4; emosi

Lepas Ayan kena terajang dengan esah sampai kena masuk bilik sakit, esah bawa aku ke bilik persalinan untuk tukar baju. Thanks to esah sebab dia ada baju sukan yang dia tinggal dekat loker sekolah di aras satu. Untuk pengetahuan korang, sekolah aku ni sekolah swasta yang maju gila. Tengok jelah dia punya bangunan yang bertingkat dan masih baru lagi. Gah. Mewah. Cantik. Yang paling penting BERSIH! Mungkin sebab pelajarnya yang telah dididik supaya mengamalkan kebersihan seperti yang diajarkan dalam subjek pendidikan sivik dan etika.

Apa yang buat aku teruja tentang sekolah ni adalah sekolah ni menyediakan subjek yang menarik dan mementingkan kemahiran. Fifty fifty gitu. Akademik pun penting, kemahiran pun penting. Hal ini supaya sekolah ni dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti dan beramal dengan apa yang dipelajari. Maksudnya bukan belajar untuk jawab exam je. Tapi untuk survive hidup. Well, benda sebegini mesti diajar sebab hidup di luar dan 'hidup' di buku teks teramatlah berbeza. Maka sekolah ni amat mementingkan perkara sebegitu. Kualiti.

Heshtek sis bangga.

Back to the story,

Aku sekarang ni tengah tukar baju dalam bilik persalinan dengan esah. I mean,bukannya esah ada dalam satu ruang dengan aku yang tengah tukar baju. Duh, faham sendirilah. Dah besar kan?

Sebenarnya aku tak nak tukar baju sebab serba salah. Ye la, dah tengah hari kot. Lagi tinggal empat sesi je lepastu balik. Bukannya aku akan rasa rimas pun dengan baju tu. Boleh je basuh lepastu kalau nak duduk kena angkat kain. Tapi esah pulak yang memaksa. Bila aku nak berdalih dia tolak aku sampai sini. Huhu apalah nasib.

"Weii! Lambat lagi ke?" Esah melaung dari luar.

"Kejap! Sabar lah sikit!!" Spontan aku pun ikut sama melaung. Kecoh je kitaorang ni. Padahal bukannya dipisahkan tengan tembok batu setinggi 50 meter pun. Pintu plastik je. Kalau bisik pun boleh dengar tau!

"Ok dah!" Aku keluar dan tersengih pada esah yang bersandar di dinding dengan muka bosan. Poyo je esah ni. Tak sampai lima minit pun. Macamlah aku duduk dalam tu lima jam.

"Kau dah nak masuk kelas?" Esah soal aku. Kami keluar dari bilik persalinan tersebut.

"Haah la. Habistu nak pergi mana lagi?" Aku berkerut pandang esah.

Esah tayang sengih. "Kita pergi lepak jap nak tak? Boringlah.."

Aku pandang esah lama. Berfikir.

"Lepak kat mana?"

"Kita pergi bilik sakit nak? Tengok Ayan?"

Aku terdiam. Walaupun geram dengan mamat tu tapi kesian jugak. Tadi esah terajang Ayan kuat kot. Nak jugak lawat Ayan. Mana tahu senak kat perut Ayan tak hilang lagi. Lagi-lagi otak pun dah tak boleh tambah maklumat, baik pergi lepak kan?

"Ermm, jomlah."

Esah tarik tangan aku teruja bila nak memonteng manakala hati aku masih berbelah-bahagi. Aku tak biasa la ponteng-ponteng ni, budak baik kan? Uhuk.

#poyo
#marilahkecamminah
#janganikutperangaiesah

Sampai je bilik sakit, kitaorang masuk. Kat depan ada seorang nurse yang berjaga. Aku dah takut dah. Takut kena halau tapi nurse tu buat tak tahu je. Esah pun buat selamba je pergi tegur nurse tu. Dia tak takut nurse tu akan report dengan pengetua yang mereka ponteng ke?

