DLM : 31
BAB 31, TELAH DIGANTIKAN DENGAN BABAK BARU OLEH KERANA IANYA AGAK SLOW DAN TAK TAHULAH NAK KATA. BUT NI YANG TERBARU. ENJOY READ!
Jap, jap! Selamat hari raya nah semua!
"PERJANJIAN apa sayang? Boleh tak sayang jujur dengan abang?" desak Aidan. Suaranya bergema ke setiap pelusuk rumah.
Berderaian air mata Daneen melimpah membasahi pipi. Pandangannya hanya dilempar ke dinding di ruang tamu. Sebak Daneen tatkala butir kata perjanjian menjengah ingatannya.
"Sudahlah tu Dan, beri Daneen masa." Nek Dara menasihati.
"Dan nak tahu jugak kebenaran. Tok Mek tak terfikir ke kalau perjanjian tu ugutan yang mengancam nyawa isteri Dan?"
"Ianya tak mengancam nyawa Daneen, please believe me." Daneen membela diri.
"Abang risaukan keselamatan isteri abang, tolonglah jujur dengan abang. Abang suami Daneen." Aidan cuba berkompromi. Dia tidak mahu sama sekali menggunakan kekerasan.
"Please abang, give me some space," pinta Daneen sayu seraya bangkit lalu menuju ke bilik.
"Abang risaukan Daneen," luah Aidan sebelum Daneen melangkah masuk ke bilik semula.
Daneen menoleh seketika lalu mengangguk. Senyuman nipis terukir di bibir tanda dia tahu dan tidak perlu merisaukannya.
Aidan menghenyakkan punggung kembali di sofa. Tika ini, keadaan membuatkan dia resah dan gelisah. Dia khuatir keselamatan Daneen. Orang yang memberi peringatan tentang perjanjian itu pastinya bukan calang-calang orang. Orang itu pasti licik dan bijak mengatur strategi.
Dia sudah melaporkan kepada pihak polis akan perihal itu. Mereka menasihati agar sentiasa berwaspada. Kes ini dikategorikan sebagai kes yang rumit. Tiada sebarang cap jari ataupun kesan pada patung itu. Kertas itu pun tiada sebarang kesan kecuali tulisan yang tertera.
Tok Mek menghampiri, bahu Aidan ditepuk perlahan. Dia yakin Aidan dapat mengawal situasi ini sebaik mungkin.
"Tok Mek tahu Dan boleh jaga, boleh lindungi Daneen tuh. Jange risau deh," pujuk Nek Dara cuba menyurutkan kebimbangan Aidan.
"Inn Shaa Allah Tok Mek. Jomlah Tok Mek, Dan hantar Tok Mek rumah mama." Aidan bangun.
"Baik sangat la tu. Dah tu Daneen nak biarkan sorang-sorang?"
"Rumah ni ada sistem keselamatan. Tu cctv, ni cctv, bawah sofa cctv, atas cctv, luar cctv saja ada 6. Jangan risau jugak sebab dalam telefon ni Dan boleh tengok Daneen."
"Beritahulah Daneen dulu Dan," tegur Nek Dara serius.
"Assalamualaikum." Kedengaran dua suara memberi salam membuatkan langkah Aidan menuju naik ke atas terhenti.
"Tok Mek, biar Dan tengok siapa datang."
Aidan turun semula, kakinya diatur laju ke pintu utama. Perlahan-lahan pintu dibuka, kelihatan dua figura di depan mata.
Nek Dara pula risau bila Aidan terpaku di depan pintu. Kakinya dihayun ke pintu utama. Kepalanya dijegul keluar.
"Kamu rupanya Hana, risau mak fikirkan siapa yang datang malam-malam." Nek Dara menghela nafas lega.
Aidan kaku, statik sahaja di kedudukan itu. Pergaduhan tempoh hari berlegar-legar di ruang ingatan. Sejurus itu membuatkan Aidan diselubungi rasa bersalah.
"Along dah tak nak jemput mama masuk? Kedatangan mama tak dialu-alukan ke?" Puan Sri Hana bersuara.
