Isteri Tuan Ihsan -Bab 7

Mata digosok-gosok. Pedih. Aduh! Kenapa sakit

kepala pulak ni? Pening. Haa... Mesti sebab lambat tidur

semalam. Seroja menarik nafas sedalamnya. Pelupuk mata

terasa berat semacam.

'Hah? Semalam?'

Laju mata dibuka. Ingatan tentang semalam berlegar

di kotak fikiran. Bola mata meliar melihat sekeliling. Dalam

bilik. Seroja bingkas bangun. Tangan menggaru kepala. Rambut

yang kusut masai dibiarkan saja. Direnung tubuh yang sudah

berbalut baju tidur kegemarannya. Tangan diletak ke pipi. Nafas

dilepas kemudian dihela panjang. Senyum. Ah! Rasa macam

mimpi. Rasa macam terbang di awangan. Seronok sungguh

dilayan seumpama puteri!

'Tuan Ihsan, you surprised me!'

"Wake up sleepy head!"

Rasa seperti hendak tercabut jantung dibuatnya. Baru

aje nak berangan pakai baju pengantin. Cis! Pintu bilik dikuak

luas. Seroja menceber. Ingatkan dah melingkup kat kelab

semalam? Boleh pulak bangun awal pagi terus ke rumah orang?

Mata dijulingkan ke atas.

"Awal betul korang ceroboh privacy aku eh? Macam

mana boleh menyelinap masuk lagi ni?"

Jam di dinding dilirik. Oh! Sudah pukul 9 pagi.

Huargh! Menggeliat Seroja dengan sepuas-puasnya. Tubuh

cuba direnggangkan perlahan-lahan.

Tanpa bicara dan rasa bersalah dengan pertuduhan

yang dilemparkan, Violet dan Fathin yang tersengih-sengih

terus mendarat ke atas tilam.

"Alah! Setakat masuk ke sini... aku ni dah berkecimpung

dalam bidang menyelinap keluar masuk rumah dari kecik

kut. Alangkan Abang Yusri bodyguard pro pun aku mampu

perdaya..." Kembang kempis hidung Violet memuji diri sendiri.

Seroja buat muka. Kagum betul dia dengan dua orang

gadis ini. Satu tahap IQnya boleh bikin keliru, bengong sikit

punya tinggi, tapi boleh masuk U. Yang satu lagi, nampak

macam sangat bijak, tapi sebenarnya dia nampak bijak sebab

dia memang pandai berlakon! So drama queen, okay? Amboi,

mengutuk... tahap tak sedar diri sendiri, Seroja?

"Jangan nak tipu. Kita dapat keluar semalam sebab

Kak Maznah tolong korang selinap masuk, kan?"

"Hehe... Sikit lagi kering air mata Fathin dengan aku

berlakon punya pasal. Punya syahdu aku buka hikayat pasal kau

supaya Kak Maznah terasa. Kes kau jadi murung, cerita sedih

kau, siap jaja kau anak yatim... bla bla bla... Apalagi? Last-last,

dengan Kak Maznah sekali join buat drama air mata. Terus saja

dia tolong kita orang susup masuk pintu belakang. Abang Yusri

and gang pulak mana nak sedar kalau dah Kak Maznah saji

dengan sherperd's pie hasil air tangan chef peribadi pak cik hot

kau!"

Huisy! Kembang kempis hidung Violet dek rasa

bangga. Padahal, seisi banglo pun dah tahu helah diaorang,

tinggal cuba sedaya upaya untuk buat-buat tak tahu aje. Semua

pun untuk si gadis bernama Seroja. Gadis nakal yang mula

mencuri perhatian mereka semua pekerja Tuan Ihsan.

"Oh, my God! Seroja Irdina!" Terbeliak mata Fathin.

Mulut terlopong. Kedua tangan dikipas-kipas di muka. Memang

drama!

"What?"

Cuak pula Seroja. Lain macam betul cara pandangan

Fathin kepadanya. Segera dia turun dari katil berlari menghadap

cermin di meja solek. Rambut dibelek. Kusut sikit aje. Jari

mengirai helaian rambut. Muka pula dibelek.

'Takde jerawat pun? Memanglah masih belum basuh,

tapi, cute apa? Huh! Nak kena Fathin ni.' Mulalah Seroja rasa

nak berlatih sparring dengan Fathin! Saja nak buat gempak di

pagi hari. Mujur kelas tak ada hari ini. Kalau tidak, sudah pasti

buat mood Seroja lari.

