DLM : 52
"ANDARA ada nampak Kak Long tak?" soal Aidan membisik. Ramai para tetamu Andara sambut, dia terpaksa menurunkan intonasi suara.
"Ada, baru je tadi Kak Long ke belakang tambah lauk," jawab Andara sambil memberikan goodies.
"Okey Andara."
"Pesan dia jangan buat kerja berat sangat. Catering boleh urus." Puan Sri Hana di sebelah Andara sempat titip pesan sambil menyambut tetamu. Berpusu-pusu tetamu hadir.
Sesak laluan menuju ke dapur gara-gara talam makanan untuk dijamah kepada ahli keluarga terdekat diurus di dalam rumah. Dari jauh dia nampak isterinya sedang mengasingkan lauk ke dalam talam.
"Biar abang bawa." Aidan mengambil alih talam itu ke pegangannya. Dia meletakkan seketika di atas meja seraya membantu Daneen berdiri.
"Catering kan ada, sayang," tegur Aidan seraya menarik Daneen masuk bersama talam tadi.
"Daneen kesian tengok diaorang bertungkus lumus tambah lauk, Daneen ada kudrat, Daneen tolonglah." Daneen mengikut rentak langkah suaminya.
"Tahulah sayang, tapi abang yang urus catering pun abang minta pekerja je yang buat. Kita kan tuan rumah, ada baiknya sambut tetamu." Sempat mereka berbual meski dihurung ramai tetamu.
"Sekurang-kurangnya bila Daneen buat kerja, Daneen tak terasa sedih pasal apa yang dah jadi kebelakangan ni. Daneen harap abang faham," ujar Daneen penuh makna. Tangan suaminya yang memegangnya, dileraikannya.
Daneen mengalihkan sudu yang berterabur di atas meja itu sebelum memberi ruang Aidan meletakkan talam. Lalu Daneen bergerak masuk semula ke dalam rumah. Harapnya Aidan faham.
Kakinya tetap dibawa mengikuti Daneen. Tak mahu membiarkan Daneen melakukan seorang diri.
"Abang..."
"Abang boleh buat juga, sayang."
Jujur dia tak perlukan sokongan Aidan ketika ini. Dia perlukan masa.
"Tolonglah, leave me alone, abang." Dingin suara Daneen. IBukan niatnya beremosi, dia betul-betul tiada rasa hendak berdepan dengan sesiapa.
Dia tak mampu menahan perasaan. Hati senang dan bahagia sahaja yang layak ada di majlis itu, yang tak bahagia tak patut ada di hari berbahagia itu.
"Daneen, kenapa cakap macam ni, sayang?"
Daneen mengeluh berat. Dia melepasi Aidan, kakinya menuju ke pintu pagar kecil di belakang, enggan mempedulikan sesiapa lagi.
"Sayang! Daneen Inara!" panggil Aidan terpempan dengan langkah Daneen yang meluru keluar.
"Tolonglah faham, Daneen. Daneen tak nak abang peduli, Daneen perlukan masa bersendiri!" tengking Daneen tanpa sedar. Dia hanya ikut pemikirannya yang terus ingin memberontak.
"Daneen sedar tak kat dalam tu majlis adik ipar Daneen?" Aidan lantang menegaskan itu. Serentak itu dia berjaya meraih tangan Daneen.
"Jadi? Daneen perlu ke ada? Bukan Daneen yang kahwin!"
"Daneen Inara." Suaranya berbaur kesal.
"Dahlah abang. Kalau abang cuma nak buat Daneen serabut, baik abang pergilah masuk urus majlis tu. Abang sedar sangat, kan tu adik abang? Jadi sedarlah dan pergi masuk je balik. Daneen tak perlu abanglah sekarang!"
Pedih mendengar setiap patah kata yang disampaikan dengan kasar itu. Seakan tiada perasaan Daneen memperlakukannya tika ini.
"Sanggup sayang cakap macam ni?" Ungkapan Aidan saat ini tak langsung tembus ke hatinya. Malah dia lebih berani merentap tangannya yang ditahan oleh Aidan.
"Daneen, Daneen nak pergi mana?" Daneen menepis kasar tangan Aidan. Dia menghayun langkah meninggalkan lelaki itu.
Aidan tidak putus asa, dia tetap mengejar.
Namun, langkahnya terhenti saat kedengaran suara seperti pernah didengarinya sebelum ini. Aidan lantaran berpaling.
Tepat pada sebuah kereta yang baru dilepasinya. Cermin depan kereta itu menampakkan seseorang yang berpakaian baju berwarna gelap dan bertopi di dalam. Orang itu kembali menarik perhatiannya dengan suara itu, sekali lagi suara itu keluar dari sebuah pen.
"Hari ini, kau akan nampak dia betul-betul mati depan kau, Ammar Aidan." Enjin kereta itu ditekan kuat.
Turun naik dada Aidan saat mendengarkan itu. Dia akan tersedar langkah Daneen yang telah jauh di depan.
Aidan pantas mengorak langkahnya laju apabila melihat kereta itu mula bergerak dan bunyi deruman enjin kereta itu semakin kuat. Perasaannya tidak menentu.
"Daneen!" Gementar tubuhnya sedaya langkah dia berlari mendapatkan Daneen. Namun hampa.
"Daneen Inara!" jerit Aidan sebelum dia jatuh terduduk di jalan.
"KAU gembira?" Hayden bangun dari kerusi pelamin.
