DLM : 34
Mata Aidan meliar mencari gerangan suara. Namun tiada seorang pun berada di situ. Aidan mula mengambil langkah berwaspada.
"Sayang, kita kena naik. Now!" tegas Aidan seraya menarik tangan Daneen.
PRANG! Bunyi cermin tingkap pecah bergema. Mata Aidan terarah pada seseorang yang baling batu ke tingkap rumahnya. Aidan tangkas mengepit hidung Daneen dan menenggelamkan dirinya dan juga Daneen di dalam kolam itu.
Sekali lagi bunyi sesuatu pecah, bunyi itu jelas kedengaran daripada arah dapur. Satu per satu bunyi pinggan mangkuk pecah. Semua bunyi itu berdesing di gegendang telinga mereka berdua meskipun mereka di dalam air.
Tanpa membuang masa, Aidan menarik tangan Daneen ke pinggiran kolam. Dengan sekali daya, Aidan mendukung Daneen ke permukaan. Dia menggunakan daya tahanan diri untuk naik ke permukaan.
Bunyi suara tadi kembali menjengah ruang pendengaran. Aidan mencari suara itu.
"Abang, suara tu dari pen tu," beritahu Daneen.
Aidan tangkas mengambil pen itu. Ianya sebatang pen yang boleh merakam suara. Dia pasti suara itu daripada pen ini. Dia baling ke arah celah batu di belakang tanaman.
Daneen sudah menggeletar ketakutan. Dia nampak seseorang sedang menerkam pandangan ke arahnya.
"Sayang, kita kena pergi dari sini!" Aidan memberi arahan. Laju kakinya diatur ke kerusi yang terdapat kain tuala dan pakaian persalinan.
Cepat-cepat Aidan membaluti tuala di tubuh Daneen. Mujur Daneen lengkap berpakaian bertutup.
"Jangan pandang, sayang!"
"Abang, Daneen takut."
Mata Aidan tertunak kegelisahan apabila matanya mengesan tiga orang sedang menuju ke arah mereka.
Daneen yang menggengam tangannya menyalurkan semangat untuknya lebih berani. Aidan tarik tangan Daneen menuju ke halaman di hadapan kolam semula, dinding rumahnya di bahagian itu paling rendah.
"Hasbunallah Wanikmal Wakil."
Aidan memanjat dinding itu, kakinya disangkut di ruang dinding itu. Aidan menghulurkan tangannya. Daneen cepat menyambut.
Aidan dengan berhati-hati berpaut di tiang elektrik di situ. Hanya dengan cara itu dia dapat selamatkan Daneen. Tubuh Daneen dipeluk erat.
"Kita kena lari sayang, pegang abang, jangan lepaskan tangan abang."
Daneen laju mengangguk.
Sempat Daneen melihat ke dalam rumah sekali pandang, dia hanya dapat tangkap jam tangan di tangan seseorang yang menerkam pandangan ke arahnya tadi.
Sebuah kereta yang berhenti mengejutkan mereka. Pemilik kereta itu menurunkan tingkap.
"Aidan, Daneen... Apa yang berlaku?" soal Aisyah hairan. Kedua-dua susuk tubuh itu diperhati atas bawah. Paling hairan, kedua-duanya tidak memakai selipar ataupun kasut.
"I need your help, Aisyah!" Aidan menerpa kereta Aisyah. Wajahnya tampak sangat-sangat memerlukan bantuan.
"Jangan ingat kau boleh bawa Daneen lari lagi. Kau silap pegang hak, Daneen bukan hak kau, Daneen hak aku."
Lelaki itu melirik matanya kepada konco-konconya agar segera beredar. Dia memegang frame gambar itu semula lalu dihempas ke lantai.
Gambar pasangan difoto itu dicapai lalu kakinya diatur ke kolam renang. Saat Daneen bersama Aidan tadi bermadu asmara di dalam kolam tadi membangkitkan lagi amarahnya.
