DLM : 18

“KAK Andam ada nampak Aidan tak?” Daneen berbisik di telinga Kak Andam dengan pertanyaan. Bunyi suaranya payah dilontarkan kerana wajahnya masih melekat face masks dry skincare.

“Bakal suami awak tu ada kat dapur,” balas Kak Andam. Dia juga balas dalam nada berbisik.

“Buat apa Aidan kat dapur?”

“Bakal suami awak tu... katanya nak buat hidangan special untuk para tetamu.”

Sebaik mendengar bait kata itu, bibirnya menguntum senyum. Untung juga dapat bakal suami yang arif dalam bidang memasak.

“Kak Andam nak ambil toner kejap. Awak baringlah dulu kalau penat, ye?” Kak Andam meminta diri.

Daneen sekadar angguk. Tak larat nak bercakap. Tegang je muka. Ikutkan, dia tak mahu mukanya ditampal pelbagai alat penjagaan dan alat solek. Rimas.

Sementara menunggu Kak Andam, Daneen berbaring seketika. Matanya merenung siling. Pergaduhan tempoh hari yang disaksikannya itu melintas di ruang fikiran.

Kira-kira harini sudah menjengah hari ke-7 iaitu satu minggu dia menumpang di rumah Puan Sri Hana, bakal mak mertuanya. Setelah kejadian merobek hati, Puan Sri Hana menyetujui keputusan permintaan Aidan tapi dengan dua syarat.

Mulai hari Aidan menyatakan hasrat itu sehingga hari pernikahan, Daneen perlulah tinggal dirumahnya dan juga seminggu selepas pernikahan harus ditinggalkan Daneen  sahaja di rumahnya. Berpisah sementara waktu dalam masa seminggu. Puan Sri Hana menyatakan dua sebab setelah syarat diberikan. Satu, seminggu selepas pernikahan akan diadakan majlis perkahwinan dan sebelum tiba, Puan Sri Hana tidak mahu berlaku sebarang persetubuhan di antara dua orang itu iaitu Aidan dan Daneen selagi belum selesai majlis perkahwinan. Kedua, dia mahu mengenali hati budi Daneen selama seminggu itu.

Aidan dan Daneen setuju. Satu masalah timbul apabila Daneen tidak setuju majlis diadakan besar-besaran. Dia menolak permintaan Puan Sri Hana kerana majlis besar-besaran akan menanggung kos pembelanjaan yang tinggi.

Puan Sri Hana tetap dengan pendirian dan tujuan asalnya iaitu mengadakan majlis besar-besaran. Daneen terpujuk juga oleh kerana itu permintaan bakal mak mertua. Kalau tidak ikut, tak jadi pulak kahwin. Mouth watering pulak nanti. Dia bersetuju dan memujuk Aidan agar turut bersetuju. Mujur Aidan tidak banyak karenah dan terus bersetuju.

Lepas satu masalah.

Daneen kembali ke titik nyata. Hari yang ditunggu-tunggu sudah berkunjung tiba. Hari pernikahan, hari diijabkabulkan bersama insan yang tercinta. Pernikahan tanpa paksaan.

Wanita terbahagia adalah dia. Persiapan semua cukup lengkap. Mata Daneen menyorot pada belakang pintu, terdapat pakaian pengantin yang terhias dengan manik-manik labuci. Cantik walaupun ala kadar.

Hargh! Dia tak percaya pakaian secantik itu bakal tersarung di tubuhnya.

'Macam tak sesuai je,' desis hati Daneen.

DANEEN terjaga dari tidurnya. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya. Luas terbentang siling bertamu ruang pandangan. Boleh pula terlelap tadi.

Daneen merasakan ada perubahan sedikit di wajahnya. Laju tangannya naik ke muka. Sejurus itu dia turun dari katil dan berlari menuju ke meja alat solek. Dia menilik wajahnya di cermin besar itu. Daneen menghela nafas lega. Wajahnya yang diletak face masks skincare tadi sudah ditarik. Patutlah berkerut je dahi dia tadi, ingatkan mimpi.

Daneen tersentak apabila Kak Andam meminta izin beredar. Sekali lagi.

“Kak Andam nak pergi mana?”

“Ha bangun pun. Dah habis proses urutan muka dan penjagaan kulit awak tu, jadi akak nak ambil time rehat kejap. Awak pun rehat la dulu, lagi 4 jam Kak Andam akan renovated muka awak.”

“Amboi Kak Andam nak renovated muka Daneen!” Tinggi suara Daneen. Saja mahu bergurau.

“Dah, dah pergi rehat.”

Daneen senyum dan ketawa halus mendengar arahan garang itu. Dia mengangguk kemudian menghantar Kak Andam keluar dengan ekoran anak mata.

Daneen menghampiri cermin meja alat solek semula. Wajahnya terasa lincin dan bersinar setelah disental dengan picitan dan barang penjagaan muka oleh Kak Andam sepanjang semalam dan setengah hari ini.

