DLM : 7

Selepas membaca atau sedang membaca:
1) Awak, awak yang tengah baca ni lah. Awak mesti beri undian, iaitu bintang ⭐. Bintang kat bawah tu ⭐. Jangan lupa follow DiyaDizyaa tau!

2) Komenlah banyak2. 😆

3) Kalau-kalau awak ternampak kesalahan tolong tag (komen) eh😝

DANEEN mengigit bibirnya. Raut wajah itu tenang memandangnya membuatkan dia tidak jadi mahu marah. Dahlah hensem lepas tu buat muka ala-ala aura pulak! Ingat aura dia tu lain macam ke? Haisy!

"Aku dengar tau kau berlaga gigi," tegur Aidan.

Daneen berhenti. Dia memalingkan tubuhnya sambil tangannya berpeluk tubuh.

"Jadi?"

"Kau baru lepas skodeng aku, kan?"

Daneen buat muka seposen sambil menguis kukunya.

"Jawablah," gesa Aidan seraya menundukkan wajahnya dan menjenguk muka Daneen.

"Kalau skodeng pun ada kacau penglihatan ayah ke?"

"Yela, mata aku perhati je tau kau tercongok-congok kat situ. Maksudnya kau sangat-sangat menganggu penglihatan aku."

"Jangan temberanglah, ayah tengok si Hasnah bagai nak tembus ayah cakap ayat perhati Daneen? Lol!" Daneen ketawa sinis.

Daneen berpaling semula ke depan dan meneruskan langkah menuju ke pintu utama.

"Nama dia Aisyah la! Aisyah Humaira! Maksud nama dia baik tau, senang-senang je kau ubah."

Daneen sempat berhenti dan menoleh sekilas bersama jelingan tajam. Dia terus memboloskan tubuhnya ke dalam rumah banglo besar itu.

Nama Daneen pun ada maksud yang baik la!

Aidan memerhati dengan teliti sama ada gadis itu sudah masuk atau tidak. Sesudah pasti, dia masuk semula dalam keretanya dan mengeluarkan plastik berisi makanan dibekalkan di dalam polestrin.

Plastik itu diangkat tinggi. Dia cuba memastikan isi itu tidak tumpah.

Senyuman menggayuti dibibirnya apabila mengingatkan Daneen memerhatinya daripada tadi. Dia juga risau dengan Daneen apabila teringat Daneen ketika makan petang bersama Aisyah tadi. Oleh itu dia segera mengatur masa dengan baik dan mengajak Aisyah pulang segera.

Tiba sahaja dan melepasi rumahnya dia menangkap rumahnya yang gelap tak bercahaya. Itu sebabnya dia cepat-cepat nak meminta diri tapi apabila dalam matanya melilau dia mendapati Daneen sedang bersembunyi di deretan pokok kecil di halaman rumahnya sambil mata gadis itu terarah pada Aisyah.

Dia melepaskan nafas lega apabila Daneen tidak pergi lagi. Namun beberapa saat kemudian, dia sedar Daneen aneh. Tiba-tiba riak wajah menjadi marah melibat dia bersembang dengan Aisyah.

Aidan ketawa kecil. Lucu betul muka Daneen sewaktu itu sehingga dia tidak berjaya mentafsir.

Aidan menutup pintu rapat-rapat dan mengatur kakinya ke ruang tamu. Dia tahu mesti Daneen sudah masuk ke bilik.

Namun baru sahaja dia ingin menapak naik ke atas, telinganya mendengar bunyi pinggan mangkuk berlaga di dapur.

Dia patah balik semula dan menuju ke ruang dapur. Susuk tubuh Daneen menjamah mata.

Perlahan-lahan langkahnya dihayun kemudian hanya beberapa langkah mahu mencecah ruang dapur, Aidan berdehem.

"Kau merajuk ke?" Lembut suara itu menampar halus gegendang telinganya.

Aidan menyandar di tepi peti sejuk sambil matanya terarah pada Daneen.

"Uittt, merajuk ke?"

Tidak menyahut langsung. Daneen buat muka tak heran bahkan dia lagi menyibukkan diri mengemas dapur.

"Dameen, merajuk ke?"

"Ayah nak pisau ni tertusuk kat perut ayah?" Daneen mengacah pisau bersama riak wajah yang garang.