Yalah tu, Seroja... Mood lari? Alasan nak ponteng kelas

eh?

Kemudian, mata menangkap kilau yang tersemat di

pergelangan kanan. Seroja terpaku melihat biasan di cermin

besar itu.

'Itu, bukan... homaiii...'

"Argh!" Jeritan Seroja bergema.

"Argh!" Violet buat duet pula.

"Argh!" Fathin saja buat meriah!

Seperti orang gila, ketiga-tiga anak gadis itu

melompat-lompat di atas katil. Teruja sungguh mereka,

sedangkan gelang berlian itu hanya tersalut di tangan seorang

saja.

Puan Maznah yang seperti pelari pecut menerjah ke

bilik Seroja. Siap ada pengiring lagi. Beberapa orang pembantu

juga bergegas untuk memeriksa apa juga yang terjadi di dalam

bilik anak dara dalam banglo ini.

Merinding bulu roma Puan Maznah mendengar jeritan

mereka bertiga. Ingatkan apalah yang sudah berlaku. Mana

tahu Seroja jatuh sakit penangan kejutan Tuan Ihsan semalam?

Hailah... Beruntung Seroja...

Puan Maznah koyak senyum teringat kenangan

semalam. Seisi banglo seakan berposing buat gambar keluarga

di panel tingkap. Mengintai!

Belum pernah lagi Puan Maznah saksikan sisi lain

seorang Tuan Ihsan. Sisi yang romantik! Tak sangka betul.

Seingat Puan Maznah yang sudah berkhidmat berbelas-belas

tahun dalam banglo itu, tidak pernah Tuan Ihsan memberi

perhatian dan berbelanja sebanyak itu untuk seorang

perempuan. Ramai perempuan yang cuba mendekati tuannya,

tapi hanya Seroja yang buat Tuan Ihsan berperangai pelik sekali.

Contohnya, masuk akal atau tidak... Tuan Ihsan yang

begitu serius dan fokus dengan kerjaya, boleh saja tinggalkan

urusannya di Jakarta hanya untuk Seroja? Puan Maznah tahulah!

Sebab Ratnah yang cerita. Ratnah kan pembantu peribadi Tuan

Ihsan. Untuk Seroja, bukan main hebat rancangan Tuan Ihsan

nak menggembirakan anak gadis itu. Dengan satu panggilan

sahaja, semua sudah diatur seperti yang Tuan Ihsan mahukan.

Tersipu-sipu pula Puan Maznah di muka pintu apabila teringat

pesanan Tuan Ihsan.

'Maznah, pastikan semuanya sempurna.'

'Ya, tuan. Jangan susah hati.'

'Err...'

'Ada apa lagi tuan?'

'Awak rasa dia suka tak? Err... Awak jangan

salah faham tau? Saya nak pastikan

semuanya baik, supaya dia tak membebel

pulak karang!'

Wah! Ayat Tuan Ihsan itu, buat Puan Maznah

tersengih-sengih! Macamlah Tuan Ihsan nak lamar dia. Adoi...

Manis jugak tuan dia ni.

'Beruntung kau Seroja oii. Kalau jadi, tak lama lagi

bujang terlajak ni, err... okey, terlajakkkkk ni... boleh kau buat

suami!' bisik Puan Maznah dalam hati.

Puan Maznah halau angan sendiri pasal semalam.

Tangan menepuk-nepuk dahi. Hesy... Tuan Ihsan, Tuan Ihsan.

Orang bodoh aje yang tak nampak, ada sesuatu di situ. Alah!

Sesuatu... macam cerita Kuch Kuch Hota Hai tu!

"Kak!"

"Oh, mak kau meletup! Eh! Romantik! Eh! Nak

Kahwin! Hesy!" Puan Maznah urut dada. Ringan pula tangan

hendak menunjal dahi Yusri yang sudah macam kambing sakit

gigi itu.

"Kenapa akak ni, berangan siang buta! Nak kahwin lagi

ke kak?"

Puan Maznah belanja jelingan tajam. Laju tangan

mencubit lengan Yusri.

"Kau jangan nak mengada-ada! Akak menjanda dah

lama, tak mahu fikir lagi pasal kahwin mahwin ni!"

"Sorrylah, kak. Janganlah sentap. Hah, kenapa dia

orang terjerit tu? Orang-orang saya siap bersedia nak load

peluru dalam pistol tu, kak!"

