HosPiTal

Setelah beberapa minit. Kami sampai ke hospital. Hospital Bukit Aman yang berdekatan dengan kampung. Tak ada la besar sangat hospital tu.

Doktor dan beberapa orang pembantu nya segera membawa Nek Som dan Nek Wang. Kami menunggu di luar menantikan keputusan.

Suasana hening kerana tiada siapa di hospital kecuali jururawat yang bekerja shift malam, doktor yang bertugas shift malam untuk memantau keadaan pesakit. Kami berlima hanya membisu. Yela dah pukul 3:45 pagi siapa nak ada.

"Guys, aku tahu" ujar Az memecah kesunyian.

"Tahu apa?" Lay bingung.

" 'Benda' tu marah sebab kita ceroboh tempat dia" ujar Az serius.

"Tapi orang lain yang datang sini tak ada apa-apa pun" ujar Syaf.

"Sini hutan. Dorang berhati-hati. Ataupun dorang puja 'benda'tu sebelum masuk kampung ni. Tapi kita tak. Kita tak berhati-hati. Kita fikir enjoy. Aku pun tak bagitau korang. Aku ingat 'benda' tu dah tak ada" terang Az.

"Jap, aku sebenarnya memang dah tak sedap hati dari kat restoran hari tu" ujar Fiq mengingati kejadian tempoh hari.

"Hmm, habis tu kalau 'benda'tu dah berhenti kacau so kira dah tak ada apa-apa la kan?" Soalku meminta kepastian.

"Orang yang hijab dia terbuka memang dia rasa sesuatu dari awal" terang Az. "Hmm, mungkin tak tamat. Sebab 'benda' tu tak puas selagi seseorang dari kita tak mati" sambung Az kembali. Kami semua dah kecut perut mendengar. Syaf memeluk aku erat kerana takut. Lay memegang tanganku erat kerana takut kehilangan sahabat yang baik. Kami takut.

"Macam mana nak hentikan?" Soal Fiq memandang Az.

"Hmm, aku tak tau" ujar Az risau. Risau sebab 'benda' tu marah.

"Adik, adik ni cucu kepada Nek Wang dan Nek Som ke?" Soal Doktor sambil mengajukan ibu jari ke arah Az.

Az mengangguk sambil tersenyum. "Ye saya. Kenapa dengan nenek saya doktor?" Soal Az mulai risau. Kalau jadi apa-apa kat nenek aku, memang kami terpaksa balik. Percutian kami hanya sekejap.

"Mereka pengsan kerana terkejut. Jangan risau jantung mereka stabil. Mereka tidak ada luka atau apa-apa. Boleh la kalau nak tengok mereka masuk wad 19 ye" ujar doktor sambil tersenyum lalu pergi meninggalkan kami.

"Jom" Az segera pergi ke arah lif. Butang naik ke atas segera ditekan dan kami menunggu pintu lif dibuka.

Setelah pintu lif dibuka, Az menekan punat 3 disitulah berada wad 19. Menunggu pintu lif terbuka di tingkat 3.

Pintu lif terbuka. Kami melangkah keluar. Keadaan gelap gelita. Tiada lampu yang dipasang. Aku pelik seakan-akan kami berada di tempat lain.

"Az, ma... mana w... wad?" Soal Syaf terketar-ketar kerana ketakutan.

Tanpa menghiraukan pertanyaan Syaf, Az berjalan menuju ke suatu tempat. Az mengeluarkan lampu suluh lalu disuluhkan ke atas terdapat papan yang bertulis 'Wad19'.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top