DLM : 25

My karya Absolute Husband. Jemput baca, vote dan komen ya!

Perhatian, ada perkataan tidak manis di bab ini. Btw, follow username baru saya @DyannRose (tak boleh nak mention, hargh wattpad pun aku benci😂) saya memang tak boleh buat apa, username dulu kena curi. Yelah pandai sangat tak backup acc dulu😌

TOLONG! Sesiapa, tolong!

Hati tak keruan, menjerit sana sini bagai orang gila. Dalam hati sahaja menjerit, nak menjerit depan muka ni memang taklah. Sepasang mata milik sang suami memukau pandangan mata agar terpaku di situ. Hendak digambarkan tidak terdaya, hanya dapat simpulkan, dia seakan jatuh dalam dunia asmara bersama lelaki itu.

Suara bisikannya menyelusup masuk ke ruang pendengaran. Bisikan Aidan yang menggoyahkan membuatkan Daneen lantas angkat wajah. Kesimpulannya, suara dia macam orang berdengkur. Gurau, gurau.

Daneen buat muka serius, dia ada rancangan. Ketawa kecil dia mula girangkan. Jelas kelihatan pada seraut wajah Aidan hilang ekpresi wajah cuba menakut-nakutkan Daneen tadi.

“Tak salah pun, tapi kalau betul nak... Meh Daneen yang goda abang,” pintas Daneen. Sekarang dia yang menggoda, biar Aidan rasa gelabah pulak. Orang dah elok-elok tak tingtong, dia galak membangkitkan.

“Sa... sayang... abang gurau je. Tak, tak nak! Salah, salah! Maksud abang bukan tak nak sampai bila-bila tau tapi tak nak sekarang,” terang Aidan. Suaranya tersekat-sekat menerangkan.

“Kenapa tak nak sekarang? Tadi bukan nak ke?” soal Daneen sambil mendekatkan lagi mukanya.

“Orang tua-tua pernah cakap tau sayang, bahaya menggoda di siang hari, takut diterkam di malam hari.” Laju Aidan berkata sambil mata terpejam rapat.

“Tak pernah pulak dengar. Abang yang reka kan, saja la tu nak mengelak!” jerkah Daneen.

“Tak, tak sayang. Bukan tu maksud abang.”

“Daneen tahu abang tak nak Daneen,” tutur Daneen bernada kecewa.

“Wowo! Gila tak nak sayang, abang kalau boleh hari-hari nak sayang,” ujar Aidan menenangkan Daneen seraya buat bunyi kucing.

Daneen menoleh, pandangan tajam.

“Kalau macam ni ambil je la abang sayang, abang serah tubuh,” seloroh Aidan tak bertapis. Dia mendekat lagi dan buat lagak menyerahkan tubuhnya depan Daneen.

“Eee tak senonoh perangai!” decit Daneen lalu menjeling.

Aidan tak kesah. Dia mendapatkan Daneen kemudian merangkul tubuh Daneen daripada belakang. Mereka berjalan bersama. Lambat la jugak nak masuk tu. Alahai dulu Daneen memeluk kaki dia, sekarang ni terbalik pada dia.

“Kejaplagi sayang, kita pergi pantai. Abang belanja Ais Kacang boek punya!” bisik Aidan kuat.

Daneen geram, bibirnya diketap.

“Bisik ke jerit? Bila nak sampai kalau abang berkepit dengan Daneen macam ni? Lepaslah, rimas,” herdik Daneen. Mula dah panas hati.

“Dulu tak rimas pun, sekarang rimaslah, bosanlah, abang berubahlah dan semua la alasan sayang. Abang nak merajuk la dengan sayang. Pandai-pandailah sayang pujuk,” sakat Aidan bersama suara rajuk dan mimik muka masam. Daneen mendongak memandang Aidan, bibir nakal itu dimuncungkan. Biar betul? Tak pernah dia tengok suaminya semuncung ni. Yelah baru kahwin. Tapi sebelum ni tak pulak. Hebat jugak penangan aku.

“Muncung serupa muncung itik dah.''

Aidan mencebik sedih. Terhibur Daneen melihat gelagat encik suami. Geli hatinya dengan perangai Aidan ni. Tiba-tiba tergambar kenakalan di benaknya.

“Abang comel cakap macam tadi, cakap lagi sekali,” usik Daneen. Aidan dah tergelak mendengar Daneen memujinya. Dia tahu Daneen sedang berlakon untuk mengenakannya.

