DLM 2 : 46

"NANA tu anak jiran belakang rumah mama." Aidan akhirnya membuka cerita setelah mendapat desakan dari Daneen berulang kali.

Daneen pamer wajah terkejut. Bertangkai-tangkai petai yang sedang dipilih terus tidak menjadi perhatiannya.

"Jodoh belakang rumah? Sweetnya dari jiran jadi jodoh... Bertuah betul Nana." Meleret suara Daneen ditujah rasa kagum.

"Sayang, kita pun apa kurangnya? Sweet jugak, dari 'ayah terjun' jadi suami, dari 'anak terjun' jadi isteri," celah Aidan turut berasa mereka juga memiliki kisah cinta yang romantik.

"Apa abang ni 'terjun, terjun'."
Aidan pandang sekilas muka Daneen. Terpinga-pinga tak tahu ertinya.

Aidan menarik senyum sekejap bagi urusan jual belinya di pasar pagi itu. Dia terpaksa pergi sendiri mencari sayur-sayuran di pasar gara-gara lori sayur memaklumkan mereka mempunyai masalah untuk menghantar stok. Mahu tak mahu, dia kena turun padang selesaikan masalah.

"Tiba-tiba je kan sayang panggil abang 'ayah', free je abang dapat anak express masatu." Aidan kembali menjelaskan. Sebelah tangan sahaja dia memilih jenis sayur, tangan sebelah lagi tidak lepas memegang tangan Daneen.

Daneen baru faham. Ternyata suaminya guna istilah 'bidan terjun'.

"Cakaplah terperinci lain kali, Daneen ni dahlah dungu tentang istilah peribahasa yang ringkas-ringkas macamtu," rungut Daneen dengan mimik muka geram.

"Sayang muda lagi, bukan dungu tapi kurang pengetahuan sedikit." Aidan membuat jari hampir bertemu jari, menunjukkan 'sedikit' yang dimaksudkannya.

"Tulah, orang lain semua umur macam Daneen, pergi sambung belajar. Daneen ni umur macam ni pergi kahwin, orang lain yang paling tidak pun sekurang-kurangnya mereka pergi kerja." Daneen bersuara sedih. Dia juga pernah mencipta impian ingin ke menara gading.

"Why not sayang pergi je sambung belajar? Abang okey je. Lagipun sayang pun belum bersedia nak jadi seorang isteri dan ibu. Mana tahu bila sayang dah belajar, makin matang, sayang boleh go through hidup macam mana setiap orang menempuh perjalanan hidup. Who's know kan bila sayang lewati fasa-fasa dewasa, membolehkan sayang lebih bersedia nanti."

"Betul ke abang izinkan?" tanya Daneen memastikan. Dia sedikit berat hati tetapi jika benar, dia juga teruja.

Sekali anggukkan dari si suami terus membuat hatinya dilonjak gembira. Mujur dia mengawal perasaannya dan hanya memeluk rapat sisi tubuh suaminya, andainya tidak pasti satu pasar pagi itu mendengar riuh suaranya.

"Tapi sayang masuk yang dekat sini je la. Abang tak sanggup juga nak menjauh." Suara lelaki itu bertukar nada.

"Daneen pun tak sanggup nak jauh dari abang. Daneen selama ni dah hidup dalam tempat macam asrama, Daneen tak mahulah tinggal dengan kawan-kawan. Daneen dah ada suami, tinggal dengan abanglah." Sempat dia pandang Hadi. Beberapa pekerja Aidan ikut sama bagi mengangkat barang dan bahan yang dibeli.

Hadi cepat sahaja angkat 'thumbs up' sebagai ucapan tahniah. Dia tak sangka Daneen muda lagi. Dari segi wajah, matang sangat. Cuma telatah sahaja meyakinkannya.

"Nanti balik, kita bincang dengan mama untuk buat majlis kahwin before abang tolong daftarkan sayang."

Daneen angguk sahaja seraya berkepit dengan Aidan. Aidan nampak tenang tetapi dia tahu lelaki itu pastinya berat hati hendak melepaskan dia sambung belajar. Tulah, lain kali carum isteri sama umur, ini muda. Dah kena gigit jari.

