DLM : 36
KAKI Aidan tak berhenti bermundar-mandir di depan pintu wad Daneen. Puas juga Aidan menahan perasaan namun tewas. Tidak tertanggung rasanya melihat Daneen meracau-racau di atas katil. Tambahan pula tika itu dilihatnya tangan Daneen direntap supaya tenang.
"Daneen..." Kedengaran nada suara Aidan beralun sayu. Sebak. Lara hatinya mencengkam.
"Along, tenanglah. Inn Shaa Allah Daneen okey. Mari," pujuk Puan Sri Hana seraya membawa Aidan ke tempat duduk.
"Along tak sampai hati tengok Daneen dalam keadaan macam ni, hati Along sakit, sakit sangat," luah Aidan bersama air mata yang gugur ke pipi.
"Mama faham, tapi Along kena kuat. Allah tidak menguji hambanya diluar kemampuan. Pasti Allah dah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya."
"Along minta maaf mama, Along terlalu emosi." Air matanya di seka dengan hujung jari.
Pintu wad Daneen terbuka. Doktor yang merawat Daneen keluar. Segera Aidan lalu disusuli yang lain berdiri untuk bertanya keadaan Daneen.
"Doktor, macam mana keadaan isteri saya doktor?" tanya Aidan bersungguh dengan nada cemas.
"Begini Encik Aidan, setakat ini keadaan Puan Daneen stabil tapi kami kena tahan dia untuk sementara waktu sehingga keadaan Puan Daneen benar-benar pulih kerana tekanan darah agak tinggi. Lagipun dia mengalami kekurangan air. Dia juga kurang rehat. Encik Aidan tidak perlu terlalu bimbang, after a few days, she will be fine," jelas Dr. Raihana dengan lebih terperinci.
Aidan menghela nafas perlahan. Penjelasan itu sedikit sebanyak meredakan gelombang kebimbangan di hati.
"Terima kasih, doktor. Tapi macam mana pula tangan dan kaki isteri saya?"
"Alhamdulillah okey Encik Aidan, kaca kami dah keluarkan. Jururawat saya akan hantar ubat tahan sakit ke wad. Bila Puan Daneen sedar, Encik Aidan boleh bagi sekiranya Puan Daneen rasa sakit sangat ya? Pastikan Puan Daneen jangan terlalu banyak bergerak sehinggalah luka benar-benar dah pulih."
"Terima kasih banyak-banyak doktor," ucap Aidan lalu disusuli. Puan Sri Hana
"Sama-sama, saya minta diri dulu. Encik Aidan, Puan Sri, Andara," balas Dr. Raihana sambil menyebut nama pesakit-pesakit peribadinya tanda hormat sebelum meninggalkan mereka di situ.
"Mama dan Andara pulanglah dulu, Along boleh jaga Daneen malam ni."
"Along, tadi Abang Hadi call Andara, dia minta Andara sampaikan kat Along yang esok Along ada pelanggan VVIP datang restoran, Along kena ada kat sana," celah Andara menyampaikan pesanan Hadi kepada Aidan.
Sebaik sahaja mendapat pesanan itu, kakinya terasa longlai. Dia menyandarkan tubuh pada dinding lalu menghela nafas lemah.
"Terima kasih Andara, Inn Shaa Allah Along fikirkan nanti." Aidan tersenyum sumbing, sedaya upaya menutup kesedihannya.
Puan Sri Hana mendekati Aidan.
"Along kena ingat, Allah takkan bebankan Along dengan beban yang Along sendiri tak mampu tanggung," nasihat Puan Sri Hana seraya memeluk erat tubuh Aidan sambil menggosok lembut belakang anaknya bersama keinginan dapat menyalurkan sedikit semangat buat Aidan.
Meskipun pelbagai ujian dihadapi, dia sebagai ibu bersyukur memiliki anak seperti Aidan yang tetap tegur bersabar menghadapi setiap ujian daripada-Nya.
"Terima kasih mama, mama balik hati-hati, Andara pun." Aidan menitipkan pesanan pulang sebelum mereka berlalu.
