Isteri Tuan Ihsan- Bab 2

Seroja tersenyum suka. Ah! Inilah keseronokan

bila berdampingan dengan pujaan ramai. Wajah kacak itu

ditatap dalam. 'Biarpun Violet duk mengata telingamu capang,

tapi demimu aku dah tolong maki Violet balik. Dia tu memang

gagal subjek seni! Buta warna! Buta kayu!'

'Aku dah lama tahu matanya memang rabun

handsome! Rabun jauh, mata tak nampak objek dari jarak jauh.

Rabun dekat, mata tak nampak objek dari jarak dekat. Rabun

handsome, maknanya mata tak nampak objek yang handsome

hatta dari jarak jauh ataupun dekat! Violet la tu... Oh! Woo Bin

oppa... saranghae!'

Tangan menjalar liar. Mengusap wajah yang licin dan

putih. Bebas daripada sebarang jeragat! Eh? Pelik... Kenapa

rasa lain macam pulak pipi Woo Bin oppa ni? Kesat semacam.

Tangan terasa ditepis. Seroja kerut kening. 'Ah! Woo Bin oppa

ni, jual mahal pulak.'

Seroja menggeselkan pipi pula di atas bantal. 'Eh? Kak

Susanti ni memang nak kena! Bila masa dia rajin sangat tukar

bantal aku ni? Keras semacam. Hesy! Ni yang buat lemah ni.

Orang baru nak sambung mimpikan Woo Bin oppa, kan dah

terjejas khayalan? Semacam bantal ni.' Tangan menggagau

mencari bantal peluk pula. 'Eh? Mana pulak bantal peluk

ni? Puas tangan mencari, tak jumpa jugak! Ooo... ini boleh

mendatangkan marah! Kak Susanti dah letak ke mana pulak?'

"Kak Susanti!" jerit Seroja. Serupa hendak mencuba

keupayaan vokal! Pun begitu, mata masih terkatup rapat. Oh!

Anak dara zaman sekarang...

Senyap.

'Eh? Dah ke mana dia ni? Takkan balik Indonesia kut?

Alamak! Tak boleh jadi, siapa nak masakkan aku nasi ayam

penyet? Alahai!'

"Kak Susan..."

Pek! Dahi terasa pedih.

Mata spontan terbuka luas. 'Aik? Kenapa lain macam

bilik aku ni? Eric Leong buat transformasi kat dalam rumah

aku ke?'

"Bangun!"

Seroja ubah posisi. 'Siapa pulak garang sangat

pagi-pagi buta ni?'

"Mak!" Kelam-kabut Seroja bangkit dari perbaringan.

Mata meliar melihat sekeliling.

'Kereta ni? Semalam? Aku? Pak cik misteri? Homaiii...'

Tangan disilangkan ke dada. Mata sempat melirik tubuh sendiri.

'Baju? Masih pakai. Bra and panties... err... rasanya

masih pakai... Okey... rasanya masih selamat!' Mata mencerlung

ke arah Tuan Ihsan yang masih tenang memandangnya. 'Dia

buat dek aje?'

"You bawak I kat mana ni? You ada buat apa-apa kat I

ke?"

Tuan Ihsan mendengus geram. Malas mahu melayan

kerenah budak-budak. Pintu kereta dibuka luas. Seketika kepala

ditolehkan kembali kepada Seroja.

"Out! Now."

Seroja paling kepala. Nak tunjuk keras kepala konon!

"No. Not until you tell me where you are taking me .

Beritahu dulu you siapa?"

Tuan Ihsan seluk tangan masuk ke poket. Satu jenis

senyum penuh misteri terukir di wajahnya.

Seketika, Seroja rasa terkedu. 'Handsome pulak pak

cik misteri ni? Eh? Oh! Tak percaya you just said that Seroja?

Bengong! Dia tu dah culik kau tau tak?'

"My dear missy, you keluar sekarang atau you nak I

suruh Yusri tarik you keluar? Keluar! Now!"

Terhinggut kedua bahu Seroja. 'Garang pak cik ni.

Pangkah! Pangkah besar-besar, menyesal terpuji dia dalam

diam.' Mahu tidak mahu, Seroja melangkah keluar juga dari

perut kereta. Mata melilau mencari klu di mana tempat dia

berpijak.

'Hospital? Queen Medical Centre. Ini salah sebuah

hospital private yang terkenal di ibu kota. Apa pak cik ni nak

buat kat hospital?' Pun begitu, tangan kanan dibawa ke dada.

Ada debaran di situ. Cuak!

