7; WEIRD

"Kau nak makan apa kak? Aku buat." Adam duduk atas kerusi berhadapan dengan aku yang tengah bermalasan atas kerusi depan meja. Kepala terlentok elok atas lengan.

"Aku lapar."

"Iya aku tahu kau lapar, kak. Cakaplah kau nak apa?"

Adam mengeluh. Sabar jelah.

"Dia lapar kasih sayang tu." Suara Ameer mencelah. Kerusi sebelah Adam ditarik.

Aku angkat kepala. Gerak-geri Ameer ditatap tajam.

"Bencilah macam ni. Korang ni tak caring langsung." Dua-dua aku jeling sebelum aku bangun dari kerusi. Nak masuk bilik.

Adam dan ameer perpandangan. Tahulah mereka kenapa satu-satunya bunga di rumah mereka tu berperangai pelik sikit. Dah faham sangat dah.

"Duduk balik. Aku buat lempeng yang kau nak tu." Ameer dah bangun menuju ke bahagian memasak. Pan kecil diambil sebelum dibilas bersih. Gandum dicapai dan dia mula mengacau; membuat lempeng yang aku nakkan sangat tu.

Aku senyum gembira. Tapi bila perasan yang Adam pandang aku semacam membuatkan aku tak dapat halang diri aku daripada bertanya.

"Kau kenapa pandang aku macam tu?"

"Kau kenal Abang Ayan kan?"

"Siapa Ayan?" Ameer mencelah.

Aku terdiam sesaat.

"Kenapa tanya?"

"Kau kenal kan?"

"Ermm.. aku kenal. Classmate aku." Merangkap musuh terbaru aku.

"Ohh.." kepala Adam terangguk-angguk. "Tak nak tahu ke kenapa aku tanya?"

"Taknak. Malas. Bukan ada kaitan dengan aku pun."

"Eh ada kaitannyaaa..."

"Euww.. aku takkan pernah ada kaitan dengan makhluk tu. Tak sudi aku berkait dengan dia."

"......."

"Kau ada affair dengan dia kan?"

Aku buat muka shock. Apa Adam merepek malam-malam ni?

"Adam, kau demam ke apa?" Aku berura-ura nak menyentuh dahi Adam tapi tak jadi. Aku rasa macam nak libas je kepala Adam.

Dahi Adam dijentik. Tak kuat pun. Manja-manja je. Hehe.

Aku mengangkat bahu. "Umph.. tak demam pun. Kau kenapa tanya soalan pelik ni?"

"Tak ada apa. Saje je. Lupakan jelah."

"Nah."

Satu pinggan diletak diatas meja.

Lempeng original lima keping disalut susu pekat. Aumm. Ni yang suka ni.

"Thanks meer."

"Esok aku nak guna motor tau. Nak pergi beli barang. So, esok pergi sekolah jalan kaki je eh?"

Aku pandang ameer. Beli barang?

"Tak boleh ke lepas balik sekolah. Aku nak ikut jugak. Aku nak- EISH KAU NI TAKYAHLAA!"

Tangan adam yang curi-curi mencubit lempeng dalam pinggan ditepis. Aku lempang jugak kang budak ni biar jadi lempeng.

"Takleh. Kalau lewat nanti jalan jam. Kau nak apa? Biar aku je beli."

"Alaaa.. aku tak tahu nak beli apa lagi tapi aku nak tengoklah ada apa. Nanti aku decide la nak beli apa."

"Takpayahla. Membazir. Kalau kau tak decide lagi means benda tu tak penting. Aku nak save duit. Nanti hujung minggu kita keluar jalan-jalan."

Aku mengeluh. Susah weh hidup sendiri ni. Semua tak boleh. Huhuhu. Mamaaaa, please balik cepat! Kakak rindu! Ameer kedekut huaaa.

"Erm oklah."


****


Keesokan harinya aku dah baik dengan ayan.

Semudah itu?

Sila tanya esah. Dia yang over merayu supaya aku tak ambil hati dengan ayan sedangkan tuan punya badan buat derk je. Menyampah betul. Ayan langsung tak kesian tengok esah yang memujuk aku tak henti. Tak ada perasaan langsung mamat tu. Yang esah pun satu, kenapa yang dia nak back up ayan lebih-lebih pulak. Tak faham betullah aku dengan relay diaorang ni. Ayan dengan esah ni kawan atau kekasih?

Macam lebih dari kawan.
Tapi macam kurang dari kekasih.
Hmm.

Sejak aku dah maafkan ayan KONONNYA, esah tak henti-henti buat aku jumpa dengan ayan. Masa rehat, dia heret aku makan sekali dengan Ayan. Masa kitaorang tengah gosip pun esah ajak ayan. Esah tak tahu ke yang aku ni masih lagi cuba terima perangai taik kucing ayan tu? Nasib baik esah tu baik. Kalau tak, tak ada maknanya aku nak face to face dengan ayan. Macam sekarang ni;

"Ayan! Meh join kitaorng!" Ceria je esah melambai ke arah Ayan yang sedang membawa dulang yang berisi makanan.

