DLM : 38

Terima kasih bukak, jangan seen je, kena baca, vote dan komen tau, tau!


HUJUNG baju dibutangkan sambil ekoran mata melingas dari atas hingga bawah melihat segi pemakaiannya, hendak memastikan pakaiannya kemas.

Selesai menyiapkan diri, rambutnya dirapi. Penampilannya hari ini harus lebih kemas kerana dia akan bersama pelanggan VVIP. Semalam takut juga nak beritahu Daneen, maklumlah Daneen pula dalam keadaan memerlukan dia.

Dia ingat pesan Daneen semalam, kejutkan dia tapi dah tidur lena sangat serba salah pula jika menganggu.

Aidan melangkah keluar dari bilik air dan menuju ke arah langsir yang tertutup. Dia menyelak sedikit lalu dia berpaling ke arah Daneen setelah melihat cuaca luar. Kelihatan Daneen masih tidur.

Sorry sayang, abang tak nak ganggu. But don't worry, I have present for you.” Aidan meletakkan di atas meja sebelah Daneen satu kotak berwarna hitam berikat reben merah, terdapat juga corak berbentuk love di situ. Tadi, sempat juga dia pergi beli kat kedai cenderamata area berdekatan hospital itu. Mujur kedai itu buka awal.

Dahi Daneen dikucup lama lalu wajah Daneen diusap perlahan. “I love you sayang,” bisik Aidan sambil meniup telinga Daneen. Aidan tangkas ke belakang apabila melihat tangan Daneen mula menepis.

Tahu sangat, sebab itu dia cepat-cepat mengambil langkah berjaga-jaga. Kalau duduk situ lagi, mahunya dapat tamparan percuma.

“Tidur pun cantik sayang abang ni,” puji Aidan sebelum mendaratkan ciuman di pipi Daneen. Sesaat kemudian, ciuman beralih ke dahi. Sebelum berganjak keluar, sempat dia mengamati wajah Daneen.

“Semoga sayang sentiasa dalam lindungan Allah…”

Aidan menutup pintu bilik tidur tersebut. Dengan langkah sederhana, dia menuju ke pintu lif. Sementara menunggu lif tiba, dia segera mengeluarkan telefon dari kocek seluar.

Nombor telefon mamanya didail. Beberapa saat kemudian masuk di panggilan. “Assalamualaikum mama, Along ni.” Aidan membuka bicara.

“Waalaikumussalam, ya Along,” sahut Puan Sri Hana lembut.

“Mama comfirm ke datang tengokkan Daneen?” tanya Aidan inginkan kepastian.

Sure, mama tengah siap ni. Nak tunggu Tok Mek sampai macam lambat sangat pulak. Inn Shaa Allah dalam 30 minit mama sampai,” balas Puan Sri Hana di talian.

“Tok Mek datang dengan apa, mama?” Aidan menyoal sambil mata melirik jam di pergelangan tangan.

“Dengan bas. Mama ingat nak minta tolong Angah ambilkan Tok Mek bila Tok Mek sampai kejap lagi, tapi Angah tak ada rumah pulak.”

“Tak apa mama. Along boleh minta tolong pekerja Along ambilkan.”

“Baiklah kalau macam tu. Terima kasih Along.”

“Sama-sama mama. You too mama, thank you sudi tolong Along.” Aidan berbahasa. Jarang benar Aidan dapat berbual dengan Puan Sri Hana di dalam telefon, selalunya Puan Sri Hana lebih suka berbual secara berdepan.

“Daneen tu bukan orang lain, menantu mama. Baik, buruk latar belakang dia, semua tu dah berlalu.” Suara mama yang berbaur serba salah menyapa ruang telinga Aidan. Terus Aidan menyimpul senyum.

Are you serious mama? I can't believe that la.” Aidan ketawa mendengar kata-kata mamanya. Susah betul nak dengar mamanya memutuskan kata-kata seperti itu kecuali rasa bersalah.

“Ketawalah Along, jangan harap mama masak makanan kesukaan Along nanti,” ugut Puan Sri Hana secara keras.