Aidan terkejut. Pantas dia mengempiskan perutnya yang sedia kempis itu agar lebih kempis.

Kurus semangat!

"Ya Allah, terkejutlah aku!"

"Nama Daneen, Daneen dan bukan Dameen!"

"Aku saja je, janganlah marah."

Daneen membisu. Beberapa saat kemudian dia bersuara semula.

"Nampak makanan tu? Ayah rasa bila punya makanan?"

"Pagi tadi."

"Siapa yang masak?"

"Kaulah."

"Ayah tahu tak rezeki sepatutnya dijamah dulu sebelum kalut nak keluar! Keluar pergi makan, tak ke membazir namanya?"

"Aku dah agak dah sebab ni kau marah."

"Daneen paling pantang orang abaikan rezeki! Banyak lagi tau orang yang tak mampu dan tak dapat makan semewah yang Daneen masakan menggunakan bahan mahal dalam peti sejuk tu! Lagi satu, bukan saja tak mampu ataupun tak dapat, mereka juga langsung tidak berpeluang mengambil bau aroma makanan mewah ni. Tapi ayah ni, membazir!" Panjang lebar bebelan Daneen.

"Okey Daneen, ye aku salah," akui Aidan.

"Daneen, aku ada belikan kau makanan. Jamah la sikit," pelawa Aidan biarpun dia tahu Daneen masih marah.

"Tak apalah, Daneen dah kenyang."

"Kau sendiri nasihatkan aku tadi. Dahlah, jangan ikutkan marah. Mai sini jamah makanan ni," panggil Aidan sambil mengamit Daneen mendekat semula.

Daneen menghampiri. Mukanya masih monyok.

"Aku minta maaf. Janganlah kecil hati lagi," pujuk Aidan bersuara lembut dan romantik. Eh?

"Nanti kau masaklah, aku janji aku rasa dan jamah semua sampai perut aku buncit."

"Pandai betul ambil hati," sela Daneen bersama jelingan tidak puas hati.

"Ambil sudu ni, rasa."

"Makanan kedai, kan? Memang semua sedap," kata Daneen seraya menyuap nasi itu ke dalam mulutnya.

"Tapi lain 'banyak' sebab aku yang masak."

Perlahan-lahan Daneen mengunyah. Beberapa seketika, wajah itu kelihatan teruja.

"Sedapnya!"

Aidan senyum lebar. Gembira dia mendengar pujian itu.

"Aku masak, mestilah sedap." Aidan membalas dengan bangga serta deheman halus. Kedudukannya diubah gaya berlagak.

"Ayah memang hebatlah! Ajar Daneen tau nanti!"

"Iye iye, makan tu jangan gelojoh sangat karang tercekik belajar ke apa ke semua tak sempat dilalui," canda Aidan seraya mencuri sedikit makanan yang ditapaunya itu.

"Mulut ayah memang nak sangat dicili, Daneen bangun ambil cili kang!" Daneen beru-ura bangun.

Laju Aidan menarik hujung baju Daneen agar duduk semula.

"Baru je usik sikit dah melenting," bidasnya.

"Mana tak melenting, telinga ni berapi-api dengar ayah cakap macam tu!" Daneen gigit bibir bersama pandangan tajam.

"Patut macam panas je, kan?"

Aidan lekas melarikan diri.

"Ei siaplah ayah lepas Daneen habis makan nanti!"

"Okey aku tunggu!" laung Aidan bersama nada mengejek.

Makin panas hati Daneen mendengarnya.

Aidan pantas menyandar pada dinding membelakangi Daneen itu. Dia memerhati Daneen dengan berhati-hati, kelihatan Daneen menikmati seiring mimik muka masam mencuka.

Lama kelamaan senyuman memutik di bibirnya. Comel betul buat muka macam tu.

Buat seketika dia menyandar semula dan mula mengelamun. Sekali lagi, bibirnya terlakar senyuman. Dia ketawa kecil dengan perubahan dirinya yang secara drastik itu.

Aidan membuka matanya semula dan mula mengayunkan langkahnya. Namun langkahnya terbantut apabila satu lembaga betul-betul berdiri di depan matanya.

"Dameen! Bila kau muncul!"

