DLM : 27

TERLALU dalam kesakitan dirasa, berat hendak diluahkan, remuk redam hatinya menanggung kelukaan. Gerimis menjalar di setiap sudut di lubuk hati. Hatinya melalak menegah gerimis yang ingin bertandang. Puas dia cekalkan hati ini agar tidak tewas. Namun dia hanya hamba-Nya, tiada hak menewaskan takdir yang ditetapkan.
Berlegar-legar memori indah Daneen bersama Aidan, baginya kejadian tadi adalah memori paling pahit dia bersama Aidan. Hatinya sakit, fikirannya pula buntu memikirkan kesalahannya sehingga Aidan bertindak agresif.
Air matanya mengalir tanpa henti. Dari petang sehingga ke malam, Daneen hanya menangis di kamar. Hatinya remuk redam mengingatkan kata-kata yang terlucut daripada mulut Aidan. Ikutkan hati, ingin sahaja dia menghapuskan segala memorinya bersama Aidan. Biar hati ini diarus air yang tenang, dia tak betah berendam di dalam air mata sendiri.
Dia memilih bahagia tetapi takdirnya meletakkan dia di daerah derita. Adakah dia tidak layak lagi mengecapi erti indahnya cinta? Indahnya bahagia?
Mengapa hidupnya seringkali menjengah derita? Dosa apa yang dilakukan sehingga hari-harinya ditemani air mata?
"Daneen, buka pintu ni sayang," pujuk Nek Dara. Hampir setengah jam, hanya suara Nek Dara kedengaran memujuk.
Sebak bertandang di lubuk hati. Dimanakah Aidan? Mengapa bukan Aidan yang memujuk hatinya yang duka lara ini? Aidan yang melimpahkan kedukaan di hatinya. Huh, tidak sedarkah dia itu?
Daneen masih tak menyahut. Bukan niatnya ingin biadap namun tika ini sekeping hatinya benar-benar terluka.
"Daneen, Dan keluar, Tok Mek tak tahu dia pergi ke mana. Tok Mek sorang saja, izinkan Tok Mek masuk sayang..." Meleret suara sayu Nek Dara meminta Daneen mengizinkan masuk.
Daneen bangun dan menuju ke pintu. Tombol pintu bilik dipulas kemudian dibuka. Melihat wajah Nek Dara membuatkan dia semakin ingin menangis. Daneen meluru memeluk tubuh Nek Dara.
"Daneen sedih Tok Mek, kenapa Abang Dan buat Daneen macam ni? Dia dah tak sayang Daneen ke?" luah Daneen sayu. Hatinya sakit, teramat sakit.
Mata Nek Dara jatuh pada seraut wajah cucu menantunya. Hati tuanya melonjak pilu tatkala wajah sayu Daneen menjamah ruang matanya.
Nek Dara membalas pelukan Daneen. Kedengaran esakan Daneen di cuping telinganya. Belakang badan Daneen diusapnya lembut.
“Jom duduk, kesian cucu menantu Tok Mek berdiri lama-lama,” ajak Nek Dara seraya memimpin Daneen ke birai katil.
“Tok Mek...” seru Daneen bersama linangan air mata. Dia sedih, air matanya tumpah laju ke pipi.
“Dan tak sengaja Daneen, Tok Mek kenal Dan. Tadi dia marah sebab...”
“Tapi kenapa sehingga pukul Daneen? Daneen boleh terima kalau Abang Dan cakap elok-elok yang dia tak suka Daneen pakai tudung tu, Daneen boleh bukak sendiri. Daneen kecewa sebab Daneen isteri dia, dia sepatutnya cakap elok-elok dengan Daneen dan bukan dengan cara ni,” tutur Daneen sambil menahan sebak yang mengurungi dada. Jatuh melimpah air matanya.
Baru sahaja ingin dikesat, Nek Dara mendahului menarik dagunya lalu mengesat air matanya. Nek Dara menarik lengan Daneen perlahan-lahan menghadapnya.
“Tok Mek tahu Daneen simpan rasa yang menyakitkan. Kalau tak keberatan, luah kat Tok Mek sayang, jangan pendam,” pujuk Nek Dara, lembut.