"Kau tengoklah sendiri."

Yusri jadi terlopong. Ini dah kenapa ni? Mati-mati dia

ingat ada yang kena rompak ke, kena culik ke... Alahai! Yusri

bercekak pinggang. Jelas kelihatan Seroja, Violet dan Fathin

masih buat aksi budak perempuan umur lima tahun! Hmm...

dah macam arnab aku tengok! Terlompat-lompat!

"Dah! Sudah! Pergi turun bawah. Bilik perempuan

bujang kut? Bukan main mata kau eh?"

Yusri buat muka. Baru nak bubuh eye mo.

"Yalah... Yalah... Pandangan pertama tu rezeki tau tak?

Hah, jangan lupa kak... pasal pesan tuan minta budak Seroja

tengok tempat tu. Kalau okey... okey. Kalau tak okey, kena buat

baliklah semula."

"No worries. Dah! Syuh! Syuh!"

Huisy! Macam-macam Kak Maznah ni sejak kamceng

dengan Seroja, speaking London tu!

Yusri bawa diri. Kepala digeleng-geleng. Gila betul!

Semua jadi gila pasal Seroja. Terutamanya tuannya. Tuan Ihsan

tu nak mengurat budak Seroja tu ke apa? Dia betul-betul ke

nak kahwin dengan Seroja? Yalah... macam yang pekerja lain

gosip kan? Hesy... Kalau ikut, nak ajak kahwin tu memang patut

jugak. Yalah... takkan nak ambil jadi anak angkat pulak? Umur

Seroja dah 24 tahun, tak terangkat Tuah Ihsan tu! Hahaha...

Hai! Yusri... kalau kau poket tak tebal, jangan harap

nak usyar anak dara zaman sekarang! Seroja, Seroja... Pasal

hari jadi dia, movie baru masuk panggung pun tuan sanggup

beli untuk tayangan persendirian. Berapa? Huh! Baik tak payah

tanya. Karang bergetar poket korang! Belum masuk kira berlian

di tangan Seroja tu lagi. Karang pulak, kalau Seroja tahu apa

yang tuan sediakan untuk dia, agaknya pengsan lima enam hari

budak tu. Dalam masa 24 jam, Tuan Ihsan boleh adakan semua

ini. Agak-agak boleh bayangkan tak kos perbelanjaannya?

"Selamat pagi, Seroja!"

Seroja terduduk setelah puas jadi arnab, bak kata

Yusri. Dengan sengihan lebar, kaki meluru mendapatkan Puan

Maznah. Lunyai pipi Puan Maznah dihujani ciuman Seroja.

Erat tubuh gempal itu didakap.

"Pagi, kak! Sayanggg kakak untuk kek coklat yang

marvelous semalam!"

"Amboi! Terlebih gembiralah tu! Bukan pasal kek

sangat, kan? Orang dapat berlian untuk hari jadi dialah katakan.

Yalah... ada orang sayang." Pipi mulus itu dicuit lembut.

Tersipu-sipu Seroja mendengar kata Puan Maznah.

Sayang? Pipi ditepuk-tepuk tidak percaya.

'Pak cik sayang aku ke?'

"Dah! Jangan duk berangan. Basuh muka, lepas tu

sarapan. Nanti Seroja kena pindah bilik tau." Seroja kerut dahi.

Mata berbalas pandang dengan Violet dan Fathin.

'Tukar bilik? Ke mana? Erk? Takkan tingkat atas? Bilik

pak cik hot? Homaiii...'

"Aduh!" cuping telinga ditarik perlahan.

"Sakitlah, kak!"

"Jangan nak jadi anak dara gatal berangan nak pindah

bilik tuan, pulak! Bilik depan sana aje. Tuan arah buat ubah suai

sikit..." belum siap ayat Puan Maznah, berdesup tiga orang anak

gadis itu keluar mencari bilik baru Seroja.

Terlorot tubuh Seroja. Kering mulutnya ternganga

sedari tadi. Homaiii... Nak nangis karang jadi raung. Nak gelak

karang macam orang gila.

'Pak cik! I love youlah...'

Sungguhlah, tidak ada perkataan yang dapat

gambarkan perasaan Seroja sekarang. Gelang berlian dah dapat.

Err... Bolehlah, walaupun bukan taste dia. Tapi, Bvlgari okey...

faham tak ni? Gelang getah yang buat ikat sayur kat pasar tu,

kalau letak jenama Bvlgari pun buat orang pengsan tau?