“Ni muka aku ke? Asal cantik sangat ni!”

“Kau memang cantik pun!”

Daneen melopong. Terjojol biji mata Daneen. Matanya melilau sekeliling mencari suara itu datang dari mana.

“Ayah?”

Itu suara Aidan. Tapi mana pulak dia? Tak ada pun. Daneen ke hulu dan ke hilir mencari Aidan di dalam bilik itu. Sampai ke luar dia mencari. Akhirnya dia sedar, dia tengah angau! Alahai...

Daneen tersenyum sendiri. Dia rindu Aidan. Masuk harini dah seminggu dia tak jumpa Aidan. Dia pula tak ada sebarang alat komunikasi. Makin rindulah.

Hari-harinya hanya diselubung rindu. Orang tua-tua cakap, jangan biarkan diri terlalu rindukan kat orang belum jadi kekasih halal. Oleh itu dia kadang sibukkan diri berbual dengan Andara.

Ambil hati Puan Sri Hana? Sepanjang dia disini, Puan Sri Hana kerap berada di luar pada waktu siang. Ada la satu hari dia ikut Puan Sri Hana cuba pakaian tapi sehari itulah Puan Sri Hana acuh tak acuh melayannya. Macam mana la dia nak dapatkan restu? Hatinya mula bertamu rasa sedih. Ujiannya kali ini terasa lebih susah, mengambil hati mak mertua ini memerlukan jiwa yang kental. Dia tak kental, dia gedik. Huh! Pening!

“Kak long...” Daneen tersentak tatkala merasakan ada tangan yang menyentuh lembut bahunya. Terbang melayang lamunannya tadi.

Daneen mengukirkan senyuman pada seraut wajah Andara seraya mengelap air matanya yang masih tersisa di tubir mata walaupun matanya sudah berkaca.

“Kenapa kak long nangis ni?” Andara bertanya perlahan. Pipi Daneen disentuhnya lembut.

“Tak ada apa la Andara. Cuma sedih sikit je. Ermm Andara, akak nak tanya satu soalan boleh?” tanya Daneen seraya mengalihkan tubuhnya mengadap Andara.

Andara angguk. Dia memberi kebenaran Daneen mengajukan soalan.

“Mama tak boleh terima kak long lagi ke?”

“Apa pulak kak long tanya soalan macam tu? Kalau mama tak terima kak long, mestilah kak long tak dihias dan rumah ni sunyi.”

“Mama macam terpaksa je, riak muka mama bila nampak je akak pun lain. Daripada senyum, hilang senyuman tu.”

“Mungkin sebab akak samakan mama dengan Dato Sri Vida kut,” tembak Andara bersama nada gurauan.

Merah muka Daneen. Hargh biar betul! Puan Sri, Daneen minta ampun! Mukanya tika ini bagai disimbah dengan sepaket darah.

“Iyeke Andara? Huh! Habis kak long. Macam mana kak long nak minta maaf ni? Kak long 'ter' hari tu. Takutlah Andara!”

“Tak tahulah kak long...” Meleret suara Andara. Dia mengusik lagi.

Tangannya menggigil meraih tangan Andara. Dia takut ni.

“Alah kak long, Andara gurau je la.” Andara berhenti mengusik dan ketawa. Dia mendekatkan kerusi rodanya dengan Daneen.

Dia menepuk perlahan tangan Daneen kemudian memeluk Daneen agar dapat menyalurkan kekuatan pada Daneen. Tadi sekadar gurauan sahaja.

“Andara buat kak long risau. Tanjat (Terkejut) kak long tau!” adu Daneen seraya menyeka peluh yang merinik di ubun-ubunnya.

“Andara tahu kak long risau fasal penerimaan mama, tapi percayalah mama perlukan masa sekejap je. Mama belum kenal lagi hati budi kak long, mama pun tak tahu asal usul kak long, kak long orang macam mana, baik ke tidak. Mama jadi was-was. Biasalah, along anak sulung. Anak kesayangan pulak tu. Mestilah berat sikit hati mama nak lepaskan. Perlahan-lahan nanti dia akan terima kak long jugak. Asalkan kak long tak putus asa pujuk hati mama.” Andara memberikan kata-kata semangat.

“Kak Long minta maaf sebab tiba-tiba hadir dalam hidup Andara sekeluarga. Jujur dalam hati kak long tak pernah terlintas ataupun terniat walaupun sekelumit untuk buat bukan-bukan kat keluarga ni. Cuma hati kak long dah terpaut kat along.

Kak long fikir cinta kak long bertepuk sebelah tangan. Mana taknya, dalam perkenalan terlalu singkat ni mustahil hati along wujud perasaan cinta kat akak tapi yang mustahil tu berlaku, seperti keajaiban bila along balas cinta kak long. Keajaiban ni sangat bermakna, kak long takkan sesekali sia-siakan kebahagiaan ni.