"Aduh, aduh! Sakit, sakit!" Aidan mengerang kesakitan. Serius pedih gila.

"Kau dah pahal pijak kaki aku?" Naik seoktaf nada suara Aidan.

"Rasakan la, siapa suruh salah sebut. Berapa kali nak Daneen tegur? Daneen, Daneen bukan Dameen!"

"Ya pun janganlah pijak! Kau tahu tak kaki aku sakit!"

"Daneen mana la tahu kaki ayah sakit," balas Daneen dengan intonasi membela diri.

"Diamlah!"

Terhinjut bahu Daneen mendengar lantunan suara itu. Dia mula merasa bersalah.

Daneen cepat meraih lengan yang berlapik dengan baju itu.

"Ayah, Daneen minta..."

Tangkas Aidan menepis.

"Jangan pegang aku la!"

Aidan gagah juga naik tangga walaupun kakinya terhincut-hincut.

"Tapi Daneen..." Belum sempat Daneen menghabiskan ayatnya, Aidan kalih dan bersuara kuat.

"Apa pun alasan kau, kau tak patut pijak kaki aku!" Serentak tengkingan itu bersama bunyi pintu dihempas.

Daneen pandang sepi bilik yang dihempas kuat itu. Alahai! Ayah, Daneen minta ampun.

MUNDAR-mandir Daneen di dalam bilik. Sekejap dia keluar dan menjegulkan kepala ke beranda untuk memastikan lelaki itu sudah pulang atau belum. Harini dah masuk seminggu. Sunyinya!

Dah tiga hari mereka tidak bersua muka akibat kejadian tempoh hari. Termasuk seminggu Aidan ada pengurusan penting di Melaka.

Daneen dihurungi rasa bersalah dan rindu.

"Alah pijak kaki je pun!" Ingatannya mengimbas kejadian seminggu tiga hari lalu.

"Dia tu lagi la banyak buat salah dalam seminggu kenal dengan dia. Lagi teruk dia tu, dahlah suka bagi harapan palsu! Sekejap baik, sekejap dingin!"

Inilah rutin hariannya sejak tidak bercakap dengan Aidan selama tiga hari itu dan tidak bertembung mata selama seminggu.

Dia jadi seperti orang gila. Rasa macam duduk di tempat yang tinggal dia saja.

"Masih nak kekal dengan misi ke?" Terdetik di hatinya akan misi yang menjadi azamnya seminggu tiga hari lepas.

"Yeah mesti! Daneen Inara, kau boleh!" Semangatnya berkobar-kobar.

Bunyi enjin memasuki laman memecahkan lamunannya. Daneen tersedar dan pantas mendapatkan beranda. Dia melihat kereta Aidan parking di garaj.

Ayah dah balik! Ayah, Daneen rindu ayah!

Daneen menyelitkan rambutnya di belakang telinga seraya menarik nafas. Dia tak berani, tapi mencuba itu perlu. Yakin juga perlu diterapkan.

"Ayah!" Riang suara Daneen menjerit.

"Weh! Ya Allah..."

Cepat Aidan mencapai suis lampu.

Matanya terarah pada Daneen yang memeluk kakinya. Matanya membulat besar.

"Apa kau buat ni Daneen?"

"Ayah, Daneen nak minta ampun."

"Ayah jawablah..." panggil Daneen.

"Ayah, Daneen cakap dengan ayah."

Aidan buat muka serius. Panggilan Daneen tidak dihiraukan.

"Kau lepaskan kaki aku. Aku nak naiklah, nak mandi."

"Mandi? Biar Daneen temankan!" Segera Daneen bangun dan memeluk lengan Aidan.

"Hoi kau dah hilang akal ke?" Tangan Daneen memeluk lengannya ditolak perlahan.

Daneen kembali pada kedudukannya tadi. Kaki itu dipeluk kuat.

"Okey Daneen tahu haram. Tukar lain, ha Daneen lapar. Tolong masakan untuk Daneen... Kalau ayah tak nak, Daneen pun tak nak lepaskan kaki ayah." Daneen mengugut.

"Haisy! Kau buat aku menyirap ajelah Daneen!" Aidan mula marah.

"Yup Daneen nak air sirap sekali. Thank you!" Sempat Daneen demand.