Movie semalam, memang romantik gila. Bukan movie

tu yang romantik. Takkan citer pasal si Toothless naga hitam tu

romantik pulak? Tapi, keseluruhan idea dan rancangan pak cik

tu yang romantik. Tak sangka dia sanggup pulang awal untuk

sambut hari jadi Seroja.

Dan, sekarang... Seroja bangkit. Terasa langkah jadi

slow motion pulak! Tangan didepangkan seluasnya. Seroja

terus berpusing-pusing sambil koyak senyum. Sikit lagi macam

penari balet. Tangan mencapai tas tangan Chanel, letak semula.

Kemudian, ankle strap Louboutin dibelek pula, letak semula.

Seroja sentuh kedua pelipis.

'Pak cik hot dah jatuh cinta kat aku ke apa ni?'

Kerusi ottoman putih dipilih Seroja untuk mendarat.

Gila besar walk in closet ni. Mata meliar melihat barisan kasut

dan tas tangan dari jenama terkenal. Leher dipanjangkan untuk

menjengah ke bahagian sebelah pula.

'Baju baru! Baju-baju baru! Baju-baju baru berjenama

terkenal!'

Kedua tangan ditekap ke dada. Aci tak kalau Seroja

pengsan sekarang? Kenapa Tuan Ihsan manjakan dia sangat

ni? Kenapa Tuan Ihsan sanggup buat semua ni untuk dia?

Bukankah Tuan Ihsan hanya kawan ibu dan ayah ke? Takkanlah

sebab itu Tuan Ihsan kena layan dia begini punya baik? Seroja

ketuk dagu.

'Bengong! Buat apa nak pecah otak fikir kenapa itu,

kenapa ini? Dah dia kasi, just be happy and enjoy... ngeee...

Dreams do come true!'

Tapi, mana pak cik tau dia memang angankan semua

ni? Fikir Seroja. Pelik, kut? Kan baru saja diaorang kenal?

Berbual pun, tak cukup patah kata nak buat esei untuk SPM.

"Dia dah start sayang kau tu, babe!" jerit Violet teruja.

"Setuju! Kalau tak sayang, kenapa nak bazir duit

begini. Err... Babe, nanti bolehlah pinjam-pinjam kan?" soal

Fathin pula, sambil pamer aksi lagak ngeri melompat-lompat

sambil sarung Christian Dior Nude Pump.

"Haah la... Kalau tak, takkan dia sanggup berbelanja

macam ni untuk kau? Kau tu siapa kat dia? Dahlah

menumpang..." Violet gigit bibir, pantas mulut ditekup. Dua

batang jari buat isyarat peace!

"Hamboi..." Nak kena sepak agaknya mulut Violet ni.

Buk!!!

Spontan dua kepala berpaling. Seroja juling mata ke

atas. Violet tepuk dahi. Fathin sudah sengih-sengih. Badan

separa terlentang dengan kasut masih tersarung di satu kaki.

Jelas dan nyata seluar dalam berwarna merah yang dipakai

Fathin. Mengintai dari bawah skirt paras lutut yang sudah

tersingkap ke pinggang.

"As I was saying... Kalau dah buat plan romantik

macam ni, apa lagi kalau bukan sayang? Memanglah korang

baru kenal, tapi cinta tu kan boleh hadir dalam sesaat? Like

seriously, babe. Takkan tak belajar langsung pasal ni through

Harlequin or Mills and Boon? The best teacher about love?"

ujar Violet dengan yakin.

Seroja ketuk dagu. Mungkin jugak! Violet hembus

kuku, tak sia-sia dia major dalam novel-novel cinta tau. Tak

peduli langsung kedua gadis ini dengan kawan mereka yang

masih terkial-kial hendak bangkit.

"Jadi, nak buat apa sekarang?"

"Helo! Bukan kau nak pikat dia ke? Belum pun buka

langkah dah terpikat, kalau kau buka langkah satu hingga tiga,

kau pasti akan selamat jadi isteri Tuan Ihsan minggu depan.

Confirm! Lagipun babe... like come on, Tuan Ihsan tu dah

sampai beruban tak kahwin-kahwin, pasti sepi jiwa dia tu babe!"

"Mungkin saja sebab dia masih belum berkenan

dengan sesiapa."