“Alah mama, Along ketawa sikit je. Jangan merajuk, tak cantik nanti. Mama Along, Angah dan Andara cantik paras rupa tau.” Aidan mula mengusik. Senyuman meniti sahaja di bibir sepanjang perbualan dengan mamanya. Kalau Daneen tengok ni mahunya tersengih-sengih sampai ke telinga. Ini yang Daneen mahu, dia benar-benar tak mahu Aidan hidup hilang kasih sayang sepertinya.

“Ada je ayat nak membodek.” Kedengaran tawa kecil terletus dari bibir Puan Sri Hana melalui talian. Bertambah-tambah manis senyuman Aidan mendengarnya.

Pintu lif dibuka. Aidan segera angkat wajah, langkahnya diatur masuk setelah tinggal seorang melangkah keluar. Sekilas sahaja orang itu memandang Aidan sebelum mengatur langkah menuju ke kaunter jururawat.

Okay mama, I call you later.”

Aidan lantas menekan butang tingkat ground floor. Pandangannya tertumpu di nombor terpapar di dinding lif.

Seseorang itu tadi sekadar senyum sinis tatkala melihat Aidan tidak sedar akan dirinya. Kakinya dihayun setapak demi setapak ke kaunter jururawat.

“Ya Encik, apa saya boleh bantu?” tanya seorang jururawat di situ.

“Saya nak cari wad Daneen Inara Binti Putra Raiyan.” Serak suara itu mengajukan permintaan.

“Sekejap ye,” balas jururawat itu seraya keluar dari kaunter.

“Saya boleh tunjukkan.”

“Okey.” Ringkas jawapan lelaki itu menerima tawaran jururawat tersebut.

Kakinya dihayun membuntuti jururawat perempuan berbangsa Melayu itu. Sempat matanya memerhati beberapa CCTV yang terdapat di situ.

“Sini wad Puan Daneen.”

“Terima kasih nurse.” Lelaki itu melakar senyuman.

“Sama-sama.”

Setelah jururawat itu berlalu, lelaki itu menekan tombol pintu ke bawah lalu memboloskan tubuhnya ke dalam wad tersebut.

Sakit kepala masih terasa malah  berdenyut-denyut. Daneen tak dapat melelapkan mata, semalam okey tapi harini tiba-tiba kepalanya terasa sakit. Mata terpaku pada jam yang tergantung di dinding, kelihatan jam menunjukkan pada pukul 10. Mesti Aidan dah pergi kerja. Kata Aidan, harini mama akan datang.

Cahaya dari pintu yang terbuka sedikit menarik perhatian Daneen. Bibir Daneen yang merekah dan kering terukir senyuman sayu.

Dia menunggu langkah mama, hendak bersuara tidak berdaya. Dengan keadaan tika ini, dia sekadar mampu menunggu.

Mata Daneen membulat apabila susuk tubuh itu dipemerhatiannya pada celah-celah langsir, berpakaian berselubung jenis hoodie berwarna hitam. Bukan itu sahaja, di wajah lelaki itu terdapat parut yang pernah dilihatnya 13 tahun lalu. Serta merta kejadian yang berlaku 13 tahun berulang di ruang ingatan.

Daneen segera menepis lalu memejamkan kedua-dua kelopak matanya.

“Maafkan aku, Inara.” Suara itu membuatkan Daneen berpeluh sejuk. Jantungnya tika itu berdegup di dalam kadar paling laju sehingga tanpa tidak sengaja dia tersedu.

Lelaki itu tidak tampak hairan. Dia sekadar senyum sinis.

“Kau takut dengan aku lagi Inara?” Lelaki itu bersuara kemudian mengambil tempat di kerusi yang terdapat di situ.

“Ke... kenapa awak datang sini? Ma... mana awak ta... tahu saya kat sini?” Bergetar suara Daneen menyoal lelaki itu.

“Aku tahu kau tahu jawapan bagi soalan kau.” Sesekali Daneen menekup mulutnya menahan batuk.

Daneen teringat semula. Maka benarlah orang yang hampir melanggar dia dan Aidan tempoh hari ketika di kampung adalah lelaki ini.

Daneen pandang tajam wajah yang masih ditutupi itu. Mata mereka hanya bersambung seketika apabila Daneen cepat melarikan matanya ke arah lain. 