“Daneen trauma Tok Mek, kisah hidup Daneen tak sebaik kisah hidup orang lain. Daneen sendiri tak tahu latar belakang keluarga Daneen. Daneen rasa diri Daneen ni jijik, Daneen ditinggalkan di lorong. Di lorong tu macam-macam Daneen lalui, semua hina Daneen, orang lalu-lalang kat situ semua pandang Daneen dengan pandangan paling hina sekali Tok Mek.
Apa salah Daneen? Daneen tak minta Daneen ditinggalkan kat lorong, Daneen nak sangat ada keluarga seperti orang lain. Daneen juga masa tu tak tahu siapa diri Daneen. Ada dengan Daneen cuma sehelai kertas tertulis nama Daneen tanpa nama seorang ayah. Itu pun masa tu Daneen tak tahu apa yang tertulis mujur ada seorang pakcik, nama pakcik tu Pakcik Man, dia la yang ajar Daneen bercakap macam orang lain. Dia jugak yang ajar Daneen solat.
Dia ajar Daneen mengucap, dia cakap Daneen ni lahir dalam keturunan orang islam sebab nama Daneen membawa maksud yang baik. Daneen sayang Pakcik Man, hari-hari Daneen pergi tempat Pakcik Man. Satu hari tu hujan lebat, ramai berkumpul kat parit besar tepi laluan lorong, Daneen nak tengok apa yang terjadi tapi masa tu Daneen cari merata-rata tempat Pakcik Man sebab Pakcik Man janji nak ajar Daneen baca Iqra. Hari tu, hari terakhir Pakcik Man kat muka bumi ni. Pakcik Man meninggal dunia akibat lemas.” Pilu hatinya tatkala meluahkan apa yang dilaluinya tika masa dulu. Tanpa dipinta, air matanya buat sekian kalinya. Mengalir kerana meluahkan kisah keperitan yang dilalui. Kehibaan merentap hatinua tatkala setiap kali mengingati peristiwa sepanjang dia membesar. Mengapa setiap kali diri ini hampir mengecapi nikmat kebahagiaan, nikmat itu seolah berkunjung tiba hanya sementara?
“Ada seorang perempuan ni, dialah yang beritahu Daneen Pakcik Man jatuh dalam parit. Daneen cepat-cepat lari ke tempat kejadian, dalam hati Daneen dah berdoa semoga jauh segala perkara buruk dari Pakcik Man. Sampai je Daneen tengok semua orang hanya tengok, pedih hati Daneen Tok Mek, tak ada seorang pun bantu Pakcik Man, ada yang tak berani dan ada yang meminta Pakcik Man biar mati lemas. Daneen nak selamatkan Pakcik Man, tapi Tok Mek, Pakcik Man geleng dan cakap dia tak bagi Daneen selamatkan dia. Suara Pakcik Man masa tu meluluhkan lagi hati Daneen. Perempuan yang panggil tu jurujual yang berniaga barangan solat tepi bangunan lorong, dia tunjukkan kat Daneen dalam plastik yang Pakcik Man beli sebelum semua tu berlaku. Dalam tu ada telekung.
Tok Mek, telekung tu telekung yang Daneen nak sangat. Daneen menjerit minta orang tolong Pakcik Man, tapi hanya dua tiga orang je yang nak tolong, yang lain tu dorang beredar bila Daneen jerit minta tolong. Dorang tu semua kejam, Daneen benci dengan semua orang lepas kejadian tu.”
Aidan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mencari kelibat Daneen. Hatinya bertandang rasa bersalah. Mengapa dia tegar memperlakukan Daneen seperti itu? Ya Allah, tika itu dia benar-benar meradang dek kerana amarah.
Kakinya diatur dan matanya meliar mencari Daneen. Langkahnya terhenti di depan bilik tatkala mendengar suara seseorang sedang bercerita. Tangkai hatinya dijentik, itu suara Daneen.
“Daneen tak percayakan sesiapa lagi, ada polis yang nak bantu Daneen tapi Daneen tak nak, Daneen lari. Semua orang jahat, kalau Daneen ditempat Pakcik Man rasanya semua orang pun buat benda yang sama.
