CeRiTa
" Az, kenapa kita jadi macam ni?" Ujarku sambil memandang langit yang hampir menginjak pagi.
"Nanti aku cerita" ujar Az lalu bangun. " Kita masih terperangkap dalam permainan 'dia' lagi. Kita kena hati-hati. Tempat ni luas. Kita mungkin sesat" ujar Az lagi.
"Sekarang dah nak pagi. Lay, sekarang pukul berapa?" Soal Fiq memandang Lay.
Lay memandang ke arah jam tangannya. Eh tak bergerak jarum? " Jam aku mati. Macam mana boleh mati ? Padahal aku beli jam tangan ni bulan lepas." Ujar Lay sambil mengetuk-ngetuk jam tangannya.
"Aku dah agak kita bukan dekat alam nyata. Kita dekat dimensi lain. Tiada manusia" ujar Fiq.
"Kita rehat jap. Aku penat. Siapa ada air?" Soal Syaf yang kelihatan lemah. Mungkin haus barangkali.
Aku pun lupa nak fikir fasal makanan minuman segala tu. Al-maklumlah cemas sangat kat tempat durjana tu.
"Tak ada la Syaf. Tahan dulu aeh? Aku pergi cari" ujar Lay lalu bangun untuk mencari sumber air.
Aku menarik tangan Lay. " Aku ikut" ujarku.
"Lay, Sha aku pergi dengan Az. Korang jaga Syaf. Takkan nak tinggal Syaf sorang-sorang perempuan kat sini" ujar Fiq lalu bangun menuju ke semak samun sana bersama Az.
Setelah mereka pergi, aku bersama Syaf dan Lay mengambil tempat duduk di sebelah pokok besar untuk duduk bersandar.
"Lay, kau jumpa Az kat mana tadi?" Soalku setelah mengingati untuk bertanyakan tentang hal itu semula.
"Macam ni cerita dia...
Lay berjalan berhati-hati untuk mencari dimana Az. Kemana pulak Az menghilang? Haish!
Tiba-tiba Lay ternampak seseorang sedang berdiri membelakangi Lay. Lay tidak nampak dengan jelas kerana suasana gelap. Tiba-tiba seperti ada cahaya terang menyuluh ke muka Lay. Lay berpaling ke arah kanan ternyata Az! Az berlari ke arah Lay.
"Lay, jom lari! Ada benda ikut kita!" Ujar Az lalu menarik tangan Lay lalu berlari ke arah berlainan dengan tempat Lay dengan Syaf dan Sha tadi.
"Az ada lubang. Masuk" ujar Lay lalu menolak badan Az untuk masuk ke dalam lubang itu. Selamat muat masuk!
Az memadam lampu. Dan mereka terdengar derapan tapak kaki menghilang. Setelah berasa selamat, mereka keluar tanpa menggunakan lampu suluh. Takut ada yang menyedari mereka. Entah la 'benda' tu apa.
Az dan Lay berlari sehingga terlanggar tubuh sasa seseorang. Az lantas menyuluh lampu ke arah tubuh sasa itu. Fiq! Huh... terasa selamat bila dengan Fiq. Fiq lantas merampas dan memadam lampu suluh itu.
" Jangan pasang, nanti dorang dapat kesan" bisik Fiq ke arah mereka.
Fiq mengajak Az dan Lay ke lorong cahaya itu. Tiba-tiba ada 'benda' yang menghalang laluan Az dan Lay. Az dan Lay berundur ke belakang.
Semasa Lay dan Az berlari ada yang mengetuk kepala Az dengan kuat sehingga Az pengsan. Lay menjerit ketakutan lalu Lay pengsan begitu sahaja.
Setelah Lay sedar dia menggoncang badan Az. Az terjaga lalu bangun.
"Kita pergi sekarang. Lorong cahaya tu mungkin semakin malap" ujar Lay lalu menarik tangan Az ke arah cahaya itu. Sehinggalah mereka terjumpa Sha.
... sampai la kitorang jumpa kau" cerita Lay bersungguh-sungguh.
"Apa 'benda' yang halang korang tu?" Soal Syaf pelik. Dahinya berkerut.
"Entah la beb, aku pun tak tau" jawab Lay.
********************************
"Thanks Az, Fiq" ucap Syaf ikhlas. Senyuman manis diberikan kepada mereka.
"Bekas ni korang ambil mana?" Soal Lay sambil mengangkat bekas yang diperbuat daripada daun besar itu.
"Kitorang jumpa daun macam tu. Lagipun besar sesuai nak letak air" ujar Az bangga sambil mengangkat keningnya. Ala-ala pandai la lh konon tu.
Lay hanya mengangguk mengerti.
Aku tercari-cari di mana air aku. Eh takkan bagi kat Lay dengan Syaf je. Aku tak ada ke?
"Kau cari apa Sha?" Soal Lay memandangku.
"Air" ujarku sepatah. "Hmm" gumamku sambil memandang ke arah Fiq. Fiq tersengih-sengih memandangku. Hah! Aku tau Fiq la ni!
"Weyh, bak air aku" ujarku memandang tajam ke arah Fiq sambil memukul-mukul pehanya.
Jadilah mlm ni sambung lain kali yahhhhh😹💦 Sorry lmbt update .. kdg2 tuh lpa nk update😹 lpa nk wt chapter .. maklumlah cuti dh abis skola dh mula😹 tata 💕😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top