Aku dah pandang esah semacam. Esah ni saja je kan.

Aku apa lagi, makanan depan mata disumbat rakus. Tak ada dah nak kunyah, terus telan. Nak masuk kelas cepat punya pasal. Tak selesa bila se-ruangan dengan ayan.

"Makan pun tak ada adab. Tersedak nanti. No wonderlah tak ada yang berkenan."

Tengok tu gaiss. Tengok tu.

Macam biasa, suara sinis tu dah betul-betul cukup nak buat aku naik angin. Eii, penatlah nak gaduh.

Aku buat derk. Makanan masih disumbat laju. Nak cepat habis makan lepastu masuk kelas.

Uhuk! Uhukk!

Aku tersedak dengan dramatiknya. Kerongkong terasa perit. Tangan meliar mencari air.

Eh janam janam betul! Mana air ni?!

"Esahh.. airr.." susah payah aku bersuara minta air. Huhu. Apa nasib aku harini wehh.

Esah pun kalut je bagi air dekat aku sampai air tu tumpah sikit dalam pinggan aku. Takpe, yang tu kita settle kejap lagi. Nanti aku suruh esah ganti.

Lega rasanya bila air membasahi tekak. Fuhh, nasib tak mati tercekik.

"Orang kata taknak dengar.." Ayan menggumam perlahan. Tapi still aku boleh dengar.

Seketika suasana yang tadinya kalut bertukar tenang.

"Aku pergi dulu eh?"

"Eh, dah habis ke?"

Aku sengih sebab makanan aku tak sempat habis pun. Geleng pada esah dan melangkah ke kelas.


****


"Minah minah minah.."

"Ye apa esahkuu.."

"Kau nak tahu tak?"

"Apa?"

"Pandanglah sinii,"

Aku meletakkan pen. Buku latihan BM aku tutup. Tumpuan beralih pada esah yang tengah buat muka teruja plus gedik plus merenyam. Muka dia tu, ya allah... macam muka perempuan gatal nak kawin. Boleh bayang tak?

"Kau nak tahu tak, next week kita ada kem tau. Kem dekat luar sekolah untuk budak-budak yang ada exam besar macam kita."

"So?"

"So, budak spm, pt3 daaannnn..." tudiaaa. Sengih esah melebar. Aku boleh nampak yang mata dia bertukar bentuk love-love.

Kaki esah menggedik dekat lantai. Tak duduk diam.

"FORM SIX PUN ADA!! ARGHHH! I KENNOT!" Disebabkan terlampau teruja, badan aku esah goyang untuk lepaskan geram dia.

"BETUL KE WEH? OHMYY!!" Tak dapat tahan, aku pun teruja. Habis kitaorang berfangirling tak ingat dunia.

Perempuan mana tak excited bila dengar berita berkaitan budak tingkatan enam, sah dia songsang.

Why?

Budak tingkatan enam tahun ni memang kategori too hot to handle lah. Siapa tak kenal geng WEIRD yang terdiri daripada lima jejaka paling hot. Diaorang punya hot sampai korang pun berpeluh habis.

Carl Elliyas

Zayn Adrian

Muhammad Seth

Ian Yusuf

Luq Elliyas

Kenapa mereka menggelarkan diri mereka sebagai WEIRD, ramai yang tak tahu. Tapi ramai tahu yang mereka adalah jejaka kacak belaka.

Cliche ke?

Aku dan esah saling berpandangan. Senyap namun masing-masing tahu tahap keterujaan yang hampir meletus. Senyuman agak creepy terukir di wajah aku dah esah.

Satu

Dua

Ti--

"ARGHHH!" Serentak kami menjerit kecil. Pelajar lain tidak dihiraukan.

"Oh my god! Pleasee aku panass.." esah mengipas wajah dia. Berpeluh gaiss.

"Esahh.. " aku sejujurnya rasa nak nangis sebab tak boleh luahkan keterujaan aku sepenuhnya. Kalau kat rumah, habis bantal dipukul, tutup muka dengan bantal lepastu menjerit, lompat kijang, gigit tangan Adam..

Tapi kat sini aku tak boleh over. Huhu.

Dan aku rasa geram gila sebab terlampau excited!

Korang faham tak perasaan tu?

"Next week right?"

Esah angguk.

"Berapa hari?"

Esah pandang aku sambil sengih semacam.

"Dua hari."

Yess!
















Cliche ke? Maybe yess
But maybe not.
Yang tak clichenya adalah Weird bukan hero dalam story ni. Sila kecewa HAHAHAHAH
*gelak jahat*
Nak lagi? Vote n comment dulu. Tata..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top