"Jom la pergi dapur, Daneen teman ayah masak," ajak Daneen.

Daneen menjingkitkan kakinya untuk memandang wajah itu. Dia mahukan jawapan segera oleh itu dia berbuat sedemikian.

"Cuba kalau pendek tu stay je kat kedudukan tu, jangan jingkit-jingkit acah tinggi." Aidan menyindir setelah menolak dahi Daneen dengan satu jarinyakemudian melepasi Daneen yang berada di depan mata.

"Pendek pun Daneen tak kesah. Asalkan yang tinggi tu nampak Daneen yang pendek ni," teriak Daneen bernada manja sambil mengusap dahinya yang sakit sedikit kerana ditekan.

Tengok dari belakang pun ayah nampak hensem. Alahai, sakit pun jadi tak sakit dah.

Daneen, Daneen. Tergeleng-geleng Aidan seraya memulas tombol pintu biliknya.

Rindunya dia dengan suara serta melihat wajah itu. Tiga hari mereka berdua tidak bercakap dan bersua. Ditambah pula seminggu dia ke Melaka atas urusan pengurusan restoran dan menandatangani kontrak kerjasama. Alahai, hatinya tercuit rindu dengan wajah cantik Daneen.

Terubat rindunya melihat Daneen tadi.

"Alahai aku suka Daneen ke aku suka Aisyah?"

"Ayah cakap apa tu?"

"Woi!" Aidan bingkas bangun dari pembaringan.

Pucat muka Aidan apabila menyedari Daneen duduk di tepi katil sambil merenungnya.

"Sejak bila kau masuk bilik ni!"

"Baru je masuk, masuk je dengar ayah cakap sorang-sorang." Selamba Daneen menerangkan.

Daneen melabuhkan punggung di katil itu sambil melihat muka Aidan yang masih belum lega pucat.

"Kalau masuk ketuk pintu, bukan main redah je. Kau tahu tak, aku teruna dan kau pula dara. Kau nak ke mata kau tak suci bila masuk bilik lelaki dan ternampak..."

"Ternampak apa?" Daneen memotong laju.

"Gatal! Pergilah keluar, aku nak mandi." Wajah Daneen yang seinci dengan mukanya ditolak.

"Daneen temanlah!"

"Kau ni kalau dah angaukan aku jangan sampai macam ni, kau tengok tangan aku, bulu roma aku ni menegak tau! Seram sejuk dengan suara dan kau yang gatal ni!" ujar Aidan seraya menunjuk tangannya.

"Baru je acah sikit dah seram sejuk," perli Daneen.

"Ayah, duduk kejap." Daneen menampar tempat duduk di sebelahnya.

"Nak apa lagi? Aku nak mandilah," balas Aidan menolak pelawaan Daneen.

"Daneen nak cakap dengan ayah kejap, Daneen janji kejap je."

"Cakap apa?" Aidan merapati semula.

"Daneen sebenarnya tak ada baju dah... Erm Daneen..."

"Daneen apa?"

"Daneen..."

"Daneen apa?" jerkah Aidan.

"Daneen nak minta pinjam duit ayah, Daneen nak beli baju!" Tanpa sedar dia terus berterus terang. Terkejut betul dengan jerkahan itu.

"Pinjam?" Daneen mengangguk laju.

"Sorry to say, no!"

"Daneen bukan nak kikis pun harta ayah, Dabeen tahu Daneen hanya menumpang sebab tu Daneen nak pinjam duit ayah. Tapi percayalah Daneen bukan nak kikis duit ayah."

"Kalau macam tu, buktikan dengan kerja aku, ada berani?"

"Okey, Daneen sahut cabaran ayah."

Aidan terus kalih. Riak mukanya berubah memandang Daneen. Dia tak percaya gadis itu akan menerimanya! Dia fikir gadis itu tidak akan sahut.

____________
Writer Comments: Alahai makin lama makin klisee tak beranilah nak teruskan😭😭😭😭😭maaflah cerita ni paling banyak salah sebut nama😂😂😂

Jap, jap!

Siapa pernah baca buku MHS iaitu Mencintaimu Hanya Seketika? Cuba cerita sikit jln cerita cita tu😁😁boleh emosi ke baca buku tu😢😢


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top