“Tiada siaran ulangan.” Aidan bertegas. Nak merajuk jugak. Namun beberapa saat kemudian dia menyambung, “Tapi seriuslah comel? Entahlah sayang, sejak akhir-akhir ni abang nampak sangat comel.” Aidan pandang Daneen sambil tersenyum. Berdebar hati Daneen. Hensemnya, suami siapa la ni kan? Daneen bermonolog riak dalam hati.

“Pantang kena puji abang ni eh? Mesti nak tambah jugak puji diri sendiri tu.”

“Ha tak ikhlas! Abang merajuk setahun dengan sayang.” Aidan membelakangkan Daneen. Merajuk la tu!

“Abang janganlah!”

Aidan buat tak endah. Malas. Merajuk dan semualah. Daneen yang pegang lengannya cuba dileraikan. Huh, mengada!

Aidan menapak laju masuk ke dalam bilik setelah tangan Daneen daripada memegang lengannya tadi berjaya dilepaskan. Pintu ditutup rapat lalu dikunci.

“Sampai hati abang kunci pintu!”

Aidan tunduk dan tengok bawah pintu kaki Daneen di luar. Yeay, dah datang!

Aidan sandar belakang pintu seraya berdehem sikit. Nak bagi dengar dingin sikit.

“Pujuklah! Tak pujuk abang merajuk lagi.”

Daneen berdecit. Hisy... mengadanya!

Ingat dia je boleh merajuk, kita pun boleh!

“Tak naklah pujuk! Orang dahlah sejuk dia merajuk pulak, tinggal orang kat luar. Dia masuk bilik dapat tuala dah.”

Buntang mata Aidan. Habislah kalau dia tak keluar dalam sesaat. Ada kemungkinan besar dia bakal menempuh rajukan seorang perempuan.

Aidan tangkas memulas bontol pintu. Matanya menjamah mimik muka Daneen yang mencuka dan marah.

“Abang tarik balik merajuk. Sumpah tak merajuk dah,” pujuk Aidan tanpa membuang masa.

“Duduk satu meter dari Daneen!” arah Daneen bersama nada suara serius.

“Jauh dari abang? Jijik ke sayang?”

What you give, you get back!” sebut Daneen satu per satu depan muka Aidan kemudian bergegas Daneen masuk ke dalam bilik.

Bibir itu mengukir senyuman. Itu rupanya rancangan dia. Nak balas dendam balik. Comel sayang ni.

“Haih sayang... Daneenlah jiwa raga abang, penghibur hati dan peneman sehidup semati abang.”

TERMANGU Daneen tatkala dia memalingkan tubuh dan melihat susuk seseorang yang baru masuk melalui pintu utama. Seorang wanita pertengahan usia dan wanita itu sedang memerhati ke arahnya.

Daneen masuk balik bilik dan menarik Aidan turun daripada katil. Aidan ni besar sangat. Dah macam ikan paus.

Daneen mendongak memandang wajah Aidan meminta penjelasan. Maklumlah dia masih tak tahu dia berada di mana dan di rumah siapa.

Aidan terus tersenyum lebar apabila dia melihat ke arah wanita itu. Dia terus keluar seraya meraih tangan Daneen mengikutnya.

“Wak mari semuo bare tu, biar Dan angkat. Bakpo Nek Dara sohor ni bowok bare berat, pahtu gak nyo ngato kokrei lah. (Meh sini barang tu semua, biar Dan angkat. Apa Nek Dara popular ni bawa barang berat, nanti gosip merata.)” Aidan menyauk barang-barang di tangan tua itu.

Aidan senyum kemudiannya dia memeluk mesra bahu wanita itu seraya menyalam tangannya.

Wanita itu menyambut dan mencuit hidung Aidan. Wanita itu juga kelihatan mesra membalas pelukan Aidan. Aidan ni memang lelaki yang hormat orang tua dan bertutur sopan, tak hairanlah dia berkelakuan baik sebegitu.

“Ni lah bini Dan?” Wanita tua itu memusat pandangan pada Daneen.

Daneen mengangkat wajahnya sekali lagi. Wanita digelar Nek Dara itu menguntum senyum.

Daneen dengan hormat membalas senyuman Nek Dara seraya mendekati lalu menghulurkan tangan. Nek Dara segera menyambut

“Sope cucu natu Tok Mek ni, semolek-molek bidadari syurga Dan jupo, (Sopan cucu menantu Tok Mek ni, sebaik-baik bidadari syurga Dan jumpa ni,)”

Daneen berkerut lagi. Apa dorang cakap ni? Aku sepatah haram pun tak faham. Tak apalah kenalkan jelah diri, bebel Daneen di dalam hati.

“Nama saya Daneen Inara. Boleh panggil saya Daneen,” balas Daneen mendahului Aidan yang baru sahaja ingin menawar diri memperkenalkan diri untuknya.