"Kau memang cari nahas, kau lupa janji kau. Daneen Inara, aku takkan sesekali benarkan kau hidup bahagia dengan orang lain, kau hak aku." Lelaki itu berkata lalu mengoyakkan gambar itu kemudian dilempar ke dalam kolam.
Satu botol kecil dikeluarkan dari poket baju. Cecair yang berisi di dalam botol itu dijatuhkan ke dalam kolam.
Seketika kemudian, cecair tersebut merebak. Air kolam itu bertukar kemerahan.
"Kau atau dia akan mati."
PINTU bilik ditolak perlahan-lahan. Sekilas pandangan Aidan melihat Aisyah dan tunangnya di ruang tamu. Dia berterima kasih kerana Aisyah kerana sudi menumpangkan Daneen di sini.
Setelah melaporkan kejadian yang berlaku tadi pada pihak polis, Aisyah menawar Daneen tumpang di rumahnya buat sementara waktu.
Kakinya diatur mendekati katil. Baru sahaja beberapa langkah merapati, matanya sudah menangkap raut wajah Daneen yang kelihatan jelas lesu dan tidak bermaya.
Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia memerangkap tubuh Daneen lalu menyelitkan rambut Daneen ke belakang telinga.
Wajah Daneen ditatapnya sayu. Seketika kemudian, hatinya digigit kecewa.
Sentuhan hangat di wajah membuatkan Aidan mengangkat wajah.
"Sayang..." sebut Aidan seraya memegang tangan Daneen.
Empangan mata Daneen penuh dengan air mata yang menunggu masa untuk tumpah. Basah bawah mata Daneen tatkala Aidan memandangnya.
Daneen terus bangun dan memeluk Aidan. Tangisan dilampiaskan di bahu Aidan.
"Sayang, janganlah nangis."
"Daneen takut, abang." Daneen meluahkan perasaannya. Dia benar-benar berasa takut.
"Janganlah takut, abang ada dengan sayang. Abang sentiasa ada untuk sayang, sayang isteri abang, abang sayang sayang," pujuk Aidan sambil membisikkan ucapan sayang.
"Daneen pun sayang abang." Sayu suara Daneen menyahut ucapan sayang Aidan.
"Sayang tidurlah, abang nak keluar. Abang ada dekat rumah sebelah je," maklum Aidan seraya membaringkan Daneen semula.
"Abang, Daneen nak abang teman Daneen. Tidurlah sebelah Daneen," pinta Daneen.
Dia tak nak ingat akan hal itu, kalau Aidan bersamanya sekurang-kurangnya dia lupa hal yang telah bertahun-tahun lamanya cuba dilupakan. Tetapi apa yang berlaku membuatkan dia ingin tahu dan ingin memori itu kembali bertandang. Memori itu bukanlah menyedihkan tapi memori itu tatkala lelaki itu hadir membantunya. Namun bantuan itu bukanlah ikhlas, ianya perlu dibalas.
"Tak boleh..."
"Sorrylah saya menganggu," celah Aisyah. Dia sedang berdiri di muka pintu. Bukan niatnya mencelah, tapi dia mahu memberitahu sesuatu.
"Kalau kauorang nak ambil masa berdua, tak apa kami faham."
"Boleh ke?" Daneen bertanya. Dia dah segan sangat. Dia pernah buruk sangka dengan Aisyah, sekarang orang yang dia buruk sangka ni yang membantunya.
Aisyah senyum sambil merapat.
Aidan bangun memberi ruang Aisyah merapati Daneen.
Tangan Daneen diraih, Aisyah memegang tangan Daneen.
"Sure boleh Daneen, lagipun saya on the way balik rumah tadi untuk ambil buah tangan tertinggal. Saya dalam perjalanan ke rumah mak ayah Q." Aisyah menjelaskan. Dia tak mahu Daneen rasa tak selesa.
Mata Aisyah melingas Q, mahu tunangnya itu turut meyakinkan.
"Awak berdua jangan risau, Aisyah boleh tidur rumah mak ayah saya. Awak berdua rehatlah kat sini." Giliran Q memberi keyakinan. Dia tahu mereka janggal.
