BAB 4
"IVY, nanti naik Diamond eh?"
Sebaik sahaja dia mendengarkan permintaan itu, muka Ivy berubah serta-merta. Dari ceria kepada cemberut.
"Kenapa nama aku lagi yang kena naik atas? Shift aku dah habis, kan?" Pergerakan tangan yang tadinya cekap bekerja mengutip cawan-cawan kosong jadi terhenti seketika.
"Hari ni kita tak cukup orang. Jimmy MC sebab food poisoning." Beritahu Lee dengan muka yang penuh berharap. Lee itu penyelia bagi semua staf bahagian dapur. Lee adalah orang yang bertanggungjawab membawa Ivy masuk ke dalam kelab malam tersebut.
Orangnya baik. Cuma kadang-kadang menyebalkan. Semua benda nak suruh Ivy buat. Macam hanya dia seorang sahaja pekerja yang ada dalam The Vook itu.
"Habis kalau Jimmy tak ada, bukannya tak boleh jalan langsung dekat atas tu. Kan ada Annie, ada Fara, ada Didi dekat situ." Setakat kurang seorang, apalah sangat nak dirisaukan? Diamond tu tempat VIP. Bukan ramai orang sangat pun.
Ivy dekat tingkat satu ni, lagi tak menang tangan. Bersilat ke sana dan ke mari. Kejap hantar pesanan, kejap kemas meja. Maklumlah, hari esok cuti umum. Berduyun-duyun manusia pun datang mencari hiburan di kelab malam tersebut.
Itu pun ada hati lagi nak suruh dia naik ke Diamond. Padahal dalam jadual, Ivy dah bertugas di Diamond bulan lepas. Bulan ini, dia bekerja di tingkat satu.
Tapi nampaknya macam hari-hari aje dia kena menapak ke tingkat tiga yang menempatkan lantai untuk orang-orang kaya berhibur. Buang ajelah jadual tu kalau setiap kali ada orang cuti atau pekerja tak cukup, nama Ivy aje yang naik untuk jadi ganti.
Mentang-mentang dia yang paling muda, dia ajelah yang kena buat semua benda.
"Ivy, tolonglah naik kejap. Malam ni je." Lee merayu lagi.
"Semalam pun kau cakap macam tu." Ivy mendengus kasar. Benci datang hanya membayangkan dia bakal terserempak dengan penghuni Diamond yang rata-ratanya gatal!
"Okey, aku janji. Kali ni last kau naik atas. Lepas ni aku tak minta dah sampai jadual kau datang semula."
Ivy pindahkan kain lap meja dekat tangan Lee. "You better keep your promise Lee," dan dia berlalu pergi dengan hati yang sebal.
MELIAR mata Ivy memandang ruang yang mana suasananya jauh lebih tenang dan luas dari tingkat-tingkat lain yang ada di The Vook. Ruang ini tidak ada bezanya dengan tingkat di bawah.
Tetap juga dipenuhi dengan orang yang mengejar nikmat dunia yang sementara. Cuma, hiburannya lebih 'liar', dan lebih privasi sesuai dengan duit yang dilaburkan, lebih juga.
Penghuninya datang dari golongan elitis bermuka-muka. Depan umum, malaikat tiada cela, tapi di Diamond, perangai masing-masing tak ada beza dengan syaitan celaka.
Ada yang terkinja-kinja menari, ada yang tersadai di atas kerusi berkucupan sesama mereka, ada juga yang duduk sahaja bersembang-sembang.
Macam-macam ragam manusia dia lihat. Ivy majukan langkahnya pergi ke sebuah bilik karaoke bernombor tiga. Belum masuk pun lagi telinga Ivy dah rasa macam nak bernanah. Macam-macam bunyi kedengaran dari dalam.
Dia tarik nafas dalam-dalam, kemudian dia hembuskan.
"Senyum, hantar order, blah." Cepat masuk, cepat Ivy boleh keluar. Usai mempersiapkan mentalnya, Ivy pun ketuk pintu sebelum masuk. Carutan kuat hampir terlepas apabila pemandangan tidak senonoh terhidang di depan mata tanpa dia pinta.