Aidan mengatur langkah masuk ke dalam wad Daneen setelah kelibat Puan Sri Hana dan Andara hilang daripada pandangan. Sebaik Aidan menutup semula pintu, dia mengangkat wajah apabila melihat tirai kamar dibuka oleh dua orang jururawat. Dia mendekati isterinya yang sedang terlena di katil itu.
Aidan memandang wajah dua orang jururawat itu mahukan penjelasan. Mereka faham dan salah seorang daripada mereka mendekati Aidan lalu mula bersuara. Aidan mengangguk apabila jururawat itu menyatakan mereka perlu menukar kain balutan di kaki dan juga tangan Daneen.
Aidan tidak mahu menganggu kerja mereka, dia sekadar memandang sahaja Daneen dari tempat dia berdiri. Saat itu telinganya terus diperdengarkan tangisan dan erangan Daneen sebentar tadi. Sebak dadanya mengenang kesengsaraan isterinya.
"Duhai hati, kuatlah," bisik Aidan pada diri. Jarang sekali air matanya jatuh, tapi saat ini air matanya jatuh sehingga tak henti-henti.
Puas memujuk hati yang merintih luka agar tidak tewas. Apatah lagi ketika ini. Kadang-kadang, kesedihan itu mendekatkan kita dengan Yang Esa. Bila sedih datang, manusia mula runsing.
Hampir sepuluh minit kemudian barulah tirai itu dikembangkan semula. Kelihatan dua jururawat tadi sedang mengemaskan pekakas yang telah mereka gunakan.
"Terima kasih, nurse..." ucap Aidan lembut.
"Sama-sama. Kami minta diri dulu, kalau Encik Aidan perlukan apa-apa bantuan untuk Puan Daneen cuma tekan butang kecemasan ni."
"Baiklah, terima kasih sekali lagi," ucap Aidan lagi berbahasa.
Dua jururawat itu memberi senyuman. Aidan sekadar membalas dengan senyuman nipis sebelum dua jururawat itu keluar. Setelah itu, tiba-tiba kakinya longlai namun sempat dia bertahan di dinding. Tangannya ligat memicit dahinya yang berdenyut-denyut.
"Argh..." Lemah satu suara mengerang. Aidan laju mengangkat mukanya melihat Daneen. Bunyi nada suara Daneen yang lemah mengerang sakit membuatkan Aidan mendapatkan Daneen.
"Sayang." Meliar mata Aidan yang sudah berkaca-kaca melihat wajah Daneen yang berkerut-kerut seperti menahan sakit.
Aidan terduduk setelah melihat wajah Daneen tidak berkerut lagi. Empangan matanya terus pecah dan laju air mata menodai pipi. Tangannya menggenggam tangan lesu Daneen. Saat menyaksikan erangan itu tadi, sudah cukup menambahkan hiba di hati Aidan. Setitis demi setitis air mata jatuh di pipi Aidam. Sekuat mana pun dirinya, ternyata dia gagal menahan emosi.
Lemahkah seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?
Dia menghela nafas lega apabila erangan bertukar hembusan nafas. Biarpun kedengaran lemah, dia tetap merasa lega.
Tangannya naik menyentuh wajah Daneen. Matanya menatap seraut wajah gadis yang dicintai itu dengan penuh cinta. Sebak menyerang ruang hatinya.
Sekali lagi, air matanya tumpah. Jatuh ke atas tangan Daneen.
"Abang minta maaf sebab tinggalkan sayang pagi tadi. Lagi 2 jam dah nak masuk birthday sayang, tapi abang tak dapat berikan sambutan untuk hari lahir sayang seperti yang sayang nak."
"Okay see you again." Aidan menamatkan panggilan. Keluhan dilepaskan sambil mengatur kakinya melangkah namun tak sempat selangkah, dia nampak Daneen sedang curi-curi mengambil kertas A4 di printer.
"Berani dia masuk bilik kerja aku tanpa kebenaran," omel Aidan sendirian. Tangan sudah mencekak pinggang menahan amarah yang mula menghasut hati. Dia menyaksi sahaja tingkah Daneen yang selamba mengambil tempat di kerusi kerjanya.