"Oh! Believe me, dia belum berkenan dengan sesiapa

sebab dia belum jumpa the right woman. Biasalah, lelaki kaya

gilos macam tu, mesti very pernickety, right?"

"Vi... Per what? Is that in Java? Aku tak tahu kau

pandai bahasa Jawa?"

'Jawa? Adoyai...' Dahi ditepuk-tepuk. Violet hampir

nak pengsan tahan geram. Nak tunjuk pandai sikit pun susah.

Kawan dia siap cakap dia guna bahasa Jawa! Fathin, Fathin...

"Come on, babe. Kau tak nak kahwin ke dengan pak cik

hot kau tu?" Provoke Violet lagi.

Seroja berdiri tegak. Perkataan isteri buat cuping

telinga rasa bergetar.

'Kahwin minggu depan? Why not? Lagi cepat aku

boleh buat kuak lentang kat Mauritius! Oh! Lala...'

"Okey... nak bersiap!"

"Kau nak ke mana, babe?"

"My first step is, to make sure dia biasakan diri dengan

kehadiran aku dulu. Sampai kalau aku tak ada di depan matanya,

dia akan gila bayang, okey? So, aku nak skodeng sayang aku

dulu... Ciou!" Seroja kenyit mata.

'Pak cik hot, wait for me!'

Tuan Ihsan memandang ke arah meja Ratnah yang kosong.

'Ke mana Ratnah? Oh, ladies agaknya.'

Tuan Ihsan teruskan langkah masuk ke dalam

pejabatnya. Letih semalam belum pun hilang. Tidur cuma dua

tiga jam. Seawal pukul 10 pagi lagi perlu hadiri mesyuarat pula.

Perut pula minta diisi. Sarapan, dia hanya sempat mencicip

secawan English Breakfast. Sudah buat dondang sayang

perutnya ini.

Daun pintu dikuak. Mata dijuling ke atas. Budak ini

memang tak ada kerja agaknya. Nampaknya, kau kena selalu

buat medical check-up Ihsan! Tangan dicekak di pinggang.

"You tak ada kelas ke apa ni? I heard you ponteng kelas

dah dua hari!"

"Kelas memang takde la... Orang ponteng pun sebab

fikiran ni kusut tau." Jawab Seroja selamba. Selamba sungguh!

Tangan masih belek majalah, kaki pula melunjur di atas sofa.

Tuan Ihsan geleng kepala. Laju tangannya menolak

kedua batang kaki Seroja turun ke atas lantai. Punggung

dilabuhkan.

"Kusut? Kenapa pulak?"

"I rindu you..." Kali ini 'you' Seroja alunnya memang

mengalahkan buaian lagu instrumental dari album Richard

Clayderman!

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Cepat-cepat tali leher dilonggarkan.

"Jangan nak mengada-ada sangat, Seroja."

Seroja letak majalah.

'Okey, Seroja! Sila tukar gear enam!'

Lengan Tuan Ihsan disauk. Dengan segala kudrat

Seroja cuba menarik tubuh lelaki yang berganda berat daripada

dirinya sendiri.

"Nak ke mana?"

"Appreciation lunch!"

"For what?"

"My birthday... Tara!"

Lembut Seroja menarik Tuan Ihsan untuk mendapatkan

tempat duduk. Tuan Ihsan membisu. Mata merenung meja

makan bulat yang dipenuhi dengan makanan yang kelihatan

sungguh lazat. Dua kerusi sudah disediakan.

'Bila pulak budak ni atur semuanya?'

"I mintak tolong dengan Kak Ratnah. Lepas atur

semua ni, I suruh Kak Ratnah keluar makan. Okey, kan?" ujar

Seroja tersengih.

Bibir diketap. Suka hati saja Seroja mengarah-arahkan

pekerjanya! Separuh hati Tuan Ihsan berbisik. Sedangkan

sebahagian lagi menyimpan rasa terharu. Sudah lama rasanya

dia tidak begini. Rasa terharu, rasa seperti err... berpunya...

Betulkah perkataan itu?

"You..." Seroja sudah buat nada gaya satu kilometernya.

"Ya... ya... Jom makan."

"Yeah!"

Suasana jadi senyap. Yang kedengaran cuma denting

laga sudu dan pisau. Sepotong daging panggang hendak disuap

ke dalam mulut, namun terhenti sementara melihat Seroja

yang sedang mengasing-asingkan brokoli dan lobak merah di

pinggannya.

"Kenapa tak makan sayur?"

