lagi dah mencarut ni. Tak elok lah orang kata kaum wanita suka mencarut" soal aku dengan muka tak bersalah.



"HAHAHAHAHAHAH KAUM WANITA HAHAHAHAHAHAHS" jungkook dongsaeng angkat aku yang bermain dengan tabletnya di seat belakang itu tergelak tiba tiba. Ditepuk tepuk bahu Yoongi hyung tu kerana kelakar sangat lah tu .


" kau pon nak kena maki juga ke sial?" Yoongi hyung memberi pandangan maut sekilas kepada aku sebelum fokus semula dalam pemanduannya.

Terus tak berani aku nak soal apa apa lagi ._.

Apa salah aku ._.
















" HYUNGGGGG!!! BERHENTIKAN LORI NI" Jerit aku memecahkan kesunyian.

SKRETTTTTTTTTT

Yoongi hyung menarik break lori itu secara tiba tiba dan membuatkan kami ke hadapan sedikit. Terkejut aku lalu meletakkan tangan di dada, takut tak sempat insaf kan.


"Kau nak apa lagi bodoh!!" Bengis sahaja Yoongi hyung memandang aku.

"Yang hyung bawa lori macam orang takda lesen ni dah kenapa!!?" Jerit aku semula kerana terkejut.


"Daripada kau takde lesen huh, dah kalau takde apa apa aku gerak semula! Spesies macam kau ni memang kuat menyusahkan orang—

"Kita dah sampai dekat rumah sewa ni! Sebab tu lah aku suruh berhenti!" Aku memotong ayat Yoongi hyung daripada dia menyambung bebelannya .

"Oh. Cakap lah awal awal bodoh!! Huh!" Kata Yoongi hyung sambil membukak seatbelt nya dan keluar dari lori itu.

Watdefak? Bukan aku dah cakap ke tadi? Dia ke aku yang bodoh sekarang ni.

"Nasib baiklah kau hyung aku , sabar namjoon sabar.."


no one pov


" YAH KOOK! JEON JUNGKOOK! WOI JEBON" panggil Yoongi sambil mengangkat bagasinya .

" Mwo? " jungkook menolehkan kepala ke belakang apabila seseorang memanggilnya.

" amboi lenggang kangkung je kau!! Kenapa kau tak bawa apa apa pun! " terncungap cungap Yoongi membalas pertanyaan Jungkook sambil mengelap peluh yang menitik di dahinya.

" kau sebut kangkung je buat aku rasa lapar lah hyung " balas jungkook dengan muka pokerface nya. Orang tanya lain yang dijawabnya lain.

" Weh Namjoon , room kita yang mana satu ni. " tanya Yoongi apabila mendapati Namjoon baru sahaja naik ke tingkat 3 .


" b-bilik no e-empat fuh haa penat siot dapat tingkat 3 ! Dahlah aku bawa barang banyak , kau satu pon tak tolong kook ughh! "

" aku setuju apa yang Namjoon kata tu! " sokong Yoongi sambil membuka pintu rumah sewa baharu mereka itu menggunakan kunci.


" apa yang penat sangat? Naik lif kot , bukannya daki gunung pon " balas Jungkook selamba . Dia melemparkan pandangan pada sebuah bilik sewa di sebelah mereka itu dan matanya tertancap pada satu pokok bunga yang tertanam cantik di situ.

" dah jom masuk—

" chankanman! Kau kata ada lif? " potong namjoon menahan lengan jungkook daripada masuk.

" nae! "

Yoongi yang daripada tadi sibuk membuka pintu rumah memandang namjoon yang dah speechless.


" KAU DAH TAU ADA LIF KENAPA TAK BAGI TAU KAMI!!! " jerit Yoongi dan Namjoon serentak . Jungkook hanya mampu menutup kedua dua belah telinganya .

" bla bla bla bla~ aku masuk dulu hyungs~! " selamba sahaja jungkook melepasi mereka sambil menarik bagasinya . Terkekek kekek dia ketawa. Saja nak kenakan hyung - hyung nya itu.

" kurang ajar!! Kau lah ni didik dia tak betul! " Kata Yoongi menyalahkan Namjoon. Rambut nya disebakkan kebelakang.


" apahal aku pula!! Perangai setan macam kook tu kalau bukan ikut kau siapa lagi kan?! "






•••••••••




" kau dengar tak apa yang aku dengar hyung? " soal hoseok kepada seokjin yang sibuk membaca surat khabar.

" dengar apa? " soal seokjin ingin tahu. Jimin yang sedang menonton televisyen itu tampak berminat dengan apa yang dikatakan hoseok itu.

" bunyi macam orang menjerit dekat sebelah kita ni kan? " tebak Jimin.

" Yes! Betul apa yang Jimin kata tu! Seokjin Hyungie aku takut l-lah... mana tau a-ada hantu " Hoseok menelan air liur nya ketakutan .

" Jangan merepek lah! Hantu siang siang macam ni kepala tengkorak kau—"




" YAH AKU DAH KATA KAN JANGAN AMBIL SELUAR DALAM AKU SESUKA HATI NENEK KAU JE "

" CHILL HYUNG NANTI AKU BASUH LAH LAHAI "

" TAK PAYAH!! KAU BAKAR SEKARANG JUGA BENDA TU DEPAN MATA AKU !!"






" k-kau dengar sekarang kan hyung?" Soal Hoseok manakala Seokjin tergamam.

Bunyi apakah itu? Tak pernah pernah lagi dia dengar bunyi sejelas ini di sebelah mereka kerana sebelum ni memang tiada orang pon yang pernah menyewa bilik di sebelah mereka.











« bersambung »
«1162 words»










YEEHAWWW SO ACANE HAHAHAHA FUH LAMA DAH AUTHOR TAK TAIP FF NI. :D

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top