Kitaorang mendekati sebuah katil. Dalam ni cuma ada empat buah katil yang disusun memanjang. Langsir yang menutupi diselak esah dengan ganasnya sampai nak tercabut langsir tu, maka terzahirlah satu tubuh dilengkapi baju sekolah tengah syok main phone atas katil. Kaki siap bersilang lagi. Tangan gigih menekan handphone. Earphone elok tersangkut di telinga.

Aku yang tengok membuntang. Berani betul Ayan buat macam tu. Dahlah sakit yang dibuat-buat. Main phone waktu persekolahan pulak tu. Macam sekolah bapak dia je. Mentang-mentanglah boleh bawak phone datang sekolah.

"Ayan!" Esah libas kaki Ayan yang tengah bersilang tu. Ayan hanya buat derk namun kening diangkat sebelah tanpa bertanya kenapa.

"Tepi sikit. Aku nak duduk ah." Esah tolak-tolak tubuh Ayan kemudian dia baring sebelah Ayan. Tak kisah dah kain terselak ke apa. Nasib baik dia pakai seluar kat dalam.

Seluar kat dalam.

Seluar

Kat

Dalam.

Bukan seluar dalam okey!

Aku yang berdiri hanya memandang gelagat mereka dengan mata membuntang luas. Terkejut jugak. Ayan. Esah. Berdua atas satu katil. Err..

Maksiat depan mata, Minah! Takkan kau taknak halang?

Ayan mendengus. Dia bangun dari pembaringan dan menjeling esah.

"Semak ah kau kak." Ayan turun dari katil dan berlalu melintasi aku kemudian dia merebahkan kembali badannya ke katil sebelah. Tirai ditarik kasar menutupi katilnya. Ayan hanya buat macam aku tak wujud dekat situ. Ayan memang macam ni eh? Lepas seksa fizikal, dia seksa mental orang pulak. Buat sakit hati je. Tadi minta maaf, sekarang gedik nak buat perangai palau orang sesuka hati dia je! Dia ingat aku kayu yang takde perasaan?

Tapi jap...

Aku pandang esah yang buat donnow. Telefon esah keluarkan.

Kak? Ayan panggil esah kak?!

What is dish?! Kebanaran apakah yang diutus dari papazola ini? Sangat mengelirukan!

Aku ingat nak tanya esah tapi biarlah. Macam menyibuk pula. Dahla aku baru je kawan dengan esah. Karang apa pula dia kata. Busybody.

"Eh Minah. Kau duk tercegat lagi? Meh la baring kat sebelah ni." Esah mengesot untuk memberi ruang lalu ruang disebelahnya ditepuk-tepuk.

Aku perlahan-lahan duduk atas katil sebelah esah. Mata masih memandang esah lama sambil otak mula membuat macam-macam spekulasi yang negatif.

Ayan boyfriend esah.

Atau

Ayan suami esah.

Atau-

"Kau takyah pandang aku macam tu. Tergoda aku." Suara esah menenggelamkan kata-kata yang bermain di fikiran. Spontan lengan esah ditampar ganas.

"Kau jangan macam-macam esah.."

Esah hanya tersengih membuatkan aku lagi seram dengan esah.

"Relaks la. Kita kat sini nak lepak-lepak kan." Esah masih tak lepaskan matanya dari skrin telefon. Entah apa yang dia sibuk tengok pun aku tak tahu.

"Kata nak lawat Ayan."

Esah menjulingkan mata bila dengar pernyataan dari aku.

"Kau dah tengok kan dia tadi.." esah mencebik "..dia okey je. Siap boleh palau aku."

Aku hanya diam. Perlahan-lahan aku seluk poket dan mengeluarkan handphone. Join esah main phone lagi best.

Aku baring sebelah esah. Tangan menekan apps wattpad. Marilah kita membaca novel yang best. Tangan scroll novel yang dah dibaca tapi tak complete. Ada bab yang baru diupdate membuatkan aku teruja. Mana tak teruja, hero dalam novel tu husband material gila! Baik dan soleh! Perempuan mana je yang tak jatuh hati?

Tengah duk baca novel sambil tersengih-sengih,

"Woi jiran sebelah,"

Suara sumbang Ayan.

