2; tukar kelas

Tadi pagi lagi dah kena denda pusing padang 10 kali. Badan memang mereciks habis. Berpeluh! Dan ianya semua berpunca dari mamat tak guna yang datang entah dari mana, tiber je cari pasal dengan orang.

Aku berjalan keluar pagar sekolah. Dah habis sekolah kita balik, tak payah nak melencong ke lain ya anak-anak. Langkah aku atur perlahan. Hujung tudung dipegang lalu dikibas-kibas. Panas! Hari ni abang aku tak ambil. Dia suruh aku jalan kaki. Cis, ni sorang lagi lelaki tak guna yang pernah wujud dalam hidup aku.

"Woi kak! Tunggu aku wei!" Entah dari mana, datang makhluk terlebih tenaga sergah aku dari belakang. Lengan aku dirangkulnya. Eh,  tak ada adab sungguh manusia ini. Nasib baik aku tak jatuh.

Aku jeling makhluk kat sebelah. Kenapa hidup aku bagaikan dipenuhi dengan lelaki takguna eh?

"Pehal?" Aku bertanya dingin. Malas nak layan sebenarnya. Aku tengah penat ni, ada jugak yang dilahapnya satgi.

"Alaa, chill la kak. Kau kenapa barai sangat ni? Period eh?" Dia tersengih miang. Eh, period-period jangan sebut eh. Sensitif okay!

"Gi mati"

Aku lajukan langkah. Tinggal dia sorang-sorang kat belakang. Maaf, buat masa ni kau bukan adik aku.

Oh, lupa nak kenalkan. Budak tu namanya Putra Adam Idris nuh hud soleh. Adik aku. Umur 15 tahun. Nak ngorat? Takyah, budak tu tak baligh lagi.

Abang aku pulak namanya Putra Ameer Hadzim. Umur 19. Sekarang tengah menganggur kat rumah. Tengah cuti apa entah. Nak ngorat? Takyah, dia bukan lelaki idaman kau sebab aku tahu korang tak suka lelaki jenis cool dan tak banyak cakap kan? Kan kan kan?

Umi dan abah? My parents duduk kat Johor sekarang ni. Tengah jaga aku punya nenek yang sakit. Maka tinggallah kami bertiga di sebuah rumah sewa yang telah dibeli oleh mama. Kaya ke? Eh tak pun.

Kenapa anak umi dan abah semua ada putri and putra kat depan. Keturunan ke apa? Emm, aku pun tak tahu sebenarnya sebab nama umi kat depan ada sharifah. Nama abi ada Muhammad. Tak ada kaitan pun sebenarnya tapi mungkin umi suka tengok cerita barbie princess dulu-dulu. Sebab tu dia letak putri dan putra kat depan anak dia kot.

"Eh kak, kau nak tahu tak? Tadi kan-"

"Tanak tahu" aku melajukan lagi langkah. Eh budak ni. Ada membela ke apa. Tiba-tiba je ada kat sebelah. Seram betul.

Adam memasamkan muka.

"Kak, dengarlah apa aku nak cakap ni. Tadi kan, aku ada jumpa-"

"Ada jumpa awek cun melecun. Dia kenyit mata kat kau dan kau pun jatuh cinta. Dah habis. Dik, aku tahulah cerita kau tu. Dari dulu tak habis-habis mengusha anak orang. Bawa bertaubatlah dik. Kau-"

"Aku jumpa bakal suami kau!"

Aku terdiam.

"Ha tahupun diam. Dengarlah dulu. Tadikan, aku jumpa sorang abang ni. Fuh, idola gila siaa. Aku jumpa lah dia, minta dia train aku supaya jadi hebat main basketball macam dia. Dia terima wehh.. happy wei! "Adam menjerit teruja.

Jumpa kaun sejenis pun nak gedik macam tu. Kunyit betul.

"Kak... pehal kau tak respon ni? Kau tak happy ke? Nanti adik kau akan jadi pemain basketball terbaik tau." Adam menggoncang lengan aku. Eii budak ni, aku libas dia punya kepala tu menangis tak berlagu karang.