Mata sesekali memandang Aidan yang diam tak bercakap sejak tadi. Daneen enggan menganggu suaminya yang sibuk berhempas pulas memasak. Para pekerja Aidan, asyik dimarah selain lelaki itu berdecit geram.

Tidak salah lagi, mesti gara-gara keinginan sambung pengajian tadi.

"Kalau tak rela cakap je la," gerutu Daneen sendiri. Dia sebal juga melihat dapur terbuka itu turut menjadi tontonan pelanggan.

Memang tak boleh menafikan berapa banyak mata menyaksikan dan mula bercakap belakang akan layanan Aidan terhadap Firash dan Wook kemudiannya Hadi.

Daneen tidak betah melihat sahaja keadaan itu berterusan, dia mengambil langkah masuk ke dalam dapur.

"Sayang, panas." Saat ini dengan si isteri, tahu hendak berlembut suara dan menjaga hati.

Daneen meraih tangan suaminya, senduk di tangan suaminya diberikan kepada Hadi. Apron yang terpasang juga ditanggalkan perlahan oleh Daneen sebelum dia membawa Aidan jauh dari mereka itu.

Tempat biasa ditujunya, ini tempat yang menjadi ruang yang dia jejak sebelum ini. Sekarang, dia hadir sebagai isteri.

"Abang sebenarnya dah kenapa?" Daneen menyoal dulu walaupun asbabnya dia tahu. Mahu menduga, sejauh mana suaminya akan menahan perasaan.

"Abang tak ada mood. Abang masih fikir Hayden." Aidan pusing badan. Dia tak seharusnya mengikut perasaan.

"Abang nak pergi dapur lagi lepastu marah orang tak bersalah tak tentu pasal?" Daneen tak boleh sabar. Riak wajahnya juga serius.

"Tadi abang yang mulakan untuk Daneen sambung belajar. If abang tak keberatan, tak perlu pun. Daneen pun tak nak susahkan abang. Bila Daneen sendiri terima abang, maknanya Daneen dah pilih jalan hidup Daneen sebagai seorang isteri. Pelajaran patut Daneen tuntut, menjadi seorang isteri yang baik. Ada je orang yang tak sambung belajar. Daneen pun boleh."

Anak tangga dipijak oleh Aidan ke atas semula. Tak tega mendengar suara isterinya bercampur sedih.

"Abang tak maksudkan Daneen tak boleh sambung belajar. Perkahwinan ni bukan mengikat Daneen untuk halang apa Daneen hendak, meskipun Daneen nak sambung belajar, bahkan kalau Daneen sepatutnya kerja pun, hak abang tak seharusnya juga menghalang apa yang terbaik buat Daneen. Selain hak abang ke atas sayang, Daneen juga ada hak ke atas diri Daneen," balas Aidan, enggan isterinya salah faham. Memang dia tak ada niat hendak menghalang, tetapi hatinya rasa tak senang.

Fikirkan penerimaan orang akan isterinya, status isterinya dan semestinya kecantikan Daneen.

"Daneen tak ada status lain selain isteri abang, Daneen berasal dari rumah anak yatim. Mak ayah Daneen, Daneen sendiri tak tahu, hanya berbinkan seorang ayah yang Daneen sendiri tak pernah jumpa. Latar belakang tak semudah tu orang nak terima, dari apa yang sayang ceritakan pada abang, Daneen susah nak diterima orang.

Macam mana kalau dah orang tahu, sayang jadi pandangan buruk orang lagi? Status sayang sebagai isteri diusia muda lagi buatkan orang letak maruah sayang, macam tak ada nilai sayang.

Abang tak nak sayang dimamah kata orang lagi, dicemuh. Apa yang mama cakap pada sayang pun, abang tahu masih lagi berdarah buat sayang. Dan, abang akui abang memang teruk kalau sebab abang risaukan hati sayang dan diri sayang diganggu orang lain, status isteri juga takkan buat lelaki lain rasa nak menjauh, tu kalau yang faham bolehlah jauh,

Kalau yang nak juga? Allahu sayang, abang..." Aidan memejam mata sesaat sebelum membuang keluh. Dia memuntahkan semua yang berkecamuk di fikiran dan hati.