"Hmm... Memang I tak makan pun, tak suka."

"It's good for you."

"You... Please, I know it's good for me. Tapi, I tak suka

rasanya!" bentak Seroja degil.

Tuan Ihsan mendengus perlahan. Spontan garpu di

tangan mencucuk seketul brokoli, kemudian disuanya ke mulut

Seroja. Seroja terpempan. Tidak berkelip mata melihat wajah

Tuan Ihsan.

'Oh, my God... is that a smile I see?' Bibir dibuka

sedikit-sedikit. Teragak-agak.

"Bukalah mulut besar sikit.. Aaa..."

Selamat juga akhirnya brokoli masuk ke rongga mulut

Seroja. Tersipu-sipu Seroja dibuatnya.

'Hesy! Aku yang nak memikat, kenapa balik-balik hati

aku yang tergolek-golek ni? Parah kalau macam ni!'

"One more. Here comes the carrot! Aaa..." usik Tuan

Ihsan.

Seroja tersenyum. Mulut dibuka lagi.

"Oh, my! What a scene. You berdua makan beradab ke

apa ni?"

Seroja juling mata ke atas. 'Apa pulak si tiang lampu

jalan ni buat kat sini? Tak boleh nak tengok orang senang

langsung! Dasar serangga perosak!'

Hanani mencekak pinggang. Panas hatinya melihat

aksi Tuan Ihsan dengan budak perempuan yang tidak cukup

umur ini. Dia ajak makan tengah hari, kata sibuk. Sekarang siap

bersuap-suap lagi. Ni tak boleh jadi ni.

"Ihsan! You cakap you sibuk. Sekarang boleh pulak

buat drama kat sini?"

Tuan Ihsan buat pekak. Tangan ligat memotong

daging, kemudian menyuap ke dalam mulutnya sendiri. Perut

yang lapar harus dilayan terlebih dahulu.

"Ihsan!"

"Hesy! Apa jerit-jerit ni? Orang nak makan pun tak

senang!" tukas Seroja. Mata menjeling Hanani yang sudah

seperti laparkan manusia.

"You jangan nak masuk campur. I tak cakap dengan

you eh budak!" jerkah Hanani. Tak sesuai sungguh wajah yang

cantik itu dengan bahasa yang kasar.

Seroja menceber. Eh! Dia panggil Seroja budak? Seroja

sudah mula bangun, hendak melancarkan serangan. Hanani tak

tahu budak yang dia panggil ni ada tae kwan do! Nak sangat

rasa Seroja bentes batang kaki pensel 2B dia tu? Baru tahu siapa

budak...

Baru saja mahu menyerang, tangan Seroja ditahan

oleh Tuan Ihsan. Kepala digeleng perlahan. Seroja mencebik.

'Nasib baik pak cik tahan, kalau tidak... tak nampak

jalan keluar si tiang lampu jalan ni!'

"Ihsan!" jerit Hanani.

"Please leave, Nani."

"What did you say?" soal Hanani terlopong. Oh God!

Tuan Ihsan halau dia? Mata melotot tajam ke arah Seroja yang

sengaja menjelir lidah.

"I said, please leave. Jangan buat pasal dalam pejabat

I. Balik!"

Kembang kempis hidung Hanani menahan marah.

Sambil menghentak kaki dia berpaling menuju ke pintu.

Bam!!!

"Eh! Hempas-hempas pintu pulak. Rosak karang kau

bayar! Hentak-hentak kaki konon. Dahlah kaki tu kurus macam

batang pensel 2B, patah karang? Baru tahu erti penyesalan!"

Gerutu Seroja.

Pek!

"You... Suka ketis dahi orang, sakitlah!" bibir dijuihkan.

Nasib tidak tersangkut daging batang pinang dekat anak tekak.

Tuan Ihsan cuma tersenyum. Kemudian tergelak.

Seroja sekali lagi terpempan. Pelik. Ketawa yang

berdekah-dekah itu bunyinya cukup indah di telinga Seroja.

Senyuman manis terukir di bibir.

"You... Malam karang dinner kat rumah eh?"

Tuan Ihsan yang sedang menghabiskan sisa ketawanya,

mengangguk-angguk.

"Janji eh?"

Angguk.

"I nak belajar masak dengan Chef Kahfi, masak

masakan kegemaran you. Kata orang nak pikat lelaki kena dari

perutnya, ye tak?"

