DLM 2 : 40

HAYDEN keluar dari keretanya sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Penampilannya ditilik di depan cermin keretanya sebelum memulakan langkah.

“Abang Hayden!”

Belum sempat dia memulakan langkah, satu suara memanggil namanya menghentikan langkahnya untuk bergerak.

Seorang gadis berhijab, cantik rupa parasnya. Manis apabila terukir senyuman di bibir. Lebih menyerlah, gadis itu mengenakan baju kurung berwarna merah jambu serta corak berbunga-bunga.

Hayden tidak berpaling, dia tahu itu suara Nana. Dia masih ingat suara itu. Dia tahu hari ini Nana pulang ke Malaysia.

“Haih... laju betul abang bawak kereta, sampai Nana lambai tangan depan pintu pagar pun abang tak perasan. Abang apa khabar?” Riang suara Nana bertanya. Gadis itu masih termengah-mengah kerana mengejar kereta Hayden. Sempat dia mengerling pondok pengawal, jauh juga dia kejar, patut dah rasa pejat. Namun setakat kejar sejauh ini, takkan dapat dibandingkan dengan betapa lamanya dia menunggukan saat ini.

Tangannya dihulurkan untuk menyalam tangan Hayden namun tidak dilayan. Dia menarik tangannya bersama senyuman nipis. Dia faham Hayden tidak suka mereka bersentuhan walaupun sah. Bibirnya masih terukir senyuman bahkan senyuman kali ini manis dan cantik. Dia lantas mengeluarkan berpucuk-pucuk surat daripada dalam begnya.

“Buat apa kau datang sini cari aku?” tanya Hayden dingin. Dia masih tidak berpaling.

Nana mula rasa aneh. Pergerakannya mengeluarkan berpucuk-pucuk surat tadi terhenti.

Nana langkah mendekat. Dia tidak berani namun dia tetap meneruskan langkahnya. Dia berhenti di depan Hayden. Ketika itu, jantungnya berdetak dengan sangat laju.

“Ini Nana, abang.” Air matanya seakan ingin mengalir tatkala sepasang mata itu tepat ke dalam matanya.

“Apa tujuan kau datang sini?” Hayden rapat selangkah.

Nana melarikan anak matanya ke arah lain. Air matanya yang jatuh tangkas dikesat. Setelah itu, dia berpura-pura ketawa. Wajah itu dipandang semula dengan ekspresinya seperti selalu, ceria.

“Nana rindu abang, lama dah kita terpisah antara waktu dan jarak. Bila Nana telefon susah betul abang nak jawab, kan? Kalau jawab pun, sekejap je dapat dengar suara abang dan berbual dengan abang,” luah Nana bernada pura-pura sedih kemudian dia tersenyum. 

Nana menunduk apabila tiada respon daripada Hayden. Mereka sah diajabkabulkan setahun yang lalu, tapi hubungan mereka dirahsiakan kerana perjanjian antara dia dan abang Nana, Rauf. Malam pergaduhan besar antara dia dan Aidan yang menyebabkan Nek Dara serangan jantung, entah apa yang merasuki batin Hayden sehingga dia mengheret Nana ke dalam nafsunya, ketika itu pula Nana pulang daripada Malaysia bertujuan meneruskan rawatan ke atas Hayden. (Ke atas Hayden? Jadi...? Nak tahu kena tunggu, aku dok atur plot ni)

“Nana balik dulu. Terima kasih sudi layan Nana walaupun sekejap,” gesa suara Nana meminta pamitan.

“Sekarang kau dah tahukan yang surat tu bukan aku yang hantar?” Hayden mengajukan pertanyaan.

Langkahnya terhenti. “Nana ta... tahu...” Teresak-esak suara Nana dek menahan air matanya daripada tumpah.

“Maafkan Nana sebab Nana selalu buang masa abang.” Merah mata Nana melihat sekilas ke raut wajah itu.

“Mujur aku ingat, memandangkan kau ada kat sini biar aku beritahu kau siap-siap sebelum kau kecewa. Buat pengetahuan kau, lelaki yang kau cinta dan sayang sangat tu, dah kahwin sebulan yang lalu. Kalau kau rasa tak bersetuju, silakan hancurkan hubungan dorang macam mana kau hancurkan hidup aku.” Hayden memaklumkan lalu melintasi Nana tanpa menghiraukan esak tangisan gadis itu.

Belum sempat dia melintas, Nana menarik tangannya.

“Jadi betul la abang masih bencikan Nana?” Pada wajah itu hanya kelihatan linangan air mata. Hayden sudah serik melihat air mata sandiwara itu. Dia lantas menepis pegangan itu. 

“Sampai mati pun aku tetap bencikan kau. Jadi, kau jangan berharap walaupun sebesar zarah yang aku akan jatuh cinta kat kau. Kau cubalah pelbagai cara sekalipun, kau tetap takkan dapat hakis kebencian aku terhadap kau!” Naik seoktaf nada suara Hayden melontarkan tengkingan. Hayden memandang wajah itu dengan pandangan jelek sebelum meninggalkan gadis itu.

Nana tidak putus asa, dia tetap mengejar. Entah dimana silapnya, dia terpijak kainnya. Sejurus itu, dia terjatuh. Namun dia tetap mengangkat wajahnya, melihat Hayden yang sudah jauh tetap tidak berjaya mematahkan semangatnya.