Daneen jadi pengemis, gelandangan, ke sini dan ke sana meminta makanan. Walaupun Daneen tak ada arah tuju tapi Daneen tak pernah tinggal solat. Daneen percaya apa yang arwah Pakcik Man pesan, Allah akan sentiasa ada dengan Daneen kalau Daneen sentiasa bersujud dan mengingati-Nya. Daneen tak pernah tewas tapi satu hari ni Daneen rasa diri Daneen terlalu hina di mata semua orang.”
Aidan terkedu.
“Daneen sedih sebab Daneen terpaksa merayu kat semua orang yang lalu-lalang kat situ ambil Daneen. Daneen tak nak lagi duduk situ. Daneen keseorangan. Daneen sentiasa titipkan dalam doa Daneen agar suatu hari nanti Daneen diambil dan dibesarkan oleh keluarga yang baik-baik. Daneen gembira sangat ada hamba Allah ni yang sudi ambil Daneen. Tok Mek nak tahu tak apa yang Daneen rasa masa tu? Daneen rasa Allah dah makbulkan doa Daneen.”
Serta merta permata jernih dan hangat berguguran ke pipi Aidan.
“Tapi doa Daneen tak dimakbulkan sepenuhnya, wanita tu bukan ambil Daneen sebagai anak angkatnya tetapi menghantar Daneen ke rumah anak yatim.
Tempat tu bukan hina tapi Daneen rasa diri Daneen lebih hina. Walaupun dorang yang ada kat situ tak ada mak ayah, sekurangnya dorang tahu diri dorang siapa, Daneen pula tak tahu siapa diri Daneen. Siapa mak ayah Daneen, nama mak ayah Daneen. Semua tu perit Tok Mek. Daneen tak boleh terima. Hati Daneen terlalu sakit.
Daneen terasa asing. Semua yang tinggal kat situ masing-masing tak endahkan Daneen, tapi Daneen tak kesah Daneen dah biasa hidup macam ni. Umi Aesya, semua gelarkan dia umi, umi baik sangat. Daneen cemburu tengok semua dapat peluk umi. Daneen beratur, Daneen nak jugak peluk umi. Bila sampai giliran Daneen, Daneen berundur Daneen tengok diri Daneen. Daneen kotor dan busuk, layak ke Daneen peluk umi? Daneen tengok orang lain semua bersih, tak macam Daneen.
Daneen berundur waktu tu tapi waktu tu jugak Umi Aesya peluk Daneen. Dia bisik kat telinga Daneen, dia kata Daneen juga anak dia. Daneen boleh peluk dia, dia tak kesah kalau Daneen kotor sekalipun. Daneen gembira sangat, masa tu Daneen rasa kehadiran umi adalah paling Daneen inginkan. Daneen anggap Umi Aesya seperti ibu Daneen sendiri.
Tapi Tok Mek nak tahu tak apa yang mengecewakan Daneen? Umi Aesya bawa Daneen jumpa seorang lelaki muda ni, lelaki tu koyakkan baju Daneen, lelaki tu hampir rogol Daneen Tok Mek, Tok Mek cuba bayangkan waktu Daneen baru berusia 9 tahun. 9 tahun Tok Mek Daneen hampir hilang seluruhnya mujur Daneen sempat larikan diri. Masa tu yang Daneen tahu lelaki tu jahat, dia dah sakitkan Daneen. Umi Aesya jumpa Daneen, umi pukul Daneen sebab Daneen lari. Dia kata dia tak nak anggap Daneen anak dia dah, puas Daneen pujuk umi, Daneen tetap nak jadi anak umi. Daneen bodoh sangat waktu tu Tok Mek."
Suara tangisan Daneen meruntun hati tuanya, jatuh air matanya ke pipi.
Daneen tarik sedikit bajunya dibahagian belakang lalu ditunjuk pada Nek Dara. Kain baju menutup lengannya juga ditarik sehingga ke paras siku. Penuh bekas luka, berbirat tubuh Daneen dan juga tangannya.
"Ya Allah Daneen..."
