DLM : 3
KE hulu hilir Aidan. Dari ruang tamu sampai ke luar rumah dia berjalan tanpa henti. Serabut fikirannya malah bercelaru. Lagi-lagi memikirkan Daneen yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.
Matanya cuba dipejam kemudian dicelikkan semula. Dia ingin semua yang berlaku ini hanyalah sekadar mimpi.
Tangannya hinggap ke dahi mengurut pelipis. Masalah yang dialaminya ketika ini lebih besar berbanding masalah negara. Bagaimana dia boleh bawa masuk gadis yang ajnabi (bukan mahram) ke dalam rumah?
Tapi rasanya tak menyalahi selagi belum melebihi tiga hari. Iyelah tetamu hanya dibenarkan tinggal tiga hari sahaja, selebihnya harus pulang ke teratak masing-masing.
Ya, betul! Wowowo, takkanlah aku nak benarkan dia tinggal kat sini tiga hari? Tetap salah. Dengar sini Ammar Aidan yang kacak lagikan bergaya, ingat pesan mama. Mama kau tak ajar kau simpan perempuan yang bukan mahram.
Tapi mama, Aidan bukan simpan, Aidan tolong.
“Hargh! Aku memang dah gila!” Aidan mengusutkan rambutnya.
Dia menjerit sekuat hati. Dalam satu malam, gadis yang bernama 'Daneen' merosakkan rancangannya memerhati gadis yang didamba.
Bibirnya digigit apabila tiada cara lain muncul di fikiran yang dapat membantunya ketika ini. Matanya melilau apabila menangkap bau minyak wanginya menusuk rongga hidung.
“Siapa guna minyak wangi aku ni?”
“Ayah! Daneen wangi tak?”
Laju Aidan menoleh.
Dia mengurut dadanya. Terkejut melihat muka Daneen. Penuh dengan bedak sejuk miliknya. Nasib dia sempat berpaut pada dinding, kalau tidak memang nangka busuk jadinya.
“Ayah terkejut sebab bedak sejuk ni ke?”
Terbuntang biji mata Aidan apabila Daneen mendekatkan muka dengannya. Jarak mereka hanya seinci.
Aidan mahu menakutkan Daneen kembali, dia mendekatkan lagi. Namun tindakan Daneen menyeramkan lagi. Daneen lebih dekat, mujur tidak mencium wajahnya.
Aidan melarikan wajah segera. Matanya terus seakan tidak berfungsi. Sekejap kanan, kiri, atas dan bawah. Penangan Daneen memang membuatkan bulu romanya menegak. Seram sejuk!
Dia kembali fokus pada Daneen yang masih tertanya-tanya. Matanya mencerlung tajam Daneen. Geram semakin berbuku.
“Aku ingat kau mati dah! Kejap, siapa bagi kau guna minyak wangi aku?”
“Tadi Daneen masuk bilik ayah, Daneen nak...”
“Ya Allah, bilik aku!” Kakinya selaju mungkin dihayunkan ke bilik. Dadanya berombak laju. Pasti Daneen telah merosakkan segala barang di dalam bilik, terutama aksesorinya yang mahal-mahal itu.
Tersandar Aidan di pintu biliknya setelah menyaksikan biliknya.
“Ayah ni main tuduh Daneen je! Daneen tahulah tak baik sentuh barang orang,” bisik Daneen.
“Haisy! Kau gila ke? Kau tahu tak tak baik kau dekat dengan aku macam ni?”
“Okey Daneen jarak.”
“Beritahu aku sebab apa kau masuk dalam bilik aku?”
“Daneen nak cari telekung, Daneen nak solat. Salah ayah la ni! Tahu tak sekarang pukul berapa? Patutnya ayah kena kejutkan Daneen solat!” Daneen melenting. Rap pula tu. Haisy meremang akulah perempuan ni!
“Aku ni lelaki, kau rasa aku ada ke telekung perempuan?”
“Ayah lupa ke Daneen kan perempuan?”
“Ada...”
“Daneen tahu ayah memang tak sayangkan Daneen sebesar zarah pun! Ayah memang jahat! Daneen benci ayah sepenuh hati!”