Hayden mendengar suara-suara riuh bahkan seorang gadis di sebelahnya menegurnya agar menoleh ke belakang. Sebaik sahaja melihat Nana di atas jalan tar, terjatuh barang di tangannya.

Dia pantas mendapatkan Nana. Namun dalam masa yang sama, langkahnya terhenti. Rauf, abang Nana terlebih dahulu mendapatkan Nana.

Masa bagai berlalu tanpa sedar, keadaan di situ seperti biasa. Tanpa sedar juga, matanya berkaca-kaca bahkan empangan matanya penuh dan menunggu tiba masa untuk menumpahkannya.

“Aku menyesal selamatkan kau Nana.”

Hayden memalingkan tubuhnya lalu melangkah ke bilik pensyarah. Berpucuk-pucuk surat yang dibacanya sehingga mengingatkannya kejadian tadi, dikoyak lalu dibuang ke dalam tong sampah. Hanya surat tertulis luahan isi hati Nana sahaja di dalam tangannya.

Tombol pintu dipulas lalu memboloskan tubuhnya ke dalam bilik pensyarah khas untuknya. Papan kecil di depan pintunya yang tertera 'Sir Hayden Iskandar, Lecturer Prosthetic & Orthotic Effects' dikerling sebelum menutup pintu.

Telefon di atas meja dicapai. Sebaik sahaja dia membuka button on, terpapar panggilan terlepas daripada sebaris nama Puan Sri Hana di skrin kunci.

Dia menekan pada nama Puan Sri Hana kemudian panggilan dilanjutkan.

“Assalamualaikum mama, ini Angah. Sorry mama, Angah tengah drive tadi masa mama call,” ucap Hayden memberi salam seraya meminta maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan Puan Sri Hana.

“Waalaikumsalam Angah. Tak apa Angah, mama faham.” Puan Sri Hana menyahut tenang.

“Kenapa mama call Angah? Ada apa-apa berlaku?” Hayden lanjut menanyakan persoalan yang menimbulkan keraguan di hati.

“Tak ada apa-apa pun yang berlaku. Cuma mama call sebab nak minta Angah tolong ambilkan Tok Mek bila Tok Mek sampai kat stesen bas nanti. Tapi tak apa...” Belum sempat Puan Sri Hana ingin menghabiskan ayatnya, Hayden laju mencelah.

“Bila Tok Mek dah sampai mama call Angah. Assalamualaikum mama,” celah Hayden lalu panggilan ditamatkan.

Dia tahu mama mahu melanjutkan perbualan, tapi dia tidak gemar berbual di dalam telefon. Telefonnya dimatikan sebelum tangannya mencapai baju kot.

Baru langkahnya menapak keluar, seraut wajah Nana menjamah ruangan mata. Dia terpempan seketika namun setelah itu matanya meliar ke seluruh tubuh Nana.

“Kenapa kau datang sini?” Hayden memulakan.

“Nana nak jumpa abang,” jawab Nana. Lemah suaranya.

“Berapa kali kau nak jatuhkan maruah kau depan aku? Kau dah tak ada rasa malu?” Hayden meninggi suara.

Rauf merengus geram. Sebiji penumbuk dilayangkan ke wajah Hayden. Nana yang pada ketika itu menyaksikan, dia cepat mendapatkan Hayden. Tubuhnya menggigil hebat apabila Rauf merentap tangannya lalu bawa dia menjauh. Wajahnya sudah basah dengan air mata tatkala melihat bibir suaminya berdarah.

“Nana jangan jadi bodoh boleh tak? Dah berapa lama Nana macam ni? Dah 15 tahun! Kenapa Nana tak serik-serik ni?”

Naik geram Rauf menasihatkan Nana tetapi Nana tetap dengan pendiriannya. Nana tetap mencintai Hayden.

“Nana takkan putus asa. 18 tahun Nana suka dan cintakan abang. Adakah senang untuk abang jika abang mencintai seseorang selama itu dan akhirnya abang perlu melupakannya? Apatah lagi nak mencari pengganti yang sama dengan orang yang abang cinta? Nana tak sanggup lupakan abang, Nana jugak tak nak buang perasaan ni. Biarlah sukar macam mana pun untuk Nana dapat tempat kat hati abang, Nana akan cuba. Nana cintakan abang.”

Rauf berasa simpati bercampur bengang. Tidak tahukah Hayden betapa Nana mencintainya? Dia juga berang dengan Nana, mengapa Nana buta sehingga begini? Tak sedarkah Nana anaknya bersama Hayden meninggal dunia kerana Hayden?

“Nana tak sepatutnya kahwin. It's a mistake. Look at you. You're not happy for this marriage.” Rauf memeluk Nana. Sedaya upaya dia cuba meredakan tangisan adiknya.

Nana hanya mampu menangis di dalam dakapan abangnya. Tergamak Hayden pergi meninggalkannya sekali lagi setelah menghina cintanya yang tulus. Dia pernah bertanya kepada seseorang, “Apa akan terjadi kalau kita terlalu berharap pada sesuatu/seseorang?”

Jawapannya, “Allah akan hadirkan rasa kecewa di dalam diri kita.” Dan itulah yang dia lalui saat ini. Dia telahpun lalui, dia terlalu berharapkan kebahagiaan dan akhirnya dia merasai kecewa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top