Mendengarkan seluruh luahan itu dari satu bait awal, jujur Daneen tersentuh. Dia tidak menduga suaminya memikirkan perasaannya. Meskipun memikirkan juga yang ke arah cemburu, tetapi itu lumrah pencintaan. Tiada cemburu, tiada la cinta.

Daneen menarik tangan Aidan agar suaminya duduk.

"Kesian suami Daneen ni. Kenapa la bebankan fikiran tu dengan Daneen sangat?" Wajah suaminya diusap manja. Sebaliknya wajahnya berlinang air mata tanpa diusik.

"Sayang, abang minta maaf..." Aidan mula menyedari air mata Daneen. Matanya turut berair melihat si isteri.

"Daneen yang patut minta maaf. Daneen buat abang risaukan tentang kedukaan Daneen." Berani Daneen memandang mata suaminya dengan gugur air mata.

"Sayang, janganlah nangis. Perasaan abang ni cuma risaukan Daneen, bukan nak halang Daneen." Lembut suaranya dialunkan memujuk hati Daneen. Air mata Daneen dikesat sayu.

"Abang kalau tak keberatan, janganlah lepaskan Daneen sambung belajar. Daneen pun tak sanggup kalau abang dah fikir macam tu, abang dah fikir pasal apa Daneen akan rasa dah cukup bermakna buat Daneen. Kalau dah tu buat abang rasa tak tenang, Daneen okey kalau tak sambung belajar."

"Hear me sayang, one day without me isteri Aidan ni kena jadi seorang yang berjaya, I mean without me orang kenal you as you sendiri, you perempuan yang education and nanti you be a good independent woman untuk diri you. 'Orang kenal' tu maksud abang, anak isteri Aidan ni, anak kita," tegas Aidan memujuk hati si isteri. Tulus, dia tidak berniat menghalang masa depan isterinya.

"Abang ni, Daneen okey je kalau abang tak rasa senang di hati. Macam, restu abang kan penting." Daneen mengesat air matanya menggunakan hujung baju si suami. Muka suaminya lalu ditenung sedih dalam rasa tersentuh.

Aidan sudah tersenyum-senyum melihat gelagat si buah hati yang kembali bertandang. Inilah isteri senget yang abang kenal. That's my girl.

"Sayang dari dengan mama, asyik restu je penting," usik Aidan, dalam masa yang sama turut ingin tahu.

"Restu pentinglah abang. Selama ni Daneen nak sangat merasa restu, hidup dalam keluarga abang, Daneen dapat rasa semua yang Daneen tak pernah dapat." Syukur. Satu perkataan itu dia amati dalam-dalam. Bukan sahaja perkataan, bahkan rasa syukur itu diselami sepenuhnya.

"Abang restu isteri abang sambung belajar. Abang minta maaf sayang sebab abang terlalu banyak fikir," tutur Aidan penuh makna. Ciuman kerap kali singgah di dahi Daneen, tetapi kali ini kerana dia mengizinkan sesuatu yang berat di fikiran.

"Terima kasih abang," ucap Daneen lalu gilirannya mengucup wajah itu. Senyuman meniti di bibir dua wajah itu.

"Dalam masa yang sama, kena promise don't marah-marah. Ada je tak kena kat hati ni, kena jujur dekat orang yang buat hati ni sakit, bukan lepas kat orang lain." Daneen menekankan lembut jarinya ke dada sang suami.

Aidan mengangguk. Seperti anak kecil baru lepas buat salah saja. Awh, abang... Suka mata Daneen tengok abang ni. Resah jiwa Daneen diterpa cinta.

"Boleh abang minta satu permintaan, sayang?" Muka indah itu kali ini dia yang renung. Jika tidak, dari tadi Daneen yang renung, Daneen yang belai.

Daneen tidak bereaksi lantang seperti mulutnya. Jika benar suaminya mahu hak, dia harus terima.

"Abang nak tahu tentang sayang dan rumah anak yatim sayang. Tapi listen sayang, if sayang masih belum bersedia, abang faham."