"Pergi cari biliklah, bodoh." Gumamnya dia perlahan.
Ivy tundukkan pandangan, pura-pura tak nampak dan tak dengar apa-apa. Bertahun-tahun di situ tidak membuatkan Ivy lali, malah makin geli dengan semua yang dia lihat.
Ivy cepat-cepat sudahkan kerjanya, memindahkan segala makanan dan minuman dari atas troli ke meja untuk dihidangkan. Buta mata Ivy nanti lama-lama duduk dekat bilik tu, jijik!
"Eh, kau nak blah pergi mana?!"
Terpaku kaki Ivy ke lantai saat dijerkah secara tiba-tiba begitu. Masih dengan tunduknya, Ivy buka mulut. "Saya dah siap hantar order. Jadi saya nak keluar, sir."
"Mana air aku? Kenapa ada sebotol je? Aku order dua, kan?!"
Ivy dah jadi sebal dengan suara tinggi lelaki itu. Sepesen aje orang-orang kaya ni. Cakap elok-elok tak boleh ke? Ini tidak, setiap masa nak menempik. Ingat orang lain ni pekak ke apa?
Dengan rasa bengang yang tertanam di dalam hati, Ivy angkat muka untuk menjawab tapi tak sampai sesaat, kepalanya lekas ditundukkan semula.
Datuk Jerry! Apa dia buat dekat sini?!
"Oi, si bodoh! Kau pekak ke? Mana air aku lagi sebotol?" Kasar bicaranya, memang sah itu Datuk Jerry.
Serta merta Ivy diserang rasa gemuruh yang hebat. Haba suam menjalar ke serata muka sementara tangan, meliar dengan rasa sejuk.
Macam mana Ivy boleh lupa yang Datuk Jerry itu masih wujud di atas muka bumi ini? Tiga tahun di Vook, tak pernah sekalipun dia nampak kelibat bapa angkatnya di mana-mana, kenapa tiba-tiba hari ini dia muncul pula?!
"Sorry, sir..."
"Sir kepala otak kau! Aku ada Datuk! Panggil aku Datuk."
Senget bibir Ivy tersenyum sinis di sebalik tunduknya yang dalam. Orang tua gatal itu masih tidak berubah. Taksub benar dengan pangkat Datuk dia itu.
Pernah sekali ketika dia mula-mula diambil menjadi anak angkat Datuk Jerry, Ivy ditampar sampai bengkak sebelah pipi gara-gara tidak memanggil lelaki itu dengan gelarannya.
Ingatkan tiga tahun sudah berlalu, eloklah sikit perangainya. Sama aje rupanya.
"Sorry, Datuk. Sekejap saya ambilkan sebotol lagi air dan hantarkan ke sini. Sebentar ya." Kepala masih menunduk ke dalam, perlahan Ivy mengundur untuk meloloskan dirinya dari terus berada di dalam bilik tersebut.
Tak nampak dengan mata tapi kuat firasatnya berkata yang mata lelaki gempal itu sedang dipanahkan ke arahnya.
"Please, jangan cam. Please..." bisik Ivy cukup perlahan ketika pintu hampir sahaja tertutup.
"Tunggu!"
Pegun dia berdiri di muka pintu sambil menyeringai dalam tunduknya. "Kenapa, Datuk? Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?" soal Ivy dengan suara yang sehabis baik dia sembunyikan getarnya,
"Kejap, kenapa aku macam pernah nampak kau eh?" Entah apa yang menarik minat si tua itu, Datuk Jerry sudah pun berdiri di hadapan Ivy. Bukan main lagi bersungguh menunduk nak tengok muka dia.
"Datuk salah orang kut. Sorry, saya pergi ambilkan air Datuk ya."
Tak tunggu Datuk Jerry cakap apa, terus Ivy mencicit keluar dari bilik luas itu.
Troli dia tinggalkan aje di tepi pintu. Dia kira dirinya sudah selamat, tapi apabila ditilik ke belakang, Ivy dapati Datuk Jerry masih mengejar langkahnya.
"Hei budak, tunggu!"
