#21

Ahh..Semuanya sudah berlalu.Tiada apa lagi yang tinggal.

''Maafkan abang Sya.Kalaulah abang tak buta selama ini.Kalaulah abang tak pernah silap menilai ketulusan hati isteri abang ini.Kita takkan jadi macam ni Sya..''


''Apa yang kau merepek ni Rizman.Kau tak nak maki aku lagi ke?Kan aku pernah cuba nak bunuh isteri kesayangan kau tu!Dan aku buat sekali lagi!''Aku hampir terjerit bila dia berubah seratus peratus.Bukan dulu aku ni hanya layak dimaki hamun ke?Kenapa bicaranya terasa begitu lembut?Tiada lagi nada marah pada kata-katanya.


''Abang dah tahu semuanya.''Dia tahu?

''Maksud you?''Terasa semuanya bagaikan mimpi.Takkan semudah itu?''Abang ada masa tu,Sya.Abang dah dengar segala-galanya.''Arggh..Untuk apa lagi.Setelah hati ini terluka dengan sangat dalam.Tiba-tiba saja dia datanng untuk mengubati luka ini sedangkan dialah juga penyebabnya.

''Maafkan abang,sayang..Sebelum Myra menghembuskan nafas yang terakhir..Dia sempat meminta ampun.Dan dia juga berharap,Sya mampu maafkan dia..''

Myra..Airmata ku mengalir perlahan.Beginikah kesudahanya..


''Myra,dia..?''

''Iya,Sya.Myra dah tak ada.Dan dia berikan ini untuk Sya..''Sepucuk sampuk berwarna biru,warna kegemarannya bertukar tangan.

''Myra..''Terasa ada kekosongan yang hadir.Terasa separuh dari jiwa ini hilang.Rupanya selama ini,walau sesakit mana pun sengketa ini berlangsung.Rasa sayang ku terhadap dia masih lagi mengunung.Tak pernah sirna.

Aku sudah tidak mempedulikan kepala yang kian memberat.Terasa ada kesakitan yang menyucuk di dalamnya.

''Riz..Myra..''Dan tanpa dapat aku melawan lagi,tubuh ini kaku di dalam pelukannya.Setelah sekian lama.Ada ketenangan yang datang.

''Syuuhh..Maafkan dia,sayang.Dan abang juga ingin memohon seribu kemaafan sebab tak pernah percayakan Sya selama ini..''

''Macam mana boleh jadi macam mana boleh jadi macam tu,Riz..?''

''Dia mengalami pendarahan Sya.Dan anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan.Keadaan kandungan Myra selama ni memang agak lemah.Walau di awal kandungan pun doktor dah sarankan dia gugurkan saja,tapi dia tetap berdegil.''Rizman semakin teresak.

Aku tahu,sayangnya pada Myra tak mungkin akan hilang begitu saja.Setelah begitu lama,mustahil rasa sayang itu akan hilang dalam sekelip mata.

''Mungkin ini balasan abang,Sya.Yang tak pernah sekalipun,mencelikkan mata.Menilai dengan mata hati atas semua yang berlaku.''Rizman sudah teresak lagi.

Sayunya hati ini.Walau sekejam mana pun Myra,dia tetap pernah menjadi orang yang paling rapat kepada ku.Yang telah ku anggap seperti adik sendiri.Cuma keadaan yang memaksa kami begini.Terpaksa berdendam hanya kerana cinta yang tidak kesampaian.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top