"Maksud abang?" Nana ikut berdiri.
"Sebab aku takkan semudah tu biarkan majlis ni wujud rasa gembira," ujar Hayden seraya melangkah ke arah pengacara majlis.
"Apa abang nak buat ni?" Nana mula diserbu gusar.
"Aku, Hayden Iskandar. Rasanya dah sedia maklum dengan nama aku tu, aku pengantin lelaki." Suaranya begitu tenang melalui mikrofon.
Anak mata para tetamu mulai memusat ke arah Hayden di ruang pentas pengacara, tepat bersebelahan pelamin. Tatkala itu juga Puan Sri Hana cuma menoleh sekilas.
"Kepada yang hadir, terima kasih sanggup datang ke majlis yang merugikan masa ni."
"Apa lagi abang kamu cuba lakukan tu Andara?" Nek Dara tenang di posisi. Hanya anak mata melingas ke arah Puan Sri Hana.
"Harini bersaksikan semua, aku akan ceritakan pengalaman... Mungkin akan memalukan dia yang cukup berusaha agar sempurna."
Dari pentas, dia memerhati riak wajah Puan Sri Hana. Kelihatan semua ahli keluarga tidak gentar, terutamanya Puan Sri Hana.
Jiwanya mulai memberontak. Kerusi dicapai.
"Aku dibesarkan tanpa kasih sayang."
Memalukan diri sendiri? Ya. Dia sanggup. Bukankah sejak dulu lagi cukup ketara dia orangnya sebegitu?
"Terutamanya daripada dia." Jari Hayden dihalakan tepat ke arah Puan Sri Hana.
"Sebab apa ya?" Hayden menggosok dagunya.
"Aku anak angkat, anak yang menyusahkan dia. Anak yang tak diingini pun oleh dia. Sejak dia ambil aku sebagai anak angkat, dia membunuh perasaan aku secara perlahan-lahan, sampai aku boleh tahu status aku ni sebenarnya anak angkat." Hujung matanya berair dibiarkan. Sakitnya memikirkan detik dia mengetahui hakikat dirinya.
Hati Nana seakan dicarik. Ingin sahaja dia mengakhiri bicara suaminya.
"Depan kau semua mungkin nampak dia sempurna, berjaya, tapi dia gagal menjadi seorang ibu. Seorang ibu untuk aku yang tak pernah inginpun diambil kalau tahu takdir aku hidup dalam keluarga ni hanya akan dipinggirkan," luah lelaki itu dengan suara bergetar menahan perasaan.
Dia mengumpul segala kekuatan untuk mengungkapkan hakikat keramat itu di depan orang ramai ketika itu.
"Sikit pun kau tak goyah, Puan Sri Hana. Kau tetap sanggup abaikan aku, walaupun aku sekarang berdiri di tempat yang akan menghancurkan kejayaan dan nama kau. Hina ke aku ni? Aku ke toksik? Perasaan aku ke yang salah? Sehingga memalukan kau pun kau tak peduli?" Terasa hatinya tersiat. Puan Sri Hana hanya kekal di posisi tanpa sekilas toleh. Hanya tetamu mendengarkannya.
"Kalau kau berpaling untuk minta aku berhenti meskipun cuma dengan alasan menjaga nama baik kau, aku akan stop bersuara, mama." Sungguh, hatinya terobek hebat. Tangannya menggigil hebat. Dia tewas dalam rancangannya sendiri. Sebegitu hebat wanita bergelar mama itu, mempertahankan egonya lebih dari segala-galanya.
Tiada kata-kata mampu terucap lagi saat satu suara menjengah.
"Puan sri!" pekik seseorang yang kelihatan bergegas mendapatkan langkah ke pintu masuk.
"Menantu puan sri kena langgar!" jerit suara orang itu lagi di celah keramaian itu. Hal itu disampaikan penuh cemas.
Derap langkah Puan Sri Hana menjadi tumpuannya. Posisi Puan Sri Hana pantas beralih dan arahnya jelas menuju ke luar.
Sakit. Terlalu sakit, Ya Tuhan. Kejam, kejamnya dia mempedulikan yang lain berbanding aku. Hatinya ditusuk penyesalan, dihiris kekecewaan.
"Aku memang takkan dapat perhatian kau, kan." Buat sekian kalinya, sebak mengurungi tangisannya. Rapuh. Hati aku rapuh demi dapat kasih sayang kau, mama.
Hatinya tak sanggup melihat air mata itu. Seolah hanya mereka yang ada di situ, Nana melangkah ke arah sang suami. Dia tak peduli seandainya dia ditepis. Mengapa ibu mertuanya sanggup mengabaikan Hayden?
"Abang." Dia memeluk Hayden tanpa ragu.
"Sukarnya aku nak dapat perhatian dia, Najwa..." Bahkan Andara turut berpaling daripadanya.
"Aku ni tak layak ke dapat kasih sayang daripada dia?" Hatinya sakit melihat Hayden menangis. Ini pertama kalinya lelaki itu melepaskan tangisan kepadanya.
Sayu.
"Dia yang jaga aku, dia yang ambil aku. Kenapa dia layan aku macam ni?"
________________________
Writer Comment : dapat dalam 100 vote, 20 komen ke. Saya up bab seterusnya, apa macam? Okey ke?
Maaf tau kalau ada nama Erisha, sbb hari2 dok typing buku mencintaimu Hanya seketika, terbawa2 nama watak tu😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top