"Bodoh! Ikut aku buat apa?" Ivy luaskan bukaan kakinya dan menyusup di celahan manusia. Sekejap aje dia sudah sampai ke kawasan tangga kecemasan dan berlari ke mendaki naik ke bumbung.
Sepuluh minit dia tunggu, mana tahu Datuk Jerry muncul di mana-mana. Tak ada, Datuk Jerry tak dapat ikut jejak Ivy. Rasa lega bertamu di hati buatkan Ivy mengurut dada, lega!
Kawasan bumbung yang lapang itu diperhatikan sekilas. Lengang sebab tak ramai yang suka naik ke tingkat paling atas ini.
Ivy seluk tangan ke dalam seluar tiga suku betisnya. Gontai dia berjalan pergi ke satu meja kosong betul-betul tepi penghadang tingkat 5 itu. Pemandangan mewah KLCC pada waktu malam terhidang di depan mata.
Ivy mengeluh tanpa dia sedar teringatkan Datuk Jerry.
Perlahan, memori lama singgah kembali.
Imbas Kembali,
"HELLO." Ivy tolong angkat panggilan telefon Datuk Jerry yang dah dekat tujuh kali berbunyi itu. Datin Mel yang telefon. Patut ke Ivy tolong angkatkan? Agak-agak Datin Mel akan maki Ivy ke kalau kejap lagi suaranya yang menyapa telinga dia?
Telefon tetap berdering kuat, kali ini panggilan yang kelapan.
"Ivy, angkatlah telefon tu. Bisinglah!" Cemuh Suhana si pembantu rumah Datuk Jeryy dan Datin Mel yang paling suka membuli Ivy. Dari tadi lagi dia tak habis-habis paksa Ivy untuk jawab panggilan Datin Mel.
Dia tak nak buat lepas tu memekak suruh Ivy. Sengajalah tu, tak nak kena maki.
Akhirnya Ivy membuat keputusan berani mati untuk menjawab panggilan itu. "He, helo."
"Helo! Kenapa you susah sangat nak angkat telefon ni, ha?!" Terpejam mata Ivy menahan rasa bingit yang singgah ke telinga. Tak payah buka pembesar suara, suara Datin Mel dah sedia kuat!
"Helo Datin, ini Ivy." Ivy beranikan diri perkenalkan dirinya supaya dia tak perlu dengan sumpah seranah wanita tua itu kepada suaminya dengan lebih lanjut.
"Mana Datuk? Apasal kau yang angkat call pula?"
"Er, Datuk naik atas tadi. Telefon dia tertinggal dekat bawah."
"Patutlah aku call sejuta kali tak diangkat! Pergi bagi telefon ni dekat dia sekarang!"
"Okey Datin. Saya hantarkan kejap." Ivy terus berlari mendaki tangga ke tingkat tiga hingga nafasnya mencungap. Mahu segera sampaikan telefon kepada pemiliknya.
"Dah jumpa ke belum?!"
"Kejap Datin, saya tengah cari Datuk." Kata Ivy sambil cuba mengenalpasti di mana kedudukan Datuk Jerry.
"Lembap betul kau ni, cepat sikit!"
Aduh! Mana pula Datuk Jerry pergi ni? Ivy dah buntu hendak cari di mana. Habis setiap bilik yang ada dekat tingkat dua itu Ivy pergi, semua kosong. Dekat ruang tamu tak ada.
Solusi terakhir, Ivy cuba cari lelaki itu dalam kamar tidurnya.
Tok, tok, tok.
Dengan penuh debar, Ivy ketuk pintu. Seandainya Datuk Jerry memang ada di dalam dan sedang tertidur lalu kedatangan Ivy itu membangunkan dia dari lenanya, habislah. Memang Ivy kena bersiap sedia untuk kena tampar.
Tiada respon. Lagi sekali buku limanya dihayunkan sampai kena ke permukaan pintu. "Datin, saya dah ketuk pintu bilik tapi Datuk tak buka."
"Buka aje la pintu tu. Apa yang bengap sangat sampai benda mudah macam tu pun tak boleh fikir?"
"Tapi Datin..."
"Tapi apa?!"
"Tak apa ke?" Belum buka pun lagi tapi Ivy dah boleh rasa macam bala akan menimpa dia.
