KeLuAr

Setelah hampir sejam kami menunggu Az,Fiq dan Lay, tiba-tiba cahaya misteri hampir terpadam.

"Syaf, cahaya tu dah nak hilang" ujarku sambil memandang Syaf yang sedang bersandar pada sebatang pokok besar. Pokok hutan mungkin. Eh, sini hutan kan. Takkan pokok bandar pulak. Eh, cop cop sekarang bukan waktu nak lawak-lawak. Sekarang fokus!

"Sha, macam mana ni?" Soal Syaf yang mula risau. Dari duduk dia bangun lalu menghampiri aku. Lalu dia duduk di sebelahku.

" Aku pergi cari dorang. Kau duduk sini keyh? Jangan pergi mana-mana" ujarku lalu bangun. Langkahku terhenti kerana Syaf menarik tanganku. Aku memandangnya.

" Sha, hati-hati. Aku risau. Aku tak nak kehilangan korang. Biar kita selamat sama-sama" ujar Syaf lalu melepaskan tanganku.

"Ye, kau hati-hati kat sini. Kalau ada apa-apa kau diam. Baca ayat kursi banyak-banyak ye Syaf. Aku sayang kau" ujarku lalu memeluknya. Beberapa saat aku leraikan pelukan.

Lalu aku berjalan ke cahaya misteri tadi. Aku berjalan sehingga ke tempat durjana semasa kami terperangkap tadi.

Aku berjalan perlahan-lahan kerana takut terlanggar sesuatu. Cahaya tadi yang terang semakin malap menyukarkan aku untuk berjalan. 5 minit aku berjalan aku ternampak kelibat seseorang. Aku berjalan menghampirinya.

Dengan berhati-hati aku menyentuh bahunya. Dia berpaling dan terus menerpa ke arahku dan mencekikku dengan sekuat hati. Sungguh aku tak tahu apa yang ada di depanku. Samar-samar sahaja nampak seperti seseorang yang aku tidak kenali.

Tiba-tiba 'Bushh!' tangan yang tadinya mencekikku terlepas dari leherku. Aku bingkas berlari. Ketika aku berlari kedengaran suara seseorang menjerit "Sha, lari!" Aku tahu tu suara Fiq. Aku berlari hingga di hadapan cahaya yang hampir hilang.

Bunyi derapan kaki dari arah belakang memaksa aku berpusing. Samar-samar dari cahaya lorong itu kelihatan Az dan Lay mendekati aku.

Aku lantas memeluk Lay dengan erat.

"Lay! Az! Mana korang pergi?" Soalku setelah pelukan dileraikan.

"Nanti kitorang cerita, kita pergi dulu" ujar Lay sambil menunjukkan ke arah cahaya yang hampir hilang itu.

Lay menarik tanganku untuk masuk ke dalam cahaya. Tiba-tiba aku teringat tentang Fiq. Fiq mana? Takkan nak tinggal dia. Lantas kakiku berhenti melangkah. Aku melepaskan genggaman dari tangan Lay.

" Lay, Az pergi dulu jaga Syaf. Aku nak cari Fiq. Takkan nak tinggal Fiq macam tu" ujarku.

"Sha, cahaya ni dah nak hilang. Kita tak sempat" ujar Az.

"Tak apa. Jangan risau" aku meyakinkan mereka. Mereka mengangguk lalu pergi meninggalkan aku.

Aku lantas berlari ke arah tadi. Aku mencari Fiq. Aku berjalan sehingga terlanggar sesuatu di kaki. Aku pandang ke bawah. Terasa macam tubuh seseorang.

Aku duduk mencangkung, belum sempat aku untuk menyentuh 'sesuatu' itu. Tanganku ditarik oleh seseorang lalu dibawa ke arah cahaya yang hampir hilang itu.

Samar-samar cahaya itu aku melihat siapa yang menarikku ternyata Fiq. Alhamdulillah Fiq selamat. Syukur dalam hati.

Aku toleh ke belakang. Cahaya itu semakin gelap. Aku takut. Langkahku menjadi laju. Aku berlari sekuat hati. Aku takut jikalau cahaya itu hilang aku akan terperangkap buat selama-lamanya di tempat durjana itu.

Setelah sampai di hujung cahaya itu aku ternampak Lay, Syaf dan Az. Lalu aku memeluk Syaf dan Lay.

Setelah itu cahaya itu telah lenyap. Kami lega. Rasa bersyukur kerana dapat bersama-sama keluar dari tempat durjana itu. Huhhh!

Sampai sini je la penat type kot. Otak pun tak larat dah ni😹 xpe2 ni khas utk SyasyaKhalid dh blik Semesti kn ? Take care yahh😹 okeyh aii dh tunaikan janji ye😹

Bc puas2 n thanks for vote syaaa😹😹 i appreciate it😹 nantikan sambungan yer... belum habis igt dorg msuk hutan tu dh settle ke? Belum lg keyh .. pjg citerr dy ..so nntikn Guys ...silent readers uhh bca auwww🙈🙈🙈🙈😹😹😹

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top