"Benda?" Esah menyahut. Aku hanya diam. Masih fokus dengan novel yang dibaca. Dahla part sweet sampai aku rasa macam nak kena kencing manis je. Kenapa hero dia sweet sangat? Argh!! Kennot!!

"Kau tengah buat apa tu?"

"Jemur baju. Kau?"

"Lipat kain. Best ke jemur baju?"

"Haah best la jugak."

Fokus aku mula terganggu. Dorang mula melalut entah kemana membuatkan aku rasa macam nak hempuk je dua ekor tu.

"Ayan aku benci kau tau."

"Aku pun benci kau. Kau banyak cakap duhh dahlah suka terajang orang. Nasibla-"

"Eh korang boleh diam tak?" Aku mencelah kebengangan.

"Esah kau-"

"Ayan baik kau diam." Sekali lagi aku sound Ayan garang. Esah dah diam dari tadi.

Jeda seketika.

Aku kembali fokus. Sengihan yang tadi hilang sebab marah dengan dua ekor tu kembali terukir.

"Woi katil sebelah!"

"Ape?!"

"Bukan kau la esah! Woi minah!" Ayan mula buat hal. Aku pantang betul kalau ada orang ganggu aku buat benda yang aku suka. Rasa geram. Rasa nak marah. Rasa nak sepak terajang orang.

"Apebenda?! Eii, kau tak boleh duduk diam ke ayan?! Bisinglah!" Nada aku mula berubah membuatkan orang yang mendengar mungkin terasa jengkel. Tapi masa tu aku marah, jadi aku tak sedar yang mungkin orang tak suka nada aku bercakap masa tu.

Sunyi kejap. Hanya bunyi kipas kedengaran.

"Minah, kau jangan nak arah-arah aku dengan esah." Suara dingin Ayan menyentakkan aku.

"Kau orang luar. Kau tak ada hak nak menyuruh aku." Riak muka aku mula berubah. Tubuh mengeras.

Aku.. cuma orang luar. Aku baru je kenal dorang.

Aku mula sedar. Entah kenapa rasa sakit menyucuk. Rasa hati bagai dihimpit. Rasa bersalah mula terbit.

"You are nothing. Kau tak layak nak suruh aku diam." Dingin. Terlalu dingin

Perasaan marah tadi bercampur dengan perasaan sedih, geram, terkilan. Mula sedar diri. Rasa macam bodoh je.

"Eh Ayan, kau ni..." esah yang tadi diam bersuara.

Rasa tadi muka menghimpit membuatkan dada aku sesak. Tak betah duduk di ruangan tegang tu tadi, aku turun dari katil. Nak pergi dari sini sebab aku sedar diri. Ayan tak suka aku kan? Dia benci aku kan?

"Kau nak pergi mana, Minah?" Dahi esah berkerut. Dia mula tak senang duduk.

"Aku.. aku nak pergi t-ttoilet jap." Sedar yang suara mula bergetar, cepat-cepat aku keluar pergi tandas. Esah yang memanggil, aku buat tak tahu je.

Aku rasa marah dengan Ayan. Tapi aku tak mampu nak marah dia sebab aku rasa aku salah. Yang aku boleh buat hanya menangis. Nak legakan dada yang sesak.

Setitis air mata menitik. Masuk je tandas, aku kunci pintu lepastu duduk atas mangkuk tandas. Pili air yang ditadah dengan baldi aku buka. Karang ada orang dengar aku menangis, malu tujuh keturunan.

Aku tak tahu kenapa nak touching sangat dengan Ayan sebab memang salah aku pun kan? Kenapa aku perlu menangis? Aku tak paham macam mana aku boleh menangis. Kenapa perempuan emosi dia macam ni? Macam roller coaster je. Tunggang terbalik.

Yang pasti aku terasa dengan Ayan walaupun tu salah aku. Aku tetap terasa!

Aku benci kau, Iman Hayyan.





















Huhuhu. Whyyy??
Please vote and comment😉. Baru semangat nak update.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top