"Kau nak aku balas apa? Tahniah? Fighting? Okay! Congrats dik!" Aku terus masuk dalam rumah bila kami dah sampai.

Pintu bilik dibuka dan aku terus masuk tandas.

****

Aku tergesa-gesa keluar bilik. Luar rumah aku jenguk. Mencari sesuatu.

"Meer, motor mana?" Aku tanya abang aku yang tengah study a depan tv.

"Adam ambik"

"Serius la? Aku dahlah lambat dia pergi skolah naik motor tak ajak pulak. Oklah, aku pegi dulu. Bye!" Belum sempat aku keluar rumah, Ameer panggil. Aduhai, aku dahlah lambat.

"Apa?"

Tangannya dihulurkan. Ohh, lupa nak salam. Abang aku memang macam ni. Nak kata soleh pun entahlah. Ada juga time dia buat perangai nak pedajal aku. Macam semalam, dia suruh aku balik jalan kaki. Padahal dia ada je kat rumah. Maybe dia ada masalan kecelaruan personaliti kot.

Bila dah nak sampai dekat pagar sekolah, aku mula berlari anak. Walaupun dah tahu yang pengawas muka bengis kat depan tu tetap akan tulis nama aku.

"Putri Aminah Kaisara 5 diamond!"

"Iman Hayyan 5 emerald!"

Aku pandang sebelah.

Orang sebelah pun pandang aku.

Serentah kitaorang pandang pengawas yang tengah laju menulis nama dalam buku rekod pelajar.

Aku pandang kembali lelaki tadi. Tak silap aku nama dia Iman Hayyan dan lelaki durjana nilah yang merosakkan hidup aku semalam!

Aku terus menerus pandang dia tajam. Sesungguhnya jantan ini nampak kecik je pada pandangan aku. Aku memang tak puas hati dengan dia sejak semalam lagi. Perangai cam hanat.

Dia pandang aku sekilas sebelum masuk apabila pengawas dah buka pintu pagar.

Aku berjalan belakang dia. Tak sangka jumpa lagi dengan dia. Dan tak sangka dia buat-buat tak kenal je. Niat di hati nak mempersoalkan ketidakpuasan dalam hati tapi aku memilih untuk berdiam. Malas nak cari pasal. Malas nak baraikan mood.

Tengah aku best berjalan sambil mengelamum tiba-tiba aku tersadung.

"Adoi!" Kau bayangkanlah. Aku tersadung dari depan kot. Mesti cara jatuh dia agak tragik kan?

"HAHHAHAHAHA!"

Hati aku panas. Takguna betul. Cepat-cepat aku bangun.

"Kau pehal?!" Aku menyinga. Sakit hati dengan mamat hanat ni.

"Aku apa?" Dia mengangkat bahu sambil buat muka selamba tak bersalah.

Lagilah aku marah!

"Kau ni kan! Sejak semalam lagi asyik nak kenakan aku. Memang tak ada kerja lain eh?"

"Haah. Aku takde kerja. So?" Tak sempat aku nak balas, dia terus berlalu.

Eii, benci!

****

"Aminah."

Aku panggung kepala lalu bangun menuju ke arah cikgu Aina yang berada di pintu kelas aku. Suasana kelas agak bising kerana cikgu subjek sejarah MC.

"Ye saya?"

"Harini kamu tukar kelas. Bila saya cek kamu punya gred masa sekolah lama dulu, kamu layak untuk naik kelas. Sila kemas barang dan ikut saya ye."

Aku pandang cikgu tu tak percaya. Dengan gembiranya aku kemas barang aku. Selamat tinggal kelas paling noob pada abad ini.

"Cikgu, saya masuk kelas apa nanti?" Aku pandang cikgu yang berjalan seiringan menuju ke kelas baru.

"5 emerald."


















Minah
Hayyan
Sila vote and comment. Thanks sebab sudi baca☺️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top