DLM : 17

AIDAN tangkas mencapai baju sarungnya kemudian menuruni anak tangga dan menuju ke pintu utama. Peluh yang merinik didahi dikesat sekilas. Dia tunduk dan mencari seliparnya. Merata-rata dia melilau di sekitar ruangan letak kasut. Dia syak gara-gara Daneen. Daneen pakai!

Pintu almari kasut dibukanya lalu mengeluarkan seliparnya. Lampu suluh dibawa bersama. Dia berlari anak menuju ke luar sambil tangannya menyeluk poket dan mengeluarkan Alat Kawalan Pintu Pagar Automatik (Auto Gate Remote Control).

Belum sempat dia menekan, halwa telinganya menangkap dua suara. Dia cuba mengamati suara itu. Salah seorang daripada suara terselit suara Daneen.

Itu suara Daneen! Tapi siapa suara lagi seorang? Aisyah ke?

Matanya melilau sekitar laman rumahnya. Namun tidak langsung kelihatan kelibat Daneen. Dia berlari menuju ke pintu utama dan menekan suis lampu seluruh laman.

"Daneen!"

Langkahnya terbantut. Dia kaku di situ. Susuk tubuh bersama seraut wajah di hadapannya membuatkan dia diam seribu bahasa.

"Ma... mama..."

AIDAN menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam masa yang sama dia menghembus nafas, tanda dia betul-betul berada di dalam masalah. Dia dilanda masalah. Masalah besar! Wajah Puan Sri Hana menjamah di ruang mata membuatkan dia tidak berupaya berfikir. Otaknya bagai terhenti mengalirkan idea.

"Nama saya Daneen, tok..."

Aidan terkejut. Begitu juga Puan Sri Hana. Tika itu, membulat besar mata Daneen yang sememangnya semula jadi bulat dan besar. Dia juga terkejut dengan panggilan yang digunakan.

"Eh tak, tak! Bukan tok, bukan! Puan, nama saya Daneen, Daneen Inara." Lancar Daneen bertutur dan membetulkan semula kesilapannya.

"Nama auntie, Puan Sri Hana. Panggil mama, kawan-kawan along dah biasa panggil auntie 'mama'," balas Puan Sri Hana memperkenalkan dirinya.

"Muka auntie macam familiar. Like Dato Sri Vida, I am me, I am me, I am me! Ayam mee tu!" Dengan riang Daneen membuat pertunjukkan di situ. Datang dah tingtong dia.

Aidan menampar dahinya. Apa Daneen ni?
Cepat Aidan membulatkan matanya ke arah Daneen. Daneen tersedar, dia berhenti dan mengambil tempatnya di sebelah Aidan semula. Huh! Apa aku buat tadi?

Dia menggeleng laju.

"Sama sikit je Puan Sri, selebihnya Puan Sri dengan kecantikan Puan Sri. Ya! Aishwarya Hai ada seiras dengan Puan Sri." Daneen pandang muka Puan Sri Hana lalu tersengih kerang busuk.

"Terima kasih atas pujian tu."

Daneen tersenyum malu. Alahai selalu memalukan diri sendiri. Tapi kalini paling teruklah! Depan bakal mak mertua!

"Boleh Daneen bagi mama ruang sekejap, mama nak cakap dengan along."

Daneen angkat wajah dengan muka terpinga-pinga. Dia betul-betul tak dapat fokus. Dia minta pencerahan semula dengan mengelipkan matanya pada Aidan.

"Mama saya nak awak bagi ruang kejap, dia nak bercakap dengan saya." Aidan mengulang bait kata mamanya kepada Daneen.

Daneen mendengar. Dia mengangguk seraya menunggu selanjutnya kata Aidan. Daneen menjarakkan kedudukannya jauh sedikit daripada Aidan dan Puan Sri Hana.

Tiba-tiba dia rasa tak selesa apabila mereka dua beranak itu memandang tepat ke arahnya. Pandangan itu bukan biasa-biasa. Luar biasa. Dia dah jauh dah la.

Dia tak faham. Kenapa pandang dia? Bersembang jelah. Dia tak ganggu pun.

Daneen berkelip mata dengan muka lurus. Dua pasang mata dua beranak itu masih memaku ke arahnya. Dia dah serupa panda tidak tahu apa-apa perihal kungfu. Situasi realiti ini, dia blur dan membalas saja pandangan itu.

"Daneen ada buat salah ke?" Daneen akhirnya bersuara. Tidak betah berlamaan dalam situasi ini.

"Maksudnya nak berbincang tanpa ada awak, Daneen."