"Move your butt, missy! Kita sudah lambat."

Entah kenapa, Seroja jadi akur. Mulut terkatup rapat.

Kaki diorak membuntuti Tuan Ihsan yang sudah beberapa

langkah di hadapan.

Seroja memang tidak sukakan hospital. Terlalu banyak

kenangan sedih di sini. Kenangan yang Seroja ingin buang

jauh-jauh. Tapi, kenapa pak cik bawak dia ke sini pula? Nak

melawat siapa?

Tidak sedar kaki sudah jauh melangkah. Seroja

perhatikan Tuan Ihsan yang sedang berbual dengan seorang

lelaki berjubah putih. Doktor...

Sekejap kepala diangguk. Sekejap kepala digeleng.

Sesekali Tuan Ihsan mencuri pandang kepada Seroja.

'Apa perlunya aku ada di sini?'

"Seroja, come!" laung Tuan Ihsan, masih cuba

mengawal suara.

Seroja majukan diri.

"Ini Dato' Dr. Amin, a well known oncologist di sini."

Seroja tergamam. 'Oncologist?'

Tuan Ihsan yang perasan akan perubahan riak wajah

Seroja, terus saja melelar pergelangan tangan gadis itu

untuk mengikutinya. Pintu bilik dikuak luas. Kaki berhenti

melangkah. Tepat di muka pintu, Seroja diam terpaku. Mata

tunak melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring dengan

wajah yang tenang di atas katil pesakit.

"Ibu?" Berlari Seroja mendapatkan wanita yang

dipanggil ibu itu.

Mata yang tertutup, dibuka perlahan-lahan. Secebis

senyuman pahit Imaninah berikan untuk gadis manis yang

sudah mula mengeluarkan air mata. Wajah manis itu dielus

lembut. Seroja Irdina... satu-satu hartanya dengan arwah

Sholeh.

"Apa ni ibu? Macam mana boleh jadi begini? Ibu kata

ibu dah okey, kan?"

"Jangan menangis sayang. Ibu okey ni. Ibu tiba-tiba

pengsan di rumah semalam. Nasib baik kebetulan Ihsan ada.

Dia yang bawa ibu ke hospital. Ihsan, come! Meet my daughter,

Seroja Irdina."

Sedikit pun Seroja tidak mengangkat wajah yang

disembamkan ke rahim Imaninah. Air mata terus mengalir

lebat. Seroja rasa takut sangat dengan keadaan ini. Debaran ini

seolah-olah ingin mengisyaratkan sesuatu akan berlaku.

"Seroja, you better tinggalkan ibu dulu. Ibu perlu

berehat. Dia tak sihat. Go and take a rest in the lobby."

Kata-kata Tuan Ihsan yang berbaur arahan itu dengan

mudah dihadam Seroja. Terangkat kening Imaninah melihat

anak gadisnya melangkah keluar bilik selepas melayangkan satu

ciuman di pipinya.

"I'm impressed. Seroja jarang dengar arahan orang.

Lebih-lebih lagi orang luar. Hanya arwah Sholeh saja yang

boleh buat Seroja ikut kata," ujar Imaninah sambil tertawa

kecil, namun terhenti setelah melihat wajah keruh Tuan Ihsan.

"Is it that bad?" soal Imaninah tenang.

"Yours is now at the final stage, Iman. You tak ikut

treatment, you tak makan ubat, what do you expect?"

"I tak kuat Ihsan. I dah tak larat nak follow the

treatment. Sakit."

Tuan Ihsan menghela nafas sedalamnya.

"Jangan mengalah. Imaninah yang I kenal bukan

selemah ini."

"Imaninah yang kuat itu sudah lama mati bersama

suaminya, Sholeh."

"Oh God, Iman. Jangan fikir diri sendiri boleh tak?

Kalau ada apa-apa berlaku pada you, macam mana dengan anak

you Seroja Irdina?" bentak Tuan Ihsan.

Tangan meraup wajah kasar. Lelah dia dengan semua

ini. Sesungguhnya Imaninah memang degil! Beribu batu

jauhnya dia terbang balik Malaysia, untuk apa? Ini? Memujuk

wanita yang sudah mati hatinya.

"Kita dah bincang Ihsan. Sebab itu I tebalkan muka,

panggil you kembali. You're my only hope."

Tuan Ihsan melepaskan keluhan buat ke sekian kalinya.

Keadaan menjadi semakin sulit buat dirinya. Permintaan

Imaninah seolah-olah seutas tali yang menjerut leher!