“Comey lotey bini Dan... manis leting senyumannyo (Cantik isteri Dan… Manis senyumannya,)” puji Nek Dara melirik senyum ke arah Aidan.

Daneen mengukir senyuman sipu, segan dipuji. Ha comey lotey tu pahe la.

“Tok Mek tok soh duk puji lah saye Dan ni, takut meta lagi Tok Mek pening nok laye kalu tahu perangai tingtong dio gak... (Tok Mek jangan puji Sayang Dan ni, takut kejap lagi nenek pening je melayan kalau tahu perangai tingtong dia,)” celah Aidan.

Paku dulang paku serpih, cakap orang dia pun lebih. Itu Aidanlah. Walaupun dia tak faham semua tapi faham bahagian tingtong tu. Fuh, main sedap mulut je cakap orang tingtong!

“Nek Dara, Daneen jujur Daneen jenis yang crazy person, tapi tak ada la crazy macam Abang Dan ni.” Daneen tunduk sikit dan bertutur dengan jujur.

“Baso dio lah, dulu pon nenek supo Daneen jugok. Dan ni, koho berat tingtong dio, mama dio pon pening nok laye sie male,” cerita Nek Dara.

“Nek Dara, Daneen tak faham.”

Aidan menoleh melihat Daneen sekilas. Dia terkejut sedikit. Lupa yang Daneen tok reti pelat kelate.

“Lupo Dan, bini Dan ore kulompo tok reti kecek kelate.” Aidan mengutarakan kata-kata. Masih berdialek Kelantan.

“Pade pong kerut dahi, ruponyo tok pehe. Sie cucu natu Tok Mek sore ni. Berkerut-kerut dahi, doh la comey. Maksud Tok Mek, biasalah dulu pun Tok Mek macam Daneen. Dan ni, lagi teruk tingtong dia, mama dia pun pening melayan siang dan malam hari,” terang Tok Mek sambil menjentik jari Aidan yang cuba curi-curi ambil air tebu dibelinya di pasar tadi.

Daneen gelak. Itu rupanya maksud. Pecah kepala fikir.

“Tok Mek, tok baik tau dok bocor rahsio Dan! (Nenek, tak baik tau bocorkan rahsia Dan!)” marah Aidan manja-manja. Makin hari makin mengada.

“Tengok tu Daneen, mengada dia. Pening kepala kalau melayan,” tegur Nek Dara.

“Daneen pun pening Nek Dara, perangai dia sejak kahwin ni pelik-pelik.”

“Napok benar duo ore ni, netup bilo gabung. (Nampak jelas dua orang ni, meletup bila bersatu.)” Aidan tayang muka bengang.

Daneen ketawa mendengar respon suaminya setelah dia mengutuk depan-depan tadi. Lucu betul marah dengan muka handsome macam tu.

“Terlanjur dah kita berbual sampai lupa abang nak kenalkan Nek Dara. Nek Dara ni nenek abang, ibu kepada mama.” Aidan memperkenalkan Nek Jah pada Daneen.

“Daneen pun dah jadi cucu menantu Nek Dara, panggil Tok Mek ja. Nama popular ja Nek Dara tu,” canda Nek Dara di hujung ayatnya.

“Tok Mek ni saye, sohor kat kapung ni mugo ore kenal dio Nek Dara getoh. (Tok Mek ni sayang, terkenal kat kampung ni sebagai Nek Dara bergetah.)”

“Nakal teh dio ngusik tu, Tok Mek kutir keai...  (Nakal dia mengusik tu, Tok Mek cubit nak...)”

“Sayang, tolong abang!”

“Padan muka kena cubit.” Daneen mengejek.

“Sakitnya Tok Mek!” Berkerut-kerut dahi Aidan tanda cubitan yang disasarkan teramat sakit.

“Sakitnya Tok Mek!” Berkerut-kerut dahi Aidan tanda cubitan yang disasarkan teramat sakit.

“Kuat lagi Tok Mek, biar terkeluar isi.”

Membulat mata Aidan, Daneen hanya membalas dengan senyuman paling manis.

_______________
Writer Comment : Sorry, tergantung macam tu je😭😭😭Idea memang dah tak dak, tapi dok terai gak nulis😭Harap sangat memuaskan hati anda😩

Pada pendapat anda semua, perlukah saya menukar tajuk buku saya? Saya tak nak tukar sebab baru je tukar. Kalau perlu, bantu saya cadangkan tajuk yang sesuai😩cukup stress dah😭

Saya akan cuba update seperti biasa lepas ni❤️Doakan dipermudahkan ya🌼

Publish : 24 April, 22 : 24 p.m

DyannRose

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top