Harini Allah bakal limpahkan kebahagiaan yang tak pernah dirasai oleh insan kerdil seperti kak long. Selama kak long membesar, erti kebahagiaan dan kasih sayang yang paling dicemburui. Melihat orang sekitar kak long hidup bahagia bersama limpahan kasih sayang buat hati kak long bagai dihiris sembilu.” Jatuh melimpah air matanya. Dia sudah tidak mampu mengekang air matanya namun dia tidak mahu Andara lihat dia menangis.

Baru sahaja ingin mengesat, Andara mendahuluinya dan menarik dagu Daneen lembut lalu mengesat air mata bakal kakak iparnya itu.

“Tapi sekarang...”

Kata-kata Daneen terhenti apabila Andara meletakkan jari dimulutnya. Daneen memandang muka Andara bersama wajah yang basah dengan air mata.

“Tapi sekarang, kebahagiaan yang kak long cemburu tu bakal jadi milik kak long.” Andara menyambung kata-kata Daneen.

Daneen memeluk tubuh Andara seeratnya. Dia terharu. Andara seorang adik yang baik. Betapa beruntungnya bakal suaminya itu.

DAERAH dapur riuh-rendah dengan bunyi suara sanak saudara Aidan berbual, bergelak tawa dan pinggan mangkuk berlaga. Ada juga anak kecil yang berlari-larian.

Daneen tersenyum melihat seorang budak kecil terlanggarnya ketika sedang melarikan diri daripada kawan-kawannya. Budak kecil itu menghulurkan tangan tanda meminta maaf.

Hati Daneen tercuit dengan tingkah budak kecil itu. Comel sangat!

“Kakak, adik minta maaf. Tak sengaja langgar kakak.”

“Apa nama adik?”

“Nama adik, Dania. Kakak pulak?”

“Nama kakak, Daneen. Pengantin yang bakal nikah harini.” Giliran Daneen memperkenalkan dirinya.

“Adik minta maaf. Adik betul-betul tak sengaja langgar kakak pengantin.” Budak perempuan yang bernama Dania itu sekali lagi memohon maaf. Mukanya jelas serba salah. Kasihan, dah la comel!

Daneen tunduk, dia berdiri sama paras ketinggian Dania. Kepala Dania diusapnya lembut.

“Kakak boleh maafkan, tapi dengan dua syarat,” balas Daneen sambil mengangkat dua jarinya di depan budak perempuan itu.

“Okey, kakak pengantin bagilah syarat tu.”

“Good girl, syarat pertama jangan lari-lari dah. Duduk diam-diam, bahaya lari-lari ni sayang, nanti terlanggar orang. Buatnya kalau orang tu terpegang pisau ke ataupun alatan berbahaya tak ke padah jadinya, kan?”

“Okey kakak, adik faham. Apa syarat keduanya kakak?”

“Syarat kedua, kena tolong kakak bagi kertas ni kat abang tengah masak kat dapur tu, boleh?” pinta Daneen seraya memusat pandangan ke arah dapur.

Dania turut memusat pandangan ke dapur lalu menoleh semula. Dia mengangguk lalu membalas, “Boleh!”

“Okay sayang, go.” Daneen memberi kertas kecil itu kepada Dania.

Budak perempuan itu berlari terkedek-kedek ke ruang dapur. Dia memandang Daneen meminta tunjuk arah lelaki yang mana satu.

“Ha situ.” Daneen angguk lalu menurunkan jarinya yang tertunjuk tepat pada susuk tubuh Aidan.

Senyuman meniti di bibir Daneen apabila Dania menyerahkan surat itu kepada Aidan. Hatinya mula berbunga, dapat berjumpa sekejap dengan Aidan sebelum majlis akad nikah di mahkamah. Misalnya dia tahu, Puan Sri Hana tidak benarkan selagi belum sah menjadi suami isteri.

Berkerut dahi Daneen. Kabur ke mata dia?  Membulat besar mata Daneen. Dia terlopong. Mulutnya ditekup. Itu... bu... bukan Aidan.

Daneen terus mengalihkan tubuhnya ke belakang. Hargh! Malunya!

“Dania kenapa tunjuk akak!”

Matanya dijamah figura Aidan yang sedang memegang kuali besar dan merenungnya meminta penjelasan.

“Daneen, apa kau buat kat sini?”

“A... ayah!”

Silih berganti pandangannya. Haisy! Tamatlah riwayat hidupnya!

___________________
Writer's Comment: Guys! Bab seterusnya aye buat dorang kahwin!

Disini juga saya open promote, jika ada kelapangan masa jemputlah baca karya author dibawah.

Promote:

1) Terhenti Di Sini - Maut53

Saya baru dapat cover baru harini! So cantik! I like it! Aidan - Sung Hoon Daneen - Park Bo Young! Sesuai kan!

Cover Baru!

Beautiful Cover By cocokies - Leonchim Graphics

Jemputlah request! Korang akan terpegun melihat cover yang cantik-cantik di sana!

Publish : 14 April, 20:57 p.m

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top