BAB 9
“Tunggu Fika. Kita perlu bercakap. Kasihanlah pada aku yang mengandung ni.”
Fika menghentikan langkahnya.
“Kau nak apa lagi?” Kasar bicara Fika pada Rina.
“Ini soal masa depan aku dan anak aku. Hanya kau yang boleh tolong aku.”
Fika mencebikkan bibirnya. Menyampah gila dia melihat wajah Rina. Ada hati mahukan pertolongan daripadanya. Jangan haraplah.
“Aku nak kau tinggalkan Kimi. Jangan ganggu dia lagi. Sebab kau, dia tak nak bertangungjawab pada kandungan aku ni. Perut aku dah semakin membesar. Kalau kau tak kasihankan aku, kau kasihankanlah anak dalam kandungan aku ni. Apa aku nak jawab bila dia tanya siapa bapa dia nanti?” Rina cuba memancing simpati Fika.
“Berapa bulan?”
“Tiga bulan.”
Fika membisu sekejap. Rina direnungnya. Hati menjerit tidak percayakan kata Rina. Kimi bermati-matian menegakkan anak dalam kandungan Rina bukan benihnya tapi Rina tanpa malunya mengaku Kimi bapa kepada anak di dalam kandungannya. Mana satu yang dia harus percaya?
Rina menarik tangan Fika lalu diletakkan pada perutnya.
“Aku tak minta banyak Fika. Aku cuma minta Kimi kahwin dengan aku aje. Lepas tu kalau dia nak cipta bahagia dengan kau, aku tak kisah. Aku tak ganggu kau orang berdua dah. Tapi satu aje aku nak pesan pada kau. Hati-hati dengan Kimi sebab aku takut perkara yang sama akan terjadi pada kau juga. Aku tahu aku jahat. Banyak skandal tapi anak dalam perut aku ni memang milik Kimi. Tiga bulan kami bersekedudukkan sampailah aku bagi tahu dia yang aku mengandung. Dia terus hilang macam tu aje.”
Wajah Fika berubah. Rina pula sudah bersorak kegembiraan kerana berjaya memanipulasi Fika.
“Buat ujian DNA. Lepas tu kau jumpalah ayah dan ibu Kimi. Aku rasa mereka tak jahat nak biarkan bakal cucu mereka tak berayah. Lagi pun ayah dan ibu Kimi tahu pasal kau orang berdua, kan?”
Rina berdecit. Lain yang diharapkan lain pula yang terjadi.
“Aku cuma nak kau pergi jauh daripada Kimi. Yang lain aku tahulah nak buat macam mana. Selagi kau ada, selagi tu lah aku susah nak dapatkan Kimi.” Wajah Rina sudah berubah tegang.
“Aku dengan dia tak ada apa-apa pun. Kami dah bercerai. Tak ada apa pun yang tinggal. Kalau kau dah kemaruk sangat dengan dia, kau pergilah masuk meminang Kimi.” Kata Fika dengan tenangnya.
“Tak perlu ajar aku. Aku tahu apa yang perlu aku buat. Kau tu yang patut jauhkan diri daripada dia. Kau ganggu hubungan aku dengan dia. Elok-elok kami bercinta, kau pecah belahkan hubungan kami.”
Fika mencebik. Siapa pecah belahkan siapa. Rasanya Rina yang rosakkan perkahwinannya dengan Kimi sehingga dia terluka teruk dengan perbuatan lelaki itu padanya.
“Kau tak serik ke Fika? Nak kena tinggal lagi macam malam pertama perkahwinan kau dengan Kimi dulu. Kau yang kahwin dengan Kimi tapi aku pula yang sambut malam pertama dengan Kimi. Kau tak rasa apa-apa ke?”
Fika mengetap kuat bibirnya. Nafasnya mula tidak teratur. Ikutkan hati mahu ditampar saja wajah Rina tapi memikirkan wanita itu sedang mengandung ditahan saja rasanya mahu melempang pipi Rina.
“Terpulanglah pada kau Fika. Kalau kau masih mahu terkejarkan Kimi macam dulu, silakan. Aku tak akan halang. Sebab aku tahu, lepas Kimi dah dapat madu kau pasti dia akan tinggalkan kau macam dulu.” Rina menepuk lembut bahu Fika. Dia menyusun langkahnya untuk beredar ke tempat lain.
“Oh ya, lupa pula nak cakap. Kasihan kau, kan. Jadi isteri selama seminggu saja pada Kimi sedangkan kau langsung tak diiktiraf sebagai isteri. Dia kata…”
Rina mendekatkan sedikit bibirnya ke arah telinga Fika yang tersembunyi di sebalik tudungnya.
“Dia jijik dengan kau…”
“Hoi!”
Mati lamunan Fika bila disergah Salmi. Hilang wajah Rina yang menyakiti hatinya semalam. Salmi tidak tahu kerana dia merahsiakan perkara itu daripada Salmi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top