DLM : 19

“AYAH...”

“Kenapa ni Daneen?” tanya Aidan mulai risau.

Periuk besar yang diusungnya, didaratkan kemudian dia mendekati Daneen dengan selangkah kakinya. Muka Daneen merah menyala. Risau dia.

“Daneen, tell me what happened?”

Suasana yang hinggar binggar bertukar hening.

“Daneen ada bagi kertas tadi, Daneen nak bagi kat ayah tapi Daneen salah orang. Daneen ingat tu ayah, tapi bukan!” Laju dan lancar Daneen menerangkan. Tangannya ketika itu menggigil.

Aidan berkerut seribu. Dia benar-benar tak faham apa yang Daneen terangkan. Bagi kertas apa pula?

“Terang slow-slow, aku tak lari mana pun.” Aidan memujuk seraya meminta Daneen menerangkan secara tenang dan perlahan-lahan tanpa kalut.

“Ini kakak tu, abang.”

Suara Dania menyapa lubang pendengarannya. Daneen kalih dengan pantas. Susuk tubuh kecil Dania dan figura seorang lelaki memimpin tangan Dania.

Malu jangan katalah, dia rasa nak sorok muka bawah katil. Boleh pula dia tersalah orang! Bakal adik ipar pula tu!

“Nah along, aku rasa kertas ni untuk kau.”

Huh! Malunya!

“Kertas apa angah?” soal Aidan tertanya-tanya. Kertas kecil itu bertukar tangan.

“Kau bacalah,” balas Hayden mempersilakan seraya memeluk tubuh. Dia melepaskan Dania pergi bermain semula dengan rakan-rakan lalu menyorot pandangan pada Daneen.

Dah satu jam Daneen skodeng ayah memasak, Daneen naik balik nak ambil kertas. Nak cuit ayah tak berani.

Boleh tak ayah datang kat taman sekejap? Daneen nak bual dengan ayah, Daneen janji tak lama, kejap je. Daneen rindu sangat kat ayah. Datang tau! Daneen tunggu!

Daneen, bakal isteri Ammar Aidan.

Aidan menyimpul senyuman membaca setiap bait kata yang tertera di kertas itu. Khusyuk sangat dia memasak tadi sampai tak perasan rupanya diri diperhati.

Dia pandang muka Daneen. Senyuman terus terhias di bibir. Comel Daneen ni!

Dia merasakan mereka berdua itu berada dalam keadaan serius. Riak wajahnya terus berubah. Hilang senyuman di wajah kacak itu. Aidan berdehem mengembalikan situasi tadi.

“Dia ingat angah tu along. Kak long baru jelas kat along dia tersalah bagi, tengok muka kak long tu. Merah sangat. Jelas-jelas dia malu, tersalah orang. Macam angahlah waktu kecil,” jelas Aidan seraya menepuk bahu Hayden.

Hayden mengelak. Dia tak selesa. Wajahnya masih serius. Dia memulakan langkahnya melintasi Aidan, namun tiba di sebelah Aidan, dia berbisik.

“Hati-hati la along, ini baru tersalah orang, lepas ni aku takut dia salah suami pulak.” Hayden menepuk bahu Aidan.

Daneen yang mendengar sedikit walaupun kurang jelas, melopong seketika. Apa yang dimaksudkan oleh Hayden? Hisy! Jahatnya mulut! Orang tersalah kan, bukan sengaja! Daneen melepaskan berang di dalam hati.

Daneen perasan riak wajah Aidan kelihatan menutup ekperesi kurang selesa sebaik sahaja Hayden mengutarakan kata-kata tadi. Kasihan Aidan! Ayah, jangan salah faham tau! Daneen tak sengaja.

“Angah nak pergi mana?”

“Aku minta maaf long, aku tak hadir majlis kau nikah harini. Aku ada extra class dengan pelajar aku.”

“Tamat kelas nanti, Angah datang la sekali dengan pelajar Angah. Ramai pun tak apa, makanan along masak banyak.”

“Tengoklah dulu along, kalau habis awal aku datang sekali dgn pelajar aku. Kalau tak sempat, aku minta maaf awal-awal.”

“Tak apa. Terima kasih sebab tolong along jagakan api kat dapur tadi,” ucap Aidan sambil menyambut tangan Hayden.

“Benda kecil je long. Okey long, aku gerak dulu. Selamat hari pengantin baru.”