"Bukan macam tu mama, Along tak maksudkan macam tu," jawab Aidan pantas.
"Mama tak mahu dengar penjelasan Along, mama ulang sekali lagi. Tak nak jemput mama masuk?"
"Mama sudahlah, bila nak masuk kalau macam ni?" tegur Andara. Dia kurang senang dengan tingkah mamanya dan alongnya yang sentiasa bertengkar sekiranya berlaku perbalahan sebelum perjumpaan.
"Rendahkan ego tu Hana, Dan." Giliran Nek Dara menegur. Ini bukan sekali, dia sendiri tahu perangai dua beranak itu. Mereka sebenarnya saling merasa bersalah cuma ego dan tak sependapat jadi begitu.
"Along, Andara masuk dulu." Andara bersuara sekali lagi.
"Masuklah. Mama, masuklah jugak. Dan minta maaf meributkan keadaan." Pelawa Aidan lembut dan hormat. Dia mengundur kebelakang memberi ruang Puan Sri Hana dan Andara masuk.
"Terima kasih."
"Sama-sama."
"Dan baru nak bawa mak pergi rumah kamu, tengok-tengok kamu datang sini."
"Pak Samad ketua kampung beritahu saya ada masalah berlaku kat kampung, saya risaukan mak." Puan Sri Hana menerangkan. Dia mendekati Nek Dara dan menyalam tangan tua itu.
"Macam mana kamu tahu mak ke sini?"
"Pak Samad jugak menyampaikan kat saya mak ikut Along, jadi saya tahu Along mesti bawa mak ke rumah dia," sambung Puan Sri Hana membalas pertanyaan Nek Dara.
"Mak tak apa-apa. Patut kamu risaukan menantu kamu, Daneen."
"Kenapa Tok Mek? Ada sesuatu berlaku ke?" soal Andara, khuatir.
"Kak Long kena ugut. Itu yang membuatkan Along bimbang." Aidan menjawab bagi pihak Nek Dara.
"Masya-Allah. Jadi sekarang ni Kak Long kat mana? Andara nak jumpa Kak Long. Boleh tak, Along?"
Aidan mengangguk. Baru sahaja dia mendekati kerusi roda Andara, telinganya disahut ketawa sinis terpancul keluar dari mulut Puan Sri Hana.
"Kena ugut? Benarlah firasat mama, Along dah bawa perempuan yang silap dalam keluarga mama."
Aidan melepaskan keluhan berat. Dia mengalihkan tubuhnya.
"Apa yang mama maksudkan?"
"Along tak pelik ke orang datang ugut isteri Along tu secara tiba-tiba? Macam mana dia tahu Along kat kampung? Mama yakin ni semua permainan dia," tafsir Puan Sri Hana dengan yakin.
Dari balik pintu, Daneen menyeka air matanya sebaik sahaja mendengar perbualan antara mak mertua dan suaminya. Daneen mengatur langkah keluar. Dia menuju ke ruang dapur dan menyediakan makanan ringan dan air minuman.
"Kalau mama datang nak tuduh isteri Along bukan-bukan, mama boleh balik. Along dan isteri Along sekarang dalam keadaan tertekan dan bermasalah, tolong Along merayu jangan tambahkan tekanan dan masalah dalam hidup Along dan Daneen buat masa ni."
Puan Sri Hana rasa tercabar apabila Aidan menegaskan dia tidak berhak masuk campur. Aidan benar-benar mencetuskan kemarahannya.
"Along takkan rasa tertekan kalau Along dengar cakap mama! Along tak perlu lalui tekanan yang Along rasakan sekarang! Sekarang Along dah pilih jalan hidup dan pasangan hidup Along dengan perempuan lorong tu!"
Daneen mengelap air matanya. Sekali lagi Aidan mempertahankannya. Nafas ditarik panjang sebelum mengatur ke bilik semula. Dia tak betah berlamaan di situ walaupun mereka tidak sedar kehadirannya.