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Tuan Ihsan tersedak buat ke sekian kalinya.

"Seroja, tunggu!"

Belum sempat Ratnah menggapai tangan Seroja, anak

gadis itu sudah menerjah pintu pejabat Tuan Ihsan. Ratnah

tepuk pipi.

'Aduh! Mati aku! Mati aku kali ini.' Ratnah sudah

gelabah. Tapi kaki tidak kuat hendak masuk bersama Seroja.

Susah betul jadi pembantu peribadi ni. Sudah pukul 7 malam

belum balik, sekarang terperangkap pula dengan kisah cinta

bersegi-segi.

"You..."

Seroja terkaku. Langkahnya mati. Sayangnya, ini

bukan pemandangan yang indah untuk Seroja. Panahan mata

terus menembak ke hadapan. Riak muka jadi berubah. Hilang

senyumnya entah ke mana. Buat pertama kali, Seroja tidak tahu

mahu beri reaksi bagaimana. Tangannya menggenggam erat

tali tas tangan, seolah-olah ingin mencari kekuatan.

Ada rasa yang tidak enak menjengah ke ruang hati.

Apakah sebenarnya yang dia rasa? Degupan jantung seakan

boleh didengar dengan telinga.

Tuan Ihsan menepis pautan lengan Hanani yang

melingkar di lehernya. Tubuh Hanani ditolak jauh dari

tubuh sendiri. Bersahaja dia melurut rambut yang putih di

kepala. Telinga menangkap rengekan Hanani, tetapi tidak

diendahkannya. Gelas kristal dicapai kemudian disua ke bibir.

Air kosong diteguk untuk melegakan tekak yang tiba-tiba terasa

perit. Entah kenapa dia rasa gelabah.

"You buat apa di sini?" soal Tuan Ihsan tenang.

"Entah! Betul-betul mengganggu ketenteraman, kan

darling? Such a brat!" pangkas Hanani pula, mata langsung

tidak memandang Seroja yang masih membatukan diri.

Seroja tarik nafas dalam-dalam.

"I tunggu you lama dekat rumah. Kan you dah janji

nak balik awal. Nak makan malam sama-sama."

"Oh, God... please. Bunyi macamlah you ni wife, Ihsan!"

"I'm not talking to you, bimbo!"

"Ihsan! You dengar dia cakap apa kat I?"

"Shut up! Nani... Seroja go home. I ada kerja lagi yang

belum selesai."

"Kerja apa? Kerjakan perempuan murah ni?"

"Seroja Irdina!!!"

Terhinggut kedua bahu Seroja. Dia biasa mendengar

nama penuhnya disebut dengan nada yang tinggi oleh Tuan

Ihsan. Tapi, lain benar bunyinya kali ini. Nada itu seolah-olah

datang bersama belati tajam yang menikam di hati Seroja.

Tuan Ihsan meraup muka. Kenapalah Seroja boleh

membuat dirinya jadi sebegini bingung? Belakang tengkuk

diurut. Percubaan untuk mengurangkan tekanan yang mula

dirasai. Suasana canggung ini buatkan diri bertambah-tambah

tidak selesa. Sekalipun begitu, tidak pula sanggup melihat

wajah Seroja berladung duka. Sedihkah dia? Tapi, kenapa?

"Balik, Seroja."

"Kalau dah dihalau tu, balik ajelah!" sindir Hanani,

tangan memeluk tubuh. Senyum sinis terpamer di wajahnya.

"Kenapa I pulak yang kena balik? Patut perempuan ni

yang berambus!"

"I said balik, Seroja!"

"Tapi, you janji..."

"It doesn't matter. Jangan lupa diri Seroja. Balik."

Suara Tuan Ihsan semakin dalam.

"Sedarlah diri tu siapa. Menumpang aje pun, berlagak

macam madam besar pulak!"

Seroja ketap bibir. Tubuh dipusing, dan pintu keluar

dituju selajunya.

'Jangan menangis Seroja! Jangan sekali-kali menangis!'

Hanani tergelak melihat Seroja keluar dari pejabat

itu. Padan muka, tak sampai 24 jam dia dah balas dendam. Nak

melawan dia konon, budak hingusan!

Tuan Ihsan berdeham.

"One more time, Nani. I'm warning you. If you ever

dare pull that kind of stunt again, I'll make sure you'll regret

it for the rest of your life!" Tenang saja suara Tuan Ihsan

kedengaran.

