#14

''Umi..''Aku tersenyum.Dia permata hati ku.Si jantung hati ku.Menjadi pengubat dikala duka.Penghibu dikala gembira.

''Kenapa sayang umi ni tak tidur lagi?''Lantas tubuhnya ku sapa ke dalam pelukan.Anak dara ku yang sorang ni.Aku mengeleng perlahan.

''Saja tunggu umi..Dah lewat sangat ni.Tok dan opah pun dah masuk tidur..''Aku mengambil nafas panjang.Memang hari ini aku lewat dari biasa.

Dengan apa yang berlaku hari ini.Ternyata tubuh ini tidak mampu mengalas keperitan ini lagi.

''Umi nangis ya..''Lalu si kecil itu menyeka airmata ku perlahan dengan kedua telapak 

tangannya.

''Tak..Mata umi masuk habuk sayang..''Lalu dahinya ku kucup mesra.Ya Allah..Bagaimana nasib Alia selepas ini.Tubuh kecil itu hanya diam sambil membalas dakapan ku dengan erat sekali.Seperti dia cukup memahami keperitan yang aku tanggung 

selama ini.

''Alia sayangkan umi..''Sekali lagi airmata ini tumpah.''Umi juga sayangkan Alia.Sayang..''Lalu pelukan semakin dieratkan.

************************************************************

''Alia suka yang mana?''Anak kecil itu mengerutkan dahi sambil tangannya mengurut dagu.Lagaknya sangat serius.''Dah buat keputusan nak yang mana satu?''Aku masih mahu mengujinya.''Alia peninglah umi..Tak tahu nak pilih yang mana satu.Semua pun cantik-cantik.Mata Alia pun dah naik 'bling-bling'..''Bling-bling yang membawa maksud,Alia rambang mata.Semua pakaian di butik ini memang cantik-cantik belaka.

''Umi rasa mana satu yang sesuai dengan opah?''

''Umi rasa ambil yang warna biru ni sajalah ya?Ke Alia rasa warna hitam ni lagi cantik?''Seronok rasanya bila keluar membeli-belah dengan Alia.Dengan telatahnya yang mencuit hati,kadang-kandang kami akan bertelingkah menegakkan pendapat masing-masing.

''Ambil yang baru sajalah umi..Sesuai dengan kulit opah.''Lantas jubah berwarna biru itu menjadi pilihan kami.

''Umi..Lepas ni kita pergi makan KFC boleh?''Dengan wajah yang sengaja dicomelkan,Alia memujuk aku lagi.

''Alia nak makan sini atau take away?''Jam baru menunjukkan dua petang.Penat rasanya menghabiskan masa seharian ini bersama si kecil.Walau baru berumur 6 tahun.Namun dia lagi matang dari usia sebenar.

''Alia dah penat ni.Kita makan sini sajalah umi.Nanti kita tanya opah dengan tok nak makan apa.Boleh umi?''Kaki yang lenguh perlu aku rehatkan.Akhirnya kami membuat keputusan untuk melepaskan lelah di KFC saja.

Namun tidak ku duga.Rupanya kisah ini tidak berakhir di sini saja.Rupanya aku tidak mampu mengelak walau sudah berulang-kali aku mencuba.Bila masanya tiba,bila takdir sudah tersurat dan bila pertemuan yang tak terduga ini akhirnya berlangsung setelah hampir tujuh tahun berlalu.

Tujuh tahun yang sangat panjang dan berlalu begitu saja.Tujuh tahun tanpa penjelasan,tanpa pembelaan dan tanpa diberi peluang hak untuk bersuara walau sekalipun.Jelas wajah pucat Myra dan wajah terkedu Rizman menyapa pandangan ku.

''I'm sorry uncle..Sorry aunty.Alia tak sengaja.''Wajah Alia yang jelas rasa bersalah ku amati dengan seribu rasa.

Ternyata pertembungan ini bakal melakar kisahnya yang tersendiri.Degupan jantung ku tidak senada.Mujur kudrat ku masih mampu menghadang tubuh ini dari terus terduduk,memperlihatkan kelemahan diri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top