“Saya dah kahwin. Tak guna pun awak nak saya jadi milik awak. Sampai mati pun awak takkan boleh dapat sayalah!” herdik Daneen dengan suara yang meninggi. Air mata yang mengiringi tidak dia hiraukan. Cukuplah, dia tak mahu lagi. Dia tak mahu menyeksa diri sendiri. Dia dah ada kehidupan baru, Aidan.

Lelaki itu mencengkam kedua-dua bahu Daneen.

“Kalau macam tu, biar aku bunuh suami kau.” Lelaki itu berang. Cepat dia bangun dari duduknya dan mahu memulakan langkah. 

Daneen mencapai tangan itu. Kuat dia mengenggam tangan lelaki berpakaian hoodie tersebut meskipun tangannya sakit.

“Kalau betul niat awak nak bunuh suami saya lebih baik awak bunuh saya waktu dulu daripada selamatkan saya!” provok Daneen dengan mata yang memerah.

“Sampai macam ni kau sayangkan dia? Kau lupa ke aku yang datang dalam hidup kau dulu sebelum dia dan Inara, apa yang aku buat semuanya sebab aku tak nak kau bahagia dengan dia. Kau hak aku. Tapi kau sendiri pilih jalan hidup kau dengan lelaki yang tak pernah kau kenal.”

“Saya kenal dia, dia orang yang baik. Awak ingat tak perjanjian kita cuma menjadi kawan. Saya dah ikut perjanjian awak kedua-duanya. Seperti perjanjian kita, kalau saya tak nak ikut perjanjian ketiga, awak terima perjanjian saya.”

“Tapi kau hak aku!” Tangan Daneen ditepis kuat. Terjatuh Daneen dari katil.

Daneen pandang darah di kakinya. Mukanya berkerut menahan sakit.

“Inara.” Daneen dapat melihat lelaki itu mendekat dengan raut cemas. Daneen segera menghalang.

“Awak pergi dan tolong jangan sia-sia atau membazirkan masa awak untuk desak saya tunaikan permintaan ketiga awak sebab saya dah jadi milik orang lain. Bukan milik awak dan selama-lamanya takkan jadi milik awak!” jerit Daneen bersama air mata yang tak henti-henti jatuh berlinangan.

“Inara, aku ada perasaan kat kau. Aku tak boleh lepaskan kau.” Lelaki itu bertegas.

“Cara awak ni buat saya rasa takut sekali lagi. Tolong... jangan kacau saya lagi. Tolonglah...” rayu Daneen. Rayuan tak putus-putus itu menimbulkan rasa marah yang menebal di lubuk hati lelaki itu.

Lelaki itu berkeras mengangkat Daneen. Daneen menyeringai di dalam cempungan. Setelah itu, tangannya kuat menampar wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu yang terluka berkali-kali tidak sedikitpun mendatangkan belas kasihan padanya.

“Inara, I won't let you go.” (Tolong betulkan kalau salah, sebab aku tak pasti sesuai ke tak)

Lelaki itu meletakkan Daneen perlahan-lahan di atas katil lalu menekan butang kecemasan. Tangannya pantas menyambar kotak hadiah di meja tepi Daneen. Dia tahu itu pasti pemberian suami Daneen. Setelah beberapa jururawat sudah menghampiri, lelaki itu melangkah keluar. Tak sedikit pun dia berpaling melihat Daneen.

Dia mengatur laju langkahnya. Butang lif ditekan. Sebaik pintu lif terbuka, kakinya dihayun masuk. Pandangan orang yang melihatnya di dalam lif itu tidak langsung dihiraukannya.

Sebaik satu per satu orang keluar, dia menekan butang tingkat paling atas. Hatinya berderau kemarahan. Kotak hadiah ditangannya digenggam kuat. Tiba sahaja di tingkat itu, dia memulas pintu itu dan meloloskan tubuhnya.

Kotak hadiah itu dibalingnya, pecah satu crystal ball manakala kad kecil bersama kotak hadiah itu dibakar.

“Kalau ini apa yang kau nak Inara, aku terpaksa hapuskan dia.”

______________
Writer's Comment : So camne bab ni okey jugak ke 😂 hahahaha try buat, tk caye dah 1300k patah perkataan 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top