"Terima kasih banyak-banyak. Inn Shaa Allah
"Tak apalah, ini hari awak susah saya bantu, mana tahu esok lusa hari saya susah, awak pulak boleh bantu saya," ujar Aisyah lagi berbahasa.
Daneen melengkung mulut membentuk senyum kemudian diikuti Aidan. Aidan mendekati Daneen semula, pucuk dahi Daneen dikucup lalu dia membisik dia menghantar mereka sekejap.
Daneen mengangguk dan menguntum senyuman sendu. Setelah pintu ditutup, Daneen baring semula. Daneen melelapkan mata seketika. Dia tak nak ingat akan hal itu. Ya Allah, hapuskanlah dia dari ingatanku dan lindungilah aku dan suamiku dari segala kejahatan yang berbahaya.
"Ambil masa untuk tahu tentang diri kau, tapi aku janji kau akan tahu. Setelah kau tahu, ganjarannya kau mesti..." Suara itu berdesing di telinganya.
Pintu rumah ditutup rapat, Aidan sekadar mengiringi dengan ekoran mata. Dia menghembus nafas lega sekali lagi. Dia bersyukur Aisyah sudi menumpangkan Daneen di sini.
"Tak! Saya tak nak jumpa awak lagi!" teriak Daneen sekuat hati. Pandangannya terasa kabur.
Daneen mula meracau, keadaannya seperti terkena histeria. Aidan lekas menerpa Daneen di sofa.
"Sayang, ni abang. Sayang, please look at my face, just a while." Cemas Aidan cuba menenangkan Daneen.
"Daneen tak nak jumpa dia." Kali ini lagi kuat suaranya. Dia takut sangat-sangat. Dia rasa lelaki itu ada merata tempat di sekitarnya, seperti berada dalam jarak yang dekat.
"Daneen dengar abang, abang takkan sesekali lepaskan sayang jumpa dia, perkara tu takkan terjadi." Aidan masih cuba memujuk Daneen yang kelihatan sudah hilang pertimbangan.
Daneen tolak Aidan. Dia berlari ke hujung dinding. Dia melorot jatuh, memeluk lututnya kemudian menangis pilu. Bayang lelaki itu ada di merata-rata.
Aidan menyusun langkah mendekati Daneen. Dia melutut seraya memagut dagu Daneen yang menunduk.
"Tolong jangan dekat!" Daneen menjerit lagi, tangan Aidan yang memagut dagunya ditepis.
Aidan terkejut melihat respon Daneen. Melihat keadaan Daneen membuatkan sebak mengurungi di dada, dia mengubah pandangan ke arah lain lalu air matanya dikesat perlahan.
AIDAN memandang Daneen. Isterinya itu masih tidur nyenyak. Matanya sembab kerana terlalu banyak menangis.
Aidan menghela nafas.
"Abang nak sangat tahu sejarah hidup sayang, apa yang sayang lalui, setiap pahit manis kehidupan sayang," keluh Aidan. Direnung wajah Daneen dalam tidur. Sayu. Pasti terlalu banyak ujian yang Daneen lalui.
Nada dering telefon berbunyi menyedarkan Aidan. Aidan menyelimutkan Daneen lalu mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.
Terpapar sebaris nombor yang tidak dikenali di skrin telefon itu. Dahi Aidan berkerut. Mungkin tersalah nombor. Namun baru sahaja dia ingin meletakkan semula di dalam poket seluar, terpapar satu mesej membuatkan dia terkedu.
Kau dah rampas hak aku.
Satu gambar dihantar, Aidan cepat tekan muat turun apabila dia dapat menjangka sesuatu yang mencurigakan pada gambar kabur itu.
Aidan terpempan, dia terkejut tatkala gambar itu selesai dimuat turun. Terdapat banyak gambar di dinding bersama percikan darah.
Semuanya gambar... Da... Daneen.
Ya Allah!
______________
Writer's Comment : No comments. Tapi serius cm hambar ja😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top