Aidan mengangguk.

Daneen hanya diam, tidak mahu masuk campur perbualan abang adik itu. Lama Daneen diam seribu bahasa dan tenggelam dalam dunia sendiri sementara menunggu lanjutan perbualan itu sehingga tamat. Namun baru sahaja dia hampir tenggelam, ketawa Aidan menyedarkannya.

“Rindu sangat ke sampai bagi surat ni, sa... yang.” Meleret suara Aidan di akhir dialog dengan nada berbisik. Dia mengubah panggilan asalnya kepada 'sayang'.

Daneen cemberut. Masam mencuka kerana masih tersisa rasa malu.

Relax la, Hayden memang macam tu. Kau yang pergi minta tolong Dania tu kenapa? Kenapa tak bagi sendiri? Tiba-tiba je jadi malu. Daneen yang aku kenal, tak kenal erti malu.”

“Tapi sekarang dah kenal erti malu!” Daneen mencelah laju. Mukanya masam saja. Sesekali menjeling Aidan yang masih tersenyum.

Bibir Aidan bergerak di tepi telinga Daneen seraya berbisik halus.

“Jom la jumpa kat taman. Bual dengan ayah puas-puas, okey sayang?” Halus suara Aidan berbisik. Hembusan nafasnya hangat menyentuh telinga sehingga terasa kejung tubuh dek suara yang menggoda.

“Jangan gatal la!”

Aidan tergelak. Takut pula Daneen yang suka mengusik itu apabila mendengar suara nakalnya. Sebelum ni dia yang acapkali diusik sampai jantung rasa bagai dipalu keluar. Ini gilirannya membalas dendam dengan mengusik Daneen, Daneen pula gelabah. Sudah tukar ma!

Daneen mengepal jari jemarinya. Kalau dua minit lagi dia tak henti, siap la dia sebiji dua kat kepala dia. Biar benjol bertingkat-tingkat.

“Kenapa ni? Nak tumbuk abang pulak ke sayang? Tak risau ke kalau abang jatuh sakit nanti?” Aidan membisik nakal.

Terasa lemah dengan panggilan itu. Hatinya betul-betul cair. Lagi-lagi nada itu lembut dan menenangkan.

“Hisy, Daneen nak naiklah!” rajuk Daneen. Sejak berpisah seminggu ni, dia lebih giat merajuk. Entah kenapa malu sikit saja, dia jadi merajuk.

“Hey janganlah! Jom ikut aku pergi dapur.”

Pujukan Aidan itu berjaya mengawal rajuknya. Daneen terpujuk sikit. Dia menjeling manja Aidan yang mengenyit mata sambil mengajaknya.

“Hisy tak nak! Daneen dah buat facial treatment tau! Masuk dapur kejap lagi jadi tak berseri-seri dah!” Daneen menolak. Dia tak nak ikut Aidan. Berbunga-bunga betul hatinya sekarang bila melihat wajah Aidan. Ketenangan di riak muka itu menghadirkan gelora di jiwanya.

Beberapa pasang mata yang menoleh ke arah mereka masih juga tak membantutkan adegan tarik tali mereka. Aidan masih bertegas.

“Kau sentiasa cantik dan berseri-seri. At least ikut aku pergi dapur kau dapat tenung aku sampai terkeluar biji mata, hilang la sikit rindu tu.”

Debaran yang maha hebat melanda hatinya ketika itu. Hebat betul sepasang mata Aidan, terpaku habis.

“Ayah...” Belum sempat Daneen mengungkap sesuatu, satu suara menegur. Serentak mereka berdua menoleh.

“Apa yang rindu?”

Serentak mereka terperanjat besar. Teguran itu berbaur amaran berbahaya. Gelabah beruk Aidan dan Daneen. Mata mereka yang merenung antara satu sama lain terus melarikan anak mata. Kelam kabut mereka berdua menjarakkan kedudukan, sampai terlanggar sesama sendiri.

“Rindu? Tak, tak. Dapur, ya Mak Cha Aidan datang sekarang!”

Daneen terkebil-kebil. Tak sangka Aidan sanggup biarkan dia hadap Puan Sri Hana seorang-seorang.

Sorry Puan Sri, Daneen cuma cakap kejap je dengan Aidan,” terang Daneen lalu menunduk bersama ucapan maaf.