"Umi Aesya minta maaf atas perbuatannya, dia janji takkan buat lagi. Tapi Tok Mek, Daneen terseksa, setiapkali Daneen mandi bekas-bekas luka ni seakan berdarah kembali. Ingatan tu sentiasa menghantui Daneen. Daneen minta maaf Tok Mek, Daneen nak pergi. Daneen tak nak lagi rasa sakit macam dulu, izinkan Daneen pergi Tok Mek."
Luahan bicara Daneen didengarinya, gugur air matanya melihat air mata isterinya yang mengalir lebat. Luahan isterinya juga meluluhkan sekeping hatinya. Meluak-luak rasa kasihan pada isterinya. Apa yang dihadapi isterinya sungguh sukar. Apa yang dia telah buat, Ya Allah? Dia telah menghancurkan hati seorang isteri.
Mengapa dia boleh melafazkan kata dan tindakan yang keterlaluan tanpa sedar?
Daneen merungkaikan pelukan lalu menyalam tangan Nek Dara. Beg tangan serta beg baju diangkat.
Kakinya diatur keluar. Nek Dara tak mampu berbuat apa-apa lagi. Itu keputusan Daneen.
Aidan lantas bersuara tatkala melihat Daneen keluar dari bilik itu. Aidan yang lihat isterinya meninggalkan ruang tamu bergegas dia mengejar langkah Daneen.
Aidan rapat sahaja dengan Daneen terus dipeluk tubuh ramping Daneen dari belakang. Langkah Daneen terhenti, jantungnya berdegup kencang.
"Ampunkan abang sayang..."
Dagu Aidan didaratkan dibahu Daneen mematikan tingkah Daneen. Terkial-kial Daneen meronta-ronta agar dilepaskan apabila dia tahu itu Aidan.
Daneen memejamkan matanya, mengalir deras air matanya. Daneen dapat merasakan bahunya basah dengan titisan air mata yang menitis.
"Sayang, ampunkan abang sayang," pinta Aidan lagi bersama suara tersedu-sedan. Dia menyangkutkan dagunya di bahu Daneen walaupun Daneen mengelak bahunya.
"Lepaskan Daneen."
Lemah lututnya mendengar sebaris ayat yang keluar dari mulut isterinya, akhirnya dia melorot jatuh apabila tubuhnya ditolak kuat oleh Daneen.
"Abang tak nak lepaskan Daneen. Daneen, jangan tinggalkan abang sayang!"
Aidan menekur di atas lantai, dia menangis semahu-mahunya. Daneen, jangan tinggalkan abang.
Daneen tak hiraukan panggilan itu. Langkahnya diteruskan. Air matanya terus mengalir tanpa henti-henti. Lencun wajahnya dengan air mata.
"Tok Mek, Daneen. Isteri Dan! Tok Mek, tolong Dan, tolong pujuk Daneen. Jangan tinggalkan Dan!"
"Sabar Dan, sabar."
"Kekuatan Dan dah pergi Tok Mek. Daneen kekuatan Dan Tok Mek!" Aidan memeluk Nek Dara. Seluruh tangisannya di bahu Nek Dara.
Hatinya tercarik pedih mengingati setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya sendiri. Betapa kejamnya dirinya terhadap Daneen tadi, selama ini dia yakin akan perasaannya sendiri, dia tidak yakin akan dirinya dan dia benci akan dirinya, tergamak dia memukul Daneen di depan orang ramai. Dia sedar, dia telah buat kesilapan yang besar. Jika masa dapat diputarkan semula dia takkan sesekali mengecewakan Daneen. Dia takkan memperlakukan Daneen seperti itu.
"Cucu Tok Mek kuat, pergi pujuk Daneen, Dan. Kalau Dan sayang dia, halang dia daripada pergi." Pipi cucunya diusap lembut. Sedih hatinya melihat cucunya bersedih. Namun itu tidak terbanding melihat kelukaan cucu menantu yang jelas terpancar melalui riak wajah yang dikawal.
_______________
Writer's Comment : Maafku tak sengaja tanpa sedar, sakitimu sesalku😂😂😂😂Okey bab ni sedihnya hambar😌😌😌😌Okey gais kalau tak best boleh gitahu, aye unpublish dan buat semula🤣

PUBLISH : 28 APRIL, 22 : 26 p.m
Beautiful Cover By nshrien

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top