"Enough mama, isteri Along bukan perempuan lorong!" Kesabaran yang sedari dia cuba menyerapkan di dalam jiwa rasa sudah bertempiaran lari. Jiwanya menggeledak kemarahan.
"See, dah pandai tengking mama sekarang ni. No wonder la Along pergi macam tu haritu. Along tinggalkan masalah yang Along dah cetuskan dan Along tak tepati janji Along." Kesal kedengaran suara Puan Sri Hana.
Bunyi pintu ditutup menggamit pandangan mereka semua yang berada di situ. Aidan mengurut pelipisnya, dia pasti itu Daneen. Daneen mendengar segalanya. Dia langsung tidak berhati-hati dan menyebabkan Daneen menanggung semua ini.
Aidan memandang wajah Puan Sri Hana. Pandangannya penuh rasa kecewa, empangan matanya pecah dan berderaian air matanya. Aidan menyeka dan menunduk.
"Semuanya tak ada kena mengena dengan Daneen. Please mama, enough. Jangan tuduh isteri Along punca semua ni. Salah Along, walau sekelumit sekalipun tak ada kena mengena dengan Daneen."
Nek Dara daripada tadi menahan sabar. Namun ketika ini kesabarannya tidak dapat dikawal lagi.
"Mak boleh faham kehendak kamu dulu Hana, mak tak pernah persoalkan pilihan kamu sebab mak yakin pilihan kamu terbaik, kamu jugak dah buktikan dia yang terbaik. Dalam hati mak walaupun tak suka dengan pilihan kamu, mak tetap restu sebab itu pilihan kamu, kamu sendiri yang pilih jalan hidup kamu. Mak rasa bersalah lepas suami kamu khianati kamu, mungkin salah mak tidak suka pilihan kamu. Kamu merana, mak jugak tanggung rasa sedih tengok kamu merana. Mak tak minta banyak, jangan ulangi kesilapan seperti mak. Kamu dah ada keluarga sendiri. Kamu juga bukan budak-budak lagi nak kena percaya Hayden. Menantu yang kamu tuduh perempuan lorong tu mangsa keadaan."
"Apa yang berlaku dulu semua tu dah berlalu, mak. Saya rayu sangat pada mak jangan masuk campur urusan saya dengan keluarga saya, ini antara saya dengan anak saya. Saya nak ajar dia apa yang yang dia pilih sekarang ni bukan keputusan yang terbaik."
"Kamu sendiri nasihatkan anak kamu jangan sakiti wanita. Sekarang kamu tunjuk ajar anak kamu atau ajar dia jadi sepertimana bekas suami kamu?" Nek Dara menempik keras. Dia dah cuba menasihati cara baik, tetapi Puan Sri Hana betul-betul melampaui batas.
Pandangan Puan Sri Hana beralih pada Nek Dara. Wajahnya ketat.
"Hana hormat mak, jangan sampai Hana hilang hormat! Hana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, Hana ada hak tentukan sama ada keputusan anak Hana terbaik ataupun tidak! Dan lagi satu mak, Hayden cuma beritahu apa yang dia tahu. Hana yakin dan percaya anak Hana takkan tipu Hana. Walaupun dia anak angkat Hana, dia jujur dan bukan seperti anak kandung Hana, Aidan! Dia langsung tak jujur dan tak dengar cakap Hana! Hana bukanlah pedulikan rasa malu tapi Hana tak suka masa depan anak Hana dikeji disebabkan perempuan lorong!"
"Cukup Hana! Kamu benar-benar dah melampau! Letak diri kamu kat tempat dia, kamu suka diri kamu dihina perempuan lorong sedangkan kamu bukan seperti tu! Kamu ada hak meletakkan kepercayaan, tapi mempercayai sesuatu haruslah berunsurkan bukti yang sahih! Mak kecewa dengan kamu, malam ni kamu sendiri buktikan diri kamu tak pernah berubah."
________________
Writer's Comment : Sungguhku terasa pilu dan sayuu... Nek Dara dah bersuara, terkilan habis?! Habislah Puan Sri Hana!
Nak update lagi tak? Kalau nak korang kena vote dan komen. Itu jee hehehehe❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top