#17

''Kenapa diam?Mesti kau dah tak ada apa-apa lagi untuk dipertahankan,kan?''

'Kau betul Myra..Aku memang dah tak ada apa-apa lagi.Tapi aku dah tak peduli dengan semua tu.Lagipun,aku tetap bahagia walau tanpa Rizman.Tanpa keluarga yang sepatutnya mempertahankan aku.Membela nasib ku,tapi itu dulu.Sekarang,walaupun tanpa mereka hidup aku tetap bahagia..''

''Sebab kau ada Zaf bukan!''Matanya mencerlang garang.Aku tahu,dia masih berdendam dengan kami.Tapi dia silap,aku dan Zafrie tidak pernah bersalah dengan sesiapa pun.Memang Zafrie pernah menyimpan rasa cinta untuk diri ini.Tapi setelah aku tolak dengan cara baik,dia dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.Namun Myra,dia salah bila Zafrie lebih 

memilih ku berbanding dirinya.Dan hanya kerana itu,dia begitu berdendam dengan kami.

''Aku tak pernah menafikan itu Myra,tapi aku juga nak kau tahu.Aku dan Zaf bukan seperti apa yang kau sangka kan.Dia adalah sebaik-baik kawan yang aku ada.Seorang teman yang cukup memahami aku.Seorang teman yang sanggup bersusah-payah dengan aku.Tapi percayalah..Kami hanya berteman dan semua tu takkan pernah melebihi rasa sayang seorang teman pun.''Bersungguh aku menerangkan kepada Myra.Berharap,sengeketa ini akan berakhir setelah sekian lama.Dengam masa yang semakin singkat,aku harus memastikan agar semuanya jelas.

''Myra..Kau kenal aku kan?Aku takkan pernah sanggup untuk sakitkan kawan baik aku sendiri.Kenapa kita jadi macam ni Myra?''Aku cuba meraih tangannya.Namun belum sempat tangan kami bertaut,tertanya hati Myra sekeras kelikir.Masih belum mampu ku lembutkan seperti kerak nasi.

''Aku takkan pernah percayakan kau lagi Sya..Kau tahukan,betapa aku sayangkan Zafrie.Aku sanggup lakukan apa saja demi dia.Tapi,kenapa dia lebih memilih kau berbanding aku!


Kau tahukan,betapa selama ini aku hanya memandang dia.Mencintai dia.Tapi kenapa kau buat aku macam ni ha!Kenapa kau sanggup rampas dia dari aku!''Myra semakin meninggikan suaranya.

''Dan berkali juga aku jelaskan,aku dan Zaf tak pernah bersalah dengan sesiapa pun.Kau sepatutnya sedar,andai Zaf tidak memilih kau.Aku juga tidak akan sekali-kali bersama dengan dia.Sebab dalam hati ini,sudah ada seseorang yang berjaya bertaktah.Terlebih awal menyambut salam cintanya.''Sebaknya bila terpaksa bersengketa dengan kawan sendiri.Dan sekali lagi hati ini bagaikan dirobek bila mengingati masa lalu yang begitu manis terasa.Namun tidak pernah ku duga,manisnya bak madu.Hilang bila ditelan,manisnya hanya sekejap cuma.

''Aku tetap tak mampu maafkan kau Sya.Dan aku juga nak kau rasa,betapa peritnya bila cinta kita dikhinati.''Myra ketawa dengan lantangnya.Aku seperti sudah tidak mengenali dirinya lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top