"Hey Daneen 2.0, la kenapa la Daneen 2.0 asyik duduk situ dalam sangkar tu je? Hisy mesti tuan Daneen 2.0 tu yang sangkarkan, janggut ciput memang macam tu." Daneen jalan terkedek-kedek mengambil kucing yang digelar 2.0 di dalam sangkar. Dia terpaksa jalan terkedek-kedek semua gara-gara Aidan. Ayah sepatutnya belikan sehelai seluar, kalau tak pun sehelai kain. Ini tidak, kedekut amat!
Aidan melonggarkan tali lehernya bersama wajah bengang. Janggut ciput ni jugak kau panggil ayah.
Dia kembali memerhati Daneen walaupun hati panas menerima sindiran 'janggut ciput'.
"Daneen perlukan pen. ha Daneen 2.0 duduk atas meja ni jangan main cakar-cakar pulak. Nanti ayah kita yang janggut ciput tu marah susah tau," pesan Daneen seraya mengusap lembut bulu Daneen 2.0 yang lebat. Matanya masih sibuk meliar mencari pen.
"Ha jumpa pun. Wau, ada album gambar ayah janggut ciput la!"
Aidan memejamkan matanya sambil menahan sabar. Dalam hati sudah berkali-kali mengenakan sumpahan. Oleh kerana dia mahu tahu apa yang Daneen hendak lakukan, dia perlu memekakkan sahaja telinga.
"Sebenarnya Daneen nak tulis 5 perkara yang Daneen nak sangat dalam hidup Daneen, so Daneen 2.0 pun kena tahu sebab kita kan adik beradik. Saling berkongsi, ya not bad kan?" Dagu Daneen 2.0 digeletek. Manja sahaja Daneen 2.0 berpusing-pusing. Daneen menekup mulut terkejut apabila mendengar Daneen 2.0 menyahut dengan bunyi 'miaw'.
"Okay let's do this, first thing Daneen nak sangat tahu tempat arwah ibu dan ayah dikebumikan. Nombor dua pulak, kejap fikir." Daneen terjeda seketika. Otaknya ligat memikirkan kemahuannya.
1) Nak sangat tahu tempat arwah ibu dan ayah dikebumikan.
2) Daneen nak Umi Aesya, seteruk macam mana pun Umi Aesya, dia la yang sudi memberi Daneen kasih sayang walaupun Daneen tahu kasih tu tak ikhlas.
3) Daneen nak sambung belajar tinggi-tinggi macam ayah. Ayah janggut ciput pandai. Hehe.
4) Sambutan dan ucapan sempena hari lahir. Dengar pun dah best. Daneen nak sangat sambut hari lahir Daneen sebab tu Daneen nak kerja dengan ayah. Daneen akan kerja dengan ayah sampai duit Daneen berkepuk-kepuk. Lepas tu Daneen boleh sambut hari lahir Daneen. Seumur hidup Daneen, Daneen tak pernah pun sambut ataupun dapat ucapan sempena hari lahir. Eh, panjang pulak.
5) Daneen nak kahwin dengan ayah.
"Hisy, kalau ayah nampak ni mesti dia ingat aku suka..."
"Daneen 2.0!" jerit Daneen kuat. Tak menyangka Daneen 2.0 sedang memijak-mijak printer.
Aidan yang leka mentafsir apa yang ditulis oleh Daneen terus terkejut apabila mendengar suara jeritan Daneen. Aidan tersedar dia berdiri di kedudukan yang bakal diketahuan Daneen. Cepat-cepat dia menyorok ke tempatnya semula. Tak percaya dia dah melangkah sampai 4 langkah ke hadapan.
"Aduh macam mana ni?" Daneen mula cemas.
Terbuntang biji mata Aidan. Telinganya baru menangkap bunyi mesin cetak berdentum-dentum banyak kali.
"Larilah apa tunggu lagi! Cepat-cepat Daneen 2.0! Eh! Daneen 2.0 kena duduk dalam sangkar balik."
Aidan mahu sahaja mengejar langkah Daneen dan biar Daneen bertanggungjawab tapi apabila dia melihat mesin cetak itu cuma ditekan mencetak beratusan helai.