"Kita buat treatment ke luar negara, I dengar ada

negara maju yang sudah buat advance research programme

pasal sakit you ni."

Imaninah senyum segaris.

"No, Ihsan. No more treatments. I dah muak. I dah

penat. Please... Ihsan. I'm begging you. Tolong I. Tolong I

jaga Seroja. Dia tak ada sesiapa lagi, Ihsan. I takut, kalau dia

bersendirian, keluarga arwah Sholeh akan mengganggu dia.

Pasal duit, you jangan risau. Walaupun semuanya

sudah dirampas oleh keluarga mertua I, tapi Sholeh ada

tinggalkan duit yang cukup untuk Seroja. Apa yang Seroja

perlukan sekarang ialah perlindungan. I tak percayakan sesiapa

Ihsan. You tahu kita berdua membesar di rumah anak-anak

yatim. All we have is each other. Can you do the same with

Seroja?"

Esakan Imaninah menambah walang di hati Tuan

Ihsan. Serba-salah diri jadinya. Duit? Bukan itu persoalannya.

Setakat duit, tujuh keturunan Seroja Irdina dia masih boleh

biaya. Tapi...

"I... I mana pernah jaga anak gadis Iman. I tak ada

pengalaman menjaga orang. Heck! I don't even have a pet! You

tahu I tak pernah hidup berkeluarga. Pasti janggal nanti." Tuan

Ihsan menggelengkan kepala. Tubuhnya mundar-mandir di

hadapan Imaninah.

"Then start with Seroja. I tak pernah cakap you kena

jaga dia macam seorang anak. I cuma nak you lindungi dia. I

percayakan you, Ihsan. You pasti boleh jaga Seroja dengan

bagus. Kalau you ambil Seroja jadi isteri pun I tak kisah!"

"Imaninah!" suara Tuan Ihsan naik seoktaf. Lagi sakit

hatinya melihat senyuman Imaninah. 'Dia ingat ini perkara

lucu?'

"Tolonglah Ihsan. I dah tak ada masa Ihsan, berilah I

kebahagiaan ini sebelum I tutup mata. Beritahu I yang you akan

jaga satu-satunya anak I tu."

Perlahan-lahan Tuan Ihsan menganggukkan kepalanya.

"Kalau ini boleh bahagiakan kan you, Iman. Baiklah."

Terhinggut-hinggut bahu Seroja menahan tangis. Tidak

cukup dengan satu, kedua tapak tangan dibawa ke mulut. Sukar

untuknya menerima apa yang telah didengarnya di sebalik pintu

bilik yang menempatkan ibunya. Sudahnya, Seroja membawa

diri keluar dari wad itu. Kakinya laju berlari membawa tubuh

entah ke mana.

Pengalaman ini sudah pernah Seroja alami. Lima

tahun lalu, sewaktu dia kehilangan bapanya kerana kemalangan

jalan raya. Sekarang, ia berulang lagi. Cuma, Seroja tidak pasti

jika dia cukup kuat untuk hadapinya sekali lagi.

Buk! Pening kepala Seroja. Kepala digosok perlahan.

"Oh! I am so sorry."

"Sorry, my foot! You..." Seroja dongak kepala. Spontan

badan ditegakkan. Ooo... Hilang terus marah Seroja. Kalau

dalam keadaan biasa, pasti saja Seroja akan keluarkan skil

menggoda jurus ke 12! Tapi, apa yang berlaku hari ini buat

Seroja rasa lemau.

Tanpa bicara, Seroja berlalu saja. Bahu yang agak

sengal digosok perlahan. Meninggalkan pemuda berjubah putih

itu terpinga-pinga.

Zaim garu kepala. 'Kenapa dengan awek tu? Tadi, kerat

jari aku dah sedia nak kena maki. Eh?' Mata tertancap kepada

sesuatu yang bersinar di atas lantai. Dicapainya subang emas

putih itu. 'Err... Awek tadi punya?'

Mata melilau mencari kelibat si gadis bermata

sembap. Kalau dah memang hospital, air matalah peneman

pengunjungnya. Senyum dikoyak sedikit. Tak jauh mana larinya

pun. Lebih-lebih lagi dalam keadaan begitu.

Seroja sembam wajah di atas kedua lutut yang sudah

dirapatkan ke dada. Punggung sudah pun dilabuhkan di atas

kerusi kayu berhampiran dengan kolam hiasan hospital.

Hospital swasta, memanglah mewah. Siap dengan taman lagi.