“Tak apalah, pergi naik atas berehat.”

Angguk Daneen lalu mengatur langkahnya naik semula ke tingkat atas. Sempat Daneen menghadiahkan jelingan maut kepada Aidan yang memerhati.

Aidan laju menukar arah pandangan apabila mata mamanya memusat pandangan ke arahnya dengan ekoran mata yang tajam. Aidan berpura-pura sibuk melakukan tugasnya.

Sorry sayang,” keluh Aidan. Rasa bersalah pula dengan Daneen kerana terdesak dan terpaksa meninggalkan Daneen tadi.

“SAYANG, sorry tau pasal tadi.” Aidan masih memujuk tapi hanya terlafaz dalam hati. Tak berani dah pandang Daneen dan mengutarakan ungkapan maaf itu.

Daneen disebelah dipandang sekilas. Daneen asyik tengok luar je. Sayang, tengoklah aku.

Bagai ada satu lampu yang menyala. Dia ada idea. Kertas kecil Daneen tadi disimpan, dia letak belakang telefon. Laju dia mengambil telefonnya.

“Pen pulak tak ada!” Aidan berdecit perlahan.

Telefon ditangan hanya dipandang dengan pandangan pasrah. Sesekali dia melirik pada Daneen. Alahai sayang, pandang la aku.

“Guna la telefon along tu, hisy apalah along ni.” Tiba-tiba suara Andara berbisik.

Aidan pusing belakang. Tak perasan pula adik bongsunya ikut mereka sekali.

“Terima kasih Andara, nanti abang belanja coklat 20 sen, okey?”

“Yelah along kedekut.”

Daneen terdengar perbualan senyap-senyap itu. Dia pantas menoleh. Andara memberi isyarat melihat Aidan dan bukannya.

Daneen menggeleng kemudian tarik muka. Dia membuang pandangan ke luar semula. Tak nak la pandang Aidan, Aidan jahat!

“Pujuklah!” Andara memberi isyarat mata pada Aidan yang masih belum bertindak.

Jari Aidan menekan skrin telefon. Aplikasi note book ditekan lalu dia menaip. Dia melirik semula kepada Daneen.

Daneen sayang... Janganlah merajuk. Aku tak sengaja tadi. Aku gelabah. Aku tak bermaksud nak tinggal kau. Pandanglah abang, sayang... Kat luar tu bukan ada apa pun. Pandang abang dapat pahala awal.

Bakal suamimu yang kacak, Ammar Aidan.

Aidan memerhati mamanya di depan. Takut pula mamanya ada mata empat, sekali serah kat Daneen kejap lagi mama dia serang macam tadi tak ke bahaya?

Andara berbisik lagi, “Bagilah cepat!”

Aidan kalih dan menghadiahkan jelingan tajam. Kacau betul la!

Aidan menolak telefonnya ke kawasan tempat Daneen lalu dia melirik pada Andara menguruskan.

Aidan selak rambutnya ke belakang kemudian memakai songkok. Dia pula ambil port tengok luar. Aidan sangat kacak dan bergaya harini, berpakaian baju melayu bersama sampin berwarna putih. Songkok pula terletak di kepala, aura kacaknya berleluasa. Beruntung Daneen selaku bakal menjadi pasangan sehidup sematinya itu.

Daneen ambil juga telefon itu. Kasihan dengar Andara memujuk.

Beberapa saat kemudian, senyuman menggayuti di bibirnya. Rajuknya terubat kini. Pandai Aidan mengubat rajuknya dengan kata-kata menggetarkan jiwa.

“Abang,” panggil Daneen lalu mencuit paha Aidan.

Aidan berkerut pelik. Siapa pula panggilnya abang? Dia kalih. Seraut wajah Daneen yang mempersona menjamah ruangan mata. Terkedu Aidan. Matanya terpesona melihat kecantikan luar biasa itu.

“Jom, dah sampai.” Suara itu menyentakkan Aidan. Daneen juga tersentak. Laju mata mereka menyorot pada Puan Sri Hana.

Puan Sri Hana senyum biasa, “Dah sampai.”

“Yeay dah sampai! Cepat along dan kak long! Nikah, nikah!”

Ketika itu, jantung mereka berdegup pantas. Menggigil-gigil tulang di tubuh.

“Bagi ruang Andara keluar,” pinta Puan Sri Hana lalu membuka pintu di bahagian Daneen.