Hanani terdiam. Ugutan Tuan Ihsan memang tidak

boleh dipandang ringan. Lelaki itu boleh saja membeli satu

negara kalau dia mahu. Kunci mulut dulu.

Tuan Ihsan menongkat dagu. Kesal sebenarnya Seroja

melihat semua itu. Lagi kesal kerana terlanjur menengking

Seroja. Bukan sengaja sebenarnya. Dia gelabah tertangkap

dalam keadaan begitu.

Mata mencerlung tajam ke arah Hanani yang diam

membisu. Perempuan ini memang menyusahkannya. Hari ini,

memang benar Tuan Ihsan agak sibuk. Ratnah pun dipaksa

untuk menunggunya. Bukannya dia lupa janjinya kepada

Seroja. Dia ingat.

Entah kenapa, Hanani muncul di pejabatnya hanya

awal 15 minit daripada Seroja. Tiba-tiba saja dia mengadu

pening kepala. Melihat keadaan Hanani yang terhuyung-hayang

mencari tempat bersandar, Tuan Ihsan bergegas mendapatkan

tubuh yang hampir terlorot ke lantai. Waktu itulah Seroja pun

masuk.

"Balik, Nani. Jangan tunjuk muka di depan I lagi."

Hanani mendengus perlahan.

'Oh! Hell... Tak salah mengalah hari ini Hanani Jane.

Besok masih ada!'

"Seroja!" jeritan Ratnah tidak langsung diendahkan.

Geram punya pasal.

'Dasar langau! Oh! Kau selamat hari ini si tiang lampu

jalan. Kau tengoklah nanti lain kali, aku pastikan kau takkan

mampu nak gelak.'

Langkah sengaja dibuka sebesar yang mampu. Hendak

cepat keluar dari bangunan yang terasa membakar ini. Jari

menunjal kuat butang lif persendirian Tuan Ihsan. Marah-marah

pun nak kena maintain diva, manakan mahu Seroja nak masuk

lif pekerja 'kebanyakan'.

Tiba-tiba mata menangkap satu objek yang terlekat

elok di dinding. Hmm... ligat akal Seroja yang nakal berfikir.

'Korang halau aku eh? Sebab nak sambung

bercengkerama eh?' Mata tunak merenung panel sistem

penggera kebakaran. Mata dikalihkan pula pandang ke pintu

tangga kecemasan yang tidak jauh dari tempat dia berdiri,

kemudian memandang pula kaki yang bersarung but kulit

empat inci berwarna hitam.

'Boleh bawak pecut tak ni? Alah... sedangkan dengan

tumit enam inci aku mampu kalahkan Usain Bolt. Okey...

berlebih kau Seroja!'

Senyum nakal terukir.

'Korang ingat korang boleh senang hati halau aku eh?

Not a chance! Ingat senang aje aku nak lepaskan korang? So

not Seroja!'

Tangan selamba menguak lidah penutup panel. Punat

di dalam ditunjal segera. Gegak gempita bunyi sistem penggera

keselamatan berbunyi.

'Enjoy, bimbo! Pak cik!' Terkekeh-kekeh Seroja ketawa

sambil menelusuri anak-anak tangga.

Tuan Ihsan menanggalkan tali leher. Pekerja-pekerja yang

masih belum pulang pada waktu itu masih termangu-mangu

di petak tempat berkumpul sekiranya ada kecemasan.

Masing-masing bingung tidak tahu punca sebenar sistem

penggera berbunyi.

"Tuan..." panggil Ratnah sambil tersengih.

Tuan Ihsan jongket kening. Melihat Ratnah

menganggukkan kepalanya, pecah ketawa Tuan Ihsan.

'Parah tuan aku ni. Suka benar tekaannya betul.'

Berlapis dahi Ratnah.

Ratnah baru saja keluar dari bilik bahagian

keselamatan. Melalui CCTV sudah jelas siapa punya onar yang

menjadikan satu bangunan huru-hara. Ingatkan apalah bencana

yang menimpa. Rupanya, bencana daripada seorang gadis muda

yang hangat hati.

Seroja... Seroja... Telinga Ratnah masih tidak percaya

menangkap ilai ketawa Tuan Ihsan. Geli betul hati dia.

Tuan Ihsan mengesat air mata yang hampir mengalir

dengan sapu tangan. Hidup memang lain macam sejak Seroja

hadir.

'Alahai, Seroja Irdina. What should I do?'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top