"Nasib baik tak rosak!" Aidan berang. Dalam berang dia, tangannya mencapai pantas kertas yang ditulis oleh Daneen tadi.
Aidan meletakkan semula tatkala perasan Daneen kembali semula. Dia cepat-cepat mengambil tempat dia bersembunyi tadi.
"Mana tahukan jodoh, kalau kau jodoh aku, aku sendiri tak boleh menghalang."
"Abang..." Suara Daneen menyeru membuatkan Aidan kembali semula ke titik nyata.
Aidan cepat menyeka air matanya.
"Sayang dah sedar?" soal Aidan dalam kelegaan.
"Abang, Daneen nak air," pinta Daneen perlahan. Dia benar-benar lemah. Bibirnya yang kering dan juga mereka itu sudah jelas menampakkan dia di dalam kondisi tidak sihat.
"Sekejap abang tuangkan," jawab Aidan lancar seraya mengambil jag air. Matanya kalut mencari cawan.
"Sekejap sayang, abang keluar minta cawan." Daneen mengangguk.
Aidan bergegas keluar untuk mendapatkan cawan di kaunter jururawat. Kelihatan hanya seorang jururawat sahaja di situ, tapi sedang sibuk di talian. Mata Aidan sempat menangkap seorang jururawat di depan bilik jarak tiga meter darinya. Cepat-cepat dia mendapatkan jururawat itu.
"Nurse," panggil Aidan sebelum jururawat itu melangkah masuk ke dalam sebuah wad. Barangkali mahu menjalankan tugas.
"Ya saya. Ya Encik Aidan, Encik Aidan perlukan apa-apa bantuan?"
"Thank you for asking me first. Yes nurse, boleh tak tolong dapatkan saya cawan dalam kadar segera? Isteri saya baru sedar, dia nak air." Aidan laju menyatakan permintaannya.
"Sudah tentu, sekejap ye Encik Aidan."
Aidan pantas mengangguk.
Jururawat itu melangkah masuk ke sebuah bilik. Aidan baru menunggu tak sampai beberapa saat sudah tak keruan.
Kakinya diatur ke arah jururawat tadi tuju. Baru sahaja dia ingin membuka, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam.
"Ini cawannya, maaf saya terlupa nak bagi kat Encik Aidan sebelum Puan Daneen dimasukkan ke wad," ujar jururawat berbangsa india itu memohon maaf.
"Ya tak apa, terima kasih nurse." Aidan mengucapkan ucapan terima kasih lalu segera ke wad menempatkan Daneen semula.
Aidan terkejut tengok Daneen cuba bangun dari pembaringan. Cawan diletakkan berhati-hati di atas meja lalu menahan Daneen.
"Sayang, kenapa bangun?" Aidan menyoal gusar setelah melihat Daneen seakan mahu bangun.
"Daneen nak duduk je."
"Tak sakit ke sayang? Kalau sakit jangan paksa diri, baring je lepastu tidur. Rehat secukupnya," tutur Aidan bimbang.
Mata Daneen terhenti di wajah Aidan tatkala matanya bertentangan sepasang mata Aidan. Tangan Aidan diraihnya rapat.
"Abang, abang okey tak ni?" Pipi Aidan yang merah disentuh. Hati Daneen mula berkunjung kerisauan.
"Abang okey, sayang." Aidan meleraikan pegangan Daneen ditangannya kemudian dia melarikan wajahnya daripada pandangan mata Daneen.
Walaupun sukar untuk mencapai tangan Aidan menggunakan tangan kirinya, dia tetap mencuba.
"Daneen tak suka abang tipu Daneen, jujur dengan Daneen, abang," tegas Daneen bersuara.
__________________
Writer's Comment : Daneen garang, kan? Hohoho baru cun.
Sorry to say, saya terpaksa update satu-satu sebab sibuk sangat. Lagi satu, keputusannya happy ending😚
Alhamdulillah Isteri Teristimewa menang anugerah utama dlm award tu! Thank you tau korg sudi vote komen aritu tu! ❤️
Yuhu Happy Ending!
Okey ke bab ni? 😞
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top