Daneen angguk lalu dia melangkah keluar.

Aidan yang melihat hanya menghantarkan pandangan pada Daneen agar tidak ambil hati. Biasa la tu. Bisik hati Aidan lalu melirikan mata ke arah Daneen.

“Kita orang tunggu depan mahkamah dulu. Kau orang nak berbual sekejap, bual la.” Puan Sri Hana memberi kebenaran kemudian menolak kerusi Andara pergi beredar.

Hurm, sorry pasal tadi.” Aidan mula bersuara.

“Tak apa, note ni pun dah buat hati Daneen terpujuk,” balas Daneen seraya menyerahkan semula telefon Aidan.

“Sayang nervous?”

“Tak sebab abang ada dengan Daneen,” kata Daneen sambil merenung tepat ke dalam mata Aidan.

Hargh... tapi abang nervous sayang,” jawab Aidan dengan ekpresi muka sikit gementar.

Daneen angkat wajah. Kasihan Aidan. Dia meluru mendekat dengan Aidan. Hujung baju melayu Aidan ditarik-tariknya perlahan.

Sorry abang. Daneen buat masalah lebih susah. Siap kena nikah kat mahkamah lagi.” Daneen rasa bersalah. Dia tak berhajat langsung nak menyusahkan bakal suaminya itu.

“Tak apa sayang. Abang bukan nervous sebab tu, tapi nervous tengok sayang.”

Terjojol biji mata Daneen. Hisy apa Aidan ni? Daneen menjarakkan dirinya daripada Aidan. Malu!

“Mengarut je!”

“Bakal isteri abang cantik sangat. Iman tak tertahan jadinya,” luah Aidan sambil meletakkan tangannya di dada. Nada yang lembut dan mengasyikkan.

“Tak mahulah puji, malulah...”

Aidan merenung ke dalam mata Daneen lalu merapatkan jarak mereka.

“Abang janji sebaik sahaja nama sayang abang sebut dalam akad nikah sekejap lagi, abang takkan lepaskan tangan sayang dari tangan ni.”

You're so sweet, abang. Hisy Daneen malulah guna 'abang sayang' ni,” rengek Daneen malu.

Aidan memberi ruang Daneen memulakan langkah. Daneen menunduk lalu melangkah. Berjalan sambil berbual pun boleh.

“Kita slow-slow, abang tak kekok sangat sebab dah practice masa sayang tinggal rumah mama.”

“Awalnya practice!” Riang suara Daneen.

I want to be a good husband for you sayang, so apa-apa pun demi sayang abang tak kesah.”

Daneen menyembunyikan senyumannya. Hebat Aidan menyusun kata sehingga dia tersentuh dengan bait kata itu.

So, nak sebut akad nikah nanti tak gementar ke?” Daneen berbual lagi.

Daneen melarikan mukanya. Dari ekor mata, dia tahu Aidan merenungnya sambil berjalan.

“Sangat gementar sayang. But whatever it is for you, I can do it.”

Daneen tertawa besar. Sweet sangatlah!

Telinga Daneen terngiang-ngiang ayat Aidan tadi dan membuatkan langkah Daneen terhenti. Dia mahu mengungkapkan kata-kata semangat sebelum melangkah masuk ke Mahkamah Syariah itu.

Aidan juga terhenti. Berkerut dahinya melihat Daneen.

“Kenapa berhenti ni sayang?”

“Dengar tau... Apa-apa pun, Daneen harap abang berjaya dengan sekali lafaz. Tapi, berapa kali pun tak apa, yang penting abang jangan terlalu gugup.” Daneen melakar senyuman.

Aidan mengangguk dengan bersemangat. Mata, senyuman dan suara Daneen menyalurkan kekuatan padanya. Dia akan berani!

Daneen senyum.

Sedarlah mereka, cinta membuatkan manusia sanggup menempuh apa sahaja. Asalkan dapat membahagiakan insan tersayang. Huh kamu berdua, sangat romantik!

“Aku nikahkan kau dengan Daneen Inara Binti Putra Raiyan yang berwakil walikan aku, dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.”

“Aku terima nikahnya Daneen Inara Binti Putra Raiyan dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai!”

_________________
Writer's Comment: Dorang dah sah! Ite bila lagi?😢Maaf tau kalau tak memuaskan😭

Publish: 15 April, 3:13

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top