Kejadian hari itu mujur Daneen hendak memberi kerjasama dengan pihak polis tetapi dia tahu Daneen sendiri terpaksa. Usaha mereka walaupun dibantu oleh Daneen, tetap tidak dapat menjejaki pelaku.

"Kalau macamtu, esok Daneen bawa abang pergi tempat yang ada semua kebenaran tentang Daneen. Tapi itulah, abang yang kena bawa kereta la," sahut Daneen tapi di hujungnya sengaja mengusik si suami. Tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi.

Tapi, memang meleset sangkaannya! Ingatkan suaminya nak cakap lain.

"Selama ni bukan abang yang bawa? Ni kalau isteri Aidan ni yang bawa, kita berdua go down tau." Aidan sengaja membulatkan mata di depan Daneen.

"Now abang tu kena go down, jangan buat tak ada mood dah dengan pekerja. Tahu tak yang Hadi, Wook, Firash tu selesa sangat dengan abang. Macam mana kalau dorang berhenti kerja sebab emosi abang turun naik ni?

Yang mula-mula isteri Aidan ni kenal, suami Daneen ni garang sangat, sekarang jadi suami yang lembut je setiap tutur katanya. Jadi, memang Daneen lebih tahu yang abang sebenarnya orang yang penuh rasa kasih sayang dalam diri. Tapi kalau ada yang ganggu emosi, cepat sangat hilang kawalan.

Ingat apa Daneen pesan abang, setiap kali abang rasa tak tenang, ingat yang orang akan terkesan dengan abang. Abang pun tak nak, kan kalau abang hilang orang yang selalu ada dengan abang?" Kata-kata Daneen seakan azimat meredakan emosi dalam diri. Sebenarnya sejak tadi Aidan sudah terpujuk usai meluahkan keberatan yang menujah hati.

"Terima kasih sayang, muda sayang ni dari umur je, kalau fikiran, penuh pengalaman berbanding abang." Puncak kepala Daneen diusap penuh kasih.

"Daneen banyak baca surat khabar je," usik Daneen.

Tubuh Daneen terus diangkat lalu diletakkan ke atas meja batu yang diduduki sekejap oleh mereka tadi. Aidan menundukkan badannya merapati wajah Daneen.

"Surat khabar ea?" Depan muka Aidan angkat kening. Entah mengapa suara itu kedengaran aura serak romantik.

Tadi meleset sangat, inilah makannya, Daneen! Rasakan!

Daneen berganjak ke belakang. Tindakan drastik diangkat saja sudah membuatkan dia terkedu.

"Abang banyak baca juga, baca hati sayang. Hati tu dah tak sabar..." bisik Aidan terjeda. Sebenarnya dia sengaja, dia tahu Daneen akan berdebar.

"Tak sabar apanya?" Suaranya seperti melenting. Tergamam suaminya seakan membaca betul isi hatinya.

"Tak sabar..." Aidan sengaja berkelip-kelip mata di depan muka kekasih halalnya itu. Meleret suara tu yang tak boleh tahan! Aidan sendiri tergelak di dalam hati.

"Daneen tak fikir pun macam tu la!" Daneen terjerit kecil.

"Eh?" Serentak suara Aidan didengari, Daneen tersedu.

Daneen membuka sedikit matanya.

"Jap lagi kita sambung." Aidan terus mengenyitkan mata.

Aidan meninggalkannya semudah itu sahaja. Senyuman yang meleret itu tadi, dibawa sehingga ke bawah dilihatnya. Aidan memang sengaja!

_______________
WRITER COMMENT : Perlahan-lahan selepas ini, isteri teristimewa akan menempuh konflik besau ye semua, seperti yang tertera di blurb.

Refreshhhh

Bab 45 kiranya sebelum bab 46, bab tu saya ambik dri bab yg 'doakan saya for exam tu', incase siapa yang msih dpt bab tu, korang boleh bukak balik muka depan buku ni, telan keluarkan dri library. Lepastu pergi acc saya DyannRose semula dan add semula isteri teristimewa dalam gallery. So dapat balik bab 45 secara full. Kena refresh balik😂

Cukup 100 vote unlock next bab?






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top