Terpempan Aidan. Tiba-tiba sahaja gadis itu beremosi. Wah! Memang wayar otak dia tercabut.
“Kau nak pergi mana tu?”
“Daneen nak cari baju yang tutup aurat! Daneen nak solat!”
“Kalau...”
Bum! Bunyi pintu dihempas menampar kuat gegendang telinga Aidan. Aidan makin bengang. Dahlah suka memotong cakap, lepastu protes macam ni rumah dia. Haisy!
“Lantaklah dia!”
Ni semua memang menyusahkan!
Kakinya diatur ke bilik khas solat dengan langkah perlahan, malas. Tombol pintu dipulasnya seraya melangkah masuk dan memboloskan diri ke dalam bilik itu.
Pintu almari dibukanya. Kain telekung wanita dikeluarkan. Dengan wajah tidak beriaksi biasa, dia mengatur langkah ke bilik tetamu.
“Bukak la pintu ni,” arah Aidan setelah mengetuk beberapa kali pintu bilik itu.
“Daneen sibuk! Ayah pergilah ambil kunci pendua, lepastu bukak.”
“Kau cakap macam ni rumah kau eh? Baik kau bukak pintu sebelum aku cekik kau hidup-hidup.”
“Wah, wah! Nak cekik Daneen hidup-hidup? Meh Daneen cekik ayah dulu!” Kedengaran suara Daneen mula naik angin. Makin hampir suara itu.
Bulat mata Aidan. Terdorong tubuhnya ke belakang. Sempat dia berpaut pada dinding. Sejujurnya dia ada penyakit cepat gelabah.
Cepat Aidan mengawal degupan jantungnya. Nafasnya yang tidak teratur juga dikawal.
“Huh! Nak apa?” jerkah Daneen.
“Am... ambil ni! Tele... telekung yang kau nak!” Gagap suara Aidan berbicara.
“Ayah, kenapa ni?” Hujung baju Aidan dipegangnya sipih.
“Jangan pegang!” herdik Aidan bersama wajah yang sudah merah. Merah umpama darah membeku di wajah.
“Ouh, okey! Daneen masuk solat eh? Ayah jangan lupa masak sarapan tau! Perut Daneen bunyi tut tut lapar.”
Aidan menelan air liur kelat. Wajah Daneen meragut seluruh semangatnya.
Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, Aidan menghembuskan nafas lega. Tadi benar-benar darahnya tersekat sebelum berpusu-pusu menuju ke jantung.
Dadanya diurut beberapa kali. Dia mengetap bibir. Tajam pandangannya pada bilik itu.
“Dasar gila!”
Berderau darahnya.
Dia kalih depan. Mahu memulakan langkah.
Tidak sampai beberapa minit, suara Daneen mengulangi di ruang telinga.
“... perut Daneen bunyi tut tut lapar...”
Dia menoleh semula ke belakang.
“Tu bukan bunyi lapar! Tu bunyi kentut, gila!” Dia menjerit. Tadi jeritannya berlainan kerana hanya kedengaran di dalam hati.
BERHEMPAS pulas Aidan di dapur. Pelbagai rencah dimasukkan ke dalam kuali kemudian digorengnya. Laju dia memotong lobak seraya melemparkan ke dalam masakan.
Aroma bau masakannya sangat-sangat lazat. Selepas lima minit dia menutup api dapur dan meletakkan masakan ke dalam pinggan.
Selesai mengatur segala bahan seperti pinggan dan alatan lain, dia mencapai kicap kemudian dibawa ke meja makan.
Daneen yang baru sahaja mencecah anak tangga terakhir, terkedu apabila menangkap bau yang sungguh menyelerakan.
Aroma yang sangat-sangat menyelerakan.
Kakinya melangkah ke meja makan. Makanan tersedia di atas meja, masih panas dan berbau lazat. Dia menghirup bau makanan itu. Sangat-sangat lazat.
“Mesti sedap!”
“Mestilah sedap dah masakan orang, cuba kalau kau masak, bau tengik!”
Daneen memusingkan tubuhnya apabila mendengar suara menegurnya.
Tengik eh? Dia mengukir senyuman sinis.