Terkejut bukan kepalanglah. Sekali lagi dia dijentik perasaan malu. Malu tak terhingga. Dengan Aidan tak mengapa lagi kerana terbiasa. Puan Sri Hana pula? Memang rasa nak nangis je sebab pandai sangat memalukan diri sendiri.

"Oh... ya? Oh, okey. So... sorry!"

Pipi Daneen merona merah. Dia malu! Sangat malu! Rambut depannya ditarik menutupi sedikit wajah depannya dan menunduk tanda hormat depan Puan Sri Hana.

Dia laju turun dari pondok itu. Tergopoh-gapah langkahnya diatur, hampir sahaja tersadung namun sempat dia mengimbangkan badan. Tidak sikit pun dia menoleh semula ke belakang. Malunya bertingkat-tingkat!

Puan Sri Hana ketawa perlahan. Telatah anak itu persis Aidan sewaktu kecil. Anak lelaki sulungnya yang sering keresahan dan cepat malu. Sama seperti gadis yang baru dikenalinya itu.

"Mama suka Daneen?" Aidan mula memancing.

Serentak itu Puan Sri Hana memusingkan pen ditangannya dalam kadar paling maksima, berpusing-pusing pen tersebut dan mendarat tepat diruang celah jari Aidan. Pahlawan naga!

"Again mama? Why?" Aidan meluah rasa geram dengan pertanyaan.

"Mama tahu semuanya. Kenapa along tipu pekerja along? Tunang? Andara pun along tipu. Kekasih? Astaghfirullahalazim Ammar Aidan... Along dah lupa ke apa yang mama ajar along?"

"Tak, along sentiasa ingat ma."

"Habis Daneen tu siapa? Kenapa dia tinggal serumah dengan along? Huh... Mama betul-betul kecewa sangat dengan along." Puan Sri Hana terus bangun. Dia tak mahu lagi duduk di situ. Perangai anaknya yang disanjung ini lebih teruk berbanding Hayden. Dia kecewa.

Aidan lekas menahan Puan Sri Hana dari beredar. Tangan Puan Sri Hana dipegangnya lalu menarik ke pondok semula. Dia melutut di depan mamanya itu.

"Along boleh explain ma. Please, listen my explanation first. After that, you can go." Aidan memujuk. Dia menunduk seraya meraih tangan Puan Sri Hana lalu dikucupnya. Dia ada alasan tersendiri.

Bicara Aidan didengari Daneen, gugur air matanya tanpa sedar melihat Aidan. Dia takut. Dia bakal mencetuskan pergaduhan di antara dua beranak itu.

"Mama tak pergi mana-mana pun la! Buat teruk je along."

"Habis kenapa mama pergi kat kereta?"

"Mama saja nak test anak mama."

Daneen tersedar pipinya basah. Dia tersenyum lalu mengelap air mata. Terhibur sedikit dengan ayat Puan Sri Hana.

"Along jumpa Daneen dekat lorong." Kedengaran Aidan mula bercerita.

Daneen menunduk, dia cuba mencari kawasan yang tertutup lagi dan dekat supaya dapat mendengar dengan jelas.

"Daneen berasal dari lorong?"

Tika itu, Daneen tersentak. Laju dia menggeleng seakan dia turut berada di situ. Tak Puan Sri, Daneen bukan berasal dari lorong. Sakitnya hatinya ketika ini. Dia nak sangat nafikan ia. Walaupun kebenarannya ialah betul.

Tempat itu, mulanya dirinya dibuang. Ya Allah, dia rasa sebak bila mengimbas ingatannya semula. Sebak meruntun hatinya ketika ini benar-benar tidak tertanggung. Bukan keinginannya dibuang dan juga bukan mahunya ditemui di lorong.

"Daneen berasal dari rumah anak yatim mama. Bukan dari lorong. Daneen lari dari orang jahat yang cuba perkosakan dia mama. Aidan tak sampai hati nak biar dia dekat situ mama. Jadi along buat keputusan bawa dia tinggal sini."

Daneen perasan Aidan melangkau. Dia tidak menerangkan secara terperinci. Tak Puan Sri, bukan ayah yang rela hati bawa Daneen, Daneen yang buat ayah bawa Daneen! Daneen menjerit pilu di dalam hati. Kasihan Aidan terpaksa berbohong demi dirinya.

Daneen terasa mahu keluar dari taman belakang pondok itu dan menjelaskan segalanya namun dia tidak mahu sekiranya menimbulkan pergaduhan lebih besar. Oleh itu, dia bersabar dan mendengar sahaja. Dia tidak mahu menjadi api yang membesarkan lagi api yang marak.

"Berapa lama dah dia tinggal sini?"

"Dah hampir sebulan. Tapi along sumpah ma, dua minggu Aidan tak ada kat rumah pergi outstation. Jadi Daneen tinggal sorang-sorang je."

"Jangan terpedaya, along. Along sendiri tengok depan mata along yang papa sakitkan hati mama dengan mula perkenalan macam ni. Tolonglah mama merayu, jadikan apa yang mama lalui sebagai pengajaran. Jangan ulangi kesilapan seperti mama lakukan."

Daneen mengesat air matanya yang jatuh. Kesedihan hatinya tidak tertanggung menyaksikan wanita yang digelar ibu itu Puan Sri Hana yang terus-terus menasihati anaknya agar hindar dari pengalaman yang dilaluinya. Dengar saja sudah dapat menjangka pasti sukar untuk Puan Sri Hana menanggung kehidupan.

Ya Allah, perkenalan aku dengan Aidan telah melukakan hati seorang ibu. Aku memohon pada-Mu Ya Allah, yang Maha Pengampun, Engkau ampunilah dosa lelaki yang tidak berdosa ini. Ini salah aku, aku tidak sepatutnya lari dari umi. Andai aku dapat putar ke masa lalu, aku tidak mahu sesekali mengenali lelaki ini. Aku rela meneruskan kehidupan di rumah anak yatim, biarlah hidup tersiksa akibat ingatan lalu daripada tersiksa melihat seorang lagi mempunyai memori sepertiku.

Aku hidup tanpa kasih seorang ibu atau ayah. Hidup aku seperti tiada keredhaan dan restu. Seakan tidak wujud, itulah aku. Cukuplah aku seorang hidup tanpa kasih mereka, janganlah Aidan.

"It's my fault ma. Not Daneen..."

Daneen pusing badan, walaupun membelakangi Aidan dia tetap mendengar setiap butir bicara Aidan dengan Puan Sri Hana. Aidan tetap mempertahankannya. Sedih Daneen melihat Aidan yang menunduk kerana akur akan kesalahannya.

"Mama tak cakap ianya salah Daneen. Ini salah along. Along mesti tahu, mama didik along agama dari kecil, salah tetap salah along. Tak baik lelaki dan perempuan yang tiada pertalian darah tinggal serumah walau apa-apa pun alasannya. Lagi satu, along tak tahu asal usulnya. Bukan niat mama nak menuduh tapi mustahil dia nak lari dari rumah anak yatim kecuali dia ada buat..."

Kata-kata Puan Sri Hana terhenti apabila Aidan mencelah. Dia tahu selanjutnya kata mamanya adalah 'perbuatan jahat ataupun terkutuk'.

"No mama. Walaupun along tak tahu cerita sebenar dari awal, tapi along tahu Daneen bukan perempuan sepertimana yang mama fikirkan."

"Maafkan mama. Mama tak ada niat terfikir semua tu tapi ini tak baik untuk diri along, orang sekitar along seperti jiran along. Along ada jiran. Apa kata dan fikiran diaorang? Diaorang tak pernah nampak along dengan mana-mana perempuan dan tiba-tiba ada perempuan balik dengan along sekali. Along mesti fikir akibat sebelum buat sesuatu keputusan."

"Daneen ada along je mama. Along jujur, along dah jatuh hati pada Daneen."

"Along! Perasaan bukan satu permainan! Kalau along sekadar nak berbuat baik ada caranya, tak perlu along berpura-pura. Mama tak ajar anak mama mempermainkan hati wanita. Daneen tu masih muda, along. Mama tahu anak mama baik nak tolong Daneen. Tapi jangan sampai gadaikan perasaan along. Daneen juga akan terkena padahnya."

Daneen mengigit bibir menahan esak. Dia mula sebak dan tersedu-sedan. Namun dikawal sebaik mungkin agar tidak kedengaran. Mereka berdua bergaduh kerananya. Dia mahu meleraikan pergaduhan itu. Dia rela mengundur diri daripada membiarkan pergaduhan ini berterusan.

"Mama, jauh dari sudut hati along, ada perasaan cinta yang hadir. Along tahu ianya hadir untuk Daneen. Hati along dah benar-benar cintakan Daneen. Along tak tipu mama. Along tak berpura-pura. Along tahu dosa mempermainkan perasaan wanita. Tapi perasaan ini ikhlas dari lubuk hati along yang dalam. Daneen adalah calon isteri terbaik buat along. Niat ni ikhlas mama, Along benar-benar ingin memperisterikan Daneen, Daneen Inara."

Daneen terpempan. Dia terhenti melangkah. Tak semena-mena berguguran air matanya. Cukup kuat dia menahan kekuatan dan mengumpul kekuatan namun dia tewas.

_________________
Writer's Comment : Komen, komen guys! Camne bab ni? Okey tak? Jangan lupa vote ya❤️


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top