Fikiran menerawang jauh. 'Kalau ibu tiada, macam

mana dengan aku? Aku nak hidup dengan siapa? Kalau aku

sakit, aku nak mengadu dengan siapa? Siapa nak kongsi masalah

dengan aku? Siapa nak kesat air mata aku?'

Langit sudah semakin cerah. Ada butir-butir sinar yang

singgah di atas helaian rambut Seroja membuatkan rambut

yang berwarna terang itu semakin bercahaya. Seroja tidak

sedar akan kehadiran seseorang yang tenang memerhatikannya

dalam diam.

Seroja angkat kepala. Kemudian menoleh ke kanan.

Erk? Bulat mata apabila sebiji lolipop disua di hadapannya.

"Ambillah." Pujuk Zaim.

"Thanks. Kenapa tengok I macam tu? Tak pernah

tengok perempuan cantik menangis eh?"

Oh! Seroja... tahap perasan kau memang tak dapat

ditandingi.

Zaim tergelak.

"Hmm... Nah! Ambik sapu tangan ni. Kesat air mata

dengan hingus awak tu. Perempuan cantik pun kalau dah

menangis gaya begini, jadi buruk jugak."

Amboi!

"Eleh! Buruk-buruk pun, you stalk I sampai ke sini

kenapa? Jatuh cinta eh?"

Zaim gelak lagi. Tak menahan awek ni! Selamba

gila! Tangan menyeluk poket di jubah putihnya. Subang yang

dijumpai digoyang-goyangkan di hadapan Seroja.

"Eh, tu I punya!"

Bila saja tangan Seroja hampir mencapai subang itu,

Zaim dengan niat mengusik melarikan tangannya. Semakin

Seroja ligat mencuba, semakin nakal Zaim cuba mengenakan

gadis manis itu.

"Bagilah... Itu subang favorite I tu!" Seroja mencebik.

Penat. Tangan disilangkan ke tubuh.

"Alolo... Nah! Ambiklah... Dah! Jangan buat muka

macam tu, buruk!"

Subang bertukar tangan. Terjerit Seroja. Laju saja

tangan ingin mengenakan subang ke telinga semula.

"Nama awak apa?" soal Zaim, mata ralit merenung

wajah Seroja yang masih lagi sibuk dengan subangnya.

"Hmm?"

"Nama awak, Hmm?"

"Hesy! Bukanlah. I'm Seroja. Seroja Irdina."

"Oh! Sedap nama. Saya panggil Dina boleh?"

Seroja kalih pandang.

"You ni kenapa, nak berkenalan bagai? Seroja... Panggil

I Seroja."

"Saya Zaim Luthfiy. Selamat berkenalan," salam

dihulur. Malangnya tidak bersambut pula.

Seroja mendengus. Kening kanan dijongket.

"You doktor eh?"

"Tak. Saya tukang cuci tandas je kat sini."

Mata dijulingkan ke atas. Berlakon konon!

"Takkan cuci tandas pakai jubah doktor macam ni?"

"Habis dah tahu, kenapa nak tanya lagi soalan bodoh?"

'Okey... This guy memang menjengkelkan. Tak cukup

dengan pak cik misteri... erk? Ibu! Aduh, Seroja... kau memang

bengong. Kau tinggalkan ibu kau macam tu je?'

"Seroja Irdina!"

Seroja paling muka. Wajah Tuan Ihsan yang kelihatan

tegang merenggut tenang di hati.

'Ibu!'

"I pergi dulu."

Zaim kaget melihat Seroja yang ingin berlalu

mendapatkan seorang lelaki berumur yang kelihatan marah.

Mesti ayah Seroja. Tangan sempat memegang lengan Seroja.

"Seroja, wait! Saya nak nombor telefon awak!"

Terkedu Seroja dibuatnya. Belum pun sempat Seroja

buka mulut, lengannya yang satu lagi lagi dilelar kasar.

"Seroja Irdina, I'm waiting for you. Let's go," nada

suara Tuan Ihsan semakin keras. Sakit matanya melihat dengan

selamba anak muda itu menyentuh Seroja.

"Maaf, encik. Saya Zaim. Saya nak..."

Tapak tangan digawangkan ke udara.

"Stop it right there, young man. Kami kesuntukan

masa untuk melayan awak. Now, let's go Seroja." Bagai dipukau,

Seroja mengikut saja arahan Tuan Ihsan.

'Tak sangka kita bertemu lagi, Seroja Irdina! Tapi...

sikit punya garang ayah Dina tu. Hesy! Susah nak dibuat bapa

mentua ni.' Zaim berasa ralat. Kepala digeleng, kaki diorak

menuju ke Wad Pediatrik.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top