#4
''Kenapa you buat I macam ni.I dah minta maaf..Susah sangatkah you nak maafkan I.Memang betul I tak cintakan you.Tapi itu dulu.I sayangkan perkahwinan ini..Please..I dah penat bergaduh dengan you macam ni..''Aku merayu.Demi keluarga ini.Demi kandungan ini,akan aku cuba pertahankan ikatan ini.Aku sayangkan dia.
''I tak mampu nak maafkan semua perbuatan you.Kenapa you tak pernah nak berterus-terang?Kenapa you tak bagi tahu saja yang you terpaksa berkahwin dengan I.Berkahwin semata-mata kerana duit I!Sanggup you tinggalkan boyfriend you sebab duit sahaja kan?Sanggup tinggalkan orang yang you cinta semata-mata duit.Tak mustahil suatu hari nanti,you juga bakal tinggalkan I macam tu saja!''
''Tak..You silap!Memang pada mulanya begitu.Tapi I memang cintakan you.Please Riz..Percayakan I.''Ternyata aku tidak sekuat mana.Airmata yang cuba aku pertahankan akhirnya jatuh,tanpa dapat aku bendung lagi.
''Jangan sia-siakan airmata you,Sya..Walau airmata darah sekalipun,i takkan pernah percayakan you lagi..Dengar Sya..Alang-alang you dah tahu pasal I dengan Myra.Hujung bulan ni,sama ada you restu atau tidak.I akan tetap dengan keputusan I.I akan berkahwin dengan Myra..''
Betapa rapuhnya aku saat ini.Tercalar demi sebuah kenyataan.Walau sudah lama aku mengetahuinya,namun bila kata-kata ini meluncur laju dari bibir suami ku sendiri.Hati ini tetap retak seribu!
''Sampai hati you buat I macam ni Riz..Myra tu kawan I..Sanggup you dan Myra buat I macam ni.Tikam I sampai hati I hancur macam ni..Langsung tak bagi I peluang untk tebus segala kesilapan I.''Nampaknya..Tiada apa-apa yang mampu aku pertahankan lagi.
''I dah tak nak dengar semua tu lagi!Cukuplah.I akan keluar dari rumah ini sekarang juga!''Dan tanpa menoleh lagi,dia terus berlalu pergi.Hatinya yang cukup dingin,tidak mampu lagi aku cairkan dengan segala kata-kata maaf.Kerana bagi diri dia,aku tak ubah seperti pelacur.Yang memperhambakan diri demi wang ringgit.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top