DLM : 6

Selepas membaca atau sedang membaca:
1) Awak, awak yang tengah baca ni lah. Awak mesti beri undian, iaitu bintang ⭐. Bintang kat bawah tu ⭐. Jangan lupa follow DiyaDizyaa tau!

2) Komenlah banyak2. 😆

3) Kalau-kalau awak ternampak kesalahan tolong tag (komen) eh😝(Dalam bab ni pun ada permainan tau! Hope enjoy!)

DARI satu rak ke satu rak digeledahnya. Puas dia mencari buku bertajuk. Pening kepala memikirkan di mana buku itu berada, hampir setiap pelusuk dicari tapi masih belum dijumpai.

"Tak ada chance la aku nak jumpa kalau macam ni!"

"Apa yang Encik Aidan cari? Beritahu saya apa yang Encik Aidan cari, saya boleh bantu." Aida menawar diri.

Aidan bingkas berdiri. Wajah Aida selaku pekerjanya itu ditenung sekejap memastikan sama ada boleh dipercayai atau tidak.

"Kenapa Encik Aidan? Ada masalah ke?" soal Aida laju. Hairan bila majikannya merenung bagai nak tembus.

"Sebenarnya ini rahsia."

"Rahsia? Rahsia apa? Encik Aidan ada buat perkara menyalahi undang-undang ke?" sela Aida.

"Jauh sangat awak menyimpang. Sebenarnya saya... Alah awak tahu kan perempuan yang selalu datang sini tu, dia selalu beli buku dan setiap kali dia datang saya pasti akan tercongok dekat kaunter."

"Ouh Cik Aisyah tu, oh ye ye. Kenapa ya?"

"Dia nak buku language cina. Jadi merata la saya cari, tapi tak jumpa-jumpa," terang Aidan seraya menyerahkan kertas kecil tertera tajuk buku yang dicari.

"Kenapa tak beritahu awal-awal? Saya baru je lepas letak stok buku ni dekat rak."

"Alhamdulillah, terima kasih. Mujur ada awak, saya memang perlukan sangat dapatkan buku."

"Nak guna cara ni untuk memikatlah tu. Alahai Encik Aidan, Encik Aidan." Aida menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mestilah, memang dah tak ada cara lain lagi dah. Itu je cara saya nak ngorat Daneen tu, saya memang dah lama suka kat dia. Walaupun dia jiran saya, saya tak tahulah. Saya malu nak bertegur sapa."

"Nama Cik tu bukan ke Aisyah?"

"Yela Aisyah la.”

"Kenapa saya dengar Encik Aidan sebut Daneen?"

"Daneen?" Aidan terus berdiri tegak. Dia mengelamun apa sehingga menyebut nama itu?

"Awak kut salah dengar. Err... cepat sikit boleh? Saya takut dia dah habis lunch." Laju Aidan menukar topik.

Dia dah gila rasanya. Macam mana boleh sebut nama Daneen tu?

"PENAT Daneen masakkan untuk ayah, sampai hati ayah pergi macam tu je." Daneen mencebik sedih.

Makanan tidak langsung terusik. Kecewanya membuak-buak. Tambahan pula, dia masakkan khas buat ayahnya itu.

"Ayah tahu tak, Daneen rasa Daneen sorang je yang gila kat muka bumi. Sakit-sakit tangan tapi gedik jugak nak masak untuk ayah yang tak hargai masakan Daneen."

"Haisy geramnya! Daneen benci ayah! Benci, benci!"

Daneen menapak masuk semula ke dalam rumah bersama mimik muka merajuk. Dia memang terasa sangat-sangat. Sampai hati Aidan pergi tanpa menjamah sedikit masakannya.

Dia menjijak anak tangga dengan lagak superhero dalam filem Avengers iaitu Hulk. Jika badannya besar sebesar Hulk kemungkinan besar risiko rumah itu di dalam kategori hancur lebur hanya dengan satu tapak sahaja.

Pintu bilik yang didiaminya dipulas. Namun baru sahaja mahu memulas habis, telinganya mendengar satu suara aneh dari bilik hujung.

Sekilas dia mendengar bunyi loceng. Serta merta bulunya meremang. Bunyi itu semakin kuat. Biarpun dia menggigil ketakutan, sempat lagi dia memikirkan bunyi itu. Terlintas di fikirannya perkataan 'hantu'.

Namun segera dia menggeleng.

"Mana ada hantu waktu petang macam ni!"

"Alamak sorry hantu, Daneen tersebut kuat." Pantas dia memohon maaf.

Dia menekup mulut. Kenapa berani sangat Daneen ni Daneen! Daneen menjerit kuat dalam hati. Jantungnya ketika itu berdegup tidak normal.

Masih takut.

Daneen tersentak. Terperanjat apabila bunyi itu semakin kuat malah semakin menghampiri.

"Aah! Dekat sebab aku dekat!"

Daneen! Kau memang suka terjebak kan diri dalam masalah lah! Daneen jerit lagi.

Daneen mengamati bunyi itu sekali lagi. Dia kembali menarik nafas panjang. Cuba menenangkan diri dan fikiran agar tidak terlalu tak...