“Mesti mahal kan semua ni, makanan kedai kan! Kenapalah ayah susahkan diri delivery? Mesti ayah tak pandai masak, kan? Alahai, kan boleh tonton youtube. Apalah ayah ni,” sindir Daneen tanpa berkias.
Dia menarik kerusi kemudian melabuhkan punggungnya. Selamba dia menghiraukan Aidan yang memandangnya tidak percaya.
Dia menerpa Daneen segera.
“Kau cakap apa tadi?” Aidan menyoal.
“Kenapa ayah? Ada masalah ke?”
Tergamam. Terkaku. Ter semua ter, termasuk terkentut. Lantaklah kalau Daneen bau pun. Wo! Senang gila dia cakap aku beli kat kedai? Weh! Aku hempas pulas kat dapur tu, dia boleh pulak cakap aku minta delivery hantar?
Aidan menanggalkan apron lalu dilempar ke atas meja makan. Dia mengatur langkah ke pintu utama.
“Ayah nak pergi mana?”
“Ayah! Makanlah dulu! Teman Daneen!”
Daneen mula risau. Alahai merajuk ke? Tadi bukan dia tak suka sangat ke aku?
Alahai, meh sini meh anakanda pujuk ayahanda tercomel! Alololo!
Daneen menghayun langkahnya keluar. Meliar matanya mencari gerangan si 'ayah'.
Bunyi air pancutan di laman sebelah memagut pandangannya. Segera dia berlari anak ke tempat itu.
Jumpa! Dia mendekati ayah.
“Wah cantiknya! Ada air! Daneen nak mandi!” Serentak itu, Aidan menariknya.
“Jangan! Air tu bahaya, tu air ada tambahan bahan.”
“Huh?”
“Tak boleh main-main. Nanti kena kulit dia jadi tompok-tompok, kau nak ke?” Aidan menjelaskan secara ringkas.
Daneen segera mengangguk.
“Ayah, ayah tak nak makan ke?”
Lama dia menunggu jawapan. Namun tiada respon.
“Ayah? Ayah dengar Daneen tak?” ulang Daneen memastikan.
“Ayah, Daneen...”
“Kejap lagi aku makanlah. Kau pergilah masuk makan dulu.”
“Tak nak makan sekali dengan Daneen?” Sayu suara Daneen.
Aidan memandang Daneen. Daneen menunduk.
“Tadi bukan perut kau bunyi tut tut kentut ke? Lapar kan? Pergilah makan.” Lembut suara Aidan.
Daneen mengangkat wajah apabila mendapat sahutan yang baik bahkan senang didengari. Dia merenung buat seketika wajah si 'ayah'.
Alahai kacaknya ayah ni!
Sebagai seorang lelaki, memiliki wajah yang tampan dan hensem merupakan satu aset yang tidak ternilai, lagi-lagi apabila wajah itu mampu membuat orang-orang perempuan menjadi gila sehinggakan mahu tidur pun susah tatkala melihat wajah yang terlalu kacak.
Sekarang ni dialah yang tergolong di dalam gadis-gadis yang susah nak tidur tu. Haisy, ayah ni kacak! Aum!
“Daneen nak makan ayah, boleh?” katanya tanpa sedar.
Aidan terdiam sekejap.
“Apa?”
Daneen terus terkejut. Tersedar semula.
Dia mengangkat muka memandang Aidan, spontan berbahang pipinya.
Habislah! Apa kau ni Daneen!
______________
Writer Comment: Apabila Daneen terlepas cakap! Habislah!
Sorry guys sangat-sangat tak best chapter ni😭😭😭
Hurm korang, tolonglah tag kawan-kawan korang jengah cerita ni. Ni je cerita yang buat saya bersemangat setelah encik sein dan luka seribu rindu terpaksa diunpublish, tolong ye memeriahkan😔hope korang akan setia dengan cerita ni smpai tamat, sbb aye janji akan fokus cerita ni dan tamatkan dengan indah😔😔taglah seberapa ramai pun kawan awak-awak semua, ajak dorang baca, vote dan komen. Kesian cerita saya yang sedia merapu ni.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top