"Aku cakap buka, buka aje la! Kalau orang tua tu tengah membuta, kejut. Aku nak cakap dengan dia cepat ni!"
Ivy pasrah, Tak mengapalah. Tak buka pintu kena maki dengan Datin Mel, kalau buka pintu pula kena sumpah dengan Datuk Jerry. Tak ada beza pun.
Memikirkan hal itu, Ivy beranikan diri untuk pulas tombol pintu.
Klik!
Tak berkunci. Dengan sangat berhati-hati, daun pintu ditolak dari luar. Tak perlu dibuka dengan luas Ivy dah nampak apa aktiviti Datuk Jerry di dalam bilik sana hingga telefon terlepas dari tangan
Sepantas kilat pintu ditutup semula. Langsung lupa akan tugasnya untuk sampaikan telefon dekat si tua itu.
Baru Ivy nak lari, Datuk Jerry tiba-tiba muncul depan matanya hanya bertuala separas pinggang. Terus pipi Ivy dicengkam kuat hingga mukanya terasa kebas.
"Kau bagi tahu perempuan tua tu, aku bunuh kau!"
"BERANI kau buat cerita pasal suami aku? Dasar budak tak sedar diri, tak kenang diuntung! Aku kutip kau, lepas tu kau buat cerita pula buruk-burukkan laki aku!"
Ivy pegang rambutnya yang dicekak kasar oleh Datin Mel. Sakit, tapi dia tahan. Ivy tak mahu menangis, tak mahu tunjuk lemah sebab dia tak bersalah!
"Kau berambus sekarang, ambil semua barang-barang kau. Keluar dari rumah ni!" Datin Mel tolak Ivy sampai dia keluar dari pintu utama rumah agam itu. Dari tempatnya berdiri, Ivy boleh nampak senyum mengejek tersungging di bibir Datuk Jerry.
Ada seekor syaitan bertopengkan manusia sedang tersenyum.
Bahagia pekungnya tidak terbongkar. Bangga apabila ada manusia lain yang boleh dipersalahkan atas kekejiannya.
Manusia... iblis.
Imbas kembali tamat
"PERNAH dengar, a perfect view with a perfect person would make a perfect moment." Satu suara yang muncul tiba-tiba memecahkan lamunan panjang Ivy.
Sedetik kepalanya menoleh hanya untuk menemukan dia dengan seseorang yang bertubuh tegap dan tinggi sedang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu, lelaki yang sama menghuni meja bernombor tujuh.
Setelah dua minggu tidak bertemu, macam mana pula lelaki itu tiba-tiba ada di sini?
Postur badannya sama dengan Ivy, tangan kedua menyeluk saku sambil mata pandang ke depan,melihat KLCC.
"Says who?"
Lelaki itu menoleh, menundukkan kepalanya sedikit. Pandangan segera beralih daripada KLCC ke arah Ivy.
"Says Adha."
Terjungkit kedua-dua belah kening Ivy. "Adha? Siapa tu? Penulis?"
Lelaki itu menggeleng. "Nope... just a man, with lil heart."
Ivy mengangguk. "If Adha says that, then Ivy says this, a perfect moment doesn't need another reason to happen; it just happens, even when someone is alone in the middle of the dark."
"Siapa Ivy? Pemuisi ke?"
"Nope. Just a small girl, with big heart." Jawab Ivy dengan ayat yang sama seperti lelaki itu.
Dari ekor mata Ivy nampak lelaki itu tersenyum nipis seterusnya bertukar menjadi gelak kecil yang... merdu.
Lelaki itu sudah berpusing menghadap Ivy menampakkan wajahnya yang tampan itu, Tangan satu dia keluarkan dari poket, kemudian dihulur lurus memulakan salam perkenalan. "Adha."
Ivy lihat tangan Adha, tak tunggu lama untuk salamnya bersambut, "Ivy."
"Ivy?"
"Kenapa dengan nama I?"
Adha tersenyum lagi. "Ivy... is a poisonous plant, represent eternity and evergreen qualities, and is also a symbol of faithfulness. Your name is pretty."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top