"Ayah!"

"TERIMA kasih Encik Aidan! Ya Allah, saya ingat adik saya tak dapat lah teruskan kerja khususnya kali ni. Alhamdulillah saya bersyukur, terima kasih sekali lagi Encik Aidan." Tidak henti-henti gadis itu memberi ucapan terima kasih kepada Aidan.

Segan Aidan dibuatnya. Dia pulak blushing. Lagi-lagi melihat Doktor Aisyah iaitu gadis yang didambakannya itu berada di depan mata.

Sejuk saja mata memandang. Aduhai alahai hatiku sudah tergadai.

"Tak payahlah berterima kasih. Hal kecil je, lagipun memang bidang buku-buku ni dah jadi bidang saya."

"Encik Aidan memang baik orangnya. Untung siapa yang punya tu,"

"Eh, saya belum berpunya lagi Doktor Aisyah!" Laju Aidan menafikan.

"Yang semalam tu siapa? Saya ingatkan buah hati, yela kawan pun boleh jadi teman hidup."

"Yang itu kawan je. Tak anggap lebih pun, dia call cakap yang dia sakit, itu saya bawa dia ke hospital." Aidan memberi alasan serba kaut. Itu aje yang terlintas, bantal ajelah!

"Untungnya kawan Encik Aidan tu, dapat kawan sebaik Encik Aidan," puji Aisyah lagi.

"Pujian tu terlalu menggunung Doktor Aisyah, berat bahu saya nak memikul," balas Aidan. Saja berkias.

"Pujian tu selayaknya pada Encik Aidan."

"Terima kasih Doktor Aisyah," ucap Aidan sambil tersenyum-senyum.

"Encik Aidan janganlah panggil saya Doktor Aisyah, panggil saya Aisyah je. Nama panjang saya Aisyah Humaira. Tapi panggil nama pendek sajalah, taklah berbelit jadinya."

"Takkan nak berbelit, nama Aisyah senang disebut malah maksudnya juga baik dan bukan baik je nama tu, bahkan nama isteri Rasulullah. Beruntung Aisyah memiliki nama seperti isteri Rasulullah." Giliran Aidan memuji. Tenang sahaja bertentang mata dengan gadis itu. Alahai inikah dinamakan cinta?

"Terima kasih."

"Sama-sama."

"Jadi apa pula maksud..." Belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya, budak kecil entah datang dari mana berpaut di kakinya.

"Eh..."

"Ibu, Dania nak mainan." Budak itu merengek berkali-kali seraya memeluk kaki Aisyah.

Aisyah bangun dari kerusi dan menunduk. Dia melutut dan duduk sama parah budak itu. Dia mula memujuk.

Aidan terpempan. Tiba-tiba situasi itu mengingatkannya pada Daneen. Ingatannya sewaktu berjumpa dengan Daneen dan ingatan selama tiga hari berputar di ruang mata.

Dia memandang Aisyah yang memimpin budak itu kembali pada ibunya.

Daneen! Nama itu meniti di bibir.

Dia teringat semula.

"Duduk sini! Sebab yang pertama, ayah adalah tawanan Daneen! Sebab yang kedua, ayah kena makan masakan Daneen! Okey tu je. Duduk sini diam-diam, tunggu Daneen siapkan sarapan. Lepastu baru Daneen lepaskan ayah ke tempat kerja, okey?"

"Senang betul keluarkan arahan. Dia ingat dia siapa?" Baru sahaja dia hendak bangun, situasi semalam terlintas di fikiran.

Alamak! Daneen sajikan makanan untuknya. Jam ditangan pantas dikerling.

Pukul 6!

"KUCING?"

"Alahai comelnya Si Gebu ni, alalala meh kat Daneen," panggil Daneen seraya mendepakan tangannya.

Kucing berwarna putih dan berbulu lebat itu berlari laju ke arahnya.

Daneen terus memeluk erat.

"Terkejut tau Daneen, Daneen ingatkan hantu."

Seketika kemudian dia menggeletek kulit gebu itu. Kucing itu berpusing ke kanan dan ke kiri. Geli!

"Wah manjanya Gebu ni!"

"Eh, tak naklah gebu, mesti dah banyak kucing nama gebu, kan sayang?"

Kucing itu ber'miaw', seakan faham dengannya.

"Alahai sayang, Daneen terharu! Ada jugak sudi layan Daneen. Bukan macam sorang lelaki ni. Sayang tahu tak, ada la pakcik berjanggut ciput dalam rumah ni ha, Ya Allah dia punya mulut tu macam machine gunt bila dia bersuara. Daneen buta-buta ingat dia berat mulut tapi alih-alih bila buka je mulut, Masya Allah dia punya mulut bagai burung murai." Panjang lebar Daneen melepas semua amarahnya yang terbuku.

Kucing itu hanya memandang sahaja.

"Forget about tu sayang, fokus dengan adik. Adik rasa adik nak letak nama sayang, Daneen 2.O. Salah satu sebabnya, Daneen 2.O tinggal sini dulu sebelum adik dan kat leher ni tanda Daneen 2.0 anak ayah, kan? Adik gelar adik sebab adik baru lahir kat rumah ni dan Daneen 2.O yang ada sini dulu. Mesti pelik kenapa Daneen gelar diri adik, sebabnya adik anak ayah jugak."

"Hurm... Bilalah ayah nak balik ni? Adik lapar," rintih Daneen sendirian sambil memeluk Daneen 2.O.

Akhirnya Daneen tertidur di meja bilik bacaan itu.

"Terima kasih Encik Aidan sebab sudi hantarkan saya pulang."

"Anyway thank you for today jugak!" Aisyah berterima kasih sekali lagi sebelum Aidan memboloskan diri ke dalam kereta.

Aidan melakar senyum.

"Most welcome Doktor Aisyah."

Daneen terjaga. Terpisat-pisat Daneen bangun. Dia menggosok matanya seraya mengangkat wajah.

Dia bangun dari kerusi itu. Dia menggeliat kemudian mengusap lehernya yang terasa lenguh tidur secara duduk tadi.

"Kak Daneen 2.O ni! Sepatutnya gerak la Daneen! Hisy! Tengok tu jam, mesti terlepas dah waktu..." Daneen tersedar. Dia cepat-cepat membuka tirai sedikit dan melihat ke tingkat bawah. Tumpuannya tepat pada garaj.

"Takkanlah tak balik lagi?" Daneen mula pelik.

Baru sahaja dia ingin menutup kembali tirai, matanya menangkap kereta Aidan bersama pemiliknya iaitu Aidan sedang berada di rumah sebelah.

Daneen tidak jadi menutup tirai. Matanya ditajamkan setajam mungkin agar jelas memastikan itu Aidan.

Dia yakin. Itu memang Aidan si ayah.

"Ayah buat apa tu?"

"Gelak? Senyum?"

"Hisy siapa perempuan tu!" Daneen mula mengamuk. Dia geram apabila tidak dapat melihat wajah perempuan itu kerana perempuan itu membelakangkannya.

Daneen tidak puas hati. Dia menghempas langsir dan keluar dari bilik bacaan itu.

Kakinya dihayun sepantas mungkin ke pintu utama dan menyarungkan selipar di rak kasut kemudian langkahnya diatur ke hujung laman.

Dinding tepi pagar yang membelah menampakkan suasana luar membuatkan dia berjaya melihat secara lebih dekat wajah perempuan itu. Malah perbualan mereka juga jelas dan kuat kedengaran ditelinganya.

Makin sakit hatinya menyaksikan adegan gelak tawa itu. Lembut dan halus sahaja suara Aidan membalas cakap dengan perempuan itu.

Lama dia mengikutkan amarah. Beberapa saat kemudian, baru dia perasan perempuan itu adalah doktor yang merawatnya semalam.

"Aisah ke Asah ke apa aku kesah? Wah? Dia nak caras ayah aku ke?" Daneen menahan bengang.

"Berani betul! Tapi haisy! Sah-sah ayah yang layan dia dulu, nampak secara terang-terangan lagi memang ayah yang cuba memikat dulu!" jelas Daneen pada diri sendiri.

Tapi entahlah, dia pun pelik. Entah apa dirasakannya sehingga cemburu pula melihat Aidan melayan perempuan lain.

Jatuh cinta? Itu sangat-sangat tak masuk akal!

Daneen tersentak tatkala bunyi pagar dibuka secara perlahan-perlahan. Daneen statik di situ. Mukanya merah, merah mengawal amarah. Amarah yang hampir menggeledak dan membanjiri.

Aidan perasan susuk tubuh Daneen yang dinampaknya ketika meluncur masuk ke dalam halaman rumahnya

"Daneen?"

Daneen tidak menyahut.

"Apa kau buat kat situ?"

Daneen merapati. Seolah api-api yang mengekori setiap langkahnya melalui sisi kanan dan kiri. Ala-ala filem Hollywood, Ghost Rider.

Buat seketika mata mereka bertembung.

Daneen hanya dengan pandangan maut. Dia mencerlung setajam-tajamnya raut wajah itu.

Jadi kalau dalam hati ni adalah perasaan cinta. Okey Daneen akan perjuangkan perasaan ni. So ayah, tunggulah! Daneen akan buat ayah terpikat dengan Daneen sampai ayah tak boleh tidur malam!

Itu azam barunya.

____________
Writer Comment: What's up guys! Uyoo menarik tak? Inilah idea pukul 3 pagi 😂😂😂Maaflah jika tidak memuaskan 😅😜Daneen ada azam baru! Lagi gila laa selepas ini! Korang masih nak aye teruskan menaip? Cerita ni best ke😔😔😔

Aipp! Ada game lagi di chapter ini, pusingan kedua ialah game teka-teki. Huhu banyak eh yang jawab di bab sebelum ini tapi hanya beberapa je yang menjumpai nama Daneen di situ. Hoho 😍Okay let's start play!

1) Berapakah umur Diya pada tahun 2020.

Game tambahan: Siapakah pengacara tetap Melodi dan I Can See Your Voice Malaysia